Laman Utama   Bantuan  
- ISO 9001:2008 QMS -    
     

PROSEDUR KUALITI

PKPKed-PK-M03 - PROSEDUR AUDIT DALAMAN

   
Pindaan : 2
Tarikh Kuatkuasa : 01-01-2022
Objektif Prosedur : Prosedur ini menggariskan langkah-langkah untuk mengendalikan Audit Dalaman bagi memastikan sistem kualiti berfungsi dengan berkesan dan Tindakan Pembetulan , Penambahbaikan dan peningkatan kualiti dilaksanakan secara berterusan.
Skop : Prosedur ini digunapakai oleh anggota yang terlibat dalam proses Audit Dalaman yang dijalankan di Bahagian Kesihatan Pergigian Negeri Kedah, Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah dan semua klinik pergigian di dalam skop pelaksanaan
 

SINGKATAN / DEFINISI

TPKN(G) Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian)
KWP Ketua Wakil Pengurusan
WP Wakil Pengurusan
PPD Pegawai Pergigian Daerah
PAD Pasukan Audit Dalaman
KA (N) Ketua Audit (Negeri)
KA (D) Ketua Audit (Daerah)
MKSP Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan
Ketakakuran Merujuk kepada produk/aspek-aspek (termasuk prosedur perkhidmatan,proses-proses dan sebagainya) yang tidak memenuhi keperluan-keperluan yang ditetapkan
Auditee Pihak yang diaudit
Audit Dalaman (AD) Satu pemeriksaan yang sistematik & bebas bagi memastikan aktiviti-aktiviti kualiti dan maklumbalas yang berkaitan mematuhi perancangan dan sama ada ia akan dilaksanakan dengan berkesan serta sesuai bagi mencapai objektif kualiti.
Ketakakuran Major Kekurangan satu sistem kualiti utama, produk / perkhidmatan atau jumlah prosedur yang perlu dalam memenuhi keperluan standard yang dipersetujui. Prosedur dan perancangan yang didokumenkan tidak dilaksanakan secara konsisten. Beberapa Ketakakuran Minor yang menunjukkan kelemahan keseluruhan sistem kualiti dalaman suatu bahagian atau aktiviti (contohnya Kawalan Dokumen), yang menjejaskan kualiti produk / perkhidmatan
Ketakakuran Minor Ketidakpatuhan kecil berkaitan dengan prosedur / standard atau kurang disiplin dalam pematuhan pelaksanaan sistem kualiti tetapi tidak menjejaskan perkhidmatan / produk
Pemerhatian a. Penemuan audit yang perlu diambil tindakan ke arah penambahbaikan sistem pengurusan kualiti atau kualiti produk / perkhidmatan yang diberikan. Penemuan audit yang berpotensi menjadi ketakakuran
 

OBJEKTIF PROSES

OBJEKTIF PROSES AM

Audit Dalaman dilaksanakan mengikut perancangan sekurang-kurangnya setahun sekali

OBJEKTIF SUB-PROSES

Setiap auditor adalah terlatih dengan sijil yang diiktiraf

INPUT PROSES

1.      Maklumat penetapan tarikh, masa, tempat dan skop bagi sesi audit dalaman yang dipersetujui.

2.      Fail Laporan penemuan Hasil audit berdaarkan sesi audit dalaman yang terdahulu .

3.      Prosedur-prosedur kualiti yang akan diaudit.

4.      Jadual Audit Dalaman.

5.      Borang Laporan Pemerhatian (ofi) / Tindakan Penambahbaikan – PKPKed-BK 16/pin.00

6.      Borang Laporan Ketakakuran/ tindakan Pmbetulan PKPKed BK 15/pin.00

 

CARTA ALIRAN KERJA

 

TUGAS / TANGGUNGJAWAB

 
 

TINDAKAN

TPKN(G) / PPD 1 Lantik PAD dan Ketua Auditor dari anggota yang terlatih (telah menjalani Kursus Audit Dalaman dan telah ditauliahkan sijil).
KWP / WP 2 Maklumkan kepada Ketua Auditor mengenai jangkamasa Audit Dalaman yang akan diadakan.
KA(N) / KA(D) 3 Sediakan Jadual Audit  dengan mengambilkira hasil penemuan audit yang lepas dan kepentingan sesuatu proses.
KWP / WP 4 Dapatkan kelulusan daripada TPKN(G) / PPD dan maklum kepada semua pihak yang terlibat.
KA(N) / KA(D) 5 Adakan perbincangan dengan Pasukan Audit berkenaan perkara-perkara berikut:
   
  • Skop dan objektif audit
  • Jadual audit yang akan dijalankan
  • Hasil laporan audit yang lepas
  • Tanggungjawab ahli PAD
  • Penyediaan senarai semak berasakan proses kerja dengan menggunakan borang berkaitan PKPKed-BK13
KA(N) / KA(D) 6 Adakan Mesyuarat Pembukaan pada hari audit dengan pihak yang diaudit untuk:
   
  • Suaikenal antara PAD dan auditee
  • Sahkan skop dan objektif audit
  • Dapatkan persetujuan mengenai  logistik
PAD 7 Jalankan audit mengikut program
   
