Laman Utama   Bantuan  
   
     

PROSEDUR KUALITI

BKPS-PK-S04 - Perkhidmatan Ortodontik

   
Pindaan : 5.5
Tarikh Kuatkuasa : 20-09-2024
Tujuan Prosedur : Prosedur ini menggariskan langkah-langkah pengendalian Perkhidmatan Ortodontik.
Skop : Prosedur ini digunapakai bagi semua pesakit yang dirujuk ke Unit/Klinik Pakar Pergigian Ortodontik di bawah Bahagian Kesihatan Pergigian Selangor.
 

SINGKATAN / DEFINISI

PYDP Pegawai Yang Di Pertanggungjawabkan
PPE Personal Protective Equipment
IOTN Index Of Orthodontic treatment need
OPG Orthopanthomogram
Lat. Ceph Lateral Cephalometric
P1 Perundingan 1-Kes baru dirujuk ke unit ortodontik
P2 Perundingan 2-Kes yang dipanggil dari senarai menunggu
TPOS Terminal Point Of Sale
TPC-OHCIS Teleprimary Care- Oral Health Clinical Information System
FFR Fixed Format Report
 

PERKARA

TENAGA MANUSIA

Pakar - Pakar Ortodontik

PP - Pegawai Pergigian

JPO - Juruterapi Pergigian Pos-basik Ortodontik

JT - Juruteknologi Pergigian Pos-basik Ortodontik

PPP - Pembantu Pembedahan Pergigian

PPK - Pembantu Perawatan Kesihatan

PT - Pembantu Tadbir

 

DATA DAN MAKLUMAT

i) Surat rujukan

ii) Surat akuan jabatan

iii) Surat akuan sekolah/ kolej/universiti untuk anak kakitangan kerajaan yang berumur 21 tahun ke bawah 

 

PERALATAN

Peralatan dan unit pergigian

 

SASARAN

Objektif Keseluruhan Proses

Untuk memberi perkhidmatan ortodontik yang komprehensif dengan cekap dan berkesan kepada pesakit-pesakit yang dirujuk dan didapati memerlukan rawatan ortodontik. Keutamaan diberikan kepada murid-murid sekolah dan kes-kes yang memerlukan rawatan pelbagai disiplin. Tempoh tarikh janjitemu untuk perundingan pertama dari tarikh dihubungi adalah tidak melebihi 3 bulan.

 

CARTA ALIRAN KERJA

 

TUGAS / TANGGUNGJAWAB

 

