Laman Utama   Bantuan  
- ISO 9001:2008 QMS -    
     

PROSEDUR KUALITI

PKPKed-PK-S13 - PROSEDUR PERKHIDMATAN PRA SEKOLAH

   
Pindaan : 1
Tarikh Kuatkuasa : 19-10-2017
Objektif Prosedur : Prosedur ini menggariskan langkah-langkah untuk mengendali program kesihatan pergigian di tadika dan pra sekolah melalui ceramah, latihan memberus gigi (LMG), Role play dan rawatan pergigian supaya ia dapat menanamkan minat serta kesedaran murid dan guru tadika dan pra sekolah terhadap penjagaan kesihatan pergigian.
Skop : Prosedur ini digunapakai bagi melaksanakan program kesihatan pergigian kanak-kanak bagi semua pelajar pra -sekolah di tadika kerjaan dan tadika swasta yang terpilih di seluruh Negeri Kedah.
 

SINGKATAN / DEFINISI

PP Pegawai Pergigian
JP Juruterapi Pergigian
PPP Pembantu Pembedahan Pergigian
PPK Pembantu Perawatan Kesihatan
LP 8 Kad Rawatan Pesakit (Am / sekolah )
 

OBJEKTIF PROSES

Pelajar akan diberi ceramah, latihan memberus gigi (LMG), Role play dan diperiksa oleh  Juruterapi Pergigian dalam tempoh seperti yang ditetapkan di dalam jadual tentatif.

 

CARTA ALIRAN KERJA

 

TUGAS / TANGGUNGJAWAB

TANGGUNGJAWAB

TINDAKAN

JP U36/U32/U29 1.0 Sediakan senarai tadika serta jumlah muridnya (enrolmen) untuk penyediaan jadual lawatan
    (berpandukan tadika tahun sebelumnya dan senarai terbaru tahun semasa dari jabatan berkaitan jika ada)
    1.1 Tadika Kerajaan
  • Jabatan Perpaduan
  • Jabatan Kemajuan Masyarakat
  • Jabatan Agama Islam
  • Jabatan Pendidikan-Pra Sekolah
    1.2 Tadika Swasta
     
  2.0 Rancang lawatan tadika dengan mengambil kira sumber manusia tahun semasa (JP, PPK dan Pemandu), logistik, keperluan rawatan dan hal-hal lain di klinik berdasarkan pencapaian tahun lepas.
     
  3.0 Tadika kerajaan perlu dilawati dua kali setahun dan tadika swasta sekurang-kurangnya sekali setahun.
     
  4.0 Dapatkan senarai nama murid dan lengkapkan PG 307.
     
    LAWATAN PERTAMA
JP U36/U32/U29 5.0 Sediakan jadual lawatan dan hantar kepada tadika-tadika berkaitan setelah disahkan oleh PPYM.
     
JP/PPP/PPK/Pemandu 6.0 Buat persiapan untuk lawatan pertama seperti:
   
  • Kenderaan
  • Bahan dan peralatan untuk ceramah dan LMG
  • Bahan dan peralatan untuk role play
  • Borang PKP 101
  • Borang PG 307 yang lengkap
  • Kad rawatan LP8-2
     
JP 7.0 Sahkan kedatangan/ lawatan melalui telefon/ surat kepada pihak tadika sebelum lawatan.
     
JP/PPP/PPK 8.0 Tadika swasta
   
  • Edar kad rawatan (LP8-2) beserta Kebenaran Untuk Rawatan Pergigian (PG Kebenaran/Sekolah/2016) dan Penjelasan Rawatan Pergigian Yang Dijalankan Di Sekolah/Kepada Ibubapa/Penjaga kepada guru untuk mendapatkan kebenaran dari ibubapa/penjaga murid sebelum pemeriksaan mulut dijalankan.
     
JP/PPP/PPK 9.0 Buat lawatan pertama dan jalankan aktiviti seperti berikut::
   
  • Ceramah
  • LMG
  • Role play
  • Rekod semua aktiviti dalam PKP 101
     
JP/PPP/PPK 10.0 Pemeriksaan Mulut (Tadika Kerajaan)
   
  • Jalankan pemeriksaan mulut bagi mendapat maklumat keperluan rawatan kanak-kanak.
  • Rekod dalam Borang PG 307
     
JP/PPP/PPK 11.0 Pemeriksaan Mulut (Tadika Swasta)
   
  • Dapatkan Borang Kebenaran Rawatan Pergigian dari ibubapa/penjaga
  • Jalankan pemeriksaan mulut bagi murid yang telah mendapat kebenaran ibubapa/penjaga
  • Rekod dalam Borang PG 307
     
JP/PPP 12.0 Kemaskini rekod dalam borang PG 307 setelah selesai pemeriksaan
     
    LAWATAN KEDUA
JP/PPP/PPK/Pemandu 13.0 Ikut langkah 6.0 dengan penambahan:
   
  • Bahan dan peralatan untuk rawatan pergigian
     
JP 14.0 Ikut langkah 7.0.
     
