e-ISO Sistem Pengurusan Kualiti
Laman Utama   Bantuan  
   
     

PROSEDUR KUALITI

BKPP-PK-S03 - PENGURUSAN PEROLEHAN

   
Pindaan : 0
Tarikh Kuatkuasa : 01-01-2012
Objektif Prosedur : Prosedur ini disediakan untuk memastikan perolehan bagi bekalan, perkhidmatan atau kerja mematuhi tatacara dan peraturan kewangan.
Skop : Prosedur ini digunapakai untuk perolehan bekalan, perkhidmatan atau kerja di Bahagian Kesihatan Pergigian Perak
 

SINGKATAN / DEFINISI

TPKN(G) Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian)
PPD Pegawai Pergigian Daerah
BKPP Bahagian Kesihatan Pergigian Perak
PPYM Pegawai Pergigian Yang Menjaga
PT Pembantu Tadbir
JTP Juruteknologi Pergigian
KPP Ketua Penolong Pengarah
PT(W) Pembantu Tadbir (Kewangan)
PTJ Pusat Tanggungjawab yang menjalankan perkhidmatan menghasilkan pengeluaran dengan menggunakan sumber dengan cekap dan berkesan termasuk tanggungjawab menentukan keperluan kewangan, mengawal perbelanjaan dan menggunakan kuasanya untuk meluluskan apa-apa perbelanjaan
JKN Jabatan Kesihatan Negeri
e-SPKB Sistem Buku Vot Elektronik
 

OBJEKTIF PROSES

OBJEKTIF PROSES AM

Semua bekalan yang diterima hendaklah memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan dalam Pesanan Kerajaan atau Kontrak.

OBJEKTIF SUB-PROSES

Setiap permohonan diklasifikasikan mengikut kategori kod objek dan jenis pembelian.

Pesanan Kerajaan dikeluarkan selepas kelulusan diterima.

 

TUGAS / TANGGUNGJAWAB

TANGGUNGJAWAB

TINDAKAN

TPKN  (G) / PPD 1 Terima permintaan / Borang Permohonan Kelulusan untuk Pembelian / Perkhidmatan BKPP-BK 11 daripada unit-unit untuk mendapatkan bekalan, perkhidmatan atau kerja.
TPKN(G) / PPD / PT W 2 Semak dan pastikan peruntukan di bawah aktiviti adalah mencukupi. Sekiranya tidak mencukupi, TPKN(G) / PPD memohon peruntukan tambahan / lakukan pindahan peruntukan. Jika mencukupi, terus ke langkah 3.1.
TPKN(G) / PPD / PT W 3 Terima peruntukan tambahan / selepas pindahan peruntukan dilakukan.
    3.1   Semak perolehan yang dipohon sama ada bekalan, perkhidmatan atau kerja tersebut terdapat dalam Kontrak Pusat Perbendaharaan.
           * Jika ada terus ke langkah 4
       * Jika tidak, uruskan pembelian secara pembelian terus dengan merujuk senarai pembekal. Teruskan ke langkah 5.
TPKN(G) / KPP / PPD / PT W  4 Penyediaan Pesanan Kerajaan ( 3 salinan )
    4.1  Pesanan di semak dan diperakukan.
    4.2  Tandatangan Pesanan Kerajaan ( AM 75E )
PPD / PT W 5 Sekiranya perolehan di luar kontrak, pastikan jenis perolehan dijalankan mengikut Pekeliling Perbendaharaan yang terkini.
PYPD 6 Penerimaan Bekalan / Perkhidmatan / Kerja
    6.1 Terima bekalan bersama-sama Nota Penghantaran, pesanan Kerajaan, Invois dan Penyata bank. Tentukan ianya adalah dalam keadaan baik dan lengkap seperti dalam arahan Pesanan Kerajaan atau Nota Penghantaran.
    6.2  Sediakan penilaian prestasi pembekal dengan menggunakan Borang Penilaian Prestasi pembekal BKPP-BK 09.
TPKN(G) / PPD / PT W 7 Uruskan pembayaran
 

REKOD KUALITI

NO.

NAMA REKOD

TEMPOH SIMPANAN

LOKASI

1 Rekod Pesanan Kerajaan 7 tahun Pejabat
2 senarai Pembekal 3 tahun Pejabat
3 Borang Permohonan Kelulusan Untuk Pembelian / Perkhidmatan BKPP-BK 11 3 tahun Pejabat / Klinik
4 Borang Penilaian Prestasi Pembekal BKPP-BK 09 3 tahun Pejabat / Klinik
       
       
       
       
       
       
 

RUJUKAN

  Arahan Kerja   
  Tiada
  Borang Kualiti   
  Tiada
  Senarai Semak   
  Tiada
  Dokumen Luaran   
  BKPP-DL01 - Buku Perintah-Perintah Am
  BKPP-DL17 - Buku Panduan Perolehan Kerajaan
  Pemilik Dokumen
  Nur Hazwani binti Tajudin
 

Rekod Pindaan

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para Diluluskan Oleh
1. 01-01-2012 0 Nota Pindaan Approver 1
 
Laman Utama Manual Kualiti Prosedur Kualiti