Laman Utama   Bantuan  
   
     

PROSEDUR KUALITI

BKPS-PK-S12 - Pengurusan SMKP

   
Pindaan : 5.2
Tarikh Kuatkuasa : 01-09-2020
Tujuan Prosedur : Prosedur ini menggariskan langkah-langkah untuk membolehkan sistem pengumpulan dan pelaporan data perkhidmatan pergigian yang seragam.
Skop : Prosedur ini digunapakai bagi pengurusan data dan maklumat yang diperlukan oleh semua program pergigian dibawah Bahagian Kesihatan Pergigian Selangor.
 

SINGKATAN / DEFINISI

TPKN(G) Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian)
PPYM Pegawai Pergigian Yang Menjaga
PTJ Pusat Tanggungjawab
SMKP Sistem Maklumat Kesihatan Pergigian
Ko e-Rep (Daerah) Koordinator e-Reporting Daerah
Ko e-Rep (Negeri) Koordinator e-Reporting Negeri
 

PERKARA

Data / Maklumat

  • Maklumat dari kad-kad rawatan, kad-kad makmal dan rekod harian.
 

SASARAN

OBJEKTIF KESELURUHAN

 Laporan peringkat negeri di hantar ke PIK / Program sebelum atau pada 15hb bulan berikutnya, hendaklah betul dan tepat.

 

CARTA ALIRAN KERJA

 

TUGAS / TANGGUNGJAWAB

%

TANGGUNGJAWAB

TINDAKAN

Individu 1.0 Sediakan laporan harian individu peringkat klinik.
     
Individu 2.0 Sediakan laporan bulanan individu peringkat klinik
    Buat semakan mengikut Buku Panduan dan Arahan Sistem Pengurusan Maklumat Perkhidmatan Kesihatan Pergigian (SPMPKP) yang ditetapkan. 
Individu 2.a Buat pembetulan sekiranya terdapat kesilapan
     
PYDP peringkat klinik (koordinator SMKP yang dilantik) 3.0 Sediakan cantuman laporan bulanan di peringkat klinik
    Buat semakan mengikut Buku Panduan dan Arahan Sistem Pengurusan Maklumat Perkhidmatan Kesihatan Pergigian (SPMPKP) yang ditetapkan 
PYDP peringkat klinik 3.a Buat pembetulan sekiranya terdapat kesilapan
     
PPYM dan PYDP peringkat klinik 4.0 Hantar laporan bulanan peringkat klinik ke peringkat daerah. Simpan sesalinan di klinik.
     
Koordinator SMKP  peringkat daerah/ PYDP 5.0 Terima laporan bulanan peringkat klinik daripada PPYM. Buat semakan.
Koordinator SMKP  peringkat daerah/ PYDP 5.a Buat pembetulan sekiranya terdapat kesilapan
     
Koordinator SMKP  peringkat daerah/ PYDP 6.0 Sediakan cantuman Laporan Bulanan Klinik untuk Peringkat Daerah 
    Cantum laporan menjadi Laporan Daerah mengikut Buku Panduan dan Arahan Sistem Pengurusan Maklumat Perkhidmatan Kesihatan Pergigian (SPMPKP) yang ditetapkan. Setelah data semua betul dan tepat,cetak dan dapatkan  pengesahan dari PPD.
     
Koordinator e-reporting peringkat daerah/ PYDP 7.0 Hantar Laporan Bulanan Daerah ke BKP, JKNS
    Laporan ini perlu dihantar pada atau sebelum 5hb, bulan berikutnya.
     
Koordinator Negeri  8.0 Terima dan semak laporan dari Daerah  
     
  9.0 Sebarang kesilapan dimaklumkan kepada Daerah dan penghantaran semula laporan oleh Daerah
     
  10.0 Semakan semula Laporan dari Daerah 
    Sediakan Cantuman Laporan dari Daerah untuk Peringkat Negeri. 
     
  11.0  Hantar Laporan Negeri ke PIK/Program selewat-lewatnya pada atau sebelum 15hb setiap bulan
     
  12.0  Cetak dan dapatkan tandatangan pengesahan Koordinator Negeri
     
  13.0 Simpan "back up" (soft copy)
    Laporan setiap bulan, Januari - Jun dan Jan - Disember serta laporan akhir tahun negeri disimpan sebagai "back up"
 

REKOD KUALITI

No.

NAMA REKOD

TEMPOH SIMPANAN

  Tidak berkenaan  
     
     
     
     
     
     
     
     
     
 

Arahan Kerja / Borang Kualiti / Senarai Semak / Pelan Risiko

  Arahan Kerja   
  Tiada
  Borang Kualiti   
  Tiada
  Senarai Semak   
  Tiada
  Dokumen Luaran  
  Tiada
  Pelan Risiko  
  Tiada
  Pemilik Dokumen
  Puan Farizah bt Arshad
 

Rekod Pindaan

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para
1. 01/09/2017 5.0  
2. 01/03/2019 5.0

pindaan telah dibuat dengan membuang sub proses

 
3. 03/09/2020 5.0  
 
Home Manual Qualiti Prosedur Kualiti