Laman Utama   Bantuan  
   
     

PROSEDUR KUALITI

BKPS-PK-M04 - Kawalan Ke Atas Produk Yang Tidak Memenuhi Keperluan Yang Ditetapkan

   
Pindaan : 5.5
Tarikh Kuatkuasa : 15-03-2023
Tujuan Prosedur : Prosedur ini menggariskan langkah-langkah untuk memastikan produk yang tidak memenuhi keperluan/spesifikasi yang ditetapkan dikenalpasti , dikawal dan diambil tindakan sewajarnya untuk mencegah ianya daripada digunakan dengan tidak sengaja atau dihantar keluar kepada pelanggan
Skop : Prosedur ini digunapakai untuk semua produk yang tidak memenuhi keperluan yang ditetapkan disemua fasiliti Bahagian Kesihatan Pergigian Selangor.
 

SINGKATAN / DEFINISI

PPD Pegawai Pergigian Daerah
WP Wakil Pengurusan
PPYM Pegawai Pergigian Yang Menjaga
KU Ketua Unit
Produk Bahan/perkhidmatan yang dihasilkan untuk kegunaan pelanggan
PTJ Pusat Tanggungjawab
 

PERKARA

Data dan Maklumat

  • Kad makmal/ kad rawatan
  • Borang BKPS BK 17(A)
  • Borang BKPS BK 17(B)
  • Borang BKPS BK 22
  • Produk- Hasilkerja yang dikeluarkan untuk kegunaan pelanggan seperti dentur/aplian atau bahan yang diperolehi/dibeli untuk perkhidmatan.
 

SASARAN

OBJEKTIF PROSES

  • BKPS memastikan produk yang tidak memenuhi keperluan yang ditetapkan dikenalpasti, dikawal dan diambil tindakan sewajarnya bagi mencegah ianya daripada digunakan dengan tidak sengaja atau dihantar keluar.

 

  • Memastikan semua produk yang dihasilkan/digunakan berkualiti bagi memenuhi piawaian yang ditetapkan untuk perkhidmatan.
 

CARTA ALIRAN KERJA

 

TUGAS / TANGGUNGJAWAB

 

TANGGUNGJAWAB

TINDAKAN

Penjawat Awam Terlibat 1.0 Kenalpasti produk TMK
    Kenalpasti jenis produk yang tidak memenuhi keperluan yang ditetapkan berpandukan definisi produk
1.1 Ketakakuran melibatkan bahan yang luput tarikh
1.2 Ketakakuran melibatkan produk perkhidmatan seperti dentur/aplian
1.3 Ketakakuran melibatkan mutu/ spesifikasi bahan selepas perolehan
Penjawat AwamTerlibat 2.0 Asingkan dan tanda produk TMK
    Asingkan dan label produk yang tidak memenuhi keperluan yang ditetapkan.
2.1 Ketakakuran melibatkan bahan yang luput tarikh - asing dan lupuskan produk mengikut syor pembekal
2.2 ketakakuran melibatkan produk perkhidmatan seperti dentur/aplian- asing dan lupuskan produk/ ambil semula dan perbaiki produk
2.3 Ketakakuran melibatkan mutu/ spesifikasi bahan selepas perolehan- asing dan tandakan produk.
Penjawat Awam Terlibat 3.0 Rekod dalam borang TMK
    3.1 Rekod butir - butir TMK dibahagian A borang BKPS-BK 17(A ) 
3.2 Rekod butir - butir TMK dibahagian A borang BKPS-BK17(B) kecacatan/ ketidakpatuhan bekalan/ perkhidmatan selepas perolehan sekiranya melibatkan produk 1.3 untuk dikemukakan kepada pihak stor PTJ
KU 4.0 Kenalpasti/siasat punca produk TMK
    Kenalpasti/siasat punca dan catit dibahagian B borang BKPS-BK 17(A)
KU/Penjawat Awam terlibat 5.0 Laksanakan pembetulan TMK
    Laksanakan pembetulan produk TMK dan catit dibahagian C borang BKPS - BK 17(A)  dan rekod di dalam kad rawatan pesakit jika perlu
5.1 Lupus- Lupuskan produk TMK yang tidak digunakan contohnya bahan yang telah tamat tempoh mengikut tatacara pelupusan bahan. Rujuk syor pembekal.
5.2 Pembaikan- Pinda/perbetulkan produk TMK untuk digunapakai semula contohnya relining/rebasing dentur
5.3 Buat semula- Hapuskan produk TMK yang tidak digunakan dan gantikan produk baru seperti re-do dentur/aplian(Buka kad LP-6 baru dan kepilkan bersama LP-6 lama)
5.4 Penggantian- Mengganti produk TMK dengan produk lain yang memenuhi keperluan/ spesifikasi/ piawaian
5.5 Lain-lain- Sebarang tindakan selain daripada di atas
KU 6.0 Periksa produk semula
    Periksa produk menepati keperluan/spesifikasi yang ditetapkan.
6.1  Jika memuaskan, kembalikan untuk kegunaan pelanggan.
6.2  Jika tidak, laksanakan pembetulan dengan mengulangi langkah 5.0 dan seterusnya
 
