Laman Utama   Bantuan  
- ISO 9001:2000 QMS -    
     

PROSEDUR KUALITI

PKPPP-PK-04 - PROSEDUR KAWALAN REKOD

   
Pindaan : 3
Tarikh Kuatkuasa : 09-02-2023
Objektif Prosedur : Prosedur ini menggariskan langkah-langkah bagi memastikan rekod -rekod sentiasa diselenggara dan dikemaskini secara sistematik.
Skop : Prosedur ini digunapakai untuk mengenalpasti, menyusun, memfail, menyimpan dan melupus rekod-rekod Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Pulau Pinang, Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Timur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.
 

TERMINOLOGI

SINGKATAN

DEFINISI

Tiada Terminologi1

OBJEKTIF PROSES

OBJEKTIF KESELURUHAN

Semua rekod kualiti dikendalikan dan disimpan mengikut tempoh penyimpanan.

OBJEKTIF SUB PROSES (RUJUK ALIRAN KERJA 6.0)

Langkah 6.5 (dalam carta aliran)

Pelupusan dibuat dalam tempoh 3 (tiga) bulan dari tarikh kelulusan Arkib Negara.

 

INPUT

1. Tenaga Manusia : TPKN (G), KWP, TWP, PPYM, Pakar, PD, PP, PJP, KJP, JTK, JT, , JP, PT, PPP, PPK

2. Data / Maklumat : Rekod-rekod yang diterima

3. Peralatan : Kabinet Fail

 

CARTA ALIRAN KERJA

 

TUGAS / TANGGUNGJAWAB

TANGGUNGJAWAB

TINDAKAN

TPKN(G)/KWP/TWP/
Pakar/PPYM/PD/PP/PJP
KJP/JTK/JT/JP/PT

5.1 Kenalpasti rekod-rekod. 
 
PD/KJP/JP/JT/PPP/PT 5.2 Kumpul, fail dan simpan rekod.
 
   

5.2.1 Borang-borang dan rekod lain yang dikumpulkan setiap bulan atau secara “ad-hoc” akan difailkan mengikut jenis rekod dan tahun serta disimpan di Pejabat / Klinik / Makmal / Klinik Pergigian Sekolah atau mengikut kaedah penyimpanan yang bersesuaian berdasarkan jenis rekod.

5.2.2 Kegunaan kad-kad rawatan adalah seperti berikut:
          - L.P.8-1 untuk prasekolah dan murid- murid sekolah
          - L.P.8-2 untuk pesakit luar

          - L.P.8-3 untuk komuniti
          - Kad-kad rawatan kepakaran

 
PPP/PPK
(yang bertugas di kaunter)
  5.2.3 Kad-kad rawatan pesakit warganegara Malaysia difailkan mengikut 4 nombor akhir kad pengenalan. Bagi kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah, kad mereka difailkan mengikut 4 nombor akhir sijil lahir atau kad pengenalan ibu / bapa/ penjaga.
 

PPP/PPK
(yang bertugas di kaunter)

  5.2.4 Kad-kad rawatan pesakit luar warga asing difailkan mengikut sistem yang telah ditetapkan di klinik masing-masing.
 
PPP/PPK
(yang bertugas di kaunter)
  5.2.5 Semua kad-kad pesakit disimpan di kaunter/bilik rawatan. Pastikan kad yang dikeluarkan dari kaunter dikembalikan semula ke kaunter/bilik kad rawatan.
 
JP/PPP/PPK   5.2.6 Kad-kad rawatan murid sekolah akan difailkan mengikut kelas dan disimpan di tempat yang sesuai dan selamat.
 
PT/PPP   5.2.7 Fail-fail pentadbiran akan disimpan di kabinet fail pejabat/klinik mengikut panduan pelaksanaan sistem fail baru Klinik Pergigian Peringkat Nasional Dan Negeri yang terkini.
 
  5.3 Kenalpasti rekod-rekod yang sudah melebihi tempoh penyimpanan dan hendak dilupus.
 
KJP/JT/JP/PT/PPP   5.3.1 Rekod-rekod termasuk borang-borang SPMK, kad rawatan pesakit, buku resit, kaunterfoil kupon, fail-fail lama) perlu disimpan mengikut Arahan KKM atau Perbendaharaan.
 
KJP/JT/JP/PT   5.3.2 Sekiranya rekod ini telah melampaui tempoh penyimpanan dan tidak diperlukan lagi, ia akan diasingkan, dilabel dan tindakan di ambil untuk mendapatkan kelulusan Arkib Negara.
 
PPYM/Pakar/KJP/JT/JP   5.3.3 Hantar senarai rekod yang melebihi tempoh ke Pejabat Pergigian Daerah bagi tindakan pelupusan. 
 
PD   5.3.4 Semua rekod-rekod kualiti yang tidak memerlukan kelulusan arkib perlu dilupuskan dengan cara “shredding”.
 
TPKN (G)/
/PPD/KJP/JT/PT
5.4 Senaraikan rekod-rekod yang hendak dilupuskan dengan menggunakan borang-borang permohonan dari Arkib Negara Malaysia dan hantar ke Pejabat TPKN(G)/PPD untuk tindakan TPKN (G).
 
 
TPKN (G)/PPD/JT/PT 5.5  Lupuskan mengikut syor-syor yang ditetapkan mengikut Arkib Negara.
 
PD/JT/JP/PPP 5.6  Simpan rekod-rekod pelupusan.
 
 

REKOD KUALITI

No.

NAMA REKOD

TEMPOH SIMPANAN

1. Semua rekod tercatat dalam peranggan 7.0 prosedur-prosedur  
 

KLAUSA MS ISO 9001

 

RUJUKAN

  Arahan Kerja   
  Tiada
  Borang Kualiti   
  Tiada
  Senarai Semak   
  Tiada
  Dokumen Luaran   
  PKPPP-L04 - L04 AKTA ARKIB NEGARA
  Penilaian Risiko   
  Tiada
  Pemilik Dokumen
  Noordiana
 

Rekod Pindaan

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para Diluluskan Oleh
1. 3 Nota Pindaan -
 
Home Manual Kualiti Prosedur Kualiti