e-ISO Sistem Pengurusan Kualiti
Laman Utama   Bantuan  
   
     

PROSEDUR KUALITI

BKPP-PK-S02 - PENYELENGGARAAN DAN PEMBAIKAN ASET ALIH KERAJAAN

   
Pindaan : 1
Tarikh Kuatkuasa : 01-08-2014
Objektif Prosedur : Prosedur ini menggariskan langkah-langkah bagi penyelenggaraan termasuk penyelenggaraan pencegahan aset alih kerajaan supaya ia sentiasa berfungsi denga baik dan mengurangkan perbelanjaan pembaikan. Prosedur ini menggariskan langkah-langkah yang perlu diambil apabila berlaku kerosakan pada peralatan dan kelengkapan supaya ianya dapat berfungsi semula dalam keadaan baik dan selamat.
Skop : Prosedur ini digunapakai untuk aset alih kerajaan di Bahagian Kesihatan Pergigian Perak.
 

SINGKATAN / DEFINISI

JTP Juruteknologi Pergigian
PPP Pembantu Pembedahan Pergigian
PPK Pembantu Perawatan Kesihatan
PYDP Pegawai Yang Dipertanggungjawabkan
 

OBJEKTIF PROSES

Objektif Proses

Objektif Proses Am

1. Peralatan diselenggara mengikut jadual yang ditetapkan.

Objektif Sub-Proses

1. Jadual Peralatan Pergigian Yang Perlu Penyelenggaraan / Pemonitoran / Penentukuran / Kalibrasi disediakan awal bulan Januari untuk tahun semasa.

2. Setiap aduan kerosakan diambil tindakan dalam masa 7 hari.

 

TUGAS / TANGGUNGJAWAB

TANGGUNGJAWAB

TINDAKAN

 JTP/JP/PPP 1 Kenalpasti dan sediakan Senarai Aset Yang Memerlukan Penyelenggaraan - KEW.PA-13. (Untuk pembaikan/penyelenggaraan peralatan di bawah Perkhidmatan Sokongan Hospital, rujuk BKPP-AK 13).
 
JTP/JP/PPP/PYDP 2 Kenalpasti pihak yang menjalankan penyelenggaraan atau kalibrasi.
 
JTP/JP/PPP/PPK/PYDP 3 Jalankan penyelenggaraan dan kalibrasi mengikut jadual dan arahan "Manual Guide" peralatan / pekeliling terkini.
 
JTP/JP/PPP/PYDP 4 Catatkan rekod penyelenggaraan / kalibrasi ke dalam Daftar Penyelenggaraan Harta Modal - KEW.PA-14 dan buku rekod peralatan yang berkaitan.
 
JTP/JP/PPP/PYDP 5 Pastikan status peralatan berfungsi dengan baik.
 
JP/PPP/PYDP 6 Sekiranya peralatan tidak berfungsi dengan baik, isi Borang Aduan Kerosakan Aset Alih Kerajaan - KEW.PA-9.
 
JTP/PYDP 7 Terima aduan kerosakan kelengkapan atau peralatan daripada pengguna seperti yang tercatat dalam Borang Aduan Kerosakan Aset Alih Kerajaan - KEW.PA-9 dan catat dalam PG104 (jika perlu).
 
JTP/PYDP/PPD 8 Dapatkan syor pegawai aset untuk tindakan sewajarnya dan kelulusan daripada ketua jabatan.
 
JTP/PYDP 9 Tentukan sama ada peralatan masih dalam tempoh jaminan pembekal. Jika masih dalam jaminan, hubungi pembekal untuk pembaikan.
 
JTP 10 Jika melebihi tempoh jaminan, JTP lakukan pembaikan, jika boleh.
 
JTP 11 Jika tidak boleh dibaiki, rujuk kepada syarikat swasta / pembekal.
 
JTP 12 Dapatkan sebut harga untuk kerja berkaitan.
 
JTP/PYDP/PPD 13 Dapatkan kelulusan PPD dan maklumkan kepada syarikat swasta / pembekal untuk membuat pembaikan.
 
JTP/JP/PPP/PYDP 14 Rekod pergerakan peralatan dalam Daftar Pergerakan Harta Modal Dan Inventori - KEW.PA-6.
 
JTP 15 Sahkan penerimaan peralatan yang telah dibaiki. Buat ujian untuk memastikan pembaikan sempurna. Jika masih rosak, kembalikan semula kepada pembekal untuk pembaikan.
 
JTP 16 Rekod butiran pembaikan / penyelenggaraan dalam Daftar Penyelenggaraan Harta Modal - KEW.PA-14 dan PG205 serta kembalikan peralatan kepada pengguna.
 
PYDP 17 Jika peralatan tersebut tidak ekonomi untuk dibaiki, asingkan dan syorkan untuk pelupusan (Rujuk Pekeliling terkini).
 
 

REKOD KUALITI

NO.

NAMA REKOD

TEMPOH SIMPANAN

LOKASI

 1

Senarai Aset Alih Kerajaan Yang Memerlukan Penyelenggaraan - KEW.PA-13

3 tahun

 Pejabat / Klinik

 2 Daftar Penyelenggaraan Harta Modal - KEW.PA-14

5 tahun selepas pelupusan

 Pejabat / Klinik
3 Borang Aduan Kerosakan Aset Alih Kerajaan - KEW.PA-9 3 tahun  Pejabat / Klinik
4 Daftar Pergerakan Harta Modal Dan Inventori - KEW.PA-6 Tiada had  Pejabat / Klinik

5

PG205 - Laporan Bulanan Individu / Klinik / Daerah / Negeri Bagi Hasil Kerja JTP

5 tahun

 Pejabat / Personel

6

PG104 - Daftar Kerja penyelenggaraan dan Pembaikan Peralatan Pergigian 

3 tahun

 Klinik

 

RUJUKAN

  Arahan Kerja   
  Tiada
  Borang Kualiti   
  Tiada
  Senarai Semak   
  Tiada
  Dokumen Luaran   
  BKPP-DL05 - 1 Pekeliling Perbendaharaan (1 PP)
  Pemilik Dokumen
  Noor Haslina Bt. Mohd. Yusoff
 

Rekod Pindaan

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para Diluluskan Oleh
1. 01-08-2014 1 Nota Pindaan Approver 1
 
Laman Utama Manual Kualiti Prosedur Kualiti