JP/PPP/PPK 15.0 Buat lawatan dan jalankan aktiviti lawatan kedua seperti berikut:
   
  • Laksana rawatan pergigian (ART-Atraumatic Restoration Technique) bagi murid-murid yang memerlukan dan ada kebenaran bertulis ibubapa/penjaga.
  • Jika kes yang tidak dapat dirawat di tadika, rujuk murid untuk mendapatkan rawatan di Klinik Pergigian.
     
JP/PPP 16.0 Rekod aktiviti yang dilaksanakan seperti berikut:
   
  • PKP 101 - Rekod Harian Pendidikan Kesihatan Pergigian
  • PG 301 - Rekod Harian Juruterapi Pergigian bagi Rawatan Incremental Murid Sekolah/ Rawatan Am
  • PKP 201 - Laporan Bulanan Pendidikan Kesihatan Pergigian Bagi Individu/ Klinik/ Daerah/ Negeri
  • PKP 202 - Laporan Suku Tahun Bagi Aktiviti Lawatan Ke Tadika
  • PKP 203 - Laporan Tahunan Daerah/ Negeri Bagi Liputan Tadika Untuk Kanak-Kanak Pra-Sekolah
  • PG 201 - Kenyataan Permulaan dan Akhir Rawatan Pergigian Incremental Murid Prasekolah/ Sekolah Rendah/Menengah/ Kanak-Kanak Istimewa
  • PG 203 - Laporan Bulanan Daerah/ Negeri Bagi Rawatan Pergigian
  • PG 206 - Laporan Bulanan Individu/ Klinik/ Daerah/ Negeri Bagi Hasil Kerja Juruterapi Pergigian
 

REKOD KUALITI

No.

NAMA REKOD

TEMPOH SIMPANAN

1 Jadual lawatan 1 dan 2 1 tahun
2 Kad Rawatan LP8-2 7 tahun
3 PKP 101 - Rekod Harian Pendidikan Kesihatan Pergigian 1 tahun
4 PKP 201 - Laporan Bulanan Pendidikan Kesihatan Pergigian Bagi Individu/ Klinik/ Daerah/ Negeri 5 tahun
5 PKP 202 - Laporan Suku Tahun Bagi Aktiviti Lawatan Ke Tadika 5 tahun
6 PKP 203 - Laporan Tahunan Daerah/ Negeri Bagi LiputanTadika Untuk Kanak-Kanak Pra-Sekolah 5 tahun
7 PG 307 - Pendaftaran Kenyataan Permulaan dan Akhir Rawatan Pergigian 2 tahun
8 PG 301 - Rekod Harian Juruterapi Pergigian Bagi Rawatan Incremental Murid Sekolah/ Rawatan Am 1 tahun
9 PG 201 - Kenyataan Permulaan dan Akhir Rawatan Pergigian Incremental Murid Pra-Sekolah/ Sekolah Rendah/ Menengah/ Kanak-Kanak Istimewa 5 tahun
10 PG 203 - Laporan Bulanan Daerah/ Negeri Bagi Rawatan Pergigian 5 tahun
11 PG 206 - Laporan Bulanan Individu/ Klinik/ Daerah/ Negeri Bagi Hasil Kerja Juruterapi Pergigian 5 tahun
 

KLAUSA MS ISO 9001

No.

KLAUSA

PERKARA

1 5.1.2 Fokus kepada pelanggan
2 8.2 Keperluan untuk produk dan perkhidmatan
     
     
     
     
     
     
     
     
     
 

RUJUKAN

  Manual Kualiti
  PKPKed-MK01 - MANUAL KUALITI
  Arahan Kerja   
  PKPKed-AK 02 - PEMERIKSAAN DAN PENCARTAAN
  PKPKed-AK 04 - PERALATAN PERGIGIAN-AUTOKLAF
  PKPKed-AK 05 - PERALATAN PERGIGIAN - HANPIS
  PKPKed-AK 09 - RUJUKAN PESAKIT
  PKPKed-AK 10 - PENGENDALIAN SISA KLINIKAL
  Borang Kualiti   
  PKPKed-BK 25/PIN.00 - Borang Temujanji Untuk Rawatan
  Senarai Semak   
  PKPKed -SS 01/PIN.00 - dibatalkan
  Dokumen Luaran   
  PKPKed-DL45 - Guidelines On Radiation Safety In Dentistry 2010
  Pemilik Dokumen
  Dr Fathiyyah bt Emran
 

Rekod Pindaan

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para Diluluskan Oleh
1. 19-10-2017 1 Nota Pindaan Approver 1
 
Laman Utama Manual Kualiti Prosedur Kualiti