Laman Utama   Bantuan  
- ISO 9001:2008 QMS -    
     

PROSEDUR KUALITI

PKPKed-PK-M06 - PROSEDUR PENGURUSAN PERUBAHAN: PERANCANGAN, PELAKSANAAN, PEMANTAUAN DAN PENILAIAN PROGRAM KESIHATAN PERGIGIAN

   
Pindaan : 3
Tarikh Kuatkuasa : 01-01-2022
Objektif Prosedur : Prosedur ini menggariskan langkah-langkah untuk merancang, melaksana, memantau dan menilai Program Kesihatan Pergigian untuk memastikan pemberian perkhidmatan pergigian yang berkualiti.
Skop : Prosedur ini digunapakai untuk program-program Perkhidmatan Kesihatan Pergigian di Negeri Kedah.
 

SINGKATAN / DEFINISI

TPKN(G) Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian)
PPD Pegawai Pergigian Daerah
KU Ketua Unit
PYDP Penjawat Awam Yang Di Pertanggungjawabkan
PPYM Pegawai Pergigian Yang Menjaga
 

OBJEKTIF PROSES

OBJEKTIF PROSES AM

Pencapaian aktiviti-aktiviti adalah mengikut sasaran yang ditetapkan di dalam Pelan Tindakan.

 

OBJEKTIF SUB-PROSES

Pelan Tindakan perlu disiapkan pada awal tahun semasa.

 

CARTA ALIRAN KERJA

 

TUGAS / TANGGUNGJAWAB

TANGGUNGJAWAB

TINDAKAN

TPKN(G)/ KU/ PPD 1. Kenalpasti program yang perlu perancangan mengikut kumpulan sasar.
TPKN(G)/ KU/ PPD 2. Buat analisa situasi untuk perancangan dan tempoh pelaksanaan program.
TPKN(G)/ KU/ PPD 3. Tentukan strategi serta cadangan aktiviti dan kesesuaian pelaksanaan melalui perbincangan dengan pihak-pihak Ketua Unit atau pihak pengurusan. Senaraikan cadangan aktiviti dan susunkan mengikut keutamaan.
TPKN(G)/ KU/ PPD 4. Tentukan keperluan sumber, metodologi dan kaedah pemantauan.
- Buat anggaran sumber yang perlu untuk pelaksanaan program.
- Semak sumber sedia ada.
- Rancang permohonan tambahan sumber kepada pihak atasan sekiranya tidak mencukupi.
TPKN(G)/ KU/ PPD 5. Tetapkan objektif spesifik, sasaran dan tempoh pelaksanaan.
TPKN(G)/ KU/ PPD 6. Sediakan Pelan Tindakan yang merangkumi:
- Objektif
- Strategi dan aktiviti-aktiviti
- Sasaran Kualiti dan Kuantiti
- Pelaksanaan
- Tempoh dan Jadual Pelaksanaan
TPKN(G)/ KU/ PPD 7. Edarkan Pelan Tindakan kepada Ketua-Ketua Unit untuk pelaksanaan.
PPD / PPYM / KU 8. Sediakan jadual pelaksanaan untuk aktiviti-aktiviti bagi unit masing-masing.
PYDP 9. Laksanakan aktiviti-aktiviti program.
TPKN(G) / PPD / KU 10. Jalankan pemantauan program melalui:
- lawatan
- penyemakan reten
- mesyuarat / perbincangan
- laporan
KU 11. Sediakan Laporan Lawatan Pemantauan (PKPKed-BK 27/PIN.01).
Serahkan laporan kepada penjawat awam yang berkaitan.
PYDP 12. Beri maklumbalas Laporan Lawatan Pemantauan kepada Pegawai Pemantau / Penyelia dalam tempoh 1 bulan dari tarikh laporan.
Lakukan verifikasi keatas tindakan pembetulan / penambahbaikan yang telah diambil.
TPKN(G) / PPD / PPYM / KU 13. Penilaian pencapaian program:
  • Semak data dan maklumat yang diperlukan dari:
               - Reten SMPKP
               - NIA / DSA / KPI
               - Kajian Kepuasan Pelanggan
  • Buat analisa data dan dapatkan rumusan.
TPKN(G) / PPD / PPYM / KU 14. Sediakan dan bincangkan pencapaian program serta tindakan penambahbaikan (jika perlu) melalui Mesyuarat.
PYDP 15. Laksana Tindakan Penambahbaikan (sekiranya ada).
PYDP 16. Failkan laporan-laporan.
 

REKOD KUALITI

No.

NAMA REKOD

TEMPOH SIMPANAN

1. Pelan Tindakan 5 tahun
2. Minit Mesyuarat 5 tahun
3.

Jadual Pelaksanaan Program-program

- Perkhidmatan Sekolah

- Perkhidmatan Prasekolah

5 tahun
4. Laporan NIA / QAP / DSA / SMKP 5 tahun
5. Penyata Perbelanjaan Bulanan 5 tahun
6. Rekod Latihan 3 tahun
7. Laporan Kajian Kepuasan Pelanggan 5 tahun
8. Laporan Tahunan 5 tahun
9. Laporan Lawatan Pemantauan - PKPKed-BK 27/PIN.00 7 tahun
10. Senarai Semak Audit Keselamatan & Kesihatan  Pekerjaan Di Fasiliti Pergigian 7 tahun
 

KLAUSA MS ISO 9001

 

RUJUKAN

  Manual Kualiti
  PKPKed-MK01 - MANUAL KUALITI
  Arahan Kerja   
  Tiada
  Borang Kualiti   
  PKPKed-BK 30/PIN.01 - Pemantauan Laporan Ibu Mengandung & Toddler
  PKPKed-BK 27/PIN.03 - Borang Laporan Lawatan Pemantauan
  Senarai Semak   
  Tiada
  Dokumen Luaran   
  Tiada
  Pemilik Dokumen
  Dr Sanjit Singh a/l Mehinder Singh
 

Rekod Pindaan

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para Diluluskan Oleh
1. 01-01-2022 3 Nota Pindaan Approver 1
 
Laman Utama Manual Kualiti Prosedur Kualiti