Laman Utama   Bantuan  
- ISO 9001:2000 QMS -    
     

PROSEDUR KUALITI

PKPPP-PK-15 - PROSEDUR PERKHIDMATAN PERGIGIAN TODDLER

   
Pindaan : 5
Tarikh Kuatkuasa : 09-02-2023
Objektif Prosedur : Prosedur ini menggariskan langkah-langkah pengendalian program kesihatan pergigian di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA), Klinik Desa (KD), Pusat Jagaan Kanak Kanak untuk menanamkan minat serta kesedaran terhadap penjagaan kesihatan pergigian mulut melalui ceramah dan latihan memberus gigi. Pusat Jagaan Kanak-kanak termasuk : • Taska • Nurseri • Pusat Asuhan Kanak-kanak • Kanak-kanak berumur 4 tahun kebawah di Tadika.
Skop : Prosedur ini digunapakai bagi melaksanakan program kesihatan pergigian bagi semua kanak-kanak berumur 4 tahun ke bawah Pusat Jagaan Kanak Kanak di bawah jagaan di daerah-daerah Pulau Pinang.
 

TERMINOLOGI

SINGKATAN

DEFINISI

Tiada Terminologi1

OBJEKTIF PROSES

 

INPUT

1. Tenaga Manusia:   KJP, JP,PPK, Pemandu

2.  Data / Maklumat:

Jadual Lawatan
Kad Rawatan LP8-1
FV 3 Monitoring Format for Application of Fluoride Varnish (FV)
Pelaporan Fixed Format Report (FFR) berdasarkan Sistem Gi-Ret 2.0
PGKebenaran/Sekolah/Prasekolah/Toddler/Pin2019

3.  Peralatan:

     Peralatan Pergigian yang berkaitan
 

CARTA ALIRAN KERJA

 

TUGAS / TANGGUNGJAWAB

TANGGUNGJAWAB

TINDAKAN

KJP/JP 5.1  Sediakan senarai KKIA,KD,Pusat Jagaan Kanak-Kanak dan enrolmen pada awal tahun dari tadika Jabatan Kebajikan Masyarakat / Persatuan Pengasuh/Majlis Daerah berpandukan kepada :
  • senarai tahun lepas.
  • senarai terbaru dari jabatan berkenaan jika ada
KJP/JP 5.2 Sediakan jadual lawatan tentatif dan simpan satu salinan tersebut dalam fail.
 

JP/ PEMANDU

5.3 Edar
  • Jadual perancangan lawatan tentatif dan surat makluman lawatan ke KKIA / KD / Pusat Jagaan berkenaan
  • Kad LP8-1  dan borang PGKebenaran/Sekolah/Prasekolah/Toddler/Pin2019 kepada guru di Pusat Jagaan Kanak-kanak
JP / PPK /PEMANDU 5.4 Buat persiapan untuk lawatan :
  • Kenderaan.
  • alat yang berkenaan.
  • alat bantuan pandang dengar.
  • set varnis fluoride
JP

 

5.5

LAWATAN DI KKIA / KD
Bincang dengan Ketua Jururawat Kesihatan (KJK)/ Jururawat Kesihatan (JK)  /Jururawat   Masyarakat (JM) dan maklumkan mengenai Program  Toddler yang akan dijalankan untuk mendapatkan kerjasama  serta bilik rawatan.
Minta  JK /JM merujuk  pesakit
 
JP/PPK 5.5.1
Bila pesakit datang, Periksa kad kesihatan Rekod Kesihatan Bayi dan kanak-kanak 0- 6 tahun samada cop gigi ada atau tiada.
 
Jika tiada cop gigi:
 
  • Sedia Kad Rawatan LP 8-1 bagi kanak-kanak yang perlu rawatan varnis fluorida dan dapatkan tandatangan kebenaran rawatan dari ibu/bapa/penjaga dan saksi  / isikan PGKebenaran/Sekolah/Prasekolah/Toddler/Pin2019.
JP/PPK 5.5.2 Beri ’anticipatory guidance’ kepada ibubapa/penjaga.     
  • Buat demonstrasi memberus gigi.
JP/PPK 5.5.3 Buat pemeriksaan pergigian pada anak. Amalkan PKPPP-AK1 Kawalan Jangkitan Silang
  • Lakukan sapuan varnis fluorida bagi pesakit yang berisiko. Rujuk PKPPP-AK4 Sapuan Fluoride Varnish.
  • Catatkan maklumat pesakit dalam buku Rekod Kesihatan Pergigian Ibu dan Anak.
  • Beri temujanji seterusnya untuk sapuan varnish  fluorida di  KKIA tersebut selepas 6 bulan. Catat tarikh temujanji di buku Rekod Kesihatan Pergigian Ibu dan Anak dan serta temujanji JP berkenaan. 
 
JP/PPK 5.6 LAWATAN DI PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK
 
JP/PPK 5.6.1  Jumpa dan berbincang dengan Guru Pusat Jagaan Kanak-Kanak dan maklumkan mengenai Program Toddler yang akan dijalankan untuk mendapatkan kerjasama dari pihak mereka.
 
Terima dan semak kad LP8-1 serta pastikan maklumat yang dikehendaki telah lengkap diisi.
 