TANGGUNGJAWAB

TINDAKAN

PPP 1.0 Sebelum pesakit hadir ke Unit/ Klinik Pakar Pergigian Ortodontik
  • Sebelum pesakit yang dirujuk hadir ke Unit/ Klinik Pakar Pergigian Ortodontik, PYDP di Klinik Pergigian Primer / Kepakaran Lain membantu pesakit mendapatkan janjitemu melalui panggilan telefon/ MyVAS.
PPP 2.0 Persediaan di kaunter pendaftaran 
  • Pastikan kaunter berada dalam keadaan kemas dan lengkap dengan semua keperluan pendaftaran pesakit seperti Buku PG102 (Pin.2/92), PG 101B dan PG 211B Pind. 1/2022 melalui sistem Fixed Format Reten (FFR) / sistem TPC-OHCIS, Terminal Point-of-Sale (TPOS), Buku Kutipan Hasil, Kupon dan Resit.
Rujuk BKPS DL-120- Terimaan Hasil Kerajaan Secara Elektronik di Terminal Point Of Sale.
  • PPP meminta pesakit menyerahkan dokumen pengenalan diri untuk didaftarkan (Kad Pengenalan/MyKad/Kad Polis/Kad Tentera/Passport/ Sijil Kelahiran/ MyKid/ Kad Kedatangan (LP1) dan lain-lain dokumen berkaitan seperti Surat Akuan Jabatan/Surat Akuan Sekolah/Surat Pengesahan pelajar IPTA / Kad Pesara.
  • Memastikan pesakit berusia 18 tahun ke bawah perlu hadir bersama ibu/bapa/penjaga yang sah.
  • Tentukan status pesakit sama ada kes rujukan baru atau kes janjitemu/ulangan.
PPP 2.1
Bagi Kes Rujukan Baru
  • Pesakit baru telah diberikan tarikh dan masa yang ditetapkan oleh PPP untuk janjitemu pertama tidak melebihi 3 bulan dari tarikh rujukan sama ada melalui panggilan telefon/ MyVAS.
  • Terima surat rujukan yang dibawa oleh pesakit daripada Pakar/ Pengamal Pergigian Kerajaan.
  • Lengkapkan maklumat pesakit pada kad rawatan L.P.8-1 PIN.8/2019  L.P.8,L.P.8-2 PIN.8/2019/secara online dalam sistem TPC-OHCIS.
  • Mengambil bayaran pendaftaran (jika perlu).Catat nombor kupon  di dalam kad rawatan / sistem TPC-OHCIS.
  • Daftar di dalam PG101B dan PG 211B Pind. 1/2022 (melalui sistem FFR).
  • PPP menyerahkan dokumen pengenalan, kupon resit pendaftaran dan menyerahkan nombor panggilan/giliran (jika berkaitan) kepada pesakit serta meminta pesakit untuk menunggu sehingga dipanggil ke bilik rawatan.
PPP 2.2
Bagi Kes Janjitemu/ Ulangan
  • Mengutamakan pesakit yang hadir mengikut masa janjitemu yang ditetapkan.
  • Cari kad rawatan L.P.7 pesakit dengan merujuk Kad Kedatangan L.P.1.
  • Terima bayaran pendaftaran (jika perlu). Catat nombor kupon di dalam kad rawatan / sistem TPC-OHCIS.
  • Daftar di dalam PG102 (Pin. 2/92)- Buku Daftar Pesakit Berterusan , PG 101B dan PG 211B Pind. 1/2022 (melalui sistem FFR).
  • PPP menyerahkan dokumen pengenalan, kupon resit pendaftaran dan menyerahkan nombor panggilan/giliran (jika berkaitan) kepada pesakit serta meminta pesakit untuk menunggu sehingga dipanggil ke bilik rawatan.
PPP 3.0
Persediaan di bilik rawatan
  • Terima kad rawatan dan memastikan pesakit memasuki bilik rawatan mengikut temujanji yang telah ditentukan.
  • Memastikan semua unit pergigian berfungsi dengan baik dan bahan pergigian mencukupi dan tidak melampaui tarikh luput.
  • Memastikan kawalan jangkitan silang dipatuhi.
Rujuk BKPS-DL 38- Guidelines on Infection Control in Dental Practice 2017
Pakar, PP, JPO, PPP 3.1
  • Semua yang bertugas di dalam bilik rawatan perlu mematuhi pemakaian PPE yang lengkap .
Pakar, PP, JPO 3.2
Bagi Kes Rujukan Baru (Perundingan I)
Rujuk BKPS-DL 125- Panduan dan Arahan Pengisian Kad Rawatan Pergigian L.P.8 2019 Edisi 2022.
Rekod di dalam L.P.8-1 PIN.8/2019  L.P.8-2 PIN.8/2019 /secara online dalam sistem TPC-OHCIS:
