TANGGUNGJAWAB
|
TINDAKAN
|
|
|
A |
PENGURUSAN KENDERAAN |
|
Pemandu |
1 |
Dapatkan kebenaran / tandatangan pegawai yang memberi kuasa dalam Buku Log Kenderaan AM 362 Pin.3/82 sebelum perjalanan. |
|
Pemandu |
2 |
Dapatkan kebenaran mengambil kunci daripada Pegawai Pengangkutan. Catat dan tandatangan dalam Buku Kunci Kenderaan.
( Rujuk BKPP-AK 08 Arahan Harian Pemandu ). |
|
Pemandu |
3 |
Periksa kenderaan sebelum memulakan perjalanan dan inden minyak jika perlu. Isikan butiran pada Buku Rekod Inden Minyak. Jika ada masalah, laporkan kepada Pegawai Pengangkutan. |
|
Pegawai Pengangkutan / Pemandu |
4 |
Maklumkan kepada TPKN(G) / PPD sekiranya kenderaan memerlukan penyelenggaraan untuk mendapatkan kelulusan. |
|
Pemandu |
5 |
Pulangkan kunci dan tandatangan di dalam Buku Kunci Kenderaan. |
|
Pemandu |
6 |
Kemaskini jarak jauh setiap perjalanan dalam Buku Log Kenderaan dan dapatkan tandatangan pengguna bagi setiap penggunaan pada hari yang sama. |
|
Pemandu / Pegawai Pengangkutan |
7 |
Pada akhir setiap minggu, Pegawai Pengangkutan perlu membuat penyemakan ke atas Buku Log Kenderaan dan ditandatangani. |
|
Pemandu |
8 |
Pada akhir bulan:
Kemaskini Buku Log Kenderaan dan buat pengiraan:
a) Jarak jauh perjalanan
b) Penggunaan bahanapi satu bulan
c) Baki minyak dalam tangki
|
|
|
|
Serah Buku Log Kenderaan untuk disemak dan ditandatangani oleh Pegawai Pengangkutan / KU sebelum dihantar kepada PPD / TPKN(G). |
|
|
B |
PENYELENGGARAAN KENDERAAN |
|
Pemandu |
1 |
Servis Berkala :
a) Servis kenderaan selepas perjalanan kenderaan mencapai 5000 + 500 km atau setiap 6 +1 bulan yang mana terdahulu.
b) Alat hawa dingin - jika perlu
|
Pemandu / PT / Pegawai Pengangkutan
|
2 |
Dapatkan sebutharga daripada bengkel dan kemukakan kepada TPKN(G) / PPD.
a) Sediakan borang Permohonan Kelulusan Untuk Pembelian / Perkhidmatan BKPP-BK11 untuk kelulusanTPKN(G) / PPD.
|
|
PT (W) |
3 |
Sediakan Pesanan Kerajaan setelah mendapat kelulusan TPKN(G) / PPD. |
|
Pemandu |
4 |
Buat temujanji dengan bengkel yang diluluskan dan hantar kenderaan untuk servis. |
Pemandu / Pegawai Pengangkutan / Pegawai Aset
|
5 |
Dapatkan Pesanan Kerajaan dari PT dan serahkan kepada bengkel servis serta dapatkan cop pengesahan servis. Catatkan butir-butir penyelenggaraan ke dalam Buku Log Kenderaan AM - 362 Pin 3/82, KEW.312 / KEW.PA-2 dan KEW.PA-14. |
|
Pegawai Pengangkutan / Pegawai Aset |
6 |
Dapatkan salinan asal Pesanan Kerajaan serta Invois dan serahkan kepada PT untuk membuat bayaran setelah ditandatangan oleh Pegawai Pengangkutan. |
|
|
C |
PENUKARAN TAYAR DAN BATERI |
|
Pemandu |
1 |
Periksa tayar dan bateri dan syorkan untuk penukaran jika perlu. |
|
Pegawai Pengangkutan / Pemandu |
2 |
Dapatkan saiz tayar atau bateri yang betul dari pemandu dan hantar maklumat keperluan kepada TPKN(G) / PPD. |
