|
Lawatan Di KKIA / KD
3.6.1 Bincang dengan Ketua Jururawat Kesihatan (KJK)/ Jururawat Kesihatan (JK) /Jururawat Masyarakat (JM) dan maklumkan mengenai Program
Toddler yang akan dijalankan untuk mendapatkan kerjasama serta bilik rawatan. Pilih lokasi berdekatan dengan tempat pemeriksaan awal bayi.
3.6.2 Sedia flip chart Tidak Terlalu Awal ” Never Too Early To Start” untuk ’anticipatory guidance’ibu /bapa / penjaga dan set varnis fluorida
3.6.3 Minta JK /JM merujuk pesakit
3.6.4 Periksa kad kesihatan KIK / 1(a) /93 atau Rekod Kesihatan Bayi dan kanak-kanak 0- 6 tahun. samada cop gigi ada atau tiada.
Jika tiada cop gigi:
• Sedia Rekod Kesihatan Pergigian Ibu dan Anak (BKPJ I & A (Lampiran 4)
• Daftar pesakit dalam buku daftar Program Mutiara Kasih.Dapatkan tandatangan kebenaran rawatan dari ibu/bapa/penjaga.
Jika ada cop gigi:
• Semak tarikh temujanji di kad BKPJ I & A
• Daftar pesakit dalam buku daftar Program Mutiara Kasih dengan dakwat merah jika kes ulangan bagi tahun semasa
• Beri perkhidmatan pergigian yang diperlukan.
• Catat tarikh lawatan akan datang pada kad BKPJ I&A dan buku temujanji BKPJ di KKIA/KD tersebut
3.6.5 Beri ’anticipatory guidance’ kepada ibubapa/penjaga.
• Buat demonstrasi memberus gigi dilakukan.
Sila rujuk :Guidelines Early Childhood Oral Healthcare, Never Too Early To Start 2008)
3.6.6 Buat pemeriksaan pergigian pada anak.
• Lakukan sapuan varnis fluorida bagi pesakit yang berisiko
Rujuk : JKNJ-G-AK48 Penyapuan varnish fluorida
• Catatkan maklumat pesakit dalam kad Rekod Kesihatan Pergigian Ibu dan Anak (BKPJ I & A).
• Beri temujanji seterusnya untuk sapuan varnis fluorida di KKIA tersebut selepas 6 bulan. Catat tarikh temujanji di kad BKPJ I & A untuk perhatian ibu
bapa dan di buku temujanji BKPJ di KKIA / KD.
3.6.7 Kepilkan rekod BKPJ I & A di kad kesihatan kanak-kanak (KIK / 1(a) / 93) atau Rekod Kesihatan Bayi dan kanak-kanak 0- 6 tahun
dan cop gigi di ruang atas sebelah kiri muka depan kad tersebut
• Buat follow-up’, jika kanak-kanak tidak hadir pada tarikh temujanji.
• Jika rawatan lain diperlukan, sila maklum kepada ibu bapa/penjaga
• Berikan temujanji di Klinik Pergigian yang berhampiran.
|