e-ISO Sistem Pengurusan Kualiti
Laman Utama   Bantuan  
   
     

PROSEDUR KUALITI

BKPP-PK-Q01 - KAJIAN SEMULA PENGURUSAN

   
Pindaan : 2
Tarikh Kuatkuasa : 14-07-2023
Objektif Prosedur : Prosedur ini menggariskan langkah-langkah pihak Pengurusan Atasan membuat kajian semula Sistem Pengurusan Kualiti Organisasi pada jangka masa yang dirancang, untuk memastikan kesesuaian, kecukupan dan keberkesanan yang berterusan serta sejajar dengan hala tuju strategik Organisasi.
Skop : Prosedur ini digunapakai oleh Bahagian Kesihatan Pergigian Perak semasa mengendalikan Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan.
 

SINGKATAN / DEFINISI

TPKN(G) Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian)
KWP Ketua Wakil Pengurusan
PPD Pegawai Pergigian Daerah
PT Pembantu Tadbir
PYDP Pegawai Yang Dipertanggungjawabkan
AJK KSP Ahli Jawatan Kuasa Kajian Semula Pengurusan
 

OBJEKTIF PROSES

1. Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan diadakan sekurang-kurangnya 1 kali setahun.

2. Semua tindakan pembetulan / penambahbaikan / pencegahan mesti dilaksanakan sepertimana diputuskan dalam Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan.

 

TUGAS / TANGGUNGJAWAB

TANGGUNGJAWAB

TINDAKAN

TPKN(G)/ PPD / KU 1. Tentukan cara untuk kajian semula pengurusan yang diadakan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun sama ada melalui :
  • mesyuarat
  • kajian laporan-laporan / rekod kualiti
KU/ KWP/ WP/ PYDP 2. Kajian Semula Pengurusan secara Mesyuarat :  
  2.1 Tentukan agenda, tarikh dan tempat mesyuarat. 
  2.2   Agenda mesyuarat adalah seperti berikut (berpandukan Klausa 9.3.2 dan Klausa 9.3.3):
(a) Status Tindakan dari Kajian Semula Pengurusan yang lepas
(b) Perubahan dalam isu luaran dan dalaman yang berkaitan dengan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK)
(c  ) Prestasi dan Keberkesanan Kajian Kepuasan Pelanggan dan maklum balas daripada pihak berkepentingan yang berkaitan
(d) Prestasi Pencapaian Objektif Kualiti dan Keberkesanannya
(e) Laporan Aduan Pelanggan
(f) Pencapaian Prestasi Proses serta Keakuran Produk dan Perkhidmatan
(g) Senarai Ketakakuran dan Keberkesanan Tindakan Pembetulan
(h) Keputusan Pemantauan dan Keberkesanan Pengukurannya
(i) Keputusan Audit
(j) Prestasi serta Keberkesanan Pembekal Luaran
(k) Kecukupan Sumber
(l) Keberkesanan tindakan yang diambil dalam menangani Risiko dan Peluang
(m) Peluang untuk Penambahbaikan
(n) Sebarang keperluan untuk perubahan kepada Sistem Pengurusan Kualiti (SPK)
(o) Keperluan Sumber untuk Perlaksanaan Tindakan Tersebut
(p) Hal-Hal Lain
(q) Rumusan
(r) Penutup
WP/ TWP/ PYDP 2.3 Sediakan laporan- laporan mengikut agenda berkaitan.
     
WP/ TWP 2.4 Semak laporan untuk dibentangkan dalam mesyuarat. 
AJK KSP 2.5 Buat keputusan mengenai tindakan pembetulan dan pencegahan serta penambahbaikan yang perlu dilaksanakan semasa mesyuarat selepas mengenalpasti punca masalahnya..
SETIAUSAHA KSP 2.6 Sediakan minit mesyuarat dan pastikan disemak oleh  KWP/ WP sebelum diluluskan oleh TPKN(G) / PPD.
PT 2.7 Edarkan minit mesyuarat yang telah diluluskan untuk tindakan AJK KSP / pegawai berkenaan dan simpan satu salinan dalam fail mesyuarat.
PYDP 2.8 Ambil tindakan pembetulan / penambahbaikan / pencegahan dan beri maklumbalas minit mesyuarat kepada KWP / WP mengikut tarikh yang ditetapkan.
PT 2.9 Rekod dan failkan laporan.
  3. Kajian Semula Pengurusan secara Penelitian Laporan / Rekod Kualiti :
TPKN(G)/ KU 3.1 Minta pegawai-pegawai tertentu menyediakan laporan-laporan berkenaan untuk tujuan kajian semula pengurusan.
KU/ PYDP 3.2 Terima laporan-laporan, semak dan kaji kesahihan laporan-laporan bersama KU jika perlu.
TPKN(G)/ PPD/ KU 3.3 Keluarkan arahan kepada pegawai berkenaan untuk mengambil tindakan pembetulan/ penambahbaikan / pencegahan sekiranya perlu.
PYDP 3.4 Ambil tindakan pembetulan / penambahbaikan / pencegahan mengikut tarikh yang ditetapkan selepas mengenalpasti punca masalahnya.
KU/ Pegawai Berkenaan 3.5 Pantau status pelaksanaan tindakan pembetulan / penambahbaikan dan pencegahan.
KU/ PT 3.6 Failkan laporan jika perlu.
     
 
 

REKOD KUALITI

NO.

NAMA REKOD

TEMPOH SIMPANAN

LOKASI

1 Surat Panggilan Mesyuarat 3 tahun Pejabat / Klinik
2 Minit Mesyuarat 3 tahun Pejabat / Klinik
3 Laporan-Laporan KSP 3 tahun Pejabat / Klinik
       
       
       
       
       
       
       
 

RUJUKAN

  Arahan Kerja   
  Tiada
  Borang Kualiti   
  Tiada
  Senarai Semak   
  Tiada
  Dokumen Luaran   
  BKPP-DL02 - Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 1 Tahun 2009 Penambahbaikan Proses Pengurusan Aduan Awam
  BKPP-DL59 - Garis Panduan Penambahbaikan Pengurusan Aduan Di Agensi Sektor Awam Malaysia Bil.1 Tahun 2013
  BKPP-DL60 - Garis Panduan Pengurusan Maklum Balas Awam KKM Versi 1 Tahun 2020
  BKPP-DL65 - Buku Panduan Kategori Maklum Balas Kementerian Kesihatan Malaysia
  Pemilik Dokumen
  Dr. Nurliana Binti Omran
 

Rekod Pindaan

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para Diluluskan Oleh
1. 14-07-2023 2 Nota Pindaan Approver 1
 
Laman Utama Manual Kualiti Prosedur Kualiti