Laman Utama   Bantuan  
- ISO 9001:2008 QMS -    
     

PROSEDUR KUALITI

PKPKed-PK-S04 - PROSEDUR PERKHIDMATAN ORTODONTIK

   
Pindaan : 1
Tarikh Kuatkuasa : 19-10-2017
Objektif Prosedur : Prosedur ini menggariskan langkah-langkah pengendalian perkhidmatan Ortodontik bagi tujuan memulihkan fungsi oklusi dan estetik.
Skop : Prosedur ini digunapakai untuk semua pesakit di Klinik Pergigian Pakar Ortodontik di bawah Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Kedah.
 

SINGKATAN / DEFINISI

PPOrto Pakar Pergigian Ortodontik
PP Pegawai Pergigian
PPP Pembantu Pembedahan Pergigian
PPK Pembantu Perawatan Kesihatan
PG 101 Daftar Pesakit Pergigian
PG 102 Daftar Kedatangan Rawatan Berterusan Klinik Ortodontik, Pedodontik, Periodontik dan Restoratif
LP 8 Kad Rawatan Pesakit (Am / sekolah )
LP 1 Kad Temujanji
OPG Orthopantomograph
PG 208 Laporan Bulanan Perkhidmatan Pakar Ortodontik
LP 7 Kad Rawatan Ortodontik
Ortodontik Jurusan Pergigian yang melibatkan pembetulan susunan gigi dan struktur pergigian yang tidak teratur.
Rawatan Aktif Fasa rawatan yang melibatkan gerakan gigi.
Rekod Pra Rawatan Radiograf dan model gigi pesakit yang perlu untuk tujuan diagnosa dan perancangan rawatan.
Petugas Kaunter Penjawat Awam yang bertugas di kaunter pendaftaran.
JPOrto Juruterapi Pergigian (Post Basik Ortodontik)
PG 303 Laporan Harian Perkhidmatan Pakar Pergigian Ortodontik
 

OBJEKTIF PROSES

1. Objektif Kualiti – Proses Perkhidmatan Memastikan sekurang-kurangnya 97% pesakit yang dirujuk mendapat temujanji untuk perundingan I dalam tempoh 3 bulan selepas rujukan.

2. Key Performance Indicator (KPI)/ National Indicator Assurance (NIA) ‘Percentage of cases with low peer assessment rating (PAR) score at 3% and less’.

3. Kajian Masa Menunggu Untuk Mendapat Rawatan Sekurang-kurangnya 70% daripada pesakit yang hadir diberi rawatan dalam masa 30 minit.

 

CARTA ALIRAN KERJA

 

TUGAS / TANGGUNGJAWAB

 

TANGGUNGJAWAB

TINDAKAN

 Petugas Kaunter  1  Terima pesakit bersama dokumen pengenalan diri
   2   Semak dokumen dan kenalpasti kes
      2.1  Kes rujukan baru
      -Semak surat rujukan (PKPKed-AK 09- Rujukan) dari Klinik Pergigian Kerajaan/ Hospital/ Klinik Swasta
     - Tetapkan temujanji untuk Perundingan I (PKPKed-AK 10-Temujanji). Pastikan tarikh temujanji di beri dalam tempoh 3 bulan dari tarikh rujukan.
     2.2  Kes temujanji
     A.Lawatan Kali Pertama
      - Terima pesakit bersama dokumen pengenalan diri dan :- - Surat rujukan dan filem radiograf (jika ada)
   - Kad rawatan LP 8 jika klinik yang sama
  - Surat Akaun Jabatan/ e-GL
  - Kad Pesara Ibu/ Bapa
      - Sediakan kad rawatan LP 8 bagi pesakit
  -Daftar kedatangan dalam PG 101
  -Sedia kad temujanji LP 1
     B.Rawatan Aktif
     -Terima kad temujanji LP 1  -Sedia kad rawatan LP 7 dan rekod ortodontik yang berkaitan
  - Daftar kedatangan dalam PG 101/ PG 102
 PPP  3  Pastikan peralatan pergigian telah disediakan dan bahan-bahan yang perlu digunakan mencukupi (PKPKed-AK 04 hingga PKPKed-AK 08 – Peralatan Pergigian yang berkenaan)
   4  Amalkan kawalan jangkitan silang
 PPOrto  
5
 