KU/PPYM/PPD 7.0 Tentukan keperluan untuk tindakan pembetulan/pencegahan
    Kenalpasti samada perlu jalankan tindakan pembetulan untuk mengelak TMK dari berulang. Laksanakan tindakan pembetulan / penambahbaikan. Catit di ruangan D Borang BKPS-BK-17(A). Rekod dalam borang log laporan ketakuran/TMK BKPS-BK22 serta failkan. Kemukakan laporan kepada WP
WP 8.0 Tentukan Verifikasi/keberkesanan tindakan pembetulan
    Periksa laporan TMK untuk pastikan tiada produk TMK berlaku daripada punca yang sama pada tahun semasa. Catit penemuan di bahagian E Borang BKPS-BK-17(A). 
WP 9.0 Bentangkan laporan TMK di dalam Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan
 

REKOD KUALITI

No.

NAMA REKOD

TEMPOH SIMPANAN

1

Borang Produk Tidak Memenuhi Keperluan / TMK

BKPS-BK 17(A)

2 Tahun
2

Borang kecacatan/ ketidakpatuhan bekalan/ perkhidmatan selepas perolehan

BKPS-BK17(B) 

2 Tahun
2

Borang Log Laporan Ketidakakuran/ TMK

BKPS-BK 22

2 Tahun
 

Arahan Kerja / Borang Kualiti / Senarai Semak / Pelan Risiko

  Arahan Kerja   
  Tiada
  Borang Kualiti   
  BKPS-BK22 - BORANG LOG LAPORAN KETAKAKURAN/PENAMBAHBAIKAN/TMK
  BKPS-BK17(A) - BORANG PRODUK TIDAK MEMENUHI KEPERLUAN (TMK)
  BKPS-BK17(B) - BORANG KECACATAN / KETIDAKPATUHAN BEKALAN / PERKHIDMATAN SELEPAS PEROLEHAN
  Senarai Semak   
  Tiada
  Dokumen Luaran  
  Tiada
  Pelan Risiko  
  Tiada
  Pemilik Dokumen
  Dr. Nur Shuhada bt Norazman
 

Rekod Pindaan

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para
1. 01/09/2017 5.0 Pindaan dibuat selaras dengan pertukaran versi MSI ISO 9001 : 2015 
2. 01/03/2019 5.0

Pindaan yang dibuat:-

Buang objektif subproses

modifikasi objektif proses.

 

terima kasih

 
3. 01/02/2020 5.0

Modifikasi Tindakan TMK

 
4. 15/08/2020 5.0

Pindaan pada tujuan prosedur, objektif proses dan tugas/tanggungjawab

 
5. 02/09/2020 5.0

PINDAAN KEPADA SINGKATAN

 
6. 10/04/2023 5.0  
7. 15/03/2023 5.0

pindaan terhadap tugas/tanggungjawab, penambahbaikan borang kualiti BKPS-BK17(A) dan borang kualiti baru, BKPS-BK17(B)

 
 
Home Manual Qualiti Prosedur Kualiti