Laman Utama   Bantuan  
- ISO 9001:2008 QMS -    
     

PROSEDUR KUALITI

PKPNS-PK-AG1 - Perkhidmatan Pesakit Luar dan Temujanji

   
Pindaan : 7
Tarikh Kuatkuasa : 27-10-2021
Objektif Prosedur : Prosedur ini menggariskan langkah-langkah untuk memberi rawatan pergigian kepada pesakit luar dan kes temujanji yang hadir di klinik-klinik di bawah jagaan Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Negeri Sembilan.
Skop : Prosedur ini digunapakai di Klinik-klinik Pergigian di bawah jagaan Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Negeri Sembilan bagi semua pesakit yang datang ke klinik untuk mendapatkan rawatan .

RUJUKAN

3.1     Manual Kualiti  Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Negeri Sembilan.

3.2     Akta 1951 Perintah Fee (Perubatan) 1982 Pin 1994.

3.3     Perintah Fi(Perubatan) Pindaan 2017

3.4    Perintah Fi (Perubatan) Kos Perkhidmatan 2014

3.5    Pekeliling/Surat Pekeliling Kutipan Hasil yang terkini.

3.6    Guidelines On Infection Control - Dental  Services Division MOH 2017.

3.7    Klausa MS ISO 9001 : 2015 yang berkaitan

          6.1 Tindakan untuk menangani risiko

          7.1 Sumber

          8.1 Perancangan dan kawalan operasi

          8.2 Keperluan untuk produk dan perkhidmatan

          8.5 Penyediaan pengeluaran dan perkhidmatan 

3.8    Garis Panduan Pengurusan Wabak Covid-19 Perkhidmatan Kesihatan Pergigian semasa

3.9    Pengurusan Kebenaran Rawatan Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia 15 April 2019

 

TERMINOLOGI

No.

SINGKATAN

DEFINISI

 1. PPYM Pegawai Pergigian Yang Menjaga
2. PP Pegawai Pergigian
3. JP Juruterapi Pergigian
4. PPP Pembantu Pembedahan Pergigian
5. PPK Pembantu Perawatan Kesihatan
6. Kad Rawatan Merujuk Kepada LP 8-1 Pin 8/2019 dan LP 8-2 Pin 8/2019
7. Petugas Kaunter Petugas Yang Diberi Surat Kuasa Membuat Pungutan Hasil. Biasanya terdiri daripada PPP, Pembantu Tadbir.
8. TPC-OHCIS Tele Primary Care-Oral Health Clinical Information System
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
 

PROCESS FLOWCHART

 

TUGAS / TANGGUNGJAWAB

TANGGUNGJAWAB

                                 TINDAKAN

PETUGAS KAUNTER
PENDAFTARAN
 
 
 
 
PETUGAS KAUNTER SARINGAN 
 
 
 
 
 
 
 
PETUGAS KAUNTER PENDAFTARAN
 
 
 
 
 
 

 
 

1.0
 
 
 
 
 
1.1
 
 
 
 
 
 
 
2.0
 
 
 
2.1
 
 
2.2
Pra pendaftaran- menguruskan temujanji melalui telefon atau secara dalam talian.
Menjalankan saringan Covid-19 dengan bertanyakan tanda dan gejala, sejarah perjalanan serta sejarah kontak rapat.
Meminta pelanggan memakai pelitup muka dan datang sendiri tanpa pengiring kecuali pelanggan kanak-kanak, warga emas dan orang kelainan upaya terhad kepada satu pengiring sahaja.
 
Temu janji diberi dan maklum kepada pelanggan untuk menepati waktu.
 
Saringan pelanggan dijalankan bagi menentukan kategori risiko (covid-19) pelanggan dan sekaligus membantu perawat dalam menentukan jenis rawatan.
Pastikan pelanggan telah daftar masuk menggunakan aplikasi MySejahtera atau mengisi borang Deklarasi Saringan Penyakit COVID-19.
Jalankan saringan COVID-19 dengan bertanyakan tanda dan gejala, sejarah perjalanan serta sejarah kontak rapat pesakit
Mengambil suhu badan pesakit dan pengiring (sekiranya ada).
 
