Laman Utama   Bantuan  
   
     

PROSEDUR KUALITI

BKPS-PK-M01 - Kawalan Dokumen

   
Pindaan : 5.5
Tarikh Kuatkuasa : 01-11-2021
Tujuan Prosedur : Prosedur ini menggariskan langkah - langkah untuk digunapakai bagi mengawal dokumen termasuk dokumen luaran yang berkaitan dalam implementasi Sistem Pengurusan Kualiti BKPS.
Skop : Prosedur ini digunapakai untuk semua dokumen yang diwujudkan di dalam sistem pengurusan kualiti BKPS.
 

SINGKATAN / DEFINISI

TPKN(G) Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian)
WP Wakil Pengurusan
PPYM Pegawai Pergigian Yang Menjaga
PD Pengawal Dokumen
AJK Pemandu SPK Ahli Jawatankuasa Pemandu Sistem Pengurusan Kualiti
Pemilik Dokumen Pegawai yang dilantik untuk menyediakan dokumen kualiti berkaitan.
Reviewer Pegawai yang dilantik untuk menyemak dokumen kualiti yang disediakan.
Pengguna Dokumen Semua anggota BKPS yang menggunakan dokumen kualiti yang berkaitan di dalam sistem e-ISO BKP JKNS
Dokumen Luaran Dokumen yang diperolehi daripada sumber luar seperti Kementerian, agensi lain, badan pensijilan dan lain-lain
Dokumen terhad Dokumen yang hanya boleh dicapai oleh pegawai yang bertanggungjawab ke atas dokumen tersebut.
 

PERKARA

TENAGA MANUSIA


TPKN(G)  -  Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian)

PPD          -  Pegawai Pergigian Daerah

KWP         -  Ketua Wakil Pengurusan

WP            -  Wakil Pengurusan

KPD          -  Ketua Pengawal Dokumen

PD            -  Pengawal Dokumen

AJK Pemandu SPK   - Ahli Jawatankuasa Pemandu Sistem Pengurusan Kualiti

 

DATA DAN MAKLUMAT

Senarai Dokumen Kualiti

Borang Cadangan pindaan/penambahan/pembatalan dokumen

 

PERALATAN

Talian Internet

Pendrive

 

SASARAN

Objektif Proses
Pindaan dokumen dalam masa 14 hari bekerja setelah mendapat kelulusan.

 

CARTA ALIRAN KERJA

 

TUGAS / TANGGUNGJAWAB

 
 

KTANGGUNGJAWAB

TINDAKAN

AJK  Pemandu SPK   Menentukan Dokumen Yang Perlu disedia dan Dikawal
   
AJK Pemandu SPK perlu kenalpasti dokumen yang relevan untuk disedia dan dikawal. Dokumen melalui “Online”dan Sistem Sokongan melalui “soft copy”  adalah dokumen terkawal. Dokumen terkawal adalah dokumen yang telah dikenalpasti dalam Sistem Pengurusan Kualiti iaitu Manual Kualiti, Prosedur Kualiti,Pelan Risiko, Arahan Kerja, Senarai Semak dan Dokumen Sokongan Luaran dan Dalaman. Dokumen ini perlu dikawal dari segi kelulusan, pengedaran, pindaan, penyimpanan dan pelupusannya. 
  A
Penyediaan Dokumen Kualiti Baru 
Pemilik Dokumen 1. Dapatkan kelulusan KWP untuk menyediakan dokumen kualiti baharu.
KPD 2. Kenalpasti jenis kod untuk dokumen kualiti baharu
KPD 3. Masuk di bahagian Pengurusan Dokumen. Login e-ISO Quality Management System. Kemaskini kod dalam Quality Procedure Setup di Bahagian Administration Interactive ISO
Pemilik Dokumen 4. Sediakan dokumen mengikut format yang ditetapkan
Pemilik Dokumen  5. Muat naik dokumen dalam sistem interaktif dalam mode "MODIFY"
Pemilik Dokumen 6. Hantar kepada Reviewer untuk semakan dan pengesahan
Reviewer 7. Teliti dokumen dalam mode "REVIEW"
    Jika ada perubahan, kembalikan kepada Pemilik Dokumen berserta dengan arahan untuk pindaan 
Jika tiada perubahan, terus ke Langkah 8..
Reviewer 8. Kemukakan dokumen kepada TPKN(G) /KWP untuk mendapatkan kelulusan
TPKN(G)/KWP 9. Teliti dokumen yang dikemukakan
    Jika ada perubahan, kembalikan kepada Pemilik Dokumen berserta dengan arahan untuk pindaan
Jika tiada perubahan, terus ke Langkah 10.
TPKN(G) /KWP  10. Luluskan dokumen tersebut dalam mode "NEW"
KPD 11. Pastikan dokumen yang telah diluluskan telah tersedia di dalam sistem. Sediakan salinan soft copy di dalam pendrive beserta surat makluman dan edaran kepada PD untuk dipanjangkan kepada PPD dan WP.
PD 12. Sediakan Salinan soft copy di dalam pendrive dan edarkan kepada semua PPYM di semua unit.
PPD,WP,PPYM 13. Memastikan pelaksanaan SPK merujuk kepada sistem e-ISO BKP JKNS.Salinan soft copy digunakan hanya jika tiada capaian internet.
Pengguna Dokumen 14. Maklumkan kepada KPD/ PD jika terdapat masalah kepada dokumen di dalam sistem e-ISO BKP JKNS.
     