  • Riwayat perubatan dan riwayat pergigian
  • Rekod maklumat waris- emergency contact. Rujuk BKPS -DL-139 Guidelines Dental Record Keeping and Charting MDC
  • Rekod aduan pesakit.
  • Rekod penemuan extraoral dan intraoral pesakit.
  • Tentukan sama ada rawatan diperlukan dan layak dirawat di klinik kerajaan dengan merujuk kepada IOTN.Rujuk BKPS-DL53 Index Of Orthodontic Treatment Needs (IOTN)
  • Tentukan sama ada rawatan segera diperlukan atau tidak. Sekiranya tidak, masukkan butiran lengkap pesakit (nama penuh, alamat, nombor KP, nombor telefon dan skor IOTN) ke dalam buku senarai menunggu.
  • Sediakan rekod pra-rawatan iaitu pengambilan impresi untuk model kajian dan borang permintaan radiograf OPG dan Lat. Ceph jika rawatan segera diperlukan.
  • Ambil Borang Keizinan Fotografi/Multimedia PER/PHOTO/2016 (jika foto extraoral dan intraoral pesakit perlu diambil).Rujuk BKPS-DL54 Edisi Ketiga Dokumen Pengurusan Kebenaran Rawatan Pergigian bagi Perkhidmatan Pergigian KKM (Lampiran 3)
  • Rawatan nyahlekat pendakap gigi yang palsu rujuk pada garis panduan yang disediakan.Rujuk BKPS-DL89 Prosedur Operasi Piawai Pengurusan Kes Pendakap Gigi Yang Palsu.
Pakar 3.3
Bagi Kes Temujanji (Perundingan II)
  • Membuat perundingan dan perancangan rawatan selepas berbincang dengan pesakit dengan kehadiran penjaga/saksi.
  • Membuat pelan rawatan terperinci dengan persetujuan pesakit dan penjaga dan dicatatkan di dalam kad rawatan L.P.7/secara online dalam sistem TPC-OHCIS.
  • Maklumkan kos rawatan (jika berkaitan). Rujuk BKPS-DL-63- Garis Panduan Pelaksanaan Perintah Fi (Perubatan)(Pindaan) 2017.
  • Dapatkan pengesahan dan tandatangan pesakit/ penjaga dan saksi dalam kad dan borang kebenaran rawatan PGKebenaran/TPC-OHCIS-2/2016(Informed written consent).Rujuk BKPS-DL54 Edisi Ketiga Dokumen Pengurusan Kebenaran Rawatan Pergigian bagi Perkhidmatan Pergigian KKM (Lampiran 12 dan 12a)
Pakar, PP, JPO 3.4
Bagi Kes Janjitemu (Review)
  • Membuat persediaan rawatan dan mematuhi kawalan jangkitan silang semasa rawatan diberikan.
  • Beri rawatan kepada pesakit mengikut pelan rawatan.
  • Pantau kebersihan mulut pesakit pada setiap lawatan.
  • Beri nasihat/arahan terperinci kepada pesakit untuk setiap rawatan yang diberikan
  • Jika terdapat perubahan dalam perancangan rawatan, perlu dibuat perancangan rawatan yang baru dan seterusnya dapatkan pengesahan dan tandatangan baru pesakit/ penjaga serta saksi ke dalam kad rawatan (Informed written consent).Rujuk BKPS-DL54 Edisi Ketiga Dokumen Pengurusan Kebenaran Rawatan Pergigian bagi Perkhidmatan Pergigian KKM (Lampiran 12)
  • Rekodkan dengan lengkap berkenaan rawatan yang telah dijalankan pada kad rawatan berserta tandatangan serta cop/ tulis nama perawat yang berkenaan.
  • Memberi preskripsi ubat atau rujukan bagi pesakit yang memerlukan rawatan tambahan lain (tampalan/penskaleran) kepada unit yang berkenaan (jika perlu).
  • Kepilkan satu salinan surat rujukan pada kad rawatan.Rujuk BKPS-AK17 – Rujukan
  • Bagi kes cabutan gigi ortodontik, Pegawai Pergigian di Klinik/ Unit Pakar Ortodontik akan menjalankan cabutan sama ada di Klinik/ Unit Pakar Ortodontik atau di Klinik Pergigian Primer tanpa perlu dirujuk kepada Pegawai Pergigian di Klinik Pergigian Primer. Rujuk BKPS-DL-119- Surat Pelaksanaan Cabutan Gigi Yang Melibatkan Kes Ortodontik di fasiliti Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) 23 Disember 2022
