Laman Utama   Bantuan  
- ISO 9001:2008 QMS -    
     

PROSEDUR KUALITI

PKPKed-PK-M01 - PROSEDUR KAWALAN DOKUMEN

   
Pindaan : 3
Tarikh Kuatkuasa : 01-01-2022
Objektif Prosedur : Dokumen e-ISO Sistem Pengurusan Kualiti merupakan dokumen terkawal. Prosedur ini menggariskan langkah-langkah bagi mengawal semua dokumen yang diwujudkan dalam Sistem Pengurusan Kualiti. Kawalan ke atas dokumen meliputi langkah-langkah menyedia, menyemak, melulus, meminda, mengedar dan melupuskan Dokumen Kualiti. Ini adalah bagi memastikan hanya dokumen yang terkini sahaja digunakan.
Skop : Prosedur ini digunapakai untuk semua Dokumen Kualiti yang diwujudkan di dalam Sistem Pengurusan Kualiti, Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Negeri Kedah.
 

SINGKATAN / DEFINISI

TPKN(G) Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian)
KWP Ketua Wakil Pengurusan
WP Wakil Pengurusan
Pen.KWP Penolong Ketua Wakil Pengurusan
PPD Pegawai Pergigian Daerah
PD Pengawal Dokumen
Pen.KPD Penolong Ketua Pengawal Dokumen
AJK Pemandu Ahli Jawatankuasa Pemandu ISO. Sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan khas bagi tujuan penyediaan dokumen berkaitan untuk persijilan dan pengiktirafan sistem kualiti di Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Kedaha
Editor Pegawai yang dipertanggungjawabkan untuk menulis/menyedia/mengemaskini dokumen kualiti untuk dimuatnaik dalam Sistem Interaktif eISO Sistem Pengurusan Kualiti
Reviewer Pegawai yang dipertanggungjawab untuk menyemak dokumen kualiti yang telah dimuatnaik/ dikemaskini oleh pemilik dokumen
Approver Pegawai yang meluluskan prosedur kualiti untuk diluluskan dalam Sistem Interaktif eISO
Admin Pegawai yang bertanggungjawab untuk menyenggara Sistem Interaktif eISO Sistem Pengurusan Kualiti
 

OBJEKTIF PROSES

OBJEKTIF PROSES AM

Memastikan semua Dokumen Kualiti yang digunapakai adalah yang terkini.

 

CARTA ALIRAN KERJA

 

TUGAS / TANGGUNGJAWAB

TANGGUNGJAWAB

TINDAKAN

  A PEWUJUDAN DOKUMEN
KWP / AJK Pemandu i.
Kenalpasti dokumen dalam pelaksanaan Sistem  Pengurusan Kualiti, Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Negeri Kedah dan tetapkan penjawat awam pergigian yang bertanggungjawab menyediakannya.
KWP / AJK Pemandu ii. Tentukan kod dan nombor untuk semua Dokumen Kualiti
  B PENYEDIAAN DOKUMEN KUALITI
Editor  
i.
Sediakan dokumen mengikut format, kod dan nombor yang ditetapkan mengikut Manual Kualiti dan Prosedur Kualiti Kawalan Dokumen. Muatnaik dokumen tersebut ke dalam e-ISO Sistem Pengurusan Kualiti. Dokumen yang sedang disediakan / pinda adalah dalam "mode MODIFY" perlu dihantar kepada "REVIEWER" untuk disemak.
"Reviewer"
  