  B Pindaan Dokumen Kualiti
Pemilik Dokumen dan Reviewer 1. Kenal pasti cadangan pindaan .Bincang dan maklumkan maklumat pindaan kepada reviewer.
Pemilik Dokumen 2. Buat pindaan dokumen dalam mode "MODIFY" dan hantar kepada Reviewer untuk semakan dan pengesahan.
Reviewer 3.

Teliti dokumen dalam mode " REVIEW"

  • Jika ada perubahan, kembalikan kepada Pemilik Dokumen berserta dengan arahan untuk pindaan 
  • Jika tiada perubahan, terus ke Langkah 6.
Reviewer 4. Kemukakan dokumen kepada TPKN(G) /KWP untuk mendapatkan kelulusan.
TPKN(G) /KWP 5.

Teliti dokumen yang dikemukakan di bahagian Pengurusan Dokumen e-ISO

  • Jika ada perubahan, kembalikan kepada Pemilik Dokumen berserta dengan arahan untuk pindaan (rujuk Langkah 4 hingga 6).
  • Jika tiada perubahan, terus ke Langkah 8.
TPKN(G) /KWP 6. Luluskan dokumen tersebut .
Pemilik Dokumen 7. Isi Borang Cadangan Pindaan/Penambahan/Pembatalan Dokumen. (BKPS -BK O2) dan serahkan kepada KPD.
KPD 8. Sediakan surat makluman pindaan dokumen dan edaran kepada PD untuk dipanjangkan kepada PPD dan WP.
KPD 9. Mendapatkan semula salinan soft copy di dalam pendrive daripada PD untuk dikemaskini.
PPD,WP,PPYM 10. Memastikan pelaksanaan SPK merujuk kepada sistem e-ISO BKP JKNS.Salinan soft copy digunakan hanya jika tiada capaian internet.
Pengguna Dokumen 11. Maklumkan kepada KPD/ PD jika terdapat masalah kepada dokumen di dalam sistem e-ISO BKP JKNS.
     
  C Dokumen Luaran
TPKN (G) 1.  
Menerima dokumen luaran dan diminitkan kepada Ketua Unit.
Nota: Sekiranya Ketua Unit ada menerima dokumen luaran, mestilah menyerahkan dokumen tersebut kepada TPKN (G) untuk diminitkan. 
KWP 2.
Menentukan sama ada dokumen luaran tersebut perlu didaftarkan /wajib dijadikan sebagai rujukan dalam SPK BKPS.
KPD 3. Memuatnaik dokumen luaran yang dikenalpasti oleh KWP di dalam sistem e-ISO BKP JKNS. Jika dokumen luaran diklasifikasikan sebagai dokumen terhad oleh pengguna dokumen tersebut,wujudkan kata laluan untuk capaian kepada dokumen.
KPD 4. Sediakan surat makluman dokumen luaran yang telah dimuatnaik kepada PPD dan WP. Jika terdapat dokumen luaran dalam bentuk hard copy, edarkan bersama surat makluman.
PPD,WP 5.
Serahkan dokumen luaran hard copy kepada PD untuk simpanan.
 
Nota: Salinan dokumen luaran tidak dibenarkan.Rujukan hanya di dalam sistem e-ISO BKP JKNS.
     
 
 

REKOD KUALITI

No.

NAMA REKOD

TEMPOH SIMPANAN

 1.  Borang Edaran Dokumen BKPS-BK01  2 Tahun
 2.  Borang Cadangan Pindaan/Penambahan/ Pembatalan Dokumen BKPS-BK02  2 Tahun
     
 

Arahan Kerja / Borang Kualiti / Senarai Semak / Pelan Risiko

  Arahan Kerja   
  Tiada
  Borang Kualiti   
  BKPS-BK02 - BORANG CADANGAN PINDAAN/PENAMBAHAN/PEMBATALAN DOKUMEN
  Senarai Semak   
  Tiada
  Dokumen Luaran  
  Tiada
  Pelan Risiko  
  Tiada
  Pemilik Dokumen
  Dr. Laila bt Othman
 

Rekod Pindaan

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para
1. 01/09/2017 5.0

Pindaan dilakukan selaras dengan keperluan MS ISO 9001 : 2015

 
2. 01/02/2020 5.0  
3. 09/09/2020 5.0  
4. 01/11/2021 5.0  
5. 09/11/2021 5.0  
6. 10/11/2021 5.0  
7. 01/11/2021 5.0  
 
Home Manual Qualiti Prosedur Kualiti