e-ISO Sistem Pengurusan Kualiti
Laman Utama   Bantuan  
   
     

PROSEDUR KUALITI

BKPP-PK-Q07 - KAWALAN REKOD KUALITI

   
Pindaan : 2
Tarikh Kuatkuasa : 01-09-2021
Objektif Prosedur : Prosedur ini menggariskan langkah-langkah bagi memastikan rekod-rekod kualiti sentiasa diselenggara dan dikemaskini secara sistematik.
Skop : Prosedur ini digunapakai oleh Pejabat TPKN(G), Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah dan KLinik Pergigian di Bahagian Kesihatan Pergigian Perak.
 

SINGKATAN / DEFINISI

TPKN(G) Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian)
PPD Pegawai Pergigian Daerah
WP Wakil Pengurusan
PPYM Pegawai Pergigian Yang Menjaga
PT Pembantu Tadbir
JTP Juruteknologi Pergigian
PPP Pembantu Pembedahan Pergigian
PPK Pembantu Perawatan Kesihatan
JP Juruterapi Pergigian
 

OBJEKTIF PROSES

Semua rekod kualiti yang telah melebihi tempoh penyimpanan dikumpulkan dan dilupuskan mengikut peraturan yang ditetapkan.

 

TUGAS / TANGGUNGJAWAB

 

TANGGUNGJAWAB

TINDAKAN

TPKN(G) / PPD /  WP / PPYM / JP /JTP / PT 1. Kenalpasti rekod-rekod kualiti.
     
JP /JTP / PT / PPP / PPK / PAR 2. Kumpul, fail dan simpan rekod kualiti berikut:
   
  1. Borang atau rekod individu dari klinik, pejabat, makmal atau sekolah yang dikumpul setiap bulan atau secara ”ad- hoc”, failkan mengikut jenis rekod dan tahun serta simpan di klinik / pejabat / makmal.
  2. Kad rawatan pesakit luar, failkan mengikut sistem yang telah ditetapkan di klinik masing-masing dan simpan di kaunter klinik.
  3. Kad rawatan murid sekolah / pasukan pergigian bergerak, failkan mengikut kelas dan simpan di klinik atau di klinik pergigian statik sekolah tersebut.
  4. Kad-kad rawatan kepakaran Ortodontik / Periodontik / Restoratif, failkan mengikut sistem yang telah ditetapkan dan simpan di unit masing-masing.
  5. Fail-fail pentadbiran, failkan mengikut nombor rujukan fail Bahagian Kesihatan Pergigian yang telah ditetapkan dan simpan di pejabat.
  6. Kaunterfoil, buku resit, kupon, sijil cuti sakit dan sebagainya, simpan dalam laci / almari berkunci di pejabat / klinik.
  7. Rekod radiograf dan model kajian, failkan / simpan mengikut sistem yang telah ditetapkan oleh unit masing-masing.
     
PPYM / JP /JTP / PT / PPP / PPK / PAR  3. Kenalpasti dan senaraikan rekod kualiti yang sudah melebihi tempoh penyimpanan dan hendak dilupus.
     
PPYM / JP /JTP / PT / PPP / PPK / PAR 4. Rekod kualiti yang telah dikenalpasti dan disenaraikan, dikumpul, disimpan di tempat berasingan dan dilabelkan.
     
TPKN(G) / PPD / PPYM / JTP / JP / PT  5. Senaraikan dengan menggunakan Borang Permohonan dari Jabatan Arkib Negara dan kemukakan permohonan kelulusan pelupusan kepada Agensi berkenaan (Jabatan Arkib Negara, Jabatan Audit Negara dan Jabatan Akauntan Negara).
     
TPKN(G) / PPD / PPYM / JP /JTP / PT 6. Terima kelulusan pelupusan dari Agensi berkenaan dan laksanakan pelupusan Rekod Kualiti mengikut syor yang telah ditetapkan.
     
TKPN(G) / PPD / PPYM / JP /JTP / PT 7. Lengkapkan dan tandatangani Borang Penentusahan Pemusnahan dan kemukakan ke Agensi berkenaan.
     
JP / JTP / PT 8. Simpan maklumat-maklumat pelupusan dalam fail untuk rujukan.
     
 

REKOD KUALITI

 

RUJUKAN

  Arahan Kerja   
  Tiada
  Borang Kualiti   
  Tiada
  Senarai Semak   
  Tiada
  Dokumen Luaran   
  BKPP-DL04 - Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 2007 Panduan Pengurusan Pejabat
  BKPP-DL10 - Panduan & Arahan Fixed Format Report (FFR) Bagi Perkhidmatan Kesihatan Pergigian (Kepakaran)
  BKPP-DL11 - Warta Kerajaan : Akta Arkib Negara 2003
  BKPP-DL19 - Panduan & Arahan Fixed Format Report (FFR) Bagi Perkhidmatan Kesihatan Pergigian (PRIMER)
  Pemilik Dokumen
  Norharizan Bt. Uda Osman
 

Rekod Pindaan

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para Diluluskan Oleh
1. 01-09-2021 2 Nota Pindaan Approver 1
 
Laman Utama Manual Kualiti Prosedur Kualiti