Laman Utama   Bantuan  
- ISO 9001:2008 QMS -    
     

PROSEDUR KUALITI

PKPKed-PK-S01 - PROSEDUR PEROLEHAN

   
Pindaan : 4
Tarikh Kuatkuasa : 23-09-2018
Objektif Prosedur : Prosedur ini menggariskan langkah-langkah perolehan oleh Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Negeri Kedah untuk memastikan bekalan dan perkhidmatan dapat diperolehi mengikut tatacara perolehan.
Skop : Prosedur ini digunapakai untuk perolehan bekalan di Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Negeri Kedah (kecuali Pejabat TPKN(G) disebabkan penyatuan PTJ)
 

SINGKATAN / DEFINISI

KKM Kementerian Kesihatan Malaysia
TPKN(G) Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian)
PPD Pegawai Pergigian Daerah
PPOrto Pakar Pergigian Ortodontik
PPPerio Pakar Pergigian Periodontik
PPResto Pakar Pergigian Restoratif
JTP Juruteknologi Pergigian
PYDP Penjawat Awam Yang Di Pertanggungjawabkan
PT Pembantu Tadbir
 

OBJEKTIF PROSES

OBJEKTIF PROSES AM

Semua bekalan yang diterima hendaklah memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan dalam Pesanan Kerajaan atau Kontrak.

OBJEKTIF SUB-PROSES

·        Setiap permohonan diklasifikasikan mengikut kategori kod objek dan jenis pembelian.

Pesanan Kerajaan dikeluarkan tidak lebih dari 7 hari bekerja bermula dari tarikh pembelian diluluskan

 

CARTA ALIRAN KERJA

 

TUGAS / TANGGUNGJAWAB

TANGGUNGJAWAB

TINDAKAN

TPKN (G) / PPD 1. Terima permintaan/permohonan daripada unit-unit untuk mendapatkan bekalan, perkhidmatan atau kerja - PKPKed-BK22/PIN.00
  2. Semak dan pastikan peruntukan dibawah aktiviti adalah mencukupi.Sekiranya tidak mencukupi, TPKN(G) / PPD mohon peruntukan tambahan.
  3. Terima peruntukan.
PPD / PT 4. Semak perolehan yang dipohon samada bekalan, perkhidmatan dan peralatan tersebut terdapat dalam Kontrak Pusat Perbendaharaan 
   
  • Jika ada, teruskan ke langkah 5.5
  • Jika tidak, uruskan pembelian secara pembelian terus dengan merujuk Rekod Prestasi Pembekal.Teruskan ke langkah 6.
  5. Keluarkan Pesanan Kerajaan yang disediakan dalam tiga (3) salinan.
  6. Sekiranya perolehan di luar kontrak, pastikan jenis perolehan dijalankan mengikut Pekeliling Perbendaharaan terkini.
PYDP 7. Terima bekalan bersama-sama Nota Serahan, Pesanan Kerajaan dan Invois. Tentukan ianya dalam keadaaan baik dan lengkap seperti dalam arahan Pesanan Kerajaan atau Nota Serahan. Uruskan pembayaran.
  8. Buat penilaian prestasi pembekal dalam sistem ePerolehan - Penarafan Pembekal dan cetak bagi setiap pembelian dengan Pesanan Kerajaan.
    Skor markah yang diperolehi  perlu dimasukkan ke dalam Borang Laporan Penilaian Prestasi Pembekal - PKPKed-BK 23/PIN.00 untuk setiap pembekal.
    Pada setiap 3 bulan, jumlah markah keseluruhan bagi setiap pembekal perlu dikira dan dicatitkan pula ke dalam Borang Rumusan Pemilihan Pembekal - PKPKed-BK 24/PIN.00
  9. Penilaian Prestasi Pembekal dikategorikan kepada:
  • Pembekal Yang Baik    -    mendapat skor markah >70%. Pembekal ini dikekalkan dalam senarai pembekal untuk bulan berikutnya.
  • Pembekal Yang Sederhana    -    mendapat skor markah antara 50% - 70%. Pembekal ini dikekalkan dalam senarai pembekal untuk bulan berikutnya tetapi diberi makluman agar mengambil tindakan penambahbaikan.
  • Pembekal Yang Lemah    -     mendapat skor markah <50%. Pembekal ini boleh dikeluarkan dari senarai pembekal untuk tempoh 3 bulan berikutnya.
    Bagi pembekal kontrak pusat, walaupun mendapat skor markah <50%, ianya tidak boleh dikeluarkan dari senarai pembekal untuk bulan seterusnya.
    Pencapaian prestasi pembekal ini boleh dimaklumkan kepada Bahagian Perolehan Kontrak Pusat, Kementerian Kesihatan Malaysia.
  10. Rekodkan dalam Kad Kawalan Stok (Kew PS 3) dan Kad Petak (Kew.PS 4). Bagi aset, rekod dalam Kew.PA 2 dan Kew.PA 3. Failkan.
     
     
     
 

REKOD KUALITI

No.

NAMA REKOD

TEMPOH SIMPANAN

1. Rekod Pesanan Kerajaan 7 tahun
2. Senarai Pembekal 7 tahun
3. Kad Kew. PA 2 Tiada had
4. Kad Kew. PA 3 Tiada had
5. Kad Kawalan Stok (KEW PS 3) 5 tahun
6. Kad Petak (KEW PS.4) 5 tahun
7. KEW PS 2 5 tahun
8. Senarai Semak Prestasi Pembekal -PKPKed-SS 05/PIN.00 2 tahun
9. Laporan Penilaian Prestasi Pembekal-PKPKed-BK 23/PIN.00 5 tahun
10. Rumusan Pemilihan Pembekal -PKPKed-BK24/PIN.00 5 tahun
     

 

 

KLAUSA MS ISO 9001

 

RUJUKAN

  Manual Kualiti
  PKPKed-MK01 - MANUAL KUALITI
  Arahan Kerja   
  Tiada
  Borang Kualiti   
  PKPKed-BK 22/PIN.00 - Borang Permohonan Kelulusan Untuk Pembelian/ Perkhidmatan
  PKPKed-BK 23/PIN.01 - Laporan Penilaian Prestasi Pembekal
  PKPKed-BK 24/PIN.00 - Rumusan Pemilihan Pembekal
  Senarai Semak   
  PKPKed -SS 05/PIN.00 - dibatalkan
  Dokumen Luaran   
  PKPKed-DL33 - Guidelines Early Childhood Oral Healthcare 2008
  PKPKed-DL19 - Guidelines: Primary Prevention and Early Detection of Oral Potentially Malignant Disorder and Oral Cancers
  PKPKed-DL35 - Penggunaan Fasiliti KKM bagi latihan Lapangan Pelajar Pergigian 2011
  PKPKed-DL18 - Manual: Fluoride Varnish Programme For Toddlers
  PKPKed-DL21 - Guidelines on The Use of Cone-Beam Computed Tomography (CBCT) In Government Dental Facilities
  PKPKed-DL16 - Guidelines: Garis Panduan Program Ikon Gigi
  PKPKed-DL04 - (Guideline) Garis Panduan Pengendalian Perkhidmatan Pergigian Outreach Melalui PPB, KPB dan MPB
  Pemilik Dokumen
  Siti Noor Fadila bt Mohd Fuad Ooi
 

Rekod Pindaan

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para Diluluskan Oleh
1. 23-09-2018 4 Nota Pindaan Approver 1
 
Laman Utama Manual Kualiti Prosedur Kualiti