Laman Utama   Bantuan  
- ISO 9001:2008 QMS -    
     

PROSEDUR KUALITI

JKNJ-PK-P1 - PENGURUSAN PEROLEHAH TANAH

   
Pindaan : 1
Tarikh Kuatkuasa : 18-10-2011
Objektif Prosedur : Prosedur ini adalah bagi memastikan proses perolehan tanah untuk projek-projek kesihatan dilaksanakan dengan betul dan efisien.
Skop : Prosedur ini digunapakai oleh Bahagian Pengurusan, Jabatan Kesihatan Negeri Johor, untuk menguruskan perolehan tanah untuk projek-projek kesihatan.
 

CARTA ALIRAN KERJA

 

TUGAS / TANGGUNGJAWAB

 

TANGGUNGJAWAB

TINDAKAN

 Ketua PTJ  

3.1 Kenalpasti tanah untuk projek berpandu kepada keperluan projek dari segi :

  • Keluasan
  • Sasaran untuk program berkenaan
  • Perkembangan masa akan datang
  • Kesesuaian projek kesihatan 
 
 KPP(Pembangunan)    
3.2 Terima dokumen mengenai perkara 3.1 daripada Ketua PTJ untuk mendapatkan perkara-perkara berikut daripada Pejabat Tanah Daerah:-
  • Pelan tanah
  • Sijil Carian Rasmi
 KPP( Pembangunan)   3.3 Hubungi Ketua PTJ untuk dapatkan laporan-laporan teknikal daripada agensi/jabatan berikut:
  • Jabatan Kerja Raya (JKR)
  • Majlis Daerah/Perbandaran
  • Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH)

           Jika perlu, rujuk kepada :

  • Jabatan Pengairan Saliran
  • Jabatan Alam Sekitar
  • Jabatan Geosains dan Mineral
  • Jabatan Perancangan dan Pembangunan Desa(JPPD)
 
  KPP( Pembangunan)    
3.4 Hubungi Ketua PTJ untuk dapatkan persetujuan JK Pembangunan Daerah atau   JK seumpamanya (memadai merujuk kepada Minit Mesyuarat JK tersebut)
  KPP( Pembangunan)    
3.5 Hubungi Ketua PTJ untuk buat permohonan
  • Permohonan Tanah Kerajaan
  • Perolehan Tanah Persendirian
  • Pengambilan Balik Tanah
  • Memohon tukarguna tanah dengan Kementerian atau Jabatan lain
     
 3.5.1 Permohonan Tanah Kerajaan
 Ketua PTJ  

 3.5.1.1 Isi Borang Jadual 1 (Permohonan Tanah Kerajaan) dan sediakan 8 salinan

3.5.1.2 Sediakan 8 salinan untuk dokumen-dokumen berikut:

  1. Pelan tanah
  2. Sijil Carian rasmi
  3. Laporan-laporan Teknikal
  4. Lampiran Persetujuan/Sokongan JK Pembangunan Daerah dan atau JKNJ

 

 

 
 KPP(Pembangunan)  

 3.5.1.3 Hantar dokumen-dokumen di atas ke Bahagian Perancangan dan Pembangunan(BPP), KKM.

3.5.1.4 Terima kelulusan permohonan tanah (Notis 5A- Notis Genap Tempoh Pembayaran Premium) daripada       PTD/KPTG

3.5.1.5 Terima waran dari Bahagian Kewangan, KKM untuk bayaran Notis 5A.

3.5.1.6 Buat bayaran.

3.5.1.7 Terima resit dan Hakmilik Tanah

  • Resit asal dan Hakmilik Tanah dihantar kepada BPP, KKM
  • Salinan resit dan Hakmilik tanah disimpan di JKNJ.
 
     
 3.5.2 Perolehan Tanah Persendirian
 Ketua PTJ    

3.5.2.1 runding harga dengan pemilik tanah.

  • Rujuk kepada JPPH.
 KPP(Pembangunan)     3.5.2.2 Terima dokumen mengenai perkara 3.1 daripada Ketua PTJ untuk mendapatkan perkara-perkara berikut daripada Pejabat Tanah Daerah:-
  • Pelan tanah
  • Sijil Carian Rasmi

dan

 Hubungi Ketua PTJ untuk dapatkan laporan-laporan teknikal daripada agensi/jabatan berikut:

  • Jabatan Kerja Raya (JKR)
  • Majlis Daerah/Perbandaran
  • Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH)

           Jika perlu, rujuk kepada :

  • Jabatan Pengairan Saliran
  • Jabatan Alam Sekitar
  • Jabatan Geosains dan Mineral
  • Jabatan Perancangan dan Pembangunan Desa(JPPD)

 

 

 
 Ketua PTJ    
 3.5.2.2 Sediakan 8 salinan untuk dokumen-dokumen berikut:
  • Pelan tanah
  • Sijil Carian rasmi
  • Laporan-laporan Teknikal
  • Lampiran Persetujuan/Sokongan JK Pembangunan Daerah dan atau JKNJ
 KPP(Pembangunan)  

 3.5.2.3 Hantar dokumen-dokumen di atas ke Bahagian Perancangan dan Pembangunan(BPP), KKM.

3.5.2.4 Terima kelulusan.

3.5.2.5 Buat bayaran kepada pemilik tanah.

3.5.2.6 Terima resit dan Hakmilik Tanah

  • Resit asal dan Hakmilik Tanah dihantar kepada BPP, KKM
  • Salinan resit dan Hakmilik tanah disimpan di JKNJ.
 
