e-ISO Sistem Pengurusan Kualiti
Laman Utama   Bantuan  
   
     

PROSEDUR KUALITI

BKPP-PK-Q02 - KAWALAN KE ATAS PRODUK YANG TIDAK MEMENUHI KEPERLUAN YANG DITETAPKAN DENGAN TINDAKAN PEMBETULAN DAN PENCEGAHAN

   
Pindaan : 2
Tarikh Kuatkuasa : 09-08-2018
Objektif Prosedur : Prosedur ini menggariskan langkah-langkah untuk mengenalpasti, mengawal dan mengendalikan ketakakuran yang boleh atau berpotensi menyebabkan kelemahan dalam Sistem Pengurusan Kualiti. Prosedur ini juga menggariskan langkah-langkah untuk mengendalikan tindakan pembetulan dan pencegahan dalam menangani ketakakuran / kelemahan yang boleh atau berpotensi menyebabkan ketakakuran dalam Sistem Pengurusan Kualiti supaya tindakan pembetulan / pencegahan dilaksanakan secara berkesan.
Skop : Prosedur ini merangkumi semua produk / perkhidmatan yang tidak atau berpotensi tidak memenuhi keperluan yang ditetapkan dalam Sistem Pengurusan Kualiti Bahagian Kesihatan Pergigian Perak.
 

SINGKATAN / DEFINISI

TPKN(G) Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian)
KWP Ketua Wakil Pengurusan
PPD Pegawai Pergigian Daerah
WP Wakil Pengurusan
Ketakakuran Merujuk kepada aspek-aspek (termasuk produk, perkhidmatan, proses dan sebagainya) yang tidak memenuhi keperluan atau piawaian yang ditetapkan
PYDP Pegawai Yang Dipertanggungjawabkan
TMK Tidak memenuhi keperluan yang ditetapkan
Produk Hasil kerja makmal (contoh : dentur)
 

OBJEKTIF PROSES

Semua produk yang tidak memenuhi / berpotensi tidak memenuhi keperluan yang ditetapkan dikenalpasti, direkod dan dikawal penggunaannya.

Setiap ketakakuran / ketakakuran berpotensi yang dikenalpasti diambil tindakan pembetulan / pencegahan selepas punca masalah dikenalpasti.

 

TUGAS / TANGGUNGJAWAB

TANGGUNGJAWAB

TINDAKAN

 WP / KU / Pengadu  1. Kenalpasti produk yang tidak atau berpotensi tidak memenuhi keperluan yang ditetapkan (TMK) berdasarkan sumber-sumber seperti :
a. Aduan / Maklumbalas Pelanggan Dalaman dan Luaran
b. Kajian Kepuasan Pelanggan
c. Proses kerja
d. Unsur-unsur yang dibangkitkan dalam mesyuarat
e. Sebarang kelemahan-kelemahan yang dikesan dalam Sistem Pengurusan Kualiti
 
 PYDP 2. Lengkapkan BKPP-BK 05 Borang Ketakakuran / Pemerhatian Dan Tindakan Pembetulan dan siasat punca masalah selepas berbincang dengan KU / WP.
 
 WP / KU 3. Ambil tindakan lanjut (tndakan pembetulan / pencegahan) ke atas produk jika terdapat ketakakuran atau yang berpotensi menjadi ketakakuran setelah punca masalah dikenalpasti mengikut tempoh yang ditetapkan dengan saluran seperti berikut:
3.1   Menarik semula produk yang TMK / berpotensi menjadi TMK serta merta supaya ianya tidak akan terus digunapakai sehingga keadaan TMK / berpotensi menjadi TMK tersebut diperbetulkan.
3.2   Pastikan sebarang kesan sampingan susulan dari penggunaan produk TMK / berpotensi menjadi TMK tersebut dikenalpasti dan diperbetulkan demi kepentingan kebajikan semua pihak. .
 
 WP / KU 4. Periksa semula status produk TMK / berpotensi menjadi TMK setelah diambil Tindakan Pembetulan / Pencegahan. Pastikan ketakakuran atau yang berpotensi menjadi ketakakuran telah dibetulkan / dicegah.
 
 PYDP / WP / KU 5. Lengkapkan BKPP-BK 05 Borang Ketakakuran / Pemerhatian Dan Tindakan Pembetulan selepas pengesahan dibuat ke atas status tindakan pembetulan / pencegahan yang telah diambil.
 
 PYDP 6. Failkan semua rekod yang berkaitan. (Ulangi langkah 2.0 ke 6.0 jika tindakan pembetulan / pencegahan didapati tidak berkesan.)
 
PYDP 7. Senaraikan bilangan TMK yang diterima pada tahun semasa dalam BKPP-BK 08 Log Laporan Ketakakuran dan Tindakan Pembetulan / Penambahbaikan Produk TMK / Audit Dalaman dan failkan untuk memudahkan pemantauan ke atas senarai produk yang telah dikenalpasti tidak / berpotensi tidak memenuhi keperluan yang ditetapkan.
 
     
 
 

REKOD KUALITI

NO.

NAMA REKOD

TEMPOH SIMPANAN

LOKASI

 1. BKPP-BK 05 - Borang Ketakakuran / Pemerhatian Dan Tindakan Pembetulan 3 tahun Pejabat / Klinik
 2. BKPP-BK 08 - Log Laporan Ketakakuran dan Tindakan Pembetulan / Penambahbaikan Produk TMK / Audit Dalaman * 3 tahun Pejabat / Klinik
       
       
       
       
       
       
       
       
 

RUJUKAN

  Arahan Kerja   
  Tiada
  Borang Kualiti   
  BKPP-BK 08 - LOG LAPORAN KETAKAKURAN DAN TINDAKAN PEMBETULAN / PENAMBAHBAIKAN PRODUK TMK / AUDIT DALAMAN *
  BKPP-BK 05 - BORANG KETAKAKURAN / PEMERHATIAN DAN TINDAKAN PEMBETULAN
  Senarai Semak   
  Tiada
  Dokumen Luaran   
  Tiada
  Pemilik Dokumen
  Dr. Nur Azniza Bt. Zawin Anuar
 

Rekod Pindaan

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para Diluluskan Oleh
1. 09-08-2018 2 Nota Pindaan Approver 1
 
Laman Utama Manual Kualiti Prosedur Kualiti