Laman Utama   Bantuan  
   
     

PROSEDUR KUALITI

BKPS-PK-M09 - Pengendalian Latihan

   
Pindaan : 5.0
Tarikh Kuatkuasa : 15-03-2023
Tujuan Prosedur : Prosedur ini menggariskan langkah-langkah perancangan,perlaksanaan dan penilaian latihan bagi memastikan penjawat awam perkhidmatan pergigian mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi dalam menjalankan tugas masing-masing dengan cekap dan berkesan ke arah perkhidmatan berkualiti.
Skop : Prosedur ini merangkumi perancangan, perlaksanaan dan penilaian latihan untuk penjawat awam di fasiliti di bawah jagaan Bahagian Kesihatan Pergigian Selangor
 

SINGKATAN / DEFINISI

TPKN(G) Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian)
PTJ Pusat Tanggungjawab
PYDP Pegawai Yang Di Pertanggungjawabkan
CPD Continuing Professional Development
PLN Pegawai Latihan Negeri
PK Penganjur Kursus
Peserta Anggota pergigian yang menghadiri kursus
PAV Pasukan Audit Verifikasi
PPL Pegawai Pengesah Latihan
KK Ketua Kepakaran
KS Ketua Seksyen
 

PERKARA

DATA DAN MAKLUMAT

1. Jumlah penjawat awam Bahagian Kesihatan Pergigian Selangor.

2. Laporan Peruntukan dan Perbelanjaan LDP

3. Laporan Pencapaian Latihan Bagi Anggota BKPS

 

SASARAN

OBJEKTIF PROSES

Objektif Keseluruhan

  • Bagi kategori Pegawai dan Anggota Sokongan I yang menggunakan sistem myCPD, latihan perlu mencapai mata kredit yang ditetapkan
  • Bagi Anggota Sokongan I dan II yang tidak menggunakan myCPD, latihan dirancang dan dilaksanakan secukupnya mengikut ketetapan dari KKM
 

CARTA ALIRAN KERJA

 

TUGAS / TANGGUNGJAWAB

TANGGUNGJAWAB

TINDAKAN

  1.0 PERANCANGAN  
KS
  Kenalpasti keperluan latihan untuk anggota setiap awal tahun berdasarkan:
  • keperluan tambahan pengetahuan dan kemahiran untuk penjawat awam
  • perubahan dalam tugasan penjawat awam
  • pelantikan baru penjawat awam
  • perubahan teknologi peralatan dan bahan pergigian.
  • teguran daripada audit kualiti dalaman / luaran.
  • permohonan latihan/kursus penjawat awam
 
PLN / PYDP
  Bagi Latihan di bawah peruntukan LDP, gunakan borang Pelan Operasi Latihan Dalam Perkhidmatan Tahun…….. Berdasarkan Kluster / Bidang Dan Gred Kakitangan, (format dari PKP KKM) dan dapatkan persetujuan TPKN(G).
 
PYDP   Bagi Latihan di peringkat Daerah gunakan BKPS BK08 dan dapatkan persetujuan PPD.  
PLN / PYDP
1.1
 
Kursus Menggunakan Peruntukan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)
Kenalpasti keperluan kursus dari Ketua Seksyen, penyelaras program dan setiap kepakaran 
Senarai latihan  dipertimbangkan berdasarkan maklumbalas dari Ketua Seksyen, Ketua Kepakaran dan tertakluk kepada peruntukan LDP 
 
TPKN / KS / KK
  Mengesahkan perancangan latihan menggunakan peruntukan LDP
 
TPKN   Mengesahkan perancangan latihan menggunakan peruntukan LDP negeri  
PLN
  Hantar senarai Pelan Operasi Latihan Dalam Perkhidmatan Tahun…….. Berdasarkan Kluster / Bidang Dan Gred Kakitangan, (format dari KKM) ke PKP KKM.
Selepas 6 bulan sekiranya terdapat keperluan, Pelan Latihan perlu dikaji semula.
 