Pakar, PP, JPO 3.5
Bagi Kes Kecemasan
  • Membuat persediaan rawatan mengikut aduan pesakit dan mematuhi kawalan jangkitan silang semasa rawatan diberikan.
  • Beri rawatan kepada pesakit mengikut keperluan pesakit pada ketika itu
  • Memberi preskripsi ubat atau rujukan bagi pesakit yang memerlukan rawatan tambahan lain (tampalan/penskaleran) kepada unit yang berkenaan (jika perlu).
  • Kepilkan satu salinan surat rujukan pada kad rawatan.Rujuk BKPS-AK17 – Rujukan
  • Sekiranya pesakit perlu dirujuk kepada kepakaran lain sepanjang tempoh rawatan ortodontik, Pakar/ PP akan merujuk menggunakan borang rujukan yang berkenaan.Rujuk BKPS-DL-100- Edaran Borang Rujukan Pesakit Ke Perkhidmatan Kepakaran Pergigian di Hospital-Hospital Di Bawah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor
PPP, PPK 4.0 Pengendalian pesakit selepas rawatan                                                                                                                   
  •  Turunkan pesakit dari kerusi pergigian.
  • Beri janjitemu/susulan (jika perlu). Catat dalam buku temujanji Pakar/ Pegawai Pergigian, kad rawatan L.P.7 dan Kad L.P.1 pesakit.
  • Sediakan sijil sakit atau time slip jika perlu).
  • Memberi arahan kepada pesakit untuk menjelaskan bayaran (jika perlu) di kaunter.
PPP 5.0 Pengurusan kutipan hasil
  • Terima bayaran. (Dokumen sokongan yang sah laku perlu untuk pengecualian bayaran).Rujuk BKPS-DL63 Garis Panduan Perlaksanaan Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan 2017) (Lampiran E)
  • Kutip bayaran dan catatkan butiran bayaran dengan jelas dan lengkap di dalam kad L.P.7/sistem TPC-OHCIS serta buku resit. Serah kupon atau resit bayaran kepada pesakit.
  • Jika pesakit layak memohon pengurangan/pengecualian caj,  pesakit perlu melengkapkan Lampiran C - Borang Permohonan Pengecualian Bayaran (disertai salinan surat sokongan/ kad bantuan kebajikan).
  • Bayaran ansuran bagi rawatan pendakap gigi adalah bergantung kepada status kelayakan pesakit.Rujuk BKPS-DL-111- Garis Panduan Bayaran Ansuran Bagi Rawatan Ortodontik di Fasiliti Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia.
  6.0
  • Pesakit pulang
  7.0 Proses disinfeksi bilik rawatan
  •  Disinfeksi unit, alat pergigian dan bilik rawatan yang telah digunakan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.
  • Sediakan peralatan pergigian untuk pesakit yang seterusnya.
Rujuk BKPS -DL-38- Guidelines on Infection Control in Dental Practice 2017
PPP 8.0 Pengurusan rekod dan penyelenggaraan harian/ bulanan
Rekod hasil kerja dalam dokumen yang berkaitan setelah selesai rawatan:
  • Catat reten harian kes ortodontik dalam PG ORT 201 Harian melalui sistem FFR.
  • Merekodkan data masa kedatangan pesakit.
  • Lengkapkan borang senarai semak BKPS-SS08 - Senarai Semak Penyelenggaraan Harian Peralatan di Bilik Rawatan Pergigian.
  • Laporkan hasil kerja bulanan kes ortodontik dalam PG ORT 201(Pind.1/2021) melalui sistem FFR  (Laporan Bulanan Pakar Ortodontik) dan PG 211B (Pind.1 /2022) (Reten Kehadiran Bulanan Pesakit Warganegara / Bukan Warganegara) pada akhir bulan kepada pegawai yang bertanggungjawab menyelenggarakan SMKP.
PT, PPP, PPK 8.1
  • Simpankan/failkan kad-kad rawatan, filem atau softcopy radiograf, dokumen dan model kajian di tempat yang sesuai dan selamat.
Rujuk  BKPS -DL-117- Tatacara Pelupusan Model Kajian Ortodontik di Fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (2023)
 
