Laman Utama   Bantuan  
   
     

PROSEDUR KUALITI

BKPS-PK-S13 - Perkhidmatan Pergigian Restoratif

   
Pindaan : 5.6
Tarikh Kuatkuasa : 30-09-2024
Tujuan Prosedur : Prosedur ini menggariskan langkah-langkah pengendalian perkhidmatan pergigian restoratif bagi tujuan mengendalikan masalah pergigian endodontik, prostodontik dan operatif.
Skop : Prosedur ini digunapakai untuk semua pesakit di Unit Pergigian Restoratif di bawah jagaan Bahagian Kesihatan Pergigian Selangor.
 

SINGKATAN / DEFINISI

Rekod Kualiti Semua rekod yang wujud akibat aktiviti-aktiviti dan prosedur-prosedur yang dilaksanakan
KKM Kementerian Kesihatan Malaysia
Pakar Pergigian Pakar Ortodontik, Pakar Periodontik, Pakar Pergigian Restoratif
PP Pegawai Pergigian
SMKP Sistem Maklumat Kesihatan Pergigian
KPI Petunjuk Prestasi Utama
NIA National Indicator Approach
PPP Pembantu Pembedahan Pergigian
PPK Pembantu Perawatan Kesihatan
SOP Standard Operating Procedure
PPE Personal Protective Equipment
OPG Orthopanthomogram
KP Klinik Pergigian
TPOS Terminal Point Of Sale
TPC-OHCIS Teleprimary Care- Oral Health Clinical Information System
FFR Fixed Format Report
 

PERKARA

TENAGA MANUSIA

  • PR    -    Pakar Pergigian Restoratif
  • PP    -    Pegawai Pergigian
  • PPP  -    Pembantu Pembedahan Pergigian
  • PPK  -    Pembantu Perawatan Kesihatan
  • PT     -    Pembantu Tadbir
  • KP     -    Klinik Pergigian
  • PKD  -    Petugas Kaunter Pendaftaran

 

DATA DAN MAKLUMAT

  • Kad Pengenalan/ MyKad/ Kad Polis/ Kad Tentera/ Passport/ Kad Pesara/ MyPesara
  • Sijil Kelahiran/ MyKid
  • Surat Rujukan
  • Surat Akuan Majikan
  • Surat Akuan Sekolah
  • Kad Rawatan
    • L.P.8 - 1 PIN.8/2019 (KANAK-KANAK / PRASEKOLAH / SEKOLAH / AM)
    • L.P.8 - 2 PIN.8/2019 (DEWASA / AM)
  • Kad Makmal
    • L.P.6 - Pin. 1/86
  • Kad Janjitemu
    • L.P.1 Pin. 1/86

 

PERALATAN

  • Peralatan dan unit pergigian
 

SASARAN

OBJEKTIF PROSES

 

Objektif Keseluruhan

Memberikan perkhidmatan kepakaran pergigian restoratif yang komprehensif dan berkualiti kepada pesakit yang dirujuk ke unit pergigian restoratif dan didapati memerlukan rawatan. Pesakit yang memenuhi garis panduan Protokol Rujukan RDITN sahaja diterima.

 

Objektif Kualiti - Proses Perkhidmatan

Memastikan sekurang-kurangnya 70% pesakit yang dirujuk mendapat temujanji untuk perundingan dalam tempoh 2 bulan (60 hari) selepas rujukan.

 

Key Performance Indicator (KPI)

a) Memastikan sekurang-kurangnya 75% pesakit dirujuk menerima rawatan restoratif dalam tempoh 2 bulan selepas konsultasi.

At least 75% (National: 50%) of referred patients given restorative treatment within 2 months after consultation.

 

b) Memastikan sekurang-kurangnya 92% kes pesakit berpuas hati terhadap fungsi dan keselesaan semasa temujanji susulan 6 hingga 9 bulan selepas rawatan restoratif.

At least 92% (National: 80%) of cases presented with satisfactory function and comfort at 6-9 months recall visit after restorative treatment.

