Laman Utama   Bantuan  
- ISO 9001:2008 QMS -    
     

PROSEDUR KUALITI

PKPKed-PK-S07 - PROSEDUR PERKHIDMATAN MAKMAL PERGIGIAN

   
Pindaan : 1
Tarikh Kuatkuasa : 22-10-2017
Objektif Prosedur : Prosedur ini menggariskan langkah-langkah yang diambil oleh Juruteknologi Pergigian semasa penyediaan/pembaikan prostesis pergigian untuk memastikan kerja dapat dijalankan dengan teratur dan sistematik.
Skop : Prosedur ini digunapakai di semua makmal pergigian bagi penyediaan dan pembaikan prostesis di Klinik Pergigian di Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Kedah.
 

SINGKATAN / DEFINISI

PP Pegawai Pergigian
JTP Juruteknologi Pergigian
PPP Pembantu Pembedahan Pergigian
PG 103-Pin.3/04 Daftar Kerja Makmal
PG 205-Pin3/04 Laporan Bulanan Klinik / Daerah bagi Hasil Kerja Juruteknologi Pergigian
Dentur Prostesis buatan bagi menggantikan gigi yang hilang untuk tujuan estetik dan fungsi.
Pembaikan Pembaikan aplians yang patah, retak, melapik semula (reline), melandas (rebase) dan penambahan gigi.
Impresi Acuan yang diambil menggunakan bahan impresi bagi merekod butir-butir dalam mulut pesakit.
Prostesis Alat buatan hasil kerja makmal.
 

OBJEKTIF PROSES

1. OBJEKTIF PROSES AM

Prostesis disiapkan pada tarikh yang ditetapkan.

2. OBJEKTIF SUB-PROSES

Pastikan nombor kad pengenalan pelanggan ditulis pada model dan bekas penyimpanan prostesis.

Prostesis siap yang tidak dituntut selepas 6 bulan dari tarikh temujanji terakhir akan dilupus dan perlu direkodkan ke dalam    

kad rawatan LP8 dan kad makmal LP6.

Jumlah dentur yang tidak memuaskan tidak melebihi 5% dari jumlah dentur disiapkan (dentur yang perlu dibuat semula-'redo').

 

CARTA ALIRAN KERJA

 

TUGAS / TANGGUNGJAWAB

TANGGUNGJAWAB

TINDAKAN

JTP 1 Penerimaan impresi / dentur / aplians bersama kad makmal.
Terima impresi / dentur / aplians yang patah bersama kad makmal L.P.6-Pin.1/86.
PP / PPP   Semak butiran pelanggan, lakaran prostesis dan pastikan tarikh temujanji susulan dicatat pada Kad Makmal L.P.6-Pin.1/86.
Pastikan impresi telah didisinfek sebelum dihantar ke makmal.
JTP 2 Daftar Kes
Daftar dalam Buku Daftar Am Makmal (PKPDKed-BK35/PIN.00) untuk makmal yang melebihi seorang Juruteknologi Pergigian dan PG 103-Pin.1/13 untuk kes baru sahaja yang diterima.
JTP 3 Proses Kerja                                                                                                                                                                                                                                                               Lakukan kerja-kerja makmal mengikut arahan/catatan di kad makmal L.P.6-Pin.1/86.
JTP 4 Label dentur
Labelkan dentur penuh dengan nombor kad pengenalan pelanggan sekiranya terdapat arahan / preskripsi daripada Pegawai Pergigian yang telah dipersetujui oleh pelanggan ( sila rujuk L.P. 6 - pin. 1/86 / LP 8 )
PPP 5 Ambil prostesis yang telah siap dan hantar ke bilik rawatan.
PP 6 Isu protesis
PPP   6.1  Sekiranya terdapat pembetulan pada prostesis: kembalikan prostesis ke makmal.
JTP   6.2  Pastikan pembetulan pada prostesis dibetulkan.    
PP   6.3  Isu dan rekodkan.
PP / JTP / PPP 7 Kemaskini rekod
    Isi PKPKed-BK 34/PIN.01 untuk Pemantauan Kualiti Dentur. 
     
     
     
     
     
     
 

REKOD KUALITI

No.

NAMA REKOD

TEMPOH SIMPANAN

1 Kad Makmal L.P. 6 - Pin. 1/86 5 tahun
2 PG 103 - Pin. 1 / 13 3 tahun
3 PG 205 - Pin. 1 / 13 5 tahun
4 PKPKed - BK 35/Pin.00 (Buku Daftar Am Makmal) 5 tahun
5 PKPKed - BK 34/Pin.01 2 tahun
     
     
     
     
     
 

KLAUSA MS ISO 9001

No.

KLAUSA

PERKARA

     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
 

RUJUKAN

  Manual Kualiti
  PKPKed-MK01 - MANUAL KUALITI
  Arahan Kerja   
  Tiada
  Borang Kualiti   
  PKPKed-BK 34/trial - Rekod Pemantauan Kualiti Dentur
  PKPKed-BK 35/PIN.00 - Buku Daftar Am Makmal
  Senarai Semak   
  Tiada
  Dokumen Luaran   
  PKPKed-DL52 - Code of Practice for Programme Accreditation - Undergraduate Dental Degree
  PKPKed-DL58 - Pengurusan Kenderaan Kerajaan
  Pemilik Dokumen
  Rahani bt Sapei
 

Rekod Pindaan

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para Diluluskan Oleh
1. 22-10-2017 1 Nota Pindaan Approver 1
 
Laman Utama Manual Kualiti Prosedur Kualiti