 
ii.
Teliti dokumen yang dalam mode "REVIEW'
  • Jika ada perubahan, kembalikan kepada "Editor" beserta arahan untuk pindaan.
  • Jika tiada perubahan, terus kemukakan kepada "Approver" bagi mendapatkan kelulusan.
Editor iii. Buat pindaan seperti yang diarahkan dan hantar semula kepada "Reviewer" jika ada perubahan.
"Approver" iv. Teliti dokumen yang dikemukakan sebelum diluluskan.
  • Jika ada perubahan, kembalikan kepada "Editor" beserta arahan untuk pindaan.
  • Jika tiada perubahan, luluskan dokuman tersebut.
"Admin"/ KPD v. Semak status dokumen sama ada dalam mode "NEW", "MODIFY" dan "REVIEW".
  C PENGURUSAN DOKUMEN
"Admin"/ KPD i. Masukkan nama, alamat e-mel dan "Login ID" bagi semua "Editor /  Reviewer" /  Approver" yang telah dilantik di Bahagaian Pengurusan Pengguna melalui "Administration e-ISO Sistem Pengurusan Kualiti".
"Admin"/ KPD ii. Masukkan dan kemaskini kategori, nombor kod, tajuk dan pengguna bagi semua Dokumen Kualiti di Bahagian "Quality Prosedure & User Permission Setup"  melalui  "Administration e-ISO Sistem Pengurusan Kualiti".
  D PINDAAN DAN PEMBATALAN DOKUMEN KUALITI
Semua Penjawat Awam Pergigian i. Cadangan pindaan boleh dimohon dan dihantar secara bertulis dengan menggunakan Borang Cadangan Pindaan Penambahbaikan / Pembatalan Dokumen - PKPKed-BK 01 
KWP / PenKWP / WP ii.  Hanya Borang Cadangan Pindaan yang diisi lengkap dan teratur akan diterima dan dikemukakan kepada TPKN(G) untuk pertimbangan dan kelulusan setelah dipersetujui oleh KWP.
TPKN (G)/ KPD / "Editor" iii. Cadangan Pindaan yang telah diluluskan akan dipanjangkan kepada KPD dan disampaikan kepada "Editor" untuk dimuatnaik melalui e-ISO Sistem Pengurusan Kualiti setelah pindaan dilakukan.
"Editor" iv. Catat semula butir-butir pindaan yang dibuat pada jadual rekod pindaan untuk Dokumen Kualiti di Bahagian Ringkasan Pindaan / Para melalui "Modify Quality Procedure".
  v. Nombor pindaan pada Dokumen Kualiti akan bermula dengan 00 buat kali pertama dan seterusnya 01, 02, pada setiap pindaan yang telah dimuatnaik melalui e-ISO Sistem Pengurusan Kualiti apabila diluluskan oleh "Approver".
  vi. Dokumen yang terkini akan dikenalpasti dengan nombor pindaan yang terkini, tarikh kuatkuasa.
  E DOKUMEN LUARAN / RUJUKAN, BORANG KUALITI DAN SENARAI SEMAK.
"Editor" i. Kenalpasti Dokumen Luaran  / Rujukan, Borang Kualiti dan Senarai Semak dalam MK / PK / AK yang disediakan.
"Editor" ii. Maklumkan kepada "Admin" untuk dimuatnaik ke dalam e-ISO Sistem Pengurusan Kualiti. 
"Editor" iii. Kemaskini MK / PK / AK dengan Dokumen Luaran / Rujukan, Borang Kualiti dan Senarai Semak yang berkaitan setelah dimuatnaik.
  F PEMANTAUAN e-ISO SISTEM PENGURUSAN KUALITI
"Admin"/ KPD i. Pantau dan kemaskini Pengurusan Pengguna dan Dokumen Kualiti dari semasa ke semasa dengan mengenalpasti jika terdapat perubahan / pindaan.
"Admin"/ KPD ii. Kemaskini kategori Prosedur Kualiti dan Rujukan apabila berlaku sebarang perubahan.
"Admin"/ KPD iii. Ambil perhatian terhadap kelemahan / masalah dalam e-ISO Sistem Pengurusan Kualiti dan maklumkan kepada KWP untuk penambahbaikan.
PD Daerah iv. Dokumen Kualiti disimpan dalam bentuk Hard Disk Drive untuk kegunaan fasiliti  yang tiada kemudahan capaian Internet.
KPD v. Sekiranya ada pindaan dokumen, semua WP Daerah akan dimaklumkan melalui e-mel oleh KPD
 

REKOD KUALITI

No.

NAMA REKOD

TEMPOH SIMPANAN

1 Borang Cadangan Pindaan Penambahbaikan / Pembatalan Dokumen PKPKed-BK 01  5 tahun
     
     
     
     
     
     
     
     
     
 

KLAUSA MS ISO 9001

 

RUJUKAN

  Manual Kualiti
  PKPKed-MK01 - MANUAL KUALITI
  Arahan Kerja   
  PKPKed-AK 01 - PANDUAN PENGKODAN DOKUMEN
  Borang Kualiti   
  PKPKed-BK 01/PIN.01 - Borang Cadangan Pindaan Penambahbaikan Pembatalan Dokumen
  Senarai Semak   
  Tiada
  Dokumen Luaran   
  Tiada
  Pemilik Dokumen
  Rosmiza bt Hanafi
 

Rekod Pindaan

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para Diluluskan Oleh
1. 01-01-2022 3 Nota Pindaan Approver 1
 
Laman Utama Manual Kualiti Prosedur Kualiti