     
 3.5.3 Pengambilan Balik Tanah (Tindakan KPP Pembangunan)

        (Rujuk Akta Pengambilan Tanah 1960)

 KPP (Pembangunan)    
 3.5.3.1 Terima dokumen mengenai perkara 3.1 daripada Ketua PTJ untuk mendapatkan perkara-perkara berikut daripada Pejabat Tanah Daerah:-
  • Pelan tanah
  •  Sijil Carian Rasmi

dan,

Hubungi Ketua PTJ untuk dapatkan laporan-laporan teknikal daripada agensi/jabatan berikut:

  • Jabatan Kerja Raya (JKR)
  • Majlis Daerah/Perbandaran
  • Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH)

           Jika perlu, rujuk kepada :

  • Jabatan Pengairan Saliran
  • Jabatan Alam Sekitar
  • Jabatan Geosains dan Mineral
  • Jabatan Perancangan dan Pembangunan Desa(JPPD)

 

 Ketua PTJ    3.5.3.2 runding harga dengan pemilik tanah.
  • Rujuk kepada JPPH.
 
 KPP(Pembangunan)    3.5.3.3 Tentukan samada urusan perolehan tanah perlu dijalankan di bawah Seksyen 8 atau Seksyen 4 Akta Pengambilan Tanah (APT) 1960.

 

3.5.3.4 Sekiranya menggunakan Seksyen 8 :

  • Isi Borang 1 (Surat Perakuan Segera) di bawah Seksyen 19 APT 1960.
  • Sediakan surat pengesahan bahawa peruntukan adalah mencukupi untuk membayar pampasan dan denda lewat pada kadar 8% setahun.

 

3.5.3.5 Sekiranya menggunakan Seksyen 4

         i.    Hantar permohonan ke BPP KKM.

         ii.    Proses Bicara Pengambilan Tanah di Pejabat Tanah Daerah yang berkenaan.

  • Kehadiran oleh wakil KKM, JKNJ dan JPPH dipengerusikan oleh PTD.
  • Terima keputusan bicara pengambilan tanah dan tawaran pampasan (Borang G- Award Pampasan Bertulis)
  • Terima Borang H (Notis Award & Tawaran Pampasan) daripada PTD

iii.   Jika pemilik tanah bersetuju dengan tawaran :-

  • Buat bayaran pampasan kepada pemilik tanah dengan menggunakan cek atau melalui ESPKB (perlu surat pengesahan bayaran secara elektronik daripada Jabatan Akauntan Negara (JAN/AG) melalui PTD

iv.  Jika pemilik tanah bersetuju dengan bantahan:-

  • Buat bayaran pampasan sebanyak 75% kepada pemilik tanah dengan menggunakan cek atau melalui ESPKB.
  • Buat bayaran pampasan sebanyak 25% kepada PTD dengan menggunakan cek atau    melalui ESPKB ( perlu surat pengesahan bayaran secara elektronik daripada Jabatan Akautan Negara) untuk didepositkan ke Mahkamah

3.5.3.6 Terima Borang K (Pemberitahu bahawa Tanah telah diambil milik)

3.5.3.7 Isi Borang Jadual 1 (Permohonan Tanah Kerajaan)

3.5.3.8 Terima resit daripada PTD.

3.5.3.9 Terima Hakmilik tanah daripada PTD.

3.5.3.10 Hantar salinan Borang K, Jadual 1, resit dan  Hakmilik Asal ke BPP KKM.
 
     3.5.4 Memohon Tukarguna Tanah dengan Kementerian Atau Jabatan Lain (Tindakan KPP Pembangunan)
 
 KPP (Pembangunan)    3.5.4.1 Kenalpasti tanah Kementerian atau Jabatan yang masih kosong dan belum / tidak diguna lagi oleh Kementerian / jabatan berkenaan.

3.5.4.2 Adakan perundingan untuk tukarguna tanah Berkenaan.

3.5.4.3 Jika setuju, majukan surat kepada BPP KKM dengan dokumen berikut :-

  •  Pelan tanah / tapak yang dikeluarkan oleh PTD.
  •  Surat persetujuan daripada Kementerian / jabatan yang berkenaan.

3.5.4.4 Terima keputusan/ kelulusan daripada BPP KKM dan KPTG.

 
 KPP(Pembangunan)    
 3.6 Failkan rekod
 
 

KLAUSA MS ISO 9001

 

REKOD KUALITI

NO.

NAMA REKOD

TEMPOH SIMPANAN

LOKASI

 1 Laporan teknikal  3 tahun   Pejabat TPKN (P)
 2  Pelan Tanah  -  
 3  Borang Jadual 1 (Permohonan Tanah Kerajaan)  7 tahun  
 4  Lampiran Persetujuan/Sokongan JK Pembangunan, JKNJ.  7 tahun  
 5  Notis 5A- Notis Genap Tempoh Pembayaran Premium  7 tahun  
 6  Resit bayaran perolehan tanah  7 tahun  
 7  Borang 1 (Surat Perakuan Segera)  7 tahun  
 8  Borang H (Notis Award & Tawaran Pampasan)  7 tahun  
 9  Borang K (Notis Tanah Telah Diambil Balik)  7 tahun  
 10  Hakmilik tanah  -  
 

Rujukan

  Arahan Kerja   
  Tiada
  Borang Kualiti   
  Tiada
  Senarai Semak   
  Tiada
  Dokumen Luaran   
  Tiada
  Pemilik Dokumen
  Meriam binti Mamat
 

Rekod Pindaan

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para Diluluskan Oleh
1. 18-10-2011 1 Nota Pindaan Approver 1
 
Laman Utama Manual Kualiti Prosedur Kualiti