 

 
 

REKOD KUALITI

No.

NAMA REKOD

TEMPOH SIMPANAN

1 L.P.1 -Kad kedatangan  -
2 L.P.6 - Kad makmal 7 Tahun
3 L.P.7- Kad rawatan ortodontik 7 Tahun
4 L.P.8-1 PIN.8/2019  dan L.P.8-2 PIN.8/2019 7 Tahun 
5 PG 211B (Pind. 1/2022)- Rekod Kehadiran Bulanan Pesakit Warganegara/ Bukan Warganegara 5 Tahun
6 PG102 (Pin.2/92)-  Daftar kedatangan rawatan berterusan 5 Tahun
7 PG Ort 201(Pind. 1/2021) -Laporan Bulanan Bagi Perkhidmatan Kepakaran Ortodontik 5 Tahun
8 PG Ort 201 Harian 5 Tahun
9 BKPS-BK32 - Borang Rujukan Ortodontik 7 Tahun 
10 Buku temujanji/ diari tahunan untuk temujanji pesakit 2 Tahun
11 Buku senarai menunggu- senarai/ giliran untuk pesakit mendapat rawatan ortodontik yang merangkumi nombor senarai menunggu, nama, alamat dan nombor telefon

2 Tahun

12 BKPS-BK20- Borang ketakakuran 5 Tahun
13 BKPS-SS08- Rekod penyelenggaraan harian peralatan pergigian 5 Tahun
14 Filem x-ray, rekod pengambilan x-ray 7 Tahun
15 Lampiran C – Surat Pengakuan Pengecualian/ Pengurangan Bayaran 7 Tahun
16 Model Kajian Ortodontik 7 tahun
 

Arahan Kerja / Borang Kualiti / Senarai Semak / Pelan Risiko

  Arahan Kerja   
  BKPS-AK02 - PEMERIKSAAN, DIAGNOSA DAN RAWATAN
  BKPS-AK03 - PEMPROSESAN FILEM RADIOGRAFI
  BKPS-AK04 - PERALATAN PERGIGIAN - AUTOKLAF
  BKPS-AK06 - PERALATAN PERGIGIAN - HANPIS
  BKPS-AK08 - PERALATAN PERGIGIAN - UNIT PENSKALERAN
  BKPS-AK10 - PERALATAN PERGIGIAN - ULTRASONIC CLEANER
  BKPS-AK11 - PERALATAN PERGIGIAN - UNIT LIGHT CURE
  BKPS-AK12 - PERALATAN PERGIGIAN - UNIT PERGIGIAN
  BKPS-AK18 - TEMUJANJI
  BKPS-AK19 - PENGENDALIAN SISA KLINIKAL
  BKPS-AK20 - PENGENDALIAN KECEDERAAN AKIBAT PERALATAN TAJAM
  Borang Kualiti   
  BKPS-BK04 - BORANG MAKLUMBALAS PELANGGAN
  BKPS-BK20 - BORANG KETAKAKURAN
  BKPS-BK24 - BORANG RUJUKAN
  BKPS-BK28 - BORANG PEMANTAUAN KAWALAN JANGKITAN SILANG
  BKPS - BK29 (A) - BORANG PEMONITORAN UJIAN BIOLOGIKAL AUTOKLAF
  BKPS - BK29 (B) - BORANG PEMONITORAN UJIAN HELIX AUTOKLAF
  BKPS - BK29 (C) - BORANG PEMONITORAN UJIAN BOWIE-DICK AUTOKLAF
  Senarai Semak   
  BKPS-SS08 - SENARAI SEMAK PENYELENGGARAAN HARIAN PERALATAN DI BILIK RAWATAN PERGIGIAN
  BKPS-SS05 - SENARAI SEMAK PENYELENGGARAAN UNIT LIGHT CURE
  Dokumen Luaran  
  BKPS-DL38 - Guidelines On Infection Control In Dental Practice 2017
  BKPS-DL40 - Guidelines On Radiation Safety In Dentistry 2010
  BKPS-DL48 - Guidelines On Maintaining Quality Of The Dental Water System
  BKPS-DL53 - Index Of Orthodontic Treatment Need (IOTN)
  BKPS-DL54 - Edisi Ketiga Dokumen Pengurusan Kebenaran Rawatan Pergigian bagi Perkhidmatan Pergigian KKM
  BKPS-DL63 - Garis Panduan Pelaksanaan Perintah Fi (Perubatan)(Pindaan) 2017
  BKPS-DL89 - Prosedur Operasi Piawai Pengurusan Kes Pendakap Gigi Yang Palsu
  BKPS-DL100 - Edaran Borang Rujukan Pesakit Ke Perkhidmatan Kepakaran Pergigian Di Hospital-Hospital Dibawah Jabatan Kesihtan Negeri Selangor
  BKPS-DL-111 - Garis Panduan Bayaran Ansuran Bagi Rawatan Ortodontik di Fasiliti Pergigian
  BKPS-DL-112 - Garis Panduan Rujukan Rawatan Ortodontik
  BKPS-DL-117 - Tatacara Pelupusan Model Kajian Ortodontik Di Fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia
  BKPS-DL-119 - Pelaksanaan Cabutan Gigi Yang Melibatkan Kes ortodontik Di Fasiliti Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM
  BKPS-DL-120 - Terimaan Hasil Kerajaan Secara Elektronik Di Terminal Point Of Sale
  BKPS-DL-125 - Panduan Dan Arahan Pengisian Kad Rawatan Pergigian L.P.8 2019 Edisi 2022
  BKPS-DL-139 - Guidelines Dental Recod Keeping and Charting MDC
  Pelan Risiko  
  Tiada
  Pemilik Dokumen
  Dr Shaidatul Aishah bt Musa
 

Rekod Pindaan

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para
1. 01/09/2017 5.0

Pindaan dibuat selaras dengan pertukaran  versi MS ISO 9001:2015.

