Laman Utama   Bantuan  
- ISO 9001:2000 QMS -    
     

PROSEDUR KUALITI

PKPPP-PK-01 - PROSEDUR MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENGURUSAN

   
Pindaan : 2
Tarikh Kuatkuasa : 10-02-2020
Objektif Prosedur : Prosedur ini diwujudkan supaya pengurusan atasan dapat mengkaji semula sistem pengurusan kualiti bagi memastikan sistem pengurusan sesuai dan berkesan.
Skop : Prosedur ini digunapakai oleh pengurusan atasan semasa mengendalikan Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan.
 

TERMINOLOGI

SINGKATAN

DEFINISI

Tiada Terminologi1

OBJEKTIF PROSES

Objektif keseluruhan

Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan diadakan sekurang-kurangnya satu (1) kali setahun.

Objektif Sub-proses (Rujuk Aliran Kerja 6.0)

Langkah 6.2

Laporan-laporan yang perlu dikemukakan kepada WP sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum mesyuarat.

Langkah 6.4

Surat panggilan mesyuarat dikeluarkan sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum mesyuarat.

Langkah 6.7

Minit mesyuarat disiapkan untuk edaran dalam masa tujuh (7) hari selepas mesyuarat.

Minit mesyuarat diedarkan dalam tempoh dua (2) minggu selepas diluluskan.

Langkah 6.8

Semua tindakan pembetulan / pencegahan perlu diambil seperti mana diputuskan dalam mesyuarat / surat arahan. Maklumbalas tindakan pembetulan / penambahbaikan perlu dikemukakan mengikut tarikh yang ditetapkan.

 

INPUT

8.1 Tenaga Manusia : TPKN(G), KWP, PKWP, TWP, WPD, KAN, KAD, Ahli-ahli Jawatankuasa Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan, PDN,     PDD

8.2 Data  / Maklumat

       8.2.1 Laporan-laporan berkaitan dengan sistem kualiti

8.3 Peralatan

      Tiada

 

CARTA ALIRAN KERJA

 

TUGAS / TANGGUNGJAWAB

 

TANGGUNGJAWAB

TINDAKAN

TPKN/KWP/PKWP/
TWP/WPD
 
 
 5.1  Rancang Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan sekurang-kurangnya satu (1) kali setahun.  Bincang dengan TPKN(G) bagi menetapkan tarikh, masa, tempat dan agenda mesyuarat. 
 

 KWP/PKWP/TWP/WPD

KAN/KAD

 5.2  Minta pegawai tertentu sediakan laporan sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum mesyuarat mengenai perkara-perkara berikut:
 
   

5.2.1 Tindakan susulan dari kajian semula pengurusan yang lepas
5.2.2 Perubahan-perubahan berkaitan isu-isu luaran dan dalaman yang boleh memberi kesan kepada Sistem Pengurusan Kualiti
5.2.3 Maklumbalas / aduan pelanggan

5.2.4  Pencapaian dasar dan objektif kualiti

5.2.5  Prestasi proses penyampaian perkhidmatan yang tidak memenuhi keperluan yang ditetapkan

5.2.6 Status Tindakan Pembetulan

5.2.7  Hasil pemantauan dan pengukuran

5.2.8 Penemuan audit yang lepas

5.2.9 Laporan prestasi pembekal
5.2.10 Rancang latihan untuk personel

5.2.11 Status Keberkesanan Tindakan diambil terhadap Risiko dan Peluang

5.2.12 Cadangan penambahbaikan

 

 
KWP/PKWP/TWP/WPD  5.3  Terima laporan-laporan daripada pegawai tertentu.
 
KWP/PKWP/TWP/WPD  5.4 Semak laporan yang dikemukakan dari segi kesempurnaan.  Jika tidak sempurna, minta pegawai berkenaan lengkapkan.  Sediakan laporan penilaian keberkesanan sistem kualiti.
 
KWP/PKWP/PDN/WPD/PDD  5.5 Sedia dan edarkan Surat Panggilan Mesyuarat bersama agendanya sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum yang dijadualkan, kecuali mesyuarat tergempar.  Agenda mesyuarat hendaklah merangkumi perkara-perkara berdasarkan pada para 5.2.
 
KWP/PKWP/PDN/WPD/PDD  5.6  Uruskan persediaan bilik mesyuarat, minuman dan lain-lain.
 
 
TPKN (G)/TWP  5.7  Pengerusi mesyuarat.
 
 AJK MKSP
(Bersama jemputan khas jika ada)
 5.8 Sahkan minit mesyuarat yang lepas serta bincangkan perkara-perkara yang dibangkitkan dalam mesyuarat yang lepas dan tindakan yang telah diambil oleh personel yang terlibat (jika ada).
 
 KWP/PKWP/WPD  5.9  Bentangkan laporan-laporan seperti pada 5.2.
 
 AJK MKSP
(Bersama jemputan khas jika ada)
 5.10 Bincangkan laporan-laporan yang dibentangkan oleh KWP dan putuskan tindakan pembetulan dan pencegahan serta penambahbaikan yang perlu dilaksanakan.  Keputusan tersebut hendaklah mengambil kira sumber-sumber yang diperlukan.
 
KWP/PKWP/PDN/WPD/PDD  5.11 Sediakan minit mesyuarat dalam tempoh tujuh (7) hari.
 
 
TPKN(G)  5.12 Semak minit mesyuarat dan dapatkan kelulusan Pengerusi.
 
 KWP/PKWP/PDN/WPD/PDD  5.13 Edarkan minit mesyuarat yang telah diluluskan dalam masa dua (2) minggu dan simpan satu salinan dalam fail mesyuarat.
 
Semua Personel  5.14 Ambil tindakan ke atas keputusan mesyuarat.
 
KWP/PKWP/PDN/WPD/PDD  5.15 Sahkan pelaksanaan keputusan mesyuarat oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab.
 

KWP/PKWP/PDN/WPD/PDD

 5.16

Sediakan maklumbalas mengenai tindakan ke atas keputusan untuk dilaporkan kepada TPKN(G) dalam mesyuarat akan datang.

 
 

REKOD KUALITI

No.

NAMA REKOD

TEMPOH SIMPANAN

 1.

Surat Panggilan Mesyuarat 

 

3 Tahun 
 2.

Minit Mesyuarat 

 

5 Tahun
 3.

Laporan-laporan :

i) Pencapaian Objektif Kualiti

ii) Audit Dalaman

iii) Aduan / Maklumbalas Pelanggan

iv) Tindakan Pembetulan 

v) Keberkesanan Tindakan diambil terhadap Risiko dan Peluang

vi)Cadangan Penambahbaikan

vii) Latihan

viii) Kajian Kepuasan Pelanggan

ix) Laporan Prestasi Pembekal 

 

5 Tahun
4. Maklumbalas Tindakan Keputusan Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan  5 Tahun 
 

KLAUSA MS ISO 9001

 

RUJUKAN

  Arahan Kerja   
  Tiada
  Borang Kualiti   
  Tiada
  Senarai Semak   
  Tiada
  Dokumen Luaran   
  Tiada
  Penilaian Risiko   
  Tiada
  Pemilik Dokumen
  Dr Nurainina
 

Rekod Pindaan

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para Diluluskan Oleh
1. 2 Nota Pindaan -
 
Home Manual Kualiti Prosedur Kualiti