Laman Utama   Bantuan  
- ISO 9001:2008 QMS -    
     

PROSEDUR KUALITI

PKPNS-PK-Q5 - Tindakan Pembetulan

   
Pindaan : 2
Tarikh Kuatkuasa : 02-05-2017
Objektif Prosedur : Prosedur ini menggariskan langkah-langkah untuk mengendalikan tindakan pembetulan dalam menangani ketakakuran / kelemahan yang menyebabkan ketakakuran dalam sistem kualiti supaya tindakan penambahbaikan dilaksanakan secara berkesan
Skop : Prosedur ini digunapakai untuk semua ketakakuran / kelemahan dalam sistem kualiti di Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Negeri Sembilan.

RUJUKAN

1. Manual Kualiti  Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Negeri Sembilan

2. Klausa-Klausa MS ISO 9001 : 2015 Yang Berkaitan

          6.1 Tindakan untuk menangani risiko

          10.2 Ketakakuran dan tindakan pembetulan

          10.3 Penambahbaikan berterusan   

           

 

TERMINOLOGI

No.

SINGKATAN

DEFINISI

 1. Ketakakuran Merujuk Kepada Aspek-aspek (termasuk produk, prosedur perkhidmatan, proses-proses dan sebagainya) yang tidak memenuhi keperluan-keperluan yang ditetapkan.
 2. Tindakan Pembetulan Tindakan yang perlu di ambil apabila berlakunya ketidakpatuhan dalam pemberian perkhidmatan
 3. TPKN(G) Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian)
 4. TMK Tidak Memenuhi Keperluan
 5. PPD Pegawai Pergigian Daerah
 6. PPYM Pegawai Pergigian Yang Menjaga
 7. KWP/WP Ketua Wakil Pengurusan/ Wakil Pengurusan
 8. KU Ketua Unit
 9. MKSP Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan
10. PA Pasukan Audit
11. PJP Penyelia Juruterapi Pergigian
12. KJP Ketua Juruterapi Pergigian
 

PROCESS FLOWCHART

 

TUGAS / TANGGUNGJAWAB

TANGGUNGJAWAB

TINDAKAN

 TPKN(G)/KWP/ PJP
PPD/WP/KU/KJP 
 1.  
Kenalpasti aspek-aspek ketakakuran di mana tindakan pembetulan perlu diambil berdasarkan sumber-sumber berikut
  • Penemuan Audit Dalaman dan Luaran.
  • Aduan Pelanggan / Kepuasan pelanggan
  • TMK/ kelemahan dalam Proses kerja yang dikesan dalam sistem kualiti.
  •  Objektif kualiti/ QAP yang tidak tercapai
 
 KWP/PPD/PJP/
WP/KU/KJP 
 2. Jalankan siasatan dan isikan Laporan Ketakuran/ Tindakan Pembetulan.
  • Kenalpasti sebab ketakakuran menggunakan  teknik-teknik yang sesuai
  • Pelan tindakan pembetulan 
 
 PPD/WP/KU   3.  Laksanakan tindakan pembetulan mengikut tempoh yang dipersetujui 
 
 KWP/PPD/PJP/WP/ KJP   4. Lakukan Pemantauan/Kaji semula keberkesanan tindakan pembetulan untuk memastikan ketakakuran tidak berulang setelah tindakan pembetulan dilaksanakan mengikut tempoh masa yang sesuai
Jika tindakan pembetulan tidak memuaskan dan memerlukan kajian semula ulang langkah 1 dan 2.  
 KWP/WP   5. Kemaskini Laporan Ketakuran/ Tindakan Pembetulan.
 
 KWP/WP   6. Rekod dalam  Log Laporan Ketakuran/ Tindakan Pembetulan
 
  7. Failkan semua rekod yang berkaitan
 
 

REKOD KUALITI

No.

NAMA REKOD

TEMPOH SIMPANAN

1. Laporan Ketakakuran / Tindakan Pembetulan  5 Tahun
     
 

Arahan Kerja / Borang Kualiti / Senarai Semak

  Arahan Kerja   
  Tiada
  Borang Kualiti   
  PKPNS-BK2 - Laporan Ketakakuran/ Tindakan Pembetulan
  PKPNS-BK4 - Log Laporan Ketakakuran/Tindakan Pembetulan
  Senarai Semak   
  Tiada
  Dokumen Luaran   
  Tiada
  Pemilik Dokumen
  wprem
 

Rekod Pindaan

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para
1. 02-05-2017 2 Nota Pindaan
 
Laman Utama Manual Kualiti Prosedur Kualiti