Laman Utama   Bantuan  
- ISO 9001:2008 QMS -    
     

PROSEDUR KUALITI

PKPKed-PK-M07 - KAJIAN SEMULA PENGURUSAN

   
Pindaan : 3
Tarikh Kuatkuasa : 01-01-1970
Objektif Prosedur : Prosedur ini menggariskan langkah-langkah pengurusan atasan supaya Kajian Semula Sistem Pengurusan Kualiti dapat dibuat bagi memastikan ianya masih sesuai, berkesan dan mencukupi.
Skop : Prosedur ini digunapakai oleh Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Kedah semasa mengendalikan mesyuarat / menyediakan laporan Kajian Semula Pengurusan.
 

SINGKATAN / DEFINISI

TPKN(G) Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian)
KWP Ketua Wakil Pengurusan
WP Wakil Pengurusan
PPD Pegawai Pergigian Daerah
PPOrto Pakar Pergigian Ortodontik
PPPerio Pakar Pergigian Periodontik
PPResto Pakar Pergigian Restoratif
PP Pegawai Pergigian
PYDP Penjawat Awam Yang Di Pertanggungjawabkan
AJK KSP Ahli JawatanKuasa Kajian Semula Pengurusan
PPYM Pegawai Pergigian Yang Menjaga
 

OBJEKTIF PROSES

OBJEKTIF PROSES AM

Kajian Semula Pengurusan Kualiti diadakan sekurang-kurangnya 1 kali setahun.

OBJEKTIF SUB-PROSES

Semua Tindakan Pembetulan dan Penambahbaikan mesti dilaksanakan sepertimana diputuskan dalam Kajian Semula Pengurusan Kualiti.

 

CARTA ALIRAN KERJA

 

TUGAS / TANGGUNGJAWAB

TANGGUNGJAWAB

TINDAKAN

TPKN(G) / PPD / KU 1. Tentukan cara untuk Kajian Semula Pengurusan Kualiti yang diadakan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun untuk memastikan kesesuaian dan keberkesanan Sistem Pengurusan Sistem Kualiti melalui:
i) Mesyuarat atau,
ii) Kajian laporan-laporan / rekod kualiti.
  2. Kajian Semula Pengurusan Kualiti secara Mesyuarat:
KWP / WP / PYDP 2.1 Sediakan laporan-laporan berkaitan untuk mesyuarat.
KWP / WP 2.2 Semak laporan yang dikemukakan untuk pembentangan dalam mesyuarat.
KWP / WP 2.3 Tentukan agenda, tarikh dan tempat mesyuarat.
    Perkara yang diberi perhatian adalah:
    Input Kajian Semula:
  • Penemuan Audit.
  • Maklumbalas pelanggan.
  • Prestasi produk dan ketakakuran produk / perkhidmatan.
  • Status Tindakan Pembetulan.
  • Tindakan susulan daripada Kajian Semula Pengurusan Kualiti yang terdahulu.
  • Perubahan yang boleh membawa kesan kepada Sistem Pengurusan Kualiti.
  • Cadangan bagi penambahbaikan.
    Output Kajian Semula:
  • Penambahbaikan keberkesanan Sistem Pengurusan Kualiti dan prosesnya.
  • Penambahbaikan produk / perkhidmatan yang berkaitan dengan keperluan pelanggan.
  • Keperluan sumber.
KWP / WP / PYDP 2.4 Bentangkan laporan-laporan.
AJK KSP 2.5 Buat keputusan Tindakan Pembetulan / Penambahbaikan yang perlu dilaksanakan.
Setiausaha KSP 2.6 Sedia, semak dan pastikan minit mesyuarat diluluskan oleh TPKN(G) atau PPD.
PT 2.7 Edarkan minit mesyuarat yang telah diluluskan untuk tindakan AJK KSP / pegawai berkenaan dan simpan satu salinan dalam fail mesyuarat.
PYDP 2.8 Ambil Tindakan Pembetulan / Penambahbaikan dan beri maklumbalas kepada KWP / WP mengikut tarikh yang ditetapkan.
KWP / WP 2.9 Sediakan laporan maklumbalas mengenai status pelaksanaan tindakan untuk dilaporkan dalam mesyuarat akan datang.
KWP / WP 2.10 Rekod dan failkan laporan.
KU 3. Kajian Semula Pengurusan secara penelitian Laporan / Rekod Kualiti:
TPKN(G) / PPD 3.1 Minta pegawai-pegawai tertentu menyediakan laporan-laporan berkenaan untuk tujuan Kajian Semula Pengurusan Kualiti.
TPKN(G) / PPD 3.2 Terima laporan, semak dan kaji laporan-laporan bersama KWP / WP.
KU 3.3 Keluarkan arahan kepada pegawai berkenaan untuk mengambil Tindakan Pembetulan / Penambahbaikan sekiranya perlu.
KWP / WP / KU 3.4 Ambil Tindakan Pembetulan / Penambahbaikan dan beri maklumbalas kepada KWP / WP mengikut tarikh yang ditetapkan.
KWP / WP 3.5 Pantau status pelaksanaan Tindakan Pembetulan / Penambahbaikan. Lengkapkan Borang Ketakakuran / Permohonan Tindakan Pembetulan - PKPKed-BK15.
PT 3.6 Rekod dalam Log Laporan Ketakakuran / Permohonan Tindakan Pembetulan / Pemerhatian / Tindakan Penambahbaikan - PKPKed-BK18 dan sediakan laporan maklumbalas mengenai status pelaksanaan tindakan untuk dilaporkan dalam mesyuarat akan datang.
PT 3.7 Failkan Laporan.
 

REKOD KUALITI

No.

NAMA REKOD

TEMPOH SIMPANAN

1. Surat panggilan mesyuarat 5 tahun
2. Minit mesyuarat 5 tahun
3. Laporan-laporan: 5 tahun
  3.1 Pencapaian Objektif Kualiti  
  3.2 Audit Kualiti Dalaman / SIRIM  
  3.3 Aduan Pelanggan  
  3.4 Tindakan Pembetulan  
  3.5 Cadangan Penambahbaikan  
  3.6 Latihan  
  3.7 Kajian Kepuasan Pelanggan  
  3.8 Laporan Penilaian Prestasi Pembekal  
  3.9 Laporan Pembaikan Peralatan  
  3.10 Laporan Penyelenggaraan / Kalibrasi Peralatan  
4. Maklumbalas Status Pelaksanaan Tindakan Pembetulan / Penambahbaikan 5 tahun
 

KLAUSA MS ISO 9001

 

RUJUKAN

  Manual Kualiti
  PKPKed-MK01 - MANUAL KUALITI
  Arahan Kerja   
  Tiada
  Borang Kualiti   
  PKPKed-BK 15/PIN.00 - Borang Ketakakuran / Permohonan Tindakan Pembetulan
  PKPKed-BK 16/PIN.00 - Borang Laporan Pemerhatian (OFI)/ Tindakan Penambahbaikan
  PKPKed-BK 18/PIN.01 - Log Laporan Ketakakuran / Permohonan Tindakan Pembetulan / Pemerhatian / Tindakan Penambahbaikan
  Senarai Semak   
  Tiada
  Dokumen Luaran   
  PKPKed-DL74 - Panduan Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti Berasaskan MS ISO 9001:2015 Bagi Agensi Sektor Awam
  Pemilik Dokumen
  Dr Hu Xue Han
 

Rekod Pindaan

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para Diluluskan Oleh
1. 01-01-1970 3 Nota Pindaan Approver 1
 
Laman Utama Manual Kualiti Prosedur Kualiti