Laman Utama   Bantuan  
- ISO 9001:2008 QMS -    
     

PROSEDUR KUALITI

PKPKed-PK-M04 - PROSEDUR KAWALAN KE ATAS PRODUK YANG TIDAK MEMENUHI KEPERLUAN YANG DITETAPKAN

   
Pindaan : 1
Tarikh Kuatkuasa : 01-01-2022
Objektif Prosedur : Prosedur ini menggariskan langkah-langkah untuk memastikan produk yang Tidak Memenuhi Keperluan yang ditetapkan dikenalpasti dan dikawal untuk mencegah ianya daripada digunakan.
Skop : Prosedur ini digunapakai untuk semua produk yang Tidak Memenuhi Keperluan yang ditetapkan di semua fasiliti Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Negeri Kedah.
 

SINGKATAN / DEFINISI

WP Wakil Pengurusan
KU Ketua Unit
PYDP Penjawat Awam Yang Di Pertanggungjawabkan
TMK Tidak Memenuhi Keperluan yang ditetapkan
Produk Bahan/perkhidmatan yang dihasilkan untuk kegunaan pelanggan
 

OBJEKTIF PROSES

OBJEKTIF PROSES AM

Semua produk / perkhidmatan yang Tidak Memenuhi Keperluan yang ditetapkan akan dikenalpasti, direkod dan dikawal penggunaan / pengeluarannya. 

 

OBJEKTIF SUB-PROSES

Asingkan semua produk yang Tidak Memenuhi Keperluan yang ditetapkan untuk dicegah dari digunakan.

 

CARTA ALIRAN KERJA

 

TUGAS / TANGGUNGJAWAB

TANGGUNGJAWAB

TINDAKAN

Penjawat Awam Berkaitan 1. Kenalpasti produk yang Tidak Memenuhi Keperluan yang ditetapkan berpandukan definisi produk. Maklumkan 
    kepada WP / Ketua Unit.
     
Penjawat Awam Berkaitan / Ketua Unit 2. Lengkapkan Borang Ketakakuran / Tindakan Pembetulan - PKPKed - BK 15 / PIN.00 dan siasat punca
     masalah.
     
PYDP 3. Ambil tindakan lanjut ke atas produk jika terdapat ketakakuran setelah punca dikenalpasti seperti berikut : 
     
WP / Ketua Unit   a) Jika berpunca daripada bahan-bahan pergigian / ubat-ubatan yang TMK :
         - Bahan tidak memuaskan. Isi Borang Laporan Terimaan Barang-Barang (KEW.PS - 2) untuk tindakan
           selanjutnya. Asing dan hentikan penggunaannya.
         - Bahan / ubat luput tarikh penggunaannya. Maklumkan kepada KU dan lupus mengikut kaedah yang 
           ditetapkan.
PYDP   b) Jika berpunca daripada kesilapan penjawat awam, bincang dengan penjawat awam berkaitan :
         - Ambil langkah-langkah yang perlu untuk membetulkan kesilapan / mencegah daripada berulang.
         - Betulkan / baiki / buat semula produk (baucer, prostesis, tampalan dan sebagainya)
     
PYDP 4. Laksanakan Tindakan Pembetulan dan Penambahbaikan Yang telah dirancang. Periksa semula produk. 
    Pastikan ketakakuran dan kecacatan telah dibaiki.
     
Penjawat Awam Berkaitan / PYDP 5. Serah produk untuk digunapakai sekiranya memuaskan dan direkodkan.
     
PPD / WP / Ketua Unit 6. Buat penilaian / verifikasi terhadap Tindakan Pembetulan yang telah diambil.
     
PPD / WP / Ketua Unit  7. Kemaskini Log Laporan Ketakakuran / Permohonan Tindakan Pembetulan / Pencegahan / Pemerhatian / 
     Tindakan Penambahbaikan - PKPKed - BK 18 / PIN.00.
     
PPD / WP / Ketua Unit 8.  Rekod dan failkan.
 

REKOD KUALITI

No.

NAMA REKOD

TEMPOH SIMPANAN

1. Borang Ketakakuran / Tindakan Pembetulan - PKPKed - BK 15 / PIN.00 5 Tahun
2. Borang Log Laporan Ketakakuran / Permohonan Tindakan Pembetulan / Pencegahan / Pemerhatian / Tindakan Penambahbaikan - PKPKed - BK 18 / PIN.00 5 Tahun
3. Borang Laporan Terimaan Barang-Barang Kew.PS - 2 5 Tahun
     
 

KLAUSA MS ISO 9001

 

RUJUKAN

  Manual Kualiti
  PKPKed-MK01 - MANUAL KUALITI
  Arahan Kerja   
  Tiada
  Borang Kualiti   
  PKPKed-BK 15/PIN.00 - Borang Ketakakuran / Permohonan Tindakan Pembetulan
  PKPKed-BK 18/PIN.01 - Log Laporan Ketakakuran / Permohonan Tindakan Pembetulan / Pemerhatian / Tindakan Penambahbaikan
  Senarai Semak   
  Tiada
  Dokumen Luaran   
  PKPKed-DL32 - Implementation of Water Fluoridation Programme in Malaysia 2006
  Pemilik Dokumen
  Dr Norafiza bt Zakaria
 

Rekod Pindaan

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para Diluluskan Oleh
1. 01-01-2022 1 Nota Pindaan Approver 1
 
Laman Utama Manual Kualiti Prosedur Kualiti