Laman Utama   Bantuan  
- ISO 9001:2008 QMS -    
     

PROSEDUR KUALITI

PKPKed-PK-S08 - PROSEDUR KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

   
Pindaan : 1
Tarikh Kuatkuasa : 18-09-2017
Objektif Prosedur : Prosedur ini menggariskan langkah-langkah untuk mengukur tahap kepuasan pelanggan luaran dan dalaman terhadap pengurusan dan perkhidmatan kesihatan pergigian yang diberi untuk penambahbaikan yang berterusan
Skop : Prosedur ini digunapakai untuk mengendalikan kajian kepuasan pelanggan yang akan dijalankan di Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Negeri Kedah
 

SINGKATAN / DEFINISI

TPKN(G) Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian)
KWP Ketua Wakil Pengurusan
WP Wakil Pengurusan
PPD Pegawai Pergigian Daerah
PYDP Penjawat Awam Yang Di Pertanggungjawabkan
MKSP Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan
Pelanggan Dalaman Terdiri daripada Penjawat Awam Pergigian
Pelanggan Luaran Pelanggan selain daripada Penjawat Awam Pergigian seperti pesakit luar / murid sekolah / guru/ pelanggan pejabat
 

OBJEKTIF PROSES

OBJEKTIF PROSES KESELURUHAN

Kajian kepuasan pelanggan dijalankan sekurang-kurangnya sekali setahun.

OBJEKTIF SUB-PROSES

Pembetulan dalam masa yang ditetapkan.

 

CARTA ALIRAN KERJA

 

TUGAS / TANGGUNGJAWAB

 

TANGGUNGJAWAB

TINDAKAN

TPKN(G)/KWP/PPD/WP 1 Tetapkan masa / kekerapan kajian.
    Tetapkan masa kajian kepuasan pelanggan yang akan diadakan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun untuk kategori pelanggan luaran, pelanggan dalaman, guru sekolah, murid sekolah dan pelanggan luaran  Bahagian Kesihatan Pergigian dan Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah.
WP/PYPD 2 Jalankan kajian
    Serahkan borang yang mencukupi kepada pegawai yang dipertanggungjawabkan untuk jalankan kajian . Rujuk Panduan Perlaksanaan Kajian Kepuasan Pelanggan - PKPKed-DL59, Borang Kajian Kepuasan Pelanggan Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Pesakit Luar - PKPKed-BK09/ PIN.00, Borang Kajian Kepuasan Pelanggan Dalaman (Staf Pergigian) - PKPKed-BK 10/PIN.00, Borang Kajian Kepuasan Pelanggan Murid  Sekolah Rendah - PKPKed-BK11/PIN. 00, Borang Kajian Kepuasan Murid Sekolah Menengah - PKPKed-BK 07/PIN.00, Borang Kajian Kepuasan Pelanggan Guru Sekolah - PKPKed-BK12 /PIN.00  dan Borang Kajian Kepuasan Pelanggan Luaran Bahagian Kesihatan Pergigian / Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah - PKPKed-BK 17 / PIN.00.
WP/PYPD 3 Buat penganalisaan
    Analisa maklumat dari borang-borang yang telah dilengkapkan oleh responden dengan menggunakan teknik statistik yang sesuai.
WP/PYPD 4 Sediakan laporan :
    Sediakan laporan kajian dan ambil tindakan yang sesuai berdasarkan penemuan kajian. Rujuk Panduan Perlaksanaan Kajian Kepuasan Pelanggan - PKPKed-DL59
WP/PYPD 5 Bentang laporan kajian kepuasan pelanggan :
    Bentangkan laporan semasa Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan.
PYPD 6 Laksanakan Tindakan Pembetulan / Pencegahan yang dipersetujui (jika ada).
PYPD 7 Nilai keberkesanan tindakan yang telah dilaksanakan (jika ada).
PPD/WP 8 Tetapkan jadual kajian seterusnya.
PYPD 9 Simpan laporan kajian.
     
     
     
     
     
     
 

REKOD KUALITI

No.

NAMA REKOD

TEMPOH SIMPANAN

1 Laporan Kepuasan Pelanggan Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Rawatan Pesakit Luar  5 tahun
2 Laporan Kepuasan Pelanggan Dalaman (Staf Pergigian)  5 tahun
3 Laporan Kepuasan Pelanggan Murid Sekolah Rendah  5 tahun
4 Laporan Kepuasan Pelanggan Guru Sekolah  5 tahun
5 Laporan  Kepuasan Pelanggan Luaran Bahagian Kesihatan Pergigian/ Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah 5 tahun
6 Laporan Kepuasan Pelanggan Murid Sekolah Menengah  5 tahun
     
     
     
     
 

KLAUSA MS ISO 9001

No.

KLAUSA

PERKARA

1  6.1 Tindakan untuk menangani risiko
2 8.2.1 Komunikasi Pelanggan
3 9.1.2 Kepuasan Pelanggan
4 9.1.3 Analisis dan penilaian
5 10.2 Ketakakuran dan Tindakan Pembetulan
6 10.3 Penambahbaikan Berterusan
     
     
     
     
     
 

RUJUKAN

  Manual Kualiti
  PKPKed-MK01 - MANUAL KUALITI
  Arahan Kerja   
  Tiada
  Borang Kualiti   
  PKPKed-BK 09/PIN.00 - dibatalkan
  PKPKed-BK 10/PIN.01 - Borang Kajian Kepuasan Pelanggan Dalaman (Staf Pergigian)
  PKPKed-BK 11/PIN.01 - Borang Kajian Kepuasan Pelanggan Murid Sekolah Rendah
  PKPKed-BK 12/PIN.00 - Borang Kajian Kepuasan Pelanggan Guru Sekolah
  PKPKed-BK 17/PIN.00 - Borang Kajian Kepuasan Pelanggan Pejabat
  PKPKed-BK 07/PIN.01 - Borang Kajian Kepuasan Pelanggan Murid Sekolah Menengah
  Senarai Semak   
  Tiada
  Dokumen Luaran   
  Tiada
  Pemilik Dokumen
  Dr Hu Xue Han
 

Rekod Pindaan

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para Diluluskan Oleh
1. 18-09-2017 1 Nota Pindaan Approver 1
 
Laman Utama Manual Kualiti Prosedur Kualiti