 Perundingan I
Jalankan pemeriksaan bagi kes baru (PKPKed- AK 02 -Pemeriksaan dan Pencartaan) dan tentukan keperluan kes samada:
5.1  Tidak perlu rawatan segera
5.2  Perlu rawatan segera
 Petugas Kaunter  6
 Kes Baru (Tidak Perlu Rawatan Segera)
     -Daftar kes ke dalam buku senarai menunggu bersama nombor giliran,  alamat dan nombor telefon terkini pesakit.
     - Catit nombor giliran pesakit di dalam LP 1 dan maklumkan kepada pesakit tentang nombor tersebut.
     - Pesakit dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan gigi setiap 6 bulan.
     -Pesakit dinasihatkan untuk menghubungi klinik sekiranya terdapat    perubahan alamat dan nombor telefon.
     -Menghantar surat atau menelefon pesakit apabila tiba giliran untuk pemasangan aplians.
    Kes Baru (Perlu rawatan segera)
    - Beri temujanji kepada pesakit untuk rawatan susulan.
PP Ortho / PP / JP Ortho   - Ambil rekod pra-rawatan (model kajian dan filem radiograf yang berkaitan) 
PP Ortho
 
 
 
 
 
 
 
PPP
7
Perundingan II
7.1  Rancangkan keperluan rawatan berdasarkan rekod pra-rawatan
7.2  Bincangkan perkara seperti berikut:-
       - Rancangan rawatan
       - Tempoh rawatan
       - Risiko rawatan
       - Bayaran jika perlu
7.3  Dokumenkan dalam kad rawatan tentang hasil perbincangan.
 7.4  Dapatkan kebenaran dari pesakit/ ibu bapa/ penjaga pada LP 7 dan borang-         borang yang berkaitan
7.5  Beri temujanji susulan sekiranya pesakit bersetuju dengan rawatan
PP Ortho 8
Rawatan Ortodontik :
8.1  Beri rawatan ortodontik yang perlu seperti:
           A.  Rawatan dengan aplians tetap atau boleh tanggal.
           B.  Rawatan adjustment / review aplians.
PPP
PP Ortho
 
8.2  Beri temujanji untuk rawatan susulan sehingga kes selesai ( jika perlu ).
 8.3  Buat rujukan sekiranya perlu.
Petugas Kaunter 9 Terima bayaran sekiranya perlu dan catatkan jumlah bayaran dan nombor resit dalam kad rawatan LP 7
PPP
PPP/PPK
10
11
Rekod aktiviti harian dalam PG 303 dan bulanan dalam PG 208
Failkan kad-kad rawatan, model kajian dan filem radiograf pesakit (PKPKed - AK 03)
 

REKOD KUALITI

 

No.

NAMA REKOD

TEMPOH SIMPANAN

 1  Kad Rawatan Pesakit Am / Sekolah LP8  7 tahun
 2  Kad Rawatan Ortodontik LP7  7 tahun
 3  Daftar Kedatangan Pesakit PG 101  7 tahun
 4  Daftar Kedatangan Rawatan Berterusan Klinik Ortodontik PG 102  7 tahun
 5  Laporan Harian Perkhidmatan Pakar Pergigian Ortodontik PG 303  1 tahun
 6  Laporan Bulanan Perkhidmatan Pakar Ortodontik PG 208  5 tahun
     
     
     
     
 

KLAUSA MS ISO 9001

 

RUJUKAN

  Manual Kualiti
  PKPKed-MK01 - MANUAL KUALITI
  Arahan Kerja   
  PKPKed-AK 02 - PEMERIKSAAN DAN PENCARTAAN
  PKPKed-AK 03 - PENGAMBILAN RADIOGRAF
  PKPKed-AK 04 - PERALATAN PERGIGIAN-AUTOKLAF
  PKPKed-AK 05 - PERALATAN PERGIGIAN - HANPIS
  PKPKed-AK 06 - PERALATAN PERGIGIAN - ULTRASONIC CLEANER
  PKPKed-AK 07 - PERALATAN PERGIGIAN - UNIT LIGHT CURE
  PKPKed-AK 08 - PERALATAN PERGIGIAN - UNIT PERGIGIAN
  PKPKed-AK 09 - RUJUKAN PESAKIT
  Borang Kualiti   
  PKPKed-BK 25/PIN.00 - Borang Temujanji Untuk Rawatan
  Senarai Semak   
  Tiada
  Dokumen Luaran   
  PKPKed-DL05 - (Guideline) Garis Panduan Program Kampung Angkat Pergigian
  PKPKed-DL02 - (Guideline) Modul Program Ikon Gigi (Set 2)
  PKPKed-DL50 - Guidelines On Infection Control In Dental Practice 2017
  PKPKed-DL51 - Guidelines for Application for Temporary Practising Certificates For Dental Surgeons 2018
  Pemilik Dokumen
  Dr Ruzanna Binti Hussain
 

Rekod Pindaan

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para Diluluskan Oleh
1. 19-10-2017 1 Nota Pindaan Approver 1
 
Laman Utama Manual Kualiti Prosedur Kualiti