Laman Utama   Bantuan  
- ISO 9001:2008 QMS -    
     

PROSEDUR KUALITI

JKNJ-PK-F8 - OPERASI SERBUAN

   
Pindaan : 1
Tarikh Kuatkuasa : 16-04-2012
Objektif Prosedur : Prosedur ini digunapakai untuk menerangkan tatacara dan memantau perlaksanaan operasi serbuan ke atas premis atau lokasi yang telah dikenalpasti untuk tujuan pengumpulan bukti-bukti bagi tujuan pendakwaan terhadap individu atau syarikat yang melanggar undang-undang yang berkuatkuasa.
Skop : Prosedur ini hendaklah digunapakai oleh semua anggota di Cawangan Penguatkuasa Farmasi Negeri Johor untuk menjalankan dan memantau perlaksanaan operasi serbuan ke atas premis atau lokasi di negeri Johor yang disyaki terbabit dengan kesalahan di bawah undang-undang Farmasi yang dikuatkuasakan.
 

CARTA ALIRAN KERJA

 

TUGAS / TANGGUNGJAWAB

 

TANGGUNGJAWAB

TINDAKAN

 

 

Persediaan Sebelum Serbuan

Ketua Penolong Pengarah (Kuatkuasa)– KPP(K)

3.1 Menerima arahan untuk serbuan melalui Ops Order daripada TPKN(F) atau KPPK(K), atau arahan daripada Pegawai Atasan dalam Operasi Bersepadu dengan Agensi/Jabatan Lain, atau arahan dari Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM.

KPP(K)

3.2 Kenalpasti sasaran serbuan berdasarkan Arahan Untuk Serbuan yang diterima atau dari hasil risikan. (Rujuk Garis Panduan Pegawai Farmasi Penguatkuasa Risikan)
 

3.3

Perancangan Sebelum Serbuan

KPP(K)

  3.3.1 Lantik Ketua Serbuan dan tentukan anggota-anggota serbuan.

KPP(K)

 

3.3.2 Urus bantuan anggota-anggota dari Cawangan Penguatkuasa Farmasi negeri lain ( jika perlu).

KPP(K)

 

3.3.3 Uruskan bantuan dari anggota polis atau lain-lain agensi yang berkaitan ( jika perlu ).

Penolong Pengarah Farmasi- PPF(K)

 

3.3.4 Uruskan kenderaan yang diperlukan untuk membawa ahli-ahli kumpulan dan barang- barang rampasan.

  3.4

Tindakan Sebelum Serbuan

PPF(K)

 

3.4.1 Sediakan fail serbuan dan peralatan untuk serbuan.

KPP(K)/ PPF(K)

 

3.4.2 Beri taklimat kepada anggota serbuan  mengenai sasaran dan tentukan peranan  mereka sebelum membuat serbuan.

  3.5

Pelaksanaan Serbuan

PPF(K)

 

3.5.1 Masuk ke premis atau lokasi serbuan. (Sila Rujuk Garispanduan Untuk Pegawai Farmasi Penguatkuasa Tindakan Risikan & Operasi Pendakwaan)

PPF(K)

 

3.5.2 Tunjukkan kad kuasa, kenalkan diri dan  anggota serta maklumkan tujuan kehadiran kepada tuanpunya atau pembantunya yang  berada di premis atau lokasi serbuan.

PPF(K)

 

3.5.3 Awasi keadaan di tempat serbuan dan pastikan tidak ada sesiapapun meninggalkan premis atau lokasi serbuan kecuali pelanggan sahaja.

PPF(K)

 

3.5.4 Periksa Kad Pengenalan dan Lesen Perniagaan (jika ada) untuk mengesahkan identiti orang yang terlibat dan maklumat premis atau lokasi yang diserbu.

KPP(K)/ PPF(K)

 

3.5.5 Periksa Lesen yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (jika ada).

KPP(K)/ PPF(K)

 

3.5.6 Periksa dan geledah semua tempat di premis atau lokasi serbuan dengan kehadiran  tuanpunya/ pembantu.

PPF(K)

 

3.5.7 Jika terdapat perkara-perkara yang melanggar Perundangan Farmasi, kumpulkan eksibit tersebut, tandakan dan lengkapkan dokumen 4.3 hingga 4.6 seperti di dalam Rekod Kualiti. Rakaman Percakapan Dalam Pemeriksaan diambil daripada pemilik/ pembantu premis yang berkaitan ( jika perlu ).