 

National Indicator Assurance (NIA)

Memastikan sekurang-kurangnya 96% gigi abutment vital sedia ada bebas dari komplikasi endodontic dalam tempoh 2 tahun selepas pemasangan korona dan jambatan.

At least 96% vital abutment teeth remain free of endodontic complication within 2 years after crown or bridge cementation.

 

Patient Safety Indicator (PSI)

Memastikan kurang daripada 3% kecederaan tisu / laserasi disebabkan oleh bur berkelajuan tinggi semasa prosedur.

Not more than 3% of soft tissue trauma or laceration caused by sharp rotating high speed burs during procedures.

 

CARTA ALIRAN KERJA

 

TUGAS / TANGGUNGJAWAB

 

TANGGUNGJAWAB

TINDAKAN

     
     
PKD/ PPP 1.0 Penetapan Temujanji Untuk Hadir ke Unit Pakar Restoratif
    Sebelum pesakit hadir ke Unit Pakar Restoratif, PKD/ PPPdi Klinik Pergigian Primer/ Kepakaran lain membantu pesakit mendapatkan janjitemu melalui panggilan telefon/MyVAS.
Bagi pesakit ulangan, PKD hendaklah memberikan janjitemu berdasarkan slot masa rawatan yang sesuai apabila pesakit hadir / dihubungi / menghubungi PKD untuk janjitemu (appointment).
PKD/ PPP 2.0 Persediaan di Kaunter Pendaftaran
    Apabila pesakit hadir ke KP, pastikan pesakit memakai facemask dan bagi pesakit kanak-kanak, warga emas dan OKU diiringi oleh Pengiring/ Waris.
Memastikan kaunter berada dalam keadaan kemas dan lengkap dengan semua keperluan pendaftaran pesakit seperti PG 101B (Pind. 1/2022) / TPC-OHCIS, TPOS, Buku Kutipan Hasil dan Resit.
Rujuk: BKPS-DL120 Terimaan Hasil Kerajaan Secara Elektronik di Terminal Point Of Sale
PKD/ PPP 3.0 Pendaftaran Pesakit
    Menentukan status pesakit samada baru atau ulangan.
Minta pesakit meletakkan dokumen pengenalan diri dan surat rujukan untuk pendaftaran.
Bagi pesakit baru, tempoh sahlaku surat rujukan pergigian restoratif hanya untuk 3 bulan sahaja dari tarikh rujukan. Sekiranya surat rujukan melebihi tempoh 3 bulan, pesakit perlu mendapatkan semula surat rujukan baru daripada Klinik Pergigian bahagian Pesakit Luar.
Beri keutamaan kepada pesakit yang hadir mengikut masa janjitemu melainkan kes kecemasan.
  3.1 Bagi Pesakit Baru
   

1. Pesakit perlu membawa bersama surat rujukan BKPS-BK33 (Borang Rujukan Pergigian Restoratif) / BKPS-BK24 (Borang Rujukan).

2. Semak dokumen pengenalan diri pesakit. Jika dokumen tidak lengkap atau pesakit berusia 18 tahun ke bawah hadir bersendirian, pesakit tidak boleh didaftar kecuali kes kecemasan sahaja.

3. Pesakit berusia 18 tahun ke bawah perlu mendapat kebenaran untuk rawatan dari ibu/ bapa/ penjaga yang sah.

4. Butiran pesakit disahkan dengan sistem HRMIS bagi kakitangan kerajaan/ pesara (jika berkaitan).

5. Bagi kes pengecualian bayaran (contoh; ibu mengandung, pesara dll) catat kategori/status maklumat berkenaan pada kad rawatan pesakit.