 
PLN/PYDP
1.2
Latihan/ Kursus Anjuran Pihak Luar BKPS (seperti anjuran JKNS, KKM, INTAN, Persatuan, pihak swasta dan lain-lain)
  • Terima permohonan  pencalonan dari peserta daripada penganjur.
 
KS
 
  • Pilih calon mengikut kesesuaian kursus, keperluan latihan.
 
PLN
 
  • Bincang dengan Ketua Seksyen / TPKN(G) dan muktamadkan calon
  • Maklumkan kepada peserta melalui telefon/fax/surat panggilan kursus/latihan untuk menghadiri kursus (jika perlu). Salinan / melalui Ketua Jabatan yang berkaitan
 
Peserta
 
  • Maklumkan Ketua Jabatan sekiranya terpilih
 
 
PK
2.0
PELAKSANAAN LATIHAN MENGGUNAKAN LDP
  • Kemukakan kertas cadangan kepada PLN jika menggunakan peruntukan LDP yang  perlu dihantar sekurang - kurangnya 45 hari sebelum latihan dijalankan. Dokumen lain yang perlu disertakan adalah seperti berikut :

  •   Tentatif program
  •   Senarai penceramah bersama curriculum vitae (CV)
  •   Letter of undertaking jika berkaitan
  •   Salinan APC/ milik TPC Fasilitator Demonstrator
  •   Salinan certificate of registration with Medical Device Act (untuk product/peralatan hands - on) jika berkaitan
 
PLN
 
  • Semak kertas cadangan dan peruntukan LDP 
 
 KSPS
 
  • Semak dan sahkan kertas cadangan
 
TPKN(G)
 
  • Luluskan kertas cadangan kursus
 
PLN/PYDP
 
  • Daftar permohonan  latihan di dalam Mycpd sebagai Provider Mycpd
 
PLN/PYDP/PK
 
  • Dapatkan nama calon peserta dan no kad pengenalan bagi tujuan rekod kehadiran dalam sistem Mycpd
 
PK / PLN/PT
 
  • Sediakan surat panggilan dan nota minta
 
TPKN(G)
 
  • Semak dan tandatangan surat panggilan dan Nota Minta
 
PLN/PYDP
 
  • Semak status kelulusan permohonan latihan sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum tarikh latihan
 
PK/ PLN
 
  • Jalankan kursus/ latihan mengikut SOP Am Pelaksanaan Majlis Kerajaan dan Swasta & Sektor Pelancongan Premis Penginapan Perhotelan (sekiranya dilaksanakn di hotel) atau sebarang arahan terkini dari KKM.
  • Pastikan peserta membuat penilaian terhadap kursus dengan mengisi borang penilaian secara manual atau atas talian (google drive) dengan mengisi BORANG PENILAIAN KURSUS JANGKA PENDEK (DALAM DAN LUAR NEGARA) DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM/BPL/PK/2019) setelah selesai kursus 
 
PLN/PYDP/PK
 
  • Bagi latihan / kursus berdaftar dengan Mycpd muat naik senarai kehadiran anggota / peserta latihan sekurang-kurangnya 1 hari selepas latihan dilaksanakan 
 
PK
 
  • Buat Penilaian Kursus dan sediakan Laporan Kursus dan hantar kepada PLN.
 
PLN/PYDP
 
  • Penilaian ke atas peserta oleh Ketua Jabatan selepas 3 bulan menghadiri kursus  yang dianjurkan di bawah peruntukan LDP dan yang relevan sahaja.Senarai kursus  yang perlu dibuar penilaian ini akan ditetapkan oleh pihak atasan.  
 
  3.0 SELEPAS KURSUS/ LATIHAN  
  3.1
Bagi Kategori Pegawai Pergigian, Juruterapi Pergigian Dan Juruteknologi Pergigian)
 
Peserta/PYDP
 
  • Kemaskini borang BKPS- BK 09 dan hantar kepada penyelaras latihan untuk disemak setiap 3 bulan.
  •  Isi myCPD untuk tuntutan mata kredit CPD.
  •  Maklum kepada penyelia untuk semakan dalam sistem.
 
