e-ISO Sistem Pengurusan Kualiti
Laman Utama   Bantuan  
   
     

PROSEDUR KUALITI

BKPP-PK-S05 - PERKHIDMATAN MAKMAL PERGIGIAN

   
Pindaan : 3
Tarikh Kuatkuasa : 22-09-2021
Objektif Prosedur : Prosedur ini menggariskan proses kerja oleh Juruteknologi Pergigian semasa penyediaan / pembaikan prostesis / aplians untuk menghasilkan produk yang memenuhi kehendak pelanggan.
Skop : Prosedur ini digunapakai di semua makmal pergigian bagi penyediaan dan pembaikan prostesis / aplians di Klinik Pergigian di Bahagian Kesihatan Pergigian Perak.
 

SINGKATAN / DEFINISI

JTP Juruteknologi Pergigian
PPP Pembantu Pembedahan Pergigian
PP Pegawai Pergigian
Produk Hasil kerja makmal (contoh : dentur)
Dentur Prostesis buatan bagi menggantikan gigi dan tisu yang hilang untuk tujuan fungsi dan estetik
Pembaikan Pembaikan dentur/aplians yang patah, retak, melapik semula ( “reline” ) / melandas ( “rebase” ) dan penambahan gigi/dawai klaps, dll.
Impresi Acuan yang diambil menggunakan bahan impresi bagi merekod butir-butir dalam mulut pesakit
Aplians Peralatan / Radas untuk memenuhi satu-satu fungsi atau sebagai alat perawatan dalam mulut
Prostesis Gantian (secara buatan) sesuatu bahagian tubuh yang hilang
 

OBJEKTIF PROSES

OBJEKTIF PROSES

Prostesis / aplians yang diisu memenuhi keperluan dan kualiti yang ditetapkan.

 

TUGAS / TANGGUNGJAWAB

TANGGUNGJAWAB

TINDAKAN

PP / JTP  1.     Penerimaan kes
    Terima impresi / prostesis / aplians yang perlu pembaikan bersama kad makmal LP6. Semak butiran pesakit dan pastikan tarikh temujanji susulan bersama arahan & reka bentuk prostesis / aplians dicatat pada kad makmal LP6. 
JTP  2.   Daftar Kes
Daftar kes baru dalam PG 103. Rujuk BKPP-DL19 Buku Panduan Dan Arahan Sistem Pengurusan Maklumat Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Primer (2013).
JTP  3.  Proses Kerja
Lakukan kerja-kerja makmal mengikut arahan / catatan di kad makmal LP6. Pastikan dentur dan model gigi ditanda dengan nombor pengenalan untuk kemudahkesanan.
PP / JTP / PPP   4. Label Dentur        
    Labelkan dentur penuh dengan nombor dari dokumen pengenalan pesakit jika pesakit setuju, dan rekodkan dalam kad LP6 dan LP8. 
  5. Isu prostesis / aplians    
PP/JTP   5.1  Sekiranya tidak memuaskan :
    Lakukan pembetulan dan jika perlu, kembalikan ke makmal untuk dibetulkan (Rujuk BKPP-PK-Q02 Kawalan Ke Atas Produk Yang Tidak Memenuhi Keperluan Yang Ditetapkan Dengan Tindakan Pembetulan Dan Pencegahan jika perlu).
PP/JTP/PPP   5.2  Isu dan rekodkan
     Kemaskini rekod :
  • LP 6
  • PG 103
  • PG 205
  • BKPP-BK 27 Laporan Objektif Kualiti Untuk Prostesis Pergigian / Aplians 
PP/JTP/PPP 6. Pelupusan prostesis / aplians / model gigi.
    Lupuskan prostesis / aplians / model gigi selepas 6 bulan dari tarikh temujanji terakhir mana-mana peringkat dan perlu direkod ke dalam kad rawatan LP8 dan kad makmal LP6
 

REKOD KUALITI

NO.

NAMA REKOD

TEMPOH SIMPANAN

LOKASI

1 LP6 Kad Makmal   7 tahun  Klinik Pergigian 
2 PG 103 Daftar Kerja Harian Juruteknologi Pergigian  3 tahun  Klinik Pergigian 
3 PG 205  Laporan Bulanan bagi Hasil Kerja Juruteknologi Pergigian   3 tahun  Klinik Pergigian 
4 Buku Daftar Kerja Makmal 5 tahun Klinik Pergigian 
5 BKPP-BK27 Laporan Objektif Kualiti Prostesis Pergigian / Aplians 3 tahun  Klinik Pergigian 
 

RUJUKAN

  Arahan Kerja   
  Tiada
  Borang Kualiti   
  BKPP-BK 27 - LAPORAN OBJEKTIF KUALITI UNTUK PROSTESIS PERGIGIAN / APLIANS
  Senarai Semak   
  Tiada
  Dokumen Luaran   
  BKPP-DL23 - Guidelines On Infection Control In Dental Practice 2017
  BKPP-DL41 - Recommendations On Denture Labelling
  BKPP-DL19 - Panduan & Arahan Fixed Format Report (FFR) Bagi Perkhidmatan Kesihatan Pergigian (PRIMER)
  BKPP-DL30 - Guidelines For Occupational Safety And Health In The Dental Laboratory (2nd Editon)
  BKPP-DL62 - Prosedur Operasi Piawai Rawatan Asas Pergigian Di Klinik Pergigian Primer
  Pemilik Dokumen
  Normaliza binti Mohamad Yusof
 

Rekod Pindaan

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para Diluluskan Oleh
1. 22-09-2021 3 Nota Pindaan Approver 1
 
Laman Utama Manual Kualiti Prosedur Kualiti