Pemandu / PT /
Pegawai Pengangkutan / PT (W) |
3 |
Ulangi Langkah B 2 dan B 3. |
|
Pemandu |
4 |
Isi maklumat penukaran dalam Buku Log Kenderaan berkenaan. |
|
Pegawai Pengangkutan / Pegawai Aset |
5 |
Rekod dalam KEW.PA-14. |
|
|
D |
PEMBAIKAN DAN PENGGANTIAN |
Pemandu / Pegawai Pengangkutan
|
1 |
Maklumkan berserta Borang Aduan Kerosakan Aset KEW. PA-9 kepada PPYM / PPD / TPKN(G) / KU jika ada masalah kenderaan. |
|
Pemandu |
2 |
Ambil tindakan segera jika ada masalah yang akan menjejaskan keselamatan pemandu dan penumpang. |
|
Pemandu / PT / Pegawai Pengangkutan / PT (W) / Pegawai Aset |
3 |
Ulangi Langkah B 2. hingga Langkah B 5. |
|
Pemandu |
4 |
Uji kenderaan untuk pastikan kerja-kerja pembaikan memuaskan. |
|
Pegawai Pengangkutan / Pegawai Aset |
5 |
Ulangi Langkah B 6. |
|
|
|
** Klinik-klinik di bawah Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH) – Penyelenggaraan Pencegahan Berjadual dilakukan oleh pihak PSH. |
|
|
|
Catatan: Sila kemukakan sebarang penyelenggaraan / kerosakan kenderaan dengan melengkapkan Borang Aduan Kerosakan Aset Alih Kerajaan KEW.PA-9 untuk tindakan selanjutnya dari Langkah B hingga Langkah D |
|
|
E |
PENGENDALIAN KEMALANGAN JALAN RAYA
( Rujuk BKPP-DL 05: Pekeliling Perbendaharaan Bil.7 Tahun 1985 ). |
|
Pemandu |
1 |
Alihkan kenderaan ke tepi jalan ( jika boleh ) dan dapatkan bantuan. |
|
Pemandu |
2 |
Dapatkan butiran kenderaan serta pemandu kenderaan lain yang turut terlibat. |
|
Pemandu |
3 |
Maklumkan kepada Ketua Jabatan tentang kemalangan. |
|
Pemandu |
4 |
Buat laporan Polis dalam tempoh 24 jam dari kemalangan itu berlaku. |
|
Pemandu |
5 |
Lengkapkan Borang Laporan Kemalangan Kenderaan Kerajaan AM 362A dan serahkan kepada Ketua Jabatan dalam tempoh 48 jam dari kemalangan itu berlaku. Laporkan insiden dengan menggunakan Borang WEHU A1, WEHU A2 ( jika perlu ). |
|
Penumpang |
6 |
Jika pemandu tidak berkemampuan, adalah menjadi tanggungjawab anggota yang bersama-sama menaiki kenderaan / yang terkanan di antara mereka jika lebih daripada seorang untuk mengambil tindakan di Langkah E 3, E 4 dan E 5. |
Ketua Jabatan / Pegawai Pengangkutan
|
7 |
Jika penumpang tiada / pemandu tidak berkeupayaan membuat sebarang laporan dalam masa yang ditetapkan, Ketua Jabatan / Pegawai yang diberi kuasa adalah bertanggungjawab bagi Langkah E 4 dan E 5. |
Pemandu / Pegawai Pengangkutan
|
8 |
Hantar kenderaan ke JKR untuk membuat pemeriksaan dan taksiran nilai kerosakan. |
Pemandu / Pegawai Pengangkutan
|
9 |
Buat pembaikan kenderaan ( setelah kebenaran polis diperolehi jika sebarang tuntutan terhadap kerajaan ditimbulkan ) / pelupusan seperti disyorkan oleh pihak JKR. |
|
Ketua Jabatan / Pegawai Pengangkutan |
10 |
Kemaskini dan failkan rekod berkaitan. |