Laman Utama   Bantuan  
- ISO 9001:2008 QMS -    
     

PROSEDUR KUALITI

PKPKed-PK-S12 - PROSEDUR PENGENDALIAN KENDERAAN

   
Pindaan : 3
Tarikh Kuatkuasa : 06-12-2017
Objektif Prosedur : Prosedur ini menggariskan langkah-langkah bagi memastikan kenderaan dalam keadaan baik, berfungsi dan selamat digunakan.
Skop : Prosedur ini digunapakai untuk semua kenderaan Klinik Pergigian di bawah jagaan Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Kedah
 

SINGKATAN / DEFINISI

TPKN(G) Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian)
PPD Pegawai Pergigian Daerah
PP Pegawai Pergigian
KU Ketua Unit
PYDP Penjawat Awam Yang Di Pertanggungjawabkan
PT Pembantu Tadbir
Pegawai Kenderaan Pegawai yang bertanggungjawab menguruskan hal-hal berkenaan kenderaan pejabat/klinik. Pegawai ini boleh terdiri daripada PP,JP atau PT
 

OBJEKTIF PROSES

OBJEKTIF PROSES AM

Kenderaan diservis setiap 5000 km / 6 bulan yang mana terdahulu. Bagi Klinik Pergigian Bergerak, kenderaan diservis sekali setahun

OBJEKTIK SUB-PROSES

Kemaskini maklumat servis dan pembaikan selepas kerja-kerja selesai dalam Buku Log Kenderaan dan Daftar Penyelengaraan Harta Modal (KEW. PA - 14)

 

CARTA ALIRAN KERJA

 

TUGAS / TANGGUNGJAWAB

 

TANGGUNGJAWAB

TINDAKAN

Pemandu 1. Ambil kunci kenderaan, catat dan tandatangan dalam Buku Kunci Kenderaan. 
  2. Periksa kenderaan berpandukan Senarai Semak Mingguan Kenderaan - PKPKed- SS 03/PIN.00 / Senarai Semak Klinik Pergigian Bergerak PKPKed- SS 02/PIN.00 . Inden minyak jika perlu. Jika ada masalah, laporkan kepada Pegawai Kenderaan.
Pegawai Kenderaan / Pemandu 3. Maklumkan kepada Pegawai Kenderaan, sekiranya kenderaan memerlukan penyelenggaraan dan uruskan penyelenggaraan setelah mendapat kelulusan. 
Pemandu 4. Dapatkan kebenaran / tandatangan pegawai yang memberi kuasa (Pegawai Kenderaan / Ketua Unit) dalam Buku Log Kenderaan AM 362 sebelum perjalanan.
  5. Isikan butiran perjalanan dan catatkan perkiraan perjalanan dalam Buku Log Kenderaan.
  6. Dapatkan segera nama dan tandatangan personel yang menggunakan kenderaan selepas setiap kali perjalanan.
Pegawai Kenderaan / Pemandu 7. Sekiranya berlaku kemalangan jalanraya, isi Borang Laporan Kemalangan Kenderaan AM 362A dan ambil tindakan yang diperlukan. 
Pemandu 8. Pulangkan kunci dan tandatangan dalam Buku Kunci Kenderaan. 
  9. Pada akhir bulan:
9.1    Kemaskini Buku Log Kenderaan dan buat pengiraan.
 
         a. Jarak jauh perjalanan
         b. Penggunaan bahan api satu bulan
         c. Baki minyak dalam tangki
 
9.2     Lampirkan Senarai Semak Mingguan Kenderaan
     
     
     
 

REKOD KUALITI

No.

NAMA REKOD

TEMPOH SIMPANAN

1. Buku Log Kenderaan AM 362  Sehingga kenderaan dilupuskan
2. Buku rekod Smart Pay Kad  2 tahun
3. Laporan Bulanan / Tahunan Kenderaan  5 tahun
4. Senarai Semak Klinik Pergigian Bergerak PKPKed- SS 02/PIN.00  1 tahun
5. Senarai Semak Mingguan Kenderaan PKPKed- SS 03/PIN.00  1 tahun
6. Borang Laporan Kemalangan Kenderaan Kerajaan AM 362A  5 tahun
     
     
     
     
 

KLAUSA MS ISO 9001

No.

KLAUSA

PERKARA

1 6.1 Tindakan menyatakan risiko dan peluang
2 7.1.3 Prasarana
3 7.1.5 Sumber pemantauan dan pengukuran
4 7.5 Maklumat didokumentasikan
5 8.2 Keperluan untuk produk dan perkhidmatan
6 8.5.1 Kawalan penyediaan pengeluaran dan perkhidmatan
7 8.5.4 Pemeliharaan
8 9.1 Pemantauan, pengukuran, analisa dan penilaian
     
     
     
 

RUJUKAN

  Manual Kualiti
  PKPKed-MK01 - MANUAL KUALITI
  Arahan Kerja   
  Tiada
  Borang Kualiti   
  Tiada
  Senarai Semak   
  PKPKed -SS 02/PIN.00 - Senarai Semak Klinik Pergigian Bergerak
  PKPKed -SS 03/PIN.00 - Senarai Semak Mingguan Kenderaan
  Dokumen Luaran   
  PKPKed-DL13 - (Guideline) Oral Healthcare For Preschool Children
  PKPKed-DL65 - Buku Panduan Kategori Maklum Balas KKM
  Pemilik Dokumen
  Siti Noor Fadila bt Mohd Fuad Ooi
 

Rekod Pindaan

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para Diluluskan Oleh
1. 06-12-2017 3 Nota Pindaan Approver 1
 
Laman Utama Manual Kualiti Prosedur Kualiti