Laman Utama   Bantuan  
- ISO 9001:2008 QMS -    
     

PROSEDUR KUALITI

PKPKed-PK-M02 - PROSEDUR REKOD KUALITI

   
Pindaan : 4
Tarikh Kuatkuasa : 01-01-2022
Objektif Prosedur : Prosedur ini menggariskan langkah-langkah bagi memastikan rekod-rekod kualiti sentiasa diselenggara dan dikemaskini secara sistematik
Skop : Prosedur ini digunapakai di semua fasiliti Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Negeri Kedah
 

SINGKATAN / DEFINISI

WP Wakil Pengurusan
PPD Pegawai Pergigian Daerah
JP Juruterapi Pergigian
JTP Juruteknologi Pergigian
PT Pembantu Tadbir
PPP Pembantu Pembedahan Pergigian
PPB Pasukan Pergigian Bergerak
PAP Pembantu Am Pejabat
Rekod Kualiti Semua rekod yang wujud akibat aktiviti-aktiviti dan prosedur-prosedur yang dilaksanakan
PPK Pembantu Perawatan Kesihatan
PPYM Pegawai Pergigian Yang Menjaga
SMPKP Sistem Maklumat Pengurusan Kesihatan Pergigian
 

OBJEKTIF PROSES

Semua rekod kualiti yang telah melebihi tempoh penyimpanan dikumpulkan dan dilupuskan mengikut peraturan yang ditetapkan.

 

CARTA ALIRAN KERJA

 

TUGAS / TANGGUNGJAWAB

TANGGUNGJAWAB

TINDAKAN

TPKN(G) / PPD/ WP / PPYM / JP / JTP / PT 1 Kenalpasti rekod-rekod kualiti.
JP / JTP / PT / PPP / PPK / PAR 2 Kumpul, fail dan simpan rekod kualiti berikut:-
    2.1   Borang atau rekod individu, klinik atau pejabat yang dikumpul setiap bulan atau secara ad-hoc:
   
  • Failkan mengikut jenis rekod dan tahun serta simpan di pejabat / klinik
    2.2   Kad Rawatan Pesakit Luar.
(Rujuk PKPKed- DL 36 Buku Panduan Dan Arahan - Sistem Pengurusan Maklumat Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Primer 2013)
    A.  Menfail Kad 
    Kumpulkan semua kad-kad pesakit LP8 dan failkan mengikut:
    1.    Warganegara Malaysia:
Failkan mengikut 4 angka yang terakhir dari nombor kad pengenalan dan simpan di  klinik.
    2.   Bukan Warganegara:
  • Bagi tujuan pendaftaran rekod, gunakan nombor siri dengan huruf besar di hadapan. Maka pesakit bukan warganegara yang pertama pada tahun 2013 ialah A 1/13, pesakit kedua ialah A 2/13 dan seterusnya.
  • Bagi tujuan penyimpanan rekod, Ikut abjad pertama nama pesakit di rak berkenaan.
    3.   Pelajar Sekolah Menengah:
  • Untuk penyimpanan rekod,  4 angka yang terakhir dari  nombor kad pengenalan yang digunakan
    4.    Murid Sekolah Rendah:
  • Untuk penyimpanan rekod,  4 angka yang terakhir dari  nombor kad pengenalan/sijil lahir yang digunakan
    5.    Kanak-kanak:
Untuk penyimpanan rekod,  4 angka yang terakhir dari  nombor kad pengenalan/sijil lahir yang digunakan
Jika sijil lahir tidak dibawa di waktu pertama kali datang, gunakan 4 angka yang terakhir dari  nombor kad pengenalan ibubapa/penjaga diikuti dengan huruf P misalnya xxxx/P. Ini adalah tindakan sementara dan rekod-rekod disimpan berasingan dari rekod-rekod lain yang disimpan secara tetap.
    6.    Kad-Kad Rawatan Ortodontik / Periodontik:
  • Failkan mengikut sistem yang telah ditetapkan dan simpan di unit masing-masing. 
  2.3     Kad Rawatan Murid Sekolah / Pasukan Pergigian Bergerak:
  • Failkan mengikut kelas dan simpan di klinik / pejabat sekolah atau di klinik pergigian sekolah tersebut jika ada.
  • Simpan kad-kad rawatan sekolah (rendah dan menengah) mengikut tahun / tingkatan dan nama sekolah di rak yang disediakan atau di sekolah masing-masing
  2.4    Fail-Fail Pentadbiran:
  • Failkan mengikut no. rujukan fail Perkhidmatan Kesihatan Pergigian yang telah ditetapkan dan simpan di pejabat. Rujuk PKPKed-AK 11 - Pengendalian Fail
JP / JTP / PT / PPP / PPK / PAR 2.5    Kaunterfoil / Buku Resit / Kupon/ Sijil Cuti Sakit/ dan sebagainya:
  • Simpan dalam laci/ almari berkunci di pejabat/ klinik.
PPYM / JP / JTP / PT / PPP / PPK / PAR 3 Kenalpasti rekod-rekod yang sudah melebihi tempoh penyimpanan dan hendak dilupus.
  • Asingkan, kumpulkan dan labelkan sementara menunggu tindakan pelupusan.
  • Lupuskan rekod dalam bahagian 2.1 secara dikitar semula.
  • Rekod lain seperti yang dinyatakan dalam 2.3 hingga 2.6, hendaklah disimpan dalam kotak berlabel sehingga diambil tindakan untuk pelupusan melalui Arkib Negara.
PPD / PPYM / JTP / JP / PT 4 Senaraikan rekod-rekod yang hendak dilupus dengan menggunakan Borang Senarai Pemindahan Rekod Arkib Negara Malaysia dan hantar kepada PPD untuk tindakan selanjutnya.
PPD / PPYM / JTP / JP / PT 5 Terima kelulusan dari Arkib Negara dan laksanakan pelupusan mengikut syor oleh Arkib Negara.
JP / JTP / PT 6 Rekod dan failkan surat kelulusan pelupusan untuk rujukan.
 

REKOD KUALITI

No.

NAMA REKOD

TEMPOH SIMPANAN

1 Senarai Pemindahan Rekod Arkib Negara Malaysia 5 tahun
2 Semua rekod kualiti dalam prosedur-prosedur seperti tercatat dalam dokumen-dokumen kualiti ( PKPked-M dan PKPKed-S ) Mengikut jenis rekod
     
     
     
     
     
     
     
     
 

KLAUSA MS ISO 9001

 

RUJUKAN

  Manual Kualiti
  PKPKed-MK01 - MANUAL KUALITI
  Arahan Kerja   
  PKPKed-AK 11 - PENGENDALIAN FAIL
  PKPKed-AK 03 - PENGAMBILAN RADIOGRAF
  Borang Kualiti   
  Tiada
  Senarai Semak   
  Tiada
  Dokumen Luaran   
  PKPKed-DL75 - Jadual Pelupusan Rekod Urusan Am
  PKPKed-DL73 - Panduan Pengurusan Rekod Sektor Awam
  Pemilik Dokumen
  Siti Noor Fadila bt Mohd Fuad Ooi
 

Rekod Pindaan

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para Diluluskan Oleh
1. 01-01-2022 4 Nota Pindaan Approver 1
 
Laman Utama Manual Kualiti Prosedur Kualiti