 
2. 01/02/2020 5.0

1. Bagi 12.0 - penambahan Jika terdapat perubahan dalam perancangan rawatan, perlu dibuat perancangan rawatan yang baru seterusnya dapatkan pengesahan dan tandatangan baru pesakit/ penjaga serta saksi ke dalam kad rawatan (Informed written consent).

2. Perubahan tempoh simpanan rekod kualiti - PG208 - Laporan bulanan Pakar Ortodontik (5 tahun)

3. Perubahan tempoh simpanan rekod kualiti PG303 - Laporan Harian Pakar Ortodontik (2 tahun)

4. Perubahan tempoh simpanan rekod kualiti BKPS - BK32 - Borang Rujukan Ortodontik (5 tahun)

 

 
3. 15/08/2020 5.0

Pindaan dan Penambahan

1) Definasi / Singkatan ditambah - AGP, IOTN, PPE, P1, P2, SOP, OPG, Lat Ceph

2) Tanggungjawab PKJ  1.0 - Sebelum pesakit hadir ke klinik pergigian (KP)

3) Tanggungjawab PKS 2.0 - Pemeriksaan di Kaunter Saringan

4) Tanggungjawab PKD 3.0 - Persediaan di Kaunter Pendaftaran

5) Tanggungjawab PPP, PPK, Pakar, Pegawai & JPO 4.0 - Persediaan di Bilik Rawatan

6) Tanggungjawab PPP & PPK 8.0 - Proses Disinfeksi di Bilik Rawatan

7) Dokumen luaran - Garis Panduan Perkhidmatan Pergigian Pasca Perintah Kawalan Pergerakan Pandemik Covid-19 No. 1/20

 
4. 05/09/2020 5.0  
5. 05/09/2020 5.0  
6. 21/10/2022 5.0
  • Prosedur Kualiti Perkhidmatan Ortodontik telah dikemaskini mengikut Garis Panduan Covid 19 yang terkini (Edisi Keempat) selaras dengan perubahan kepada fasa endemik.
  • Garis Panduan Perkhidmatan Pergigian Pasca Perintah Kawalan Pergerakan Pandemik Covid-19 digugurkan 

 

  • Perubahan kepada tempoh simpanan rekod kualiti  :
  1. PG208 (Laporan Bulanan Pakar Ortodontik) - 7 tahun
  2. PG303 (Laporan Harian Pakar Ortodontik)- 7 tahun
  3. BK32 (Borang Rujukan Ortodontik)-  7 tahun
  4. Kad LP6 dan LP7- 5 tahun
  5. Buku Temujanji/ diari tahunan untuk temujanji pesakit - 2 tahun
  6. Buku Senarai Menunggu- 2 tahun

 

  • Penambahan beberapa Garis Panduan yang baharu:
  1. Garis Panduan Bayaran Ansuran Bagi Rawatan Ortodontik di Fasiliti Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia
  2. Garis Panduan Rujukan Rawatan Ortodontik di Fasiliti Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia 2022
  3. Garis Panduan Pengurusan Wabak Covid -19 Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Edisi Keempat Ogos 2022
 
7. 31/05/2023 5.0

5.4

Pindaan melibatkan penggunaan reten baharu iaitu reten kehadiran PG 211B Pind. 1/2022 , PG Ort 201 Harian serta PG Ort 201 Pind. 1/2021 melalui sistem Fixed Format Reten.

Reten PG 208, PG 303 serta PG 101 tidak lagi digunapakai.

Pindaan turut melibatkan beberapa garis panduan yang terkini iaitu berkenaan dengan cashless payment melalui Terminal Point of Sale (TPOS) , Tatacara Pelupusan Model Kajian Ortodontik 2023 serta perlaksanaan rawatan cabutan gigi ortodontik oleh Pegawai Pergigian Ortodontik tanpa perlu merujuk kepada Klinik Pergigian Primer.

 
8. 20/09/2024 5.0

Pindaan melibatkan perubahan kepada sistem rekod klinikal iaitu TPC-OHCIS. Terdapat juga pindaan tempoh simpanan rekod reten pendaftaran pesakit dan reten klinikal pakar.

 
 
Home Manual Qualiti Prosedur Kualiti