Terima pesakit bersama dokumen pengenalan diri samada surat akuan/kad pengenalan/sijil kelahiran/passport/kad temujanji/kad tentera/kad polis/kad pesara dll.
Tentukan status pesakit samada pesakit baru/ ulangan/ temujanji atau mempunyai rekod dalam sistem TPC-OHCIS. Daftar dalam sistem jika tiada maklumat.
Catatkan nombor kad pesara/kad tentera/kad polis dll pada kad rawatan/sistem TPC-OHCIS. Semak e-GL sekiranya kakitangan kerajaan
Bagi kes baru
Semak dokumen pengenalan diri/dokumen pesakit.
 
Sedia dan lengkapkan kad rawatan.
Kes Ulangan/Temujanji Cari kad rawatan pesakit .Sekiranya tidak dapat dikesan, buat kad baru. Sedia dan lengkapkan kad rawatan.
 
 
   3. Daftar maklumat pesakit ke dalam buku daftar PG 101/secara online dalam sistem TPC-OHCIS
 
    4.   
Kutip bayaran jika berkenaan mengikut Arahan Perbendaharaan dan Akta Fee.  
 
 PP/JP/PPP/PPK  5.  
Semak status pesakit samada pesakit baru atau temujanji.
 
 PP/JP   5.1.
Pesakit Baru
  • Tanya aduan/masalah pergigian.
  • Tanya pesakit sekiranya mempunyai masalah perubatan
  • Tagging merah pada kad/tandakan dental alert  dalam sistem TPC-OHCIS sekiranya ada masalah perubatan
  • Jalankan pemeriksaan dan pencartaan.
  • Maklum dan bincang dengan pesakit pelan rawatan
  • Cop serta dapatkan tandatangan kebenaran rawatan dari pesakit/ibubapa/penjaga dan tandatangan saksi atau isikan PGKebenaran/TPC-OHCIS-1/2016. Failkan borang kebenaran berkaitan.  
 
 PP/JP   6. Tentukan jenis rawatan pesakit berdasarkan kategori risiko ( Covid-19) pesakit dan pertimbangan klinikal mengikut Garis Panduan Pengurusan Wabak Covid-19 Perkhidmatan Kesihatan Pergigian yang terkini. Beri rawatan yang diperlukan oleh pesakit baru/temujanji.  Rujuk PKPNS-AK3 Standard Operating Procedure. Amalkan PKPNS-AK1 Kawalan Jangkitan Silang.
 
PP/JP 
7.
Rekod maklumat rawatan pada kad rawatan pesakit/secara online dalam sistem TPC-OHCIS. Selepas rawatan, beri temujanji/rujukan jika perlu
 
 Petugas Kaunter

  

8.
Semak caj rawatan seperti yang tercatat pada kad rawatan/sistem TPC-OHCIS. Kutip bayaran untuk rawatan yang dijalankan sekiranya perlu.
 
 Petugas Kaunter   9.  Pesakit balik 
 
 

REKOD KUALITI

No.

 JENIS REKOD

TEMPOH PENYIMPANAN

 1. Kad Rawatan : LP 8-1 Pin 8/2019 7 Tahun
 2. LP 8-2 Pin 8/2019 7 Tahun
3. Buku Daftar PG101 7 Tahun
4. Surat Rujukan 7 Tahun
5. Buku Temujanji 1 Tahun
6. Sijil Sakit 3 Tahun
7. Lampiran C 7 Tahun
8. Resit Kew.38 3 Tahun
9. Rekod Harian PP PG 302 1 Tahun
10. Rekod Harian JP PG 301 1 Tahun
11. Buku Kew.249 7 Tahun
12. Reten Bulanan PG 206 5 Tahun
13. Reten Bulanan PG 207 5 Tahun
14. PGKebenaran/TPC-OHCIS-1/2016 Sepanjang persekolahan
 

Arahan Kerja / Borang Kualiti / Senarai Semak

  Arahan Kerja   
  PKPNS-AK1 - KAWALAN JANGKITAN SILANG
  PKPNS-AK3 - STANDARD OPERATING PROCEDURES
  Borang Kualiti   
  Tiada
  Senarai Semak   
  Tiada
  Dokumen Luaran   
  Tiada
  Pemilik Dokumen
  wpsbn
 

Rekod Pindaan

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para
1. 27-10-2021 7 Nota Pindaan
 
Laman Utama Manual Kualiti Prosedur Kualiti