Laman Utama   Bantuan  
- ISO 9001:2008 QMS -    
     

PROSEDUR KUALITI

PKPNS-PK-Q3 - Audit Dalaman

   
Pindaan : 2
Tarikh Kuatkuasa : 02-05-2017
Objektif Prosedur : Prosedur ini menggariskan langkah-langkah untuk mengendalikan audit dalaman bagi memastikan supaya sistem kualiti berfungsi dengan berkesan dan tindakan pembetulan dan penambahbaikan dilaksanakan secara berterusan.
Skop : Prosedur ini digunapakai oleh anggota yang terlibat dalam proses audit dalaman yang dijalankan di Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Negeri Sembilan.

RUJUKAN

 1.  Manual Kualiti Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Negeri Sembilan  
 2.

Klausa-Klausa MS ISO 9001: 2015 Berkaitan  

  6.1 Tindakan untuk menangani risiko
  9.2  Audit Dalaman
  10.2 Ketidakakuran dan tindakan pembetulan  
  10.3 Penambahbaikan berterusan
   
   
   
   
   
   
   
   
   
   
   
   
   
   
 

TERMINOLOGI

No.

SINGKATAN

DEFINISI

 1. Auditor Pihak yang mengaudit
 2. Auditee   Pihak yang di audit
 3. Audit Dalaman(AD)  Satu pemeriksaan yang sistematik dan bebas bagi memastikan aktiviti-aktiviti kualiti dilaksanakan dengan berkesan
 4. Ketakakuran Major Ketidakpatuhan kepada keperluan prosedur yang ditetapkan yang boleh melumpuhkan sistem kualiti
 5. Ketakakuran Minor Kesilapan kecil berkaitan dengan prosedur yang mengakibatkan ketidakpatuhan
 6. Pemerhatian Sesuatu penemuan yang didapati bukan ketakakuran tetapi digalakkan untuk penambahbaikan
 7. KJN  Ketua Juruaudit Negeri
 8. KPAD Ketua Pasukan Audit Dalaman
 9. PAD  Pasukan Audit Dalaman
 10. TPKN(G) Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian)
 11. PPD Pegawai Pergigian Daerah
 12. KWP  Ketua Wakil Pengurusan
 13. WP Wakil Pengurusan
 

PROCESS FLOWCHART

 

TUGAS / TANGGUNGJAWAB

TANGGUNGJAWAB

TINDAKAN

TPKN(G)/PPD 
 
1.
 
Persediaan Sebelum Audit Dalaman
Lantik KJN dan KPAD/PAD di peringkat daerah dari anggota yang terlatih 
 
 KJN/KWP  2. Sediakan jadual Audit Dalaman yang akan dilakukan sekurang-kurangnya sekali setahun
  • Audit secara Ad Hoc adalah diatas permintaan pengurusan sekiranya ada masalah.
  • Perancangan audit juga mengambilkira hasil audit yang lepas (jika ada) 
 
 KJN/KWP   3.
  Maklum  semua pihak yang akan terlibat dengan AD.  
 
 KPAD  
4.
Persediaan Sebelum AD oleh PAD 
Adakan perbincangan dengan ketua bahagian yang akan diaudit untuk memaklumkan dan memutuskan perkara-
perkara berikut : 
• Ahli PAD.
• Skop dan Objektif  AD.
• Jadual Audit.
• Minta kerjasama auditee
 
 KPAD/PAD  5. Sediakan senarai semak audit dan adakan perbincangan dengan Ahli PAD jika perlu   
 
 KPAD/PAD  6.
 Perlaksanaan Audit Dalaman  Adakan  “Opening Meeting” pada hari audit dengan pihak yang diaudit untuk
  • Suaikenal di antara Auditor dengan Auditee.
  • Sahkan  skop dan objektif audit.
  • Selesaikan segala kemusykilan daripada pihak auditee.
  • Dapatkan persetujuan mengenai hal-hal pentadbiran seperti bilik untuk juruaudit menjalankan kerja.
  • Maklumkan bagaimana ketakakuran akan dilaporkan.
 
 KPAD/PAD   7.  
 Jalankan audit
  • Buat catatan pada nota audit.
  • Bincang dengan ketua Juruaudit untuk kenalpasti ketakakuran.
  • Isikan Laporan Ketakuran/ Tindakan Pembetulan dan Peluang Penambahbaikan (Pemerhatian)
 
 KPAD/PAD   8.  Adakan “ Closing Meeting” dengan ketua bahagian yang diaudit sebelum menamatkan AD:
  • Maklumkan penemuan audit
  • Dapatkan Persetujuan auditee mengenai penemuan audit
  • Bincangkan tindakan pembetulan yang perlu diambil dan jangkamasa yang diperlukan dari bahagian  yang diaudit.
  • Tetapkan Tarikh Audit Susulan.
  • Dapatkan Persetujuan mengenai jangkamasa untuk melaksanakan tindakan pembetulan  dan pencegahan.
  • Beri satu salinan Laporan Audit Dalaman daerah kepada KJN. 
 
 KJN  
9.
Selepas AD
Sediakan laporan Audit Dalaman Negeri. 
 
 KJN  10. Bentangkan penemuan audit daerah di mesyuarat audit  dalaman di peringkat negeri. 
 
 KJN  11. Beri laporan kepada PPD / WP untuk pembetulan dan  tindakan pembetulan  
 
 PPD/ WP/ KPAD  12. Pastikan tindakan pembetulan diambil terhadap ketakakuran yang dilaporkan  
 
 KPAD/ PAD   13. Jalankan Audit Susulan pada tarikh yang ditetapkan. Catatkan keputusan Audit Susulan dalam Laporan Ketakuran/ Tindakan Pembetulan
 
 KPAD/ PAD   14. Kenalpasti ketakakuran yang masih belum diambil tindakan  pembetulan atau memerlukan tindakan penyelesaian jangka  panjang atau melibatkan dasar untuk mengatasinya. Pantau status ketakakuran
 
 WP/ KPAD/ KWP/ KJN   15. Laporkan hasil Audit Dalaman Daerah/Negeri dalam Mesyuarat  Kajian Semula Pengurusan Daerah/Negeri                                                    
 
 KWP/ WP  16.  Fail rekod AKD 
 
 

REKOD KUALITI

No.

NAMA REKOD

TEMPOH SIMPANAN

 1. Nota Audit  5 tahun
 2. Laporan Ketakakuran / Tindakan Pembetulan 5 tahun
 3. Borang Peluang Penambahbaikan (Pemerhatian) 5 tahun
 4. Laporan Audit Kualiti Dalaman 5 tahun
 

Arahan Kerja / Borang Kualiti / Senarai Semak

  Arahan Kerja   
  Tiada
  Borang Kualiti   
  PKPNS-BK1 - Nota Audit
  PKPNS-BK2 - Laporan Ketakakuran/ Tindakan Pembetulan
  PKPNS-BK3 - Laporan Peluang Penambahbaikan (Pemerhatian)
  PKPNS-BK5 - Laporan Audit Dalaman
  Senarai Semak   
  Tiada
  Dokumen Luaran   
  Tiada
  Pemilik Dokumen
  wprem
 

Rekod Pindaan

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para
1. 02-05-2017 2 Nota Pindaan
 
Laman Utama Manual Kualiti Prosedur Kualiti