  • Pastikan semua tindakan beserta bukti dicatatkan dalam Senarai Semak - PKPKed-BK 13
  • Adakan Mesyuarat Kontigensi (jika perlu ).
KA(D) / PAD  8 Adakan Mesyuarat Penutupan dengan auditee:
    Maklumkan penemuan - penemuan yang ditemui dan bincangkan langkah - langkah penambaikan sekiranya perlu.
KA(N) / KA(D) 9
Adakan Mesyuarat Pra - Penutupan Audit Peringkat Negeri bersama Ketua Pasukan Audit :
  • Bincang dan selaraskan penemuan - penemuan audit di daerah.
  • Kenalpasti klausa - klausa yang berkaitan.
  • Sediakan laporan penemuan untuk dibentangkan semasa Mesyuarat Penutupan Audit  Peringkat Negeri.
KWP / KA(N) 10 Adakan Mesyuarat Penutupan Audit Peringkat Negeri.
KA(D) 11
  • Maklum penemuan ketakakuran dan pemerhatian
  • Bincang Tindakan Pembetulan / Penambahbaikan yang perlu diambil
  • Dapatkan persetujuan mengenai jangkamasa untuk melaksanakan Tindakan Pembetulan dan Tindakan Penambahbaikan
  • Tetapkan tarikh untuk Audit Susulan.
KA(D) 12 Sediakan Laporan Audit Dalaman Daerah dan salinan kepada Ketua Audit Negeri.
KA(N) / KA(D) / WP 13 Catitkan semua bilangan ketakakuran dan pemerhatian ke dalam Log Laporan Ketakakuran / Permohonan Tindakan Pembetulan  / Pemerhatian / Penambahbaikan -  PKPKed-BK 18
PAD 14 Jalankan Audit Susulan pada tarikh yang telah ditetapkan dan catat keputusan terperinci Audit Susulan dalamBorang Ketakakuran /   Tindakan Pembetulan PKPKed-BK 15 dan Borang Laporan Pemerhatian (OFI) / Tindakan Penambahbaikan -  PKPKed-BK 16  yang telah dikeluarkan.
KA(D) / WP 15 Kemaskini  Log Laporan Ketakakuran / Permohonan Tindakan Pembetulan / Pencegahan / Pemerhatian / Penambahbaikan -  PKPKed-BK 18
KA(D) 16 Kemukakan Log Laporan kepada Ketua Audit  Negeri dan salinan kepada PPD.
KA(N) / KA(D) 17 Sediakan Laporan Audit  Dalaman  Peringkat Negeri untuk dibentangkan semasa Mesyuarat  Kajian Semula Pengurusan Peringkat Negeri. Edarkan Laporan Audit kepada semua daerah.
KA(N) / KA(D) 18   Bentangkan Laporan Audit Dalaman di Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan Peringkat Daerah / Negeri
  • Laporan penemuan audit dan tindakan yang diambil
  • Bincang ketakakuran yang tidak dapat ditutup
KWP / WP / KA(N) 19 Failkan / kemaskini:
  • Laporan Audit Dalaman (PKPKed-BK 14)
  • Senarai Semak Audit (PKPKed-BK 13)
  • Borang Ketakakuran / Tindakan Pembetulan (PKPKed-BK 15) Borang Pemerhatian (OFI) / Tindakan Penambahbaikan (PKPKed-BK 16)Log Laporan Ketakakuran / Permohonan Tindakan Pembetulan / Pencegahan / Pemerhatian / Penambahbaikan (PKPKed-BK 18)
 
 
   
 

REKOD KUALITI

 

No.

NAMA REKOD

TEMPOH SIMPANAN

No. NAMA REKOD TEMPOH SIMPANAN
1

Jadual Audit Dalaman

2 tahun
   
2 Borang Senarai Semak Audit - PKPKed - BK 13 5 Tahun
3 Laporan Audit Dalaman - PKPKed-BK 14 5 Tahun
4 Borang Ketakakuran / Tindakan Pembetulan - PKPKed-BK 15 5 Tahun
5 Borang Laporan Pemerhatian (OFI) / Tindakan Penambahbaikan - PKPKed-BK 16 5 Tahun
6 Borang Permohonan Tindakan Pencegahan - PKPKed-BK 17 5 Tahun
7 Log Laporan Ketakakuran / Permohonan Tindakan Pembetulan / Pencegahan / Pemerhatian / Tindakan Penambahbaikan - PKPKed-BK 18 5 Tahun
     
 

KLAUSA MS ISO 9001

 

RUJUKAN

  Manual Kualiti
  PKPKed-MK01 - MANUAL KUALITI
  Arahan Kerja   
  Tiada
  Borang Kualiti   
  PKPKed-BK 18/PIN.01 - Log Laporan Ketakakuran / Permohonan Tindakan Pembetulan / Pemerhatian / Tindakan Penambahbaikan
  PKPKed-BK 16/PIN.00 - Borang Laporan Pemerhatian (OFI)/ Tindakan Penambahbaikan
  PKPKed-BK 15/PIN.00 - Borang Ketakakuran / Permohonan Tindakan Pembetulan
  PKPKed-BK 14/PIN.00 - Laporan Audit Dalaman
  PKPKed-BK 13/PIN.00 - Borang Senarai Semak Audit
  Senarai Semak   
  Tiada
  Dokumen Luaran   
  Tiada
  Pemilik Dokumen
  Dr Rubiah Majid
 

Rekod Pindaan

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para Diluluskan Oleh
1. 01-01-2022 2 Nota Pindaan Approver 1
 
Laman Utama Manual Kualiti Prosedur Kualiti