PPF(K)

 

3.5.8 Jika tiada bukti pelanggaran Perundangan Farmasi, hanya lengkapkan dokumen 4.3 seperti di dalam Rekod Kualiti.

PPF(K) 3.6

Membuat Laporan Polis (jika perlu). (Rujuk dokumen 4.7 atau dokumen 4.8 seperti di dalam Rekod Kualiti).

PPF(K) 3.7

Lengkapkan Borang Rumusan Data Rampasan sekiranya ada rampasan. (Rujuk dokumen 4.9 seperti di dalam Rekod Kualiti)

PPF(K) 3.8

Lengkapkan Kertas Peringatan Siasatan. (Rujuk dokumen 4.10 seperti di dalam Rekod Kualiti)

 PPF(K) 3.9

Maklumkan keputusan serbuan kepada KPP(K)/ TPKN(F).

KPP(K)/ TPKN(F)

3.10

Membuat taklimat semula bagi kes-kes serbuan tidak berjaya ( jika perlu ).

 PPF(K) 3.11

Daftar kes di dalam Buku Daftar Serbuan (jika serbuan Berjaya) atau Buku Daftar Pemeriksaan (jika pemeriksaan tidak dijadikan kes siasatan). Daftar kes serbuan samada berjaya atau gagal ke dalam Buku Daftar Serbuan dan sekiranya kes tersebut tidak dijadikan sebagai kes siasatan, daftarkan kes tersebut ke dalam Buku Daftar Pemeriksaan Premis Tidak Berlesen.

 PPF(K) 3.12 Rekodkan butir-butir serbuan ke dalam Sistem Komputer Sistem Pengurusan Penguatkuasaan Farmasi (SPPF).
PPF(K) 3.13

Penyerahan Barang Eksibit Kepada Pegawai Penyiasat

   

3.13.1Semak dan serahkan satu persatu dokumen-dokumen serbuan dan barang eksibit kepada pegawai penyiasat.

   

3.13.2 Sediakan Resit Akuan Terima Barang Kes. (Rujuk dokumen 4.11 seperti di dalamRekod Kualiti)

 

KLAUSA MS ISO 9001

 

No.

KLAUSA

4.1  4.2.4  Kawalan Rekod  
     
     
     
     
     
     
     
     
     
 

REKOD KUALITI

 

NO.

NAMA REKOD

TEMPOH SIMPANAN

LOKASI

 4.1 Fail Serbuan   5 tahun Kabinet PPF (K) 
 4.2 Arahan Untuk Serbuan / Ops Order   5 tahun Fail Aduan 
 4.3 Borang Maklumat Premis/Lokasi dan Maklumat Tuanpunya dan pembantu   5 tahun Fail Serbuan 
 4.4 Borang Senarai Bongkar   5 tahun Fail Serbuan 
 4.5 Borang Pelan Lakaran   5 tahun  Fail Serbuan 
 4.6 Borang Percakapan Dalam Pemeriksaan   5 tahun Fail Serbuan 
 4.7 Borang Laporan Polis   5 tahun  Fail Serbuan
 4.8 Borang Laporan Polis (serbuan gagal)  5 tahun  Fail Serbuan
 4.9 Borang Rumusan Data Rampasan   5 tahun   Fail Serbuan
 4.10 Kertas Peringatan Siasatan   5 tahun   Fail Serbuan 
 4.11 Resit Akuan Terima Barang Kes   5 tahun   Fail Serbuan
 4.12 Buku Daftar Serbuan   5 tahun   Kabinet PPF(K)
       
       
       
       
       
       
       
       
       
       
       
       
 

Rujukan

  Arahan Kerja   
  Tiada
  Borang Kualiti   
  JKNJ-F8-BK8 - Borang Rumusan Data Rampasan
  JKNJ-F9-BK1 - Resit Akuan Terima Barang Kes
  Senarai Semak   
  Tiada
  Dokumen Luaran   
  Tiada
  Pemilik Dokumen
  Masliza binti Arip
 

Rekod Pindaan

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para Diluluskan Oleh
1. 16-04-2012 1 Nota Pindaan Approver 1
 
Laman Utama Manual Kualiti Prosedur Kualiti