Laman Utama   Bantuan  
- ISO 9001:2008 QMS -    
     

PROSEDUR KUALITI

PKPKed-PK-S14 - PROSEDUR PERKHIDMATAN SEKOLAH

   
Pindaan : 2
Tarikh Kuatkuasa : 13-03-2018
Objektif Prosedur : Prosedur ini menggariskan langkah-langkah dalam pemberian Perkhidmatan Pergigian Sekolah
Skop : Prosedur ini digunapakai bagi semua aktiviti pemberian rawatan incremental kepada pelajar-pelajar Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di seluruh Negeri Kedah.
 

SINGKATAN / DEFINISI

PP Pegawai Pergigian
JP Juruterapi Pergigian
PPP Pembantu Pembedahan Pergigian
PPK Pembantu Perawatan Kesihatan
LP 8 Kad Rawatan Pesakit (Am / sekolah )
PPYM Pegawai Pergigian Yang Menjaga
 

OBJEKTIF PROSES

Murid-murid Sekolah Rendah dan Menengah akan diperiksa oleh Pegawai Pergigian atau Juruterapi Pergigian yang telah dipertanggungjawabkan bagi sekolah-sekolah yang telah ditentukan

 

CARTA ALIRAN KERJA

 

TUGAS / TANGGUNGJAWAB

TANGGUNGJAWAB

TINDAKAN

  I AKTIVITI RAWATAN
  A Persediaan sebelum menjalankan program:

  JP U 36 / U32

1 Dapatkan senarai nama sekolah pada awal tahun daripada pejabat Pegawai Pelajaran Daerah atau berpandukan senarai nama sekolah tahun lepas

