Laman Utama   Bantuan  
- ISO 9001:2008 QMS -    
     

PROSEDUR KUALITI

PKPKed-PK-S03 - PENGENDALIAN PESAKIT LUAR DAN TEMUJANJI

   
Pindaan : 3
Tarikh Kuatkuasa : 23-05-2019
Objektif Prosedur : Prosedur ini menggariskan langkah-langkah untuk memberi rawatan pergigian kepada pesakit luar dan kes temujanji yang hadir di klinik-klinik pergigian.
Skop : Prosedur ini digunapakai bagi semua pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan di klinik-klinik pergigian di bawah Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Negeri Kedah.
 

SINGKATAN / DEFINISI

PP Pegawai Pergigian
JP Juruterapi Pergigian
PPP Pembantu Pembedahan Pergigian
LP 8 Kad Rawatan Pesakit (Am / sekolah )
Petugas Kaunter Penjawat Awam yang bertugas di kaunter pendaftaran.
 

OBJEKTIF PROSES

Pesakit akan diperiksa oleh Pegawai Pergigian atau Juruterapi Pergigian dalam tempoh seperti yang ditetapkan di dalam Piagam Pelanggan.

 

CARTA ALIRAN KERJA

 

TUGAS / TANGGUNGJAWAB

TANGGUNGJAWAB

TINDAKAN

    Kaunter Pendaftaran
Petugas Kaunter 1. Terima dokumen pengenalan pesakit.
Petugas Kaunter 2. Tentukan kategori pesakit:
   
2.1 Sekiranya baru, sediakan kad rawatan.
2.2 Sekiranya  ulangan/ temujanji, cari kad rawatan.
2.3 Sekiranya kad rawatan tidak dapat dikesan, sediakan kad baru.
Petugas Kaunter 3. Daftarkan pesakit ke dalam PG 101 dan catitkan masa pendaftaran di dalam kad rawatan.
Petugas Kaunter 4.  Kutip bayaran untuk pendaftaran,  jika perlu.
Petugas Kaunter 5.  Bagi penjawat awam, dapatkan surat akuan jabatan/e GL/ kad pesara/kad polis/kad tentera sebagai dokumen sokongan untuk pengecualian bayaran rawatan asas.
Petugas Kaunter 6. Periksa tekanan darah pesakit yang berumur 30 tahun ke atas.
     
    Bilik Rawatan
PP/JP/PPP/PPK
 
7.
 
Catatkan masa dipanggil untuk rawatan.
Pastikan bilik rawatan didisinfeksi dahulu sebelum pesakit dipanggil.
Pastikan peralatan pergigian telah disediakan mengikut prosedur pensterilan yang ditetapkan dan bahan-bahan yang digunakan mencukupi. (Rujuk PKPKed -AK02 hingga PKPKed - AK08)
PP/JP 8. Dapatkan sejarah pergigian/ perubatan dari pesakit / ibubapa / penjaga.
PP/JP 9. Membuat pemeriksaan, perancangan rawatan dan diagnosa.
PP/JP 10. Rekodkan dan maklumkan butiran perancangan rawatan, diagnosa dan risiko yang berkaitan kepada pesakit.
PP/JP 11. Dapatkan kebenaran rawatan dari pesakit / ibubapa / penjaga.
PP/JP 12. Jalankan rawatan yang diperlukan dan yang telah dipersetujui oleh pesakit. (Rujuk PKPKed - DL 64 Standard Operating Prosedur - Rawatan Asas Pergigian Primer)
PP/JP 13. Rekodkan butiran rawatan dan makluman yang diberi kepada pesakit.
PP/JP 14. Rujuk pesakit untuk rawatan lanjut jika perlu. (Rujuk PKPKed -  AK 09)
PP/PPP 15.
Bagi pesakit dentur, maklumat berikut perlu dimaklumkan dan dicatat dalam kad rawatan:
  • Bayaran yang telah dibuat tidak akan dikembalikan.
  • Sekiranya tidak dituntut, dentur akan dilupuskan selepas 6 bulan dari tarikh temujanji terakhir.
 
PP/JP/PPP 16. Beri temujanji susulan jika perlu.  
Petugas Kaunter 17. Kutip bayaran jika perlu.  
Petugas Kaunter  18. Kemaskini masa menunggu rawatan menggunakan format yang disediakan.  
       
       
   
*Rujuk PKPKed - BK 26 / PIN.00 untuk memantau peratus pesakit luar dan pesakit temujanji yang diperiksa.
 
 
 

REKOD KUALITI

 

No.

NAMA REKOD

TEMPOH SIMPANAN

1. PG 101 7 tahun
2. Kad Rawatan 7 tahun
  LP 8 - 1  
  LP 8 - 2  
3. PKPKed - BK26 / PIN.00 2 tahun
 

KLAUSA MS ISO 9001

 

RUJUKAN

  Manual Kualiti
  PKPKed-MK01 - MANUAL KUALITI
  Arahan Kerja   
  PKPKed-AK 02 - PEMERIKSAAN DAN PENCARTAAN
  PKPKed-AK 03 - PENGAMBILAN RADIOGRAF
  PKPKed-AK 04 - PERALATAN PERGIGIAN-AUTOKLAF
  PKPKed-AK 05 - PERALATAN PERGIGIAN - HANPIS
  PKPKed-AK 06 - PERALATAN PERGIGIAN - ULTRASONIC CLEANER
  PKPKed-AK 07 - PERALATAN PERGIGIAN - UNIT LIGHT CURE
  PKPKed-AK 08 - PERALATAN PERGIGIAN - UNIT PERGIGIAN
  PKPKed-AK 09 - RUJUKAN PESAKIT
  Borang Kualiti   
  PKPKed-BK 26/PIN.02 - Laporan Pemantauan Waktu Menunggu Rawatan
  Senarai Semak   
  Tiada
  Dokumen Luaran   
  PKPKed-DL25 - Guideline: Panduan Penutupan Klinik Pergigian Sekolah
  PKPKed-DL26 - Guidelines on The Use Of Glass Ionomer Cements
  PKPKed-DL36 - Guideline Program Kesihatan Pergigian untuk Guru Pelatih 2011
  PKPKed-DL37 - Oral Healthcare for Schoolchildren in Malaysia 2006
  PKPKed-DL38 - Oral Healthcare For The Elderly In Malaysia 2014
  PKPKed-DL47 - Guidelines and Provisions for Public Information 2014
  PKPKed-DL48 - Guidelines for Oral Healthcare Practitioners Infected with Blood-borne Viruses 2014
  PKPKed-DL49 - Panduan Mengambil Bahagian Dalam Program Khidmat Masyarakat 2017
  PKPKed-DL50 - Guidelines On Infection Control In Dental Practice 2017
  PKPKed-DL51 - Guidelines for Application for Temporary Practising Certificates For Dental Surgeons 2018
  PKPKed-DL64 - Garis Panduan Pengurusan Aduan Awam KKM Versi 1/2020
  PKPKed-DL30 - Oral Healthcare for Antenatal Mothers 2004
  Pemilik Dokumen
  Dr. Nur Ilyana Binti Md Salleh
 

Rekod Pindaan

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para Diluluskan Oleh
1. 23-05-2019 3 Nota Pindaan Approver 1
 
Laman Utama Manual Kualiti Prosedur Kualiti