Laman Utama   Bantuan  
- ISO 9001:2008 QMS -    
     

PROSEDUR KUALITI

PKPNS-PK-S3 - Pengendalian Latihan

   
Pindaan : 7
Tarikh Kuatkuasa : 23-04-2021
Objektif Prosedur : Prosedur ini menggariskan langkah-langkah dalam mengendalikan latihan agar anggota-anggota perkhidmatan pergigian mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi untuk menjalankan tugas masing-masing dengan cekap dan berkesan.
Skop : Prosedur ini merangkumi latihan untuk semua kategori anggota di bawah jagaan Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Negeri Sembilan.

RUJUKAN

 1.  Manual Kualiti Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Negeri Sembilan 
 2.  Klausa-klausa MS ISO 9001:2015 Yang Berkaitan
 6.1 Tindakan untuk menangani risiko 
   7.1.2 Manusia
   7.1.6 Pengetahuan dalam organisasi
   7.2 Kompeten
   7.5.3 Kawalan maklumat didokumenkan 
   9.1.3 Analisis data dan penilaian
 

TERMINOLOGI

No.

SINGKATAN

DEFINISI

 1  Latihan   Apa-apa jua kursus, seminar, bengkel, tunjuk ajar dan ceramah yang diadakan dalam atau luar  jabatan 
 2  Urusetia  Pegawai yang dipertanggungjawab untuk mengelola latihan berkenaan. 
 3  KKM  Kementerian Kesihatan Malaysia 
 4  TPKN(G)  Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian) 
 5  PPD  Pegawai Pergigian Daerah 
 6  PP  Pegawai Pergigian 
 7  PT  Pembantu Tadbir   
 

PROCESS FLOWCHART

 

TUGAS / TANGGUNGJAWAB

TANGGUNGJAWAB

TINDAKAN

TPKN(G)/PPD/PP   1.  Kenalpasti keperluan latihan anggota melalui:
  • Senarai tugas dan tanggungjawab anggota.
  • Perlantikan baru anggota
  • Keperluan tambahan /kemaskini pengetahuan dan kemahiran untuk anggota
  • Cadangan KKM / JKN / TPKN(G)
  • Cadangan latihan dalam Laporan Penilaian Prestasi Tahunan anggota
  • Permohonan anggota untuk latihan
  • Profil latihan anggota 
 
 TPKN(G)/PPD/PP   2.  Rancang pelaksanaan latihan melalui pelan tindakan untuk tahun berkenaan.  
 
TPKN(G)/PPD/PP   3.  Tentukan kategori latihan (latihan dalaman atau luaran)
 
 PPD /PP   4. Latihan Dalaman: Kemukakan senarai cadangan kursus/ latihan dan kertas kerja untuk perbincangan 
 
 PPD /PP   5.  Dapatkan kelulusan KKM/ JKN / TPKN(G) (jika perlu)  
 
 Urusetia   6. Buat persediaan bagi perlaksanaan kursus/ latihan. 
 
Urusetia  7 . Maklumkan anggota yang terpilih melalui telefon/ fax/surat panggilan kursus/latihan untuk menghadiri latihan 
 
 Urusetia   8. Jalankan latihan dan catat kehadiran latihan ke dalam borang / Daftar/ Buku Kehadiran 
 
 Urusetia 
 
 9. Edarkan Borang Penilaian Kursus Jangka Pendek (Dalam dan Luar Negara) di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM/BPL/PK/2019) kepada peserta untuk diisi pada akhir kursus dan kembalikan kepada urusetia/penganjur. Buat penilaian dan laporan.
 
 Urusetia   10.  Edarkan Borang Soal Selidik Kajian Keberkesanan Kursus Jangka Pendek (Dalam dan Luar Negara)  Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM/BPL/KKK/2020)   kepada Ketua Jabatan /   Penyelia selepas 3 bulan Pegawai (kursus tertentu). Buat penilaian dan laporan.
 
 
 TPKN(G)/ PPD   11. Latihan Luaran Terima surat tawaran dari KKM/ JKN/ agensi luar  atau permohonan dari anggota yang mengisi borang permohonan kursus/ latihan luar seperti yang ditawarkan 
 
 TPKN(G)/ PPD   12. Kenalpasti calon mengikut kesesuaian kursus dan keperluan latihan   
 
 PPD/ PP   13. Hantarkan senarai nama peserta kepada agensi  berkenaan 
 
 PPD/ PP   14. Maklumkan peserta melalui telefon/ fax / surat  panggilan kursus/latihan untuk menghadiri latihan. 
 
 PP/Peserta  15. Kemaskini Rekod Latihan secara online di eLatihan JKNNS/MyCPD bagi anggota berkenaan.
 
 PPD/ PP   16. Sediakan laporan/ maklumbalas latihan dan failkan  
 
 

REKOD KUALITI

No.

NAMA REKOD

TEMPOH SIMPANAN

 1 Pelan Tindakan   5 tahun 
 2 Borang/ Daftar/ Buku Kehadiran   2 tahun
 3 Borang Penilaian Kursus Jangka Pendek (Dalam dan Luar Negara) di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM/BPL/PK/2019)  1 tahun 
4 Borang Soal Selidik Kajian Keberkesanan Kursus Jangka Pendek (Dalam dan Luar Negara)  Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM/BPL/KKK/2020)  2 tahun
     
     
     
     
 

Arahan Kerja / Borang Kualiti / Senarai Semak

  Arahan Kerja   
  Tiada
  Borang Kualiti   
  Tiada
  Senarai Semak   
  Tiada
  Dokumen Luaran   
  Tiada
  Pemilik Dokumen
  unit teknikal
 

Rekod Pindaan

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para
1. 23-04-2021 7 Nota Pindaan
 
Laman Utama Manual Kualiti Prosedur Kualiti