TPKN/PPL
 
  • Sahkan tuntutan mata kredit  anggota di dalam myCPD
 
Peserta  
  • Beri maklumat  latihan kepada PT bertanggungjawab mengemaskini Buku Perkhidmatan Anggota
 
 
Peserta
3.2
Bagi Kategori Kumpulan Sokongan I dan II yang tidak menggunakan myCPD.
  • Kemaskini borang BKPS- BK09 dan Buku Log Latihan bersama- sama bukti kehadiran (sijil/ senarai kehadiran) .
  • Hantar kepada PYDP untuk disemak dan direkodkan
 
PYDP
 
  • Hantar laporan prestasi latihan/ kursus anggota ke  BKP, JKNS setiap 3 bulan sekali
 
PYDP/PK
 
  • Simpan rekod kehadiran latihan yang dianjurkan dan failkan
 
Peserta  
  • Beri maklumat  latihan kepada PT bertanggungjawab mengemaskini Buku Perkhidmatan Anggota
 
  4.0 AUDIT VERIFIKASI CPD  
PLN/PYDP 4.1 Wujudkan pasukan Audit Verifikasi CPD di setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ), Negeri, dan ibu pejabat  
KS 4.2 Pasukan Audit Verifikasi latihan perlu dilantik oleh Ketua Jabatan di PTJ masing- masing  
PAV 4.3
Pelaksanaan Audit
  1. Laksanakan audit setahun sekali.
  2. Pilih sampel secara rawak, saiz sampel adalah 20% daripada jumlah kakitangan yang terlibat atau sekurang- kurangnya 10 orang.
  3. Gunakan Borang Audit Program CPD ( Lampiran 1)    
  4. Sediakan laporan audit menggunakan Borang Laporan Audit Program CPD ( Lampiran 2).
  5. Maklumkan anggota yang diaudit untuk sebarang pembetulan jika ada.
  6. Adakan perbincangan mengenai penemuan audit di peringkat PTJ dan negeri.
  7. Kemukakan rumusan audit kepada sekretariat CPD di Bahagian Perkembangan Perubatan,Kementerian Kesihatan Malaysia(jika perlu).
Rujuk BKPS-DL116 Buku Panduan Continuing  Professional Development (CPD)   (www.mycpd2.moh.gov.my)
 
 
 

REKOD KUALITI

No.

NAMA REKOD

TEMPOH SIMPANAN

 1  Buku Log Latihan  1 tahun
 2  Buku Perkhidmatan  Sepanjang perkhidmatan
 3  Salinan myCPD online  1 tahun
 4 BORANG PENILAIAN KURSUS  JANGKA PENDEK (DALAM DAN LUAR NEGARA) DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM/BPL/PK/2019)  1 tahun
 

Arahan Kerja / Borang Kualiti / Senarai Semak / Pelan Risiko

  Arahan Kerja   
  Tiada
  Borang Kualiti   
  BKPS-BK08 - BORANG PERANCANGAN/PELAKSANAAN LATIHAN
  BKPS-BK09 - BORANG LAPORAN KURSUS/CPD
  Senarai Semak   
  Tiada
  Dokumen Luaran  
  BKPS-DL116 - Guidelines On Continuing Professional Development For Practitioners In Malaysia
  Pelan Risiko  
  PR LAT - Pengendalian Latihan (tidak lagi dipantau)
  Pemilik Dokumen
  Dr. Laila bt Othman
 

Rekod Pindaan

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para
1. 01/09/2017 5.0  
2. 01/03/2019 5.0  
3. 01/02/2020 5.0  
4. 15/08/2020 5.0  
5. 01/09/2020 5.0  
6. 08/09/2021 5.0  
7. 08/09/2021 5.0  
8. 01/11/2021 5.0  
9. 15/03/2023 5.0

Daftar latihan dan permohonan mata CPD kepada MDC 

 
 
Home Manual Qualiti Prosedur Kualiti