JP U 36 / U32

2 Kenalpasti sekolah yang akan diberi perkhidmatan  pergigian.
PP/JP U36 / U32 3 Agihkan sekolah kepada setiap Pegawai Pergigian dan Jururawat Pergigian yang bertanggungjawab.
PP/JP/PPP 4 Sediakan jadual lawatan tentatif. Hantar kad baru LP8 bagi murid Tahun 1 kepada pihak sekolah  untuk dilengkapkan
JP/PPP/PPK 5 Lengkapkan borang PG307 berpandukan kepada senarai nama murid
PP/JP/PPK 6 Jumpa Pengetua/Guru Besar/Guru HEM/ Guru Kesihatan/ Ketua Kelas untuk dapatkan kembali kad LP8 dan takwim sekolah (jika ada)
JP/PPP/PPK 7 Semak dan susun kad mengikut kelas berpandukan nama di dalam senarai nama
  • Bagi murid yang tiada kad, edarkan kad baru
  • Bagi murid lama, kesankan kad-kad lama
  • Edarkan borang kebenaran rawatan PGKebenaran/Sekolah/2016
  B Persiapan sebelum lawatan
PP/JP/PPP 1 Edarkan surat kebenaran lawatan kepada pihak sekolah
JP/PPP/PPK/Pemandu 2 Pastikan keperluan berikut untuk Pasukan Pergigian Bergerak/ Klinik Pergigian Bergerak/ Klinik Pergigian Sekolah:
  • Kelengkapan berat dan kelengkapan ringan
  • Keperluan bahan-bahan pergigian
PP/JP/PPP 3 Hubungi pihak sekolah melalui telefon atau jumpa Pengetua/Guru Besar/Guru HEM bagi pengesahan lawatan
  C Semasa Lawatan
PP/JP/PPP 1 Jumpa Guru Besar/ Pengetua/ Guru HEM. Beritahu tujuan Pasukan Pergigian Bergerak (PPB)/ Klinik Pergigian Bergerak (KPB)
JP/PPP/PPK 2 Bagi PPB, sediakan tempat untuk dijadikan Klinik Pergigian Sementara di sekolah.Pastikan pergerakan,penjagaan dan keselamatan aset bagi PPB mematuhi SOP perkhidmatan Pergigian Outreach dengan menggunapakai lampiran-lampiran ( Lampiran 1,2,3) yang dinyatakan dalam SOP tersebut.
JP/PPP/PPK/Pemandu 3 Bagi KPB, letakkan di tempat yang sesuai dan sediakan klinik
JP/PPP/PPK 4 Sediakan peralatan dan bahan-bahan pergigian untuk rawatan di PPB/ KPB
PP/JP/PPP/PPK 5 Kenalpasti dan panggil murid untuk pemeriksaan/rawatan. Penyelia atau Pegawai yang dipertanggungjawabkan perlu menjalankan lawatan pemantauan ke atas PPB atau KPB menggunakan Borang Laporan Penyeliaan (PKPKed- BK27/PIN.00)
PP/JP/PPP/PPK 6 Periksa murid dan masukkan data pergigian ke dalam LP8 dan PG 307(Rujuk PKPKed-AK02- Pemeriksaan dan Pencartaan)
Jalankan intervensi ringkas program kesihatan oral tanpa asap rokok(KOTAK). Asingkan kad murid yang memerlukan intervensi lanjutan program KOTAK
Edarkan borang PGKebenaran/tambahan-sekolah/2016 bagi murid yang memerlukan cabutan gigi kekal/gigi susu yang tidak longgar
PP/JP/PPP 7 Beri rawatan kepada murid yang memerlukan rawatan. Pastikan Borang PGKebenaran/sekolah/2016 dan PGKebenaran/tambahan-sekolah/2016 diisi dengan lengkap dan telah ditandatangani oleh ibubapa/penjaga
PP/JP/PPP/PPK 8 Ulang proses kerja 6 hingga 7 sehingga semua murid selesai diberi rawatan
JP/PPP/PPK 9 Setelah selesai rawatan pada setiap hari, semua sisa kilnikal hendaklah dibuang mengikut prosedur (Rujuk PKPKed - AK 11- Pengendalian sisa klinikal
JP/PPP 10 Kemaskini pengumpulan data harian dalam :
PG307 - Penyata pendaftaran Incremental sekolah
PG301 - Penyata Harian Jururawat Pergigian
PG302 - Penyata Harian Pegawai Pergigian
PP/JP 11 Rujuk murid yang memerlukan rawatan susulan kepada Pegawai Pergigian/Pakar Pergigian yang berkaitan. (Rujuk PKPKed -AK 09 - Rujukan)
  II AKTIVITI PENDIDIKAN KESIHATAN PERGIGIAN
PP/JP/PPP/PPK 1 Rancang tarikh ceramah/ Latihan Memberus Gigi dan beritahu kepada guru HEM / Guru Kelas
PP/JP/PPP 2 Kumpul murid untuk aktiviti Pendidikan Kesihatan Pergigian. Arahkan murid kembali ke kelas setelah selesai
JP/PPP 3 Kemaskini data harian dalam borang PKP 201 - Rekod Harian Pendidikan Kesihatan Pergigian
  III SELESAI KERJA(RAWATAN DAN AKTIVITI PENDIDIKAN KESIHATAN PERGIGIAN)
PP/JP 1 Maklumkan kepada Pengetua/Guru Besar/Guru HEM/ Guru Kesihatan
JP/PPP 2 Lengkapkan:
  • PG 201 - Kenyataan Permulaan dan Akhir Rawatan Incremental
  • Borang pengapan fisur (jika ada- untuk sekolah rendah sahaja apabila selesai rawatan sesebuah sekolah)
PPPYM/PP/JP/PPP 3 Semak dan sahkan maklumat tersebut  (Langkah 2) sebelum dihantar kepada JP U36/JPU32 untuk cantuman daerah
PP/JP/PPP 4 Sediakan Laporan Taraf Kesihatan Mulut - PKPKed -BK 28/PIN.00 dan hantar satu salinan kepada pihak sekolah. Satu salinan disimpan dalam fail Perkhidmatan Sekolah
     
 

REKOD KUALITI

No.

NAMA REKOD

TEMPOH SIMPANAN

1 Kad Rawatan LP 8 7 Tahun
2 BK 28 1 Tahun
3 PG201,PG301,PG302, PG307 5 Tahun
4 PKP101, PKP201 4 Tahun
     
     
     
     
     
     
 

KLAUSA MS ISO 9001

 

RUJUKAN

  Manual Kualiti
  PKPKed-MK01 - MANUAL KUALITI
  Arahan Kerja   
  Tiada
  Borang Kualiti   
  Tiada
  Senarai Semak   
  PKPKed -SS 02/PIN.00 - Senarai Semak Klinik Pergigian Bergerak
  Dokumen Luaran   
  PKPKed-DL57 - Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan
  PKPKed-DL63 - Borang Soal Selidik Kajian Keberkesanan Kursus Jangka Pendek ( Dalam dan Luar Negara) KKM/BPL/KKK/2020
  PKPKed-DL64 - Garis Panduan Pengurusan Aduan Awam KKM Versi 1/2020
  Pemilik Dokumen
  Dr. Wan Salwani Binti Wan Sidi
 

Rekod Pindaan

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para Diluluskan Oleh
1. 13-03-2018 2 Nota Pindaan Approver 1
 
Laman Utama Manual Kualiti Prosedur Kualiti