Pastikan kebenaran untuk rawatan di borang PGKebenaran/Sekolah/Prasekolah/Toddler/Pin2019 ada. Jika tiada tandatangan untuk kebenaran rawatan, serahkan kembali kad kepada Guru.
 
Beri  ceramah pendidikan kesihatan kepada pengasuh/guru tadika berkenaan dan lakukan aktiviti Latihan Memberus Gigi (LMG) bersama kanak-kanak.
 
JP/PPK 5.6.2 Laksana pemeriksaan mulut dengan kaedah ’Lift the lip’. Amalkan PKPPP-AK1 Kawalan Jangkitan Silang
  • Sapu varnis fluorida jika perlu dan rekod dalam kad LP8-1. Rujuk PKPPP-AK4 Sapuan Fluoride Varnish.
  • Beri tarikh temujanji kepada Guru Pusat Jagaan Kanak-Kanak untuk kanak-kanak  yang terlibat dalam sapuan varnis fluorida ulangan selepas 6  bulan (sapuan ulangan akan dilakukan di Pusat Jagaan Kanak-Kanak yang sama).
  • Jika  rawatan lain diperlukan, sila maklumkan dan Beri kad temujanji  kepada ibu bapa melalui Guru  Pusat Jagaan Kanak-Kanak
  • Berikan temujanji di Klinik Pergigian yang berhampiran.
  • Maklumkan kepada ibu bapa melalui Guru Pusat Jagaan Kanak-Kanak mengenai status kesihatan melalui surat Status Kesihatan  Pergigian Kanak- Kanak
     
 
JP 5.6.3 SELESAI RAWATAN
 
Rekod aktiviti yang telah dijalankan ke dalam Sistem Gi-Ret 2.0.
 
 

REKOD KUALITI

 

No.

NAMA REKOD

TEMPOH SIMPANAN

1.  Jadual Lawatan  1 Tahun
2.  Kad Rawatan LP8-1 7 Tahun 
3.  PKP101 Rekod Harian Pendidikan Kesihatan Pergigian 1 Tahun 
4.  PKP201 Laporan Bulanan Liputan Pendidikan Kesihatan Pergigian 1 Tahun 
5. PG 301 Rekod Harian Hasil Kerja Jururawat Pergigian 7 Tahun 
6.  PG 206 Rekod Bulanan Individu Jururawat Pergigian  5 Tahun
7. FV 3 Monitoring Format for Application of Fluoride  Varnish (FV) 3 Tahun 
8. TOD Pin. 3/2019 Rekod Harian Hasil Kerja Pegawai Pergigian dan Jururawat Pergigian 1 Tahun
9.  TOD Pin. 3/2019 Laporan Bulanan Hasil Kerja Pegawai Pergigian dan Jururawat Pergigian 5 Tahun 
10. PG 302 Rekod Harian Individu Pegawai Pergigian 1 Tahun
11. PG 207 Rekod Bulanan Individu Pegawai Pergigian 5 Tahun
12. PGKebenaran/Sekolah/Prasekolah/Toddler/Pin2019 Sepanjang Tempoh Persekolahan
 

KLAUSA MS ISO 9001

 

RUJUKAN

  Arahan Kerja   
  PKPPP-AK01 - AK 01 KAWALAN JANGKITAN SILANG
  PKPPP-AK04 - AK 04 SAPUAN FLOURIDE VARNISH
  Borang Kualiti   
  Tiada
  Senarai Semak   
  Tiada
  Dokumen Luaran   
  PKPPP-L17 - L17 GUIDELINES ON INFECTION CONTROL IN DENTAL PRACTICE
  PKPPP-L18 - L18 BUKU PANDUAN KESIHATAN PERGIGIAN
  PKPPP-L21 - L21 DISINFECTION AND STERILIZATION POLICY AND PRACTICE MOH FOURTH EDITION 2002
  PKPPP-L40 - L40 CLINICAL PRACTICE GUIDELINES - MANAGEMENT OF SEVERE EARLY CHILDHOOD CARIES
  PKPPP-L41 - L41 GUIDELINES EARLY CHILDHOOD ORAL HEALTHCARE 2008
  PKPPP-L51 - L51 PENGURUSAN KEBENARAN RAWATAN PERGIGIAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA PIN 2019
  PKPPP-L61 - L61 METHODS OF DISPOSAL OF HYPODERMIC NEEDLES (MDC 2013)
  PKPPP-L63 - L63 PROSEDUR OPERASI STANDARD LATIHAN MEMBERUS GIGI 2020
  PKPPP-L64 - L64 MANUAL FLUORIDE VARNISH PROGRAMME FOR TODDLERS 2019
  PKPPP-L70 - L70 PROSEDUR OPERASI PIAWAI RAWATAN ASAS PERGIGIAN 2020
  PKPPP-L81 - L81 PANDUAN DAN ARAHAN PENGISIAN KAD RAWATAN PERGIGIAN L.P.8 2019
  PKPPP-L84 - L84 GARIS PANDUAN PERKHIDMATAN KESIHATAN PERGIGIAN TODDLER: KOLABORASI BERSAMA AGENSI LUAR 2022
  Penilaian Risiko   
  Tiada
  Pemilik Dokumen
  Dr. Chai Han Jen
 

Rekod Pindaan

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para Diluluskan Oleh
1. 5 Nota Pindaan -
 
Home Manual Kualiti Prosedur Kualiti