Laman Utama   Bantuan  
- ISO 9001:2008 QMS -    
     

PROSEDUR KUALITI


BKPNM-PK-Q4 - AUDIT DALAMAN

   
Pindaan : 0
Tarikh Kuatkuasa : 05-04-2023
Objektif Prosedur : Prosedur ini menggariskan langkah-langkah untuk mengendalikan audit dalaman bagi memastikan Sistem Pengurusan Kualiti dilaksanakan secara berkesan dan menepati keperluan-keperluan yang ditetapkan.
Skop : Prosedur ini diguna pakai oleh anggota yang terlibat dalam proses audit dalaman yang dijalankan di Bahagian Kesihatan Pergigian Negeri Melaka.

SINGKATAN / DEFINISI

Admin Pegawai yang bertanggungjawab untuk menyenggara sistem e-ISO BKPNM
Audit Dalaman Satu pemeriksaan yang sistematik dan bebas yang dijalankan
Auditee Pihak yang diaudit
Auditor Pihak yang dilantik mengaudit, biasanya terdiri daripada personel bebas dari aktiviti yang diaudit
Auditor Dalaman Anggota/Personel yang telah menjalani kursus Audit Dalaman dan menerima sijil.
KPAD Ketua Pasukan Audit Dalaman
KU Ketua Unit
PAD Pasukan Audit Dalaman
Penyelaras ISO Pegawai yang dipertanggungjawabkan untuk menyelaras semua aktiviti berkaitan MS ISO 9001:2015
PPYM Pegawai Pergigian Yang Menjaga
TPKN(G) Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian)

CARTA ALIRAN KERJA

 

TUGAS / TANGGUNGJAWAB

 

TANGGUNGJAWAB

TINDAKAN

TPKN (G)

KPAD

 5.1

 5.2   

Lantik Ketua Pasukan Audit Dalaman

Buat Jadual Audit Dalaman yang akan dilakukan sekurang-kurangnya sekali dalam 12 bulan meliputi   semua Prosedur Kualiti dengan mengambilkira kepentingan  proses yang terlibat serta penemuan audit yang lepas.

Audit secara ‘adhoc’ boleh diadakan atas permintaan Pengurusan sekiranya ada masalah yang nyata.
KPAD  5.3 Bentuk Pasukan Audit Dalaman mengikut kriteria berikut:

ii) Bersijil

ii) Tidak terlibat secara langsung ke atas aktiviti  yang diaudit

 KPAD  5.4 Adakan perbincangan dengan Ahli PAD. Jelaskan tanggungjawab masing-masing
Edarkan senarai semak
 KPAD  5.5 Adakan Mesyuarat Pembukaan.

Adakan Mesyuarat Pembukaan Audit untuk:

i)   Menjelaskan skop dan objektif audit

ii)  Menyelesaikan segala kemusykilan daripada pihak yang diaudit

iii) Mendapatkan persetujuan berkaitan logistik dan fasiliti bagi kemudahan juruaudit.

iv) Memaklumkan bagaimana ketakuran akan dilaporkan.

PAD 5.6

Jalankan audit. 

i) Pastikan Sistem Pengurusan Kualiti dipatuhi.

ii) Maklumkan penemuan audit

 
KPAD 5.7  Adakan mesyuarat Penutup dengan Ketua Unit yang diaudit.

i) Dapatkan persetujuan pegawai-pegawai daripada bahagian yang diaudit mengenai penemuan ketakuran

ii) Tetapkan tarikh Audit Susulan dan Auditor audit susulan.

iii) Kemukakan laporan ketakuran (M-BKPNM-BK3) kepada Penyelaras ISO Negeri dan Ketua Unit yang diaudit

KPAD 5.8 Sediakan Laporan Audit. Kemukakan Laporan Audit Dalaman kepada TPKN(G, PPD dan Penyelaras ISO
 
Penyelaras ISO/ KU 5.9 Logkan ketakuran (M-BKPNM-BK1)
 
TPKN(G)/ PPD/ PPYM 5.10 Pastikan tindakan pembetulan diambil terhadap ketakuran yang dilaporkan
 
PAD 5.11

Jalankan Audit Susulan pada tarikh yang telah ditetapkan bagi mengesahkan tindakan pembetulan.

 
KPAD 5.12 Sediakan Laporan Audit Susulan (M-BKPNM-BK11) dan kemukakan kepada TPKN (G), WPN dan PPD

 

TPKN(G)/ PPD/PPYM 5.13 Kenalpasti ketakuran yang masih memerlukan tindakan penyelesaian jangka panjang atau melibatkan dasar untuk mengatasinya.
 
Penyelaras ISO/ KU 5.14 Kemaskini Log Laporan Katakuran (M-BKPNM-BK1) di lokasi masing-masing. Hantar satu salinan kepada KPAD.
 
KPAD 5.15 Bentang Laporan Audit Dalaman dalam Mesyuarat Kumpulan Semakan Pengurusan seperti berikut:

i) Ketakuran dan tindakan yang telah diambil.

ii) Bincang ketakuran yang tidak dapat diatasi untuk keputusan (sekiranya ada)

   

 

 
     
 
     
 
     
 
     

 

     
 
     
 
     
 
     
 
     
 
     
 
     
 
     
 
     
 
     
 
     
 
     
 
     
 
     
 
     
 
     
 
     
 
     
 
     
 
 

REKOD KUALITI

No NAMA REKOD TEMPOH SIMPANAN LOKASI
1 M-BKPNM-BK4 Borang Penemuan Audit 5 Tahun Pej TPKN(G) / PPD
2 M-BKPNM-BK1 Log Laporan Ketakuran 5 tahun Pej TPKN(G) / Pej PPD
3 M-BKPNM-BK2 Pin. 01 Laporan Peluang Penambahbaikan 5 tahun Pej TPKN(G) / Pej PPD
4 M-BKPNM-BK11 Laporan Audit Susulan 5 tahun Pej TPKN(G) / Pej PPD
5 M-BKPNM-BK 3 Laporan Ketakuran 5 tahun Pej TPKN(G) / Pej PPD
 

Arahan Kerja / Borang Kualiti / Senarai Semak

  Arahan Kerja   
  Tiada
  Borang Kualiti   
  M-BKPNM-BK1 - LOG LAPORAN KETAKURAN
  M-BKPNM-BK3 Pin.01 - LAPORAN KETAKURAN
  M-BKPNM-BK11 - LAPORAN AUDIT SUSULAN
  M-BKPNM-BK4 - BORANG PENEMUAN AUDIT
  M-BKPNM-BK2 pin.02 - LAPORAN PELUANG PENAMBAHBAIKAN
  Senarai Semak   
  Tiada
  Dokumen Luaran   
  Tiada
  Pemilik Dokumen
  Dr Bong Mei Fong
 

Rekod Pindaan

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para
1. 12-09-2011 0 Nota Pindaan
2. 12-09-2011 0 Nota Pindaan
3. 24-04-2015 0 Nota Pindaan
4. 11-08-2016 0 Nota Pindaan
5. 11-08-2016 0 Nota Pindaan
6. 30-01-2018 0 Nota Pindaan
7. 05-04-2023 0 Nota Pindaan
 
Laman Utama Manual Kualiti Prosedur Kualiti