6. Butiran peribadi pesakit dicatit ke dalam kad rawatan / dalam sistem TPC-OHCIS. Pastikan maklumat waris diperolehi. Surat rujukan dikepilkan dalam kad rawatan.
Rujuk:
- BKPS-DL 125 - Panduan Dan Arahan Pengisian Kad Rawatan L.P.8 2019 Edisi 2022
- BKPS-DL-139 - Guidelines Dental Record Keeping and Charting MDC - final

  3.2 Bagi Pesakit Janjitemu/ Ulangan
    Cari kad rawatan pesakit dengan merujuk Kad Kedatangan L.P.1 Pin. 1/86 atau dokumen pengenalan diri pesakit / carian data pesakit dalam sistem TPC-OHCIS.
  3.3 Kemaskini Rekod Pendaftaran
    Daftar maklumat pesakit dalam Sistem FFR- PG101B (Pind. 1/2022) / TPC-OHCIS.
PKD 4.0 Kutipan Bayaran Pendaftaran
    Setelah pesakit didaftarkan,

1. Terima bayaran untuk pendaftaran secara tunai atau TPOS.

2. Serah kupon/ resit bayaran (jika perlu).

3. Serah kembali dokumen atau Kad LP1 kepada pesakit.
Rujuk: BKPS-DL120 Terimaan Hasil Kerajaan Secara Elektronik di Terminal Point Of Sale

PKD 5.0 Penyerahan Nombor Panggilan
    Setelah pendaftaran selesai

1. Serahkan nombor panggilan kepada pesakit serta minta pesakit untuk tunggu sehingga dipanggil ke bilik rawatan.

2. Kepil satu salinan nombor panggilan pada kad rawatan. Catat masa tiba atau masa daftar di ruang yang berkaitan.

Petugas Kaunter Tekanan Darah 6.0 Pemeriksaan Tekanan Darah
    Setelah nombor pesakit diberikan,

1. Lakukan pemeriksaan tekanan darah bagi semua pesakit baru yang berumur 18 tahun dan keatas. Catat bacaan dalam kad rawatan. Tangguhkan rawatan pergigian jika keadaan tidak mengizinkan dengan justifikasi.
Rujuk: BKPS-DL56 Standard Operating Procedure SOP Pemeriksaan & Diagnosis Dan Pengambilan Tekanan Darah 2016

PPP/ PPK 7.0 Penyediaan Bilik Rawatan
PK/PP/ PPP/ PPK   Sebelum pesakit dipanggil ke bilik rawatan,

1. Pastikan bilik rawatan telah disediakan terlebih dahulu.

2. Amalkan langkah-langkah kawalan jangkitan silang dan pemakaian PPE yang lengkap sebelum membuat persiapan bilik rawatan dan setiap kali menjalankan pemeriksaan dan rawatan kepada pesakit.
Rujuk: BKPS-DL38 - Guidelines on Infection Control In Dental Practice 2017

PPP/ PPK 7.1 Terima kad rawatan
PK/ PP 8.0 Pemeriksaan dan diagnosa
    Setelah pesakit dipanggil, hendaklah melaksanakan perkara-perkara yang telah ditetapkan.
Maklumkan kepada pesakit untuk membuka face mask semasa pemeriksaan hendak dimulakan.
  8.1 Bagi Kes Ulangan:
    Rekod/ kemaskini sejarah perubatan dan pergigian pesakit di dalam kad rawatan/ sistem TPC-OHCIS (implied consent). Beri rawatan mengikut rancangan rawatan yang telah dipersetujui.
Jika keadaan perubatan pesakit tidak mengizinkan untuk pesakit menerima rawatan, tangguhkan rawatan, rujuk pesakit ke klinik kesihatan apabila perlu.
Rujuk: 
- BKPS-AK02 - Pemeriksaan, Diagnosa Dan Rawatan
- BKPS-DL-125 - Panduan Dan Arahan Pengisian Kad Rawatan Pergigian L.P.8 2019 Edisi 2022
  8.2 Bagi kes Janjitemu Pertama:
    Ambil maklumat perubatan/ kesihatan pesakit. Rekodkan dalam kad rawatan/ sistem TPC-OHCIS.
Lakukan pemeriksaan dan siasatan mengikut keperluan. Beri penerangan dengan kehadiran saksi (verbal consent) dan rekod nama saksi dan diagnosa dalam kad rawatan/ sistem TPC-OHCIS.
Rujuk: 
- BKPS-AK02 - Pemeriksaan, Diagnosa Dan Rawatan
- BKPS-DL-125 - Panduan Dan Arahan Pengisian Kad Rawatan Pergigian L.P.8 2019 Edisi 2022
PK/ PP 9.0 Perancangan Rawatan
    Setelah pemeriksaan dan diagnosa dijalankan, hendaklah berbincang dengan pesakit keperluan rawatan dan rujukan/ janjitemu. Maklumkan anggaran kos rawatan jika berkaitan.
Rujuk: BKPS-DL22 Perintah Fi (Perubatan)(Pindaan) 2017, Lampiran E - Caj Rawatan Pergigian
PK/ PP 10.0 Kebenaran Rawatan
    Setelah pesakit bersetuju dengan perancangan rawatan, dapatkan pengesahan dan tandatangan pesakit/ penjaga dan saksi dalam kad rawatan/ PGKebenaran/TPC-OHCIS-1/2016 atau PGKebenaran/TPC-OHCIS-2/2016 (Informed written consent).

1. Sekiranya perlu pembedahan, guna borang kebenaran pembedahan PER/CONSENT/2016.

2. Untuk pengambilan foto, guna borang keizinan fotografi/multimedia PER/PHOTO/2016.
Rujuk:
- BKPS-DL54 Edisi Ketiga Dokumen Pengurusan Kebenaran Rawatan Pergigian bagi Perkhidmatan Pergigian KKM
- BKPS-DL-134 Borang Keizinan Pembedahan - Prosedur - KKM PER CONSENT

PK/ PP 11.0 Jalankan Rawatan/ Tindakan Susulan
    Setelah kebenaran diperolehi, hendaklah

1. Laksanakan rawatan/ tindakan susulan yangperlu jika keadaan perubatan pesakit mengizinkan.

2. Sekiranya pesakit perlu dirujuk kepada kepakaran lain sepanjang tempoh rawatan restoratif, PR atau PP akan merujuk menggunakan borang rujukan yang berkenaan.
Rujuk:
- BKPS-AK02 - Pemeriksaan, Diagnosa Dan Rawatan
- BKPS-AK17 - Rujukan
- BKPS-DL100 - Edaran Borang Rujukan Pesakit Ke Perkhidmatan Kepakaran Pergigian Di Hospital-Hospital Dibawah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor
- BKPS-DL129 - Garis Panduan Pengurusan Kecemasan Perubatan Di Klinik Pergigian Primer Dan Kepakaran Non-Hospital Based
- BKPS-DL-135 - Garis Panduan Hidup Bersama COVID-19

PK/ PP 12.0 Kemaskini Kad Rawatan
    Setelah rawatan dijalankan,

1. Rekod siasatan/ rawatan yang telah dijalankan dengan lengkap pada kad rawatan/ sistem TPC-OHCIS.

2. Tandatangan kad rawatan dan cop/ tulis nama PR/ PP yang berkenaan.

3. Kemaskini maklumat pesakit dan rawatan yang telah dijalankan dalam PG RES 201 (Pind. 1/2021)/ sistem TPC-OHCIS.
Rujuk: BKPS-DL-125 - Panduan Dan Arahan Pengisian Kad Rawatan Pergigian L.P.8 2019 Edisi 2022

PK/ PP/ PPP 13.0 Penetapan Janjitemu Susulan
    Berikan tarikh janjitemu bagi pesakit yang memerlukan janjitemu susulan.

1. Bagi pesakit yang tidak hadir janjitemu yang diberikan maka janjitemu hanya akan diberi sekiranya pesakit menghubungi semula klinik pakar pergigian restoratif untuk penetapan janjitemu baru.

2. Jika pesakit masih tidak hadir pada janjitemu berikutnya maka kes akan ditamatkan.
Maklumkan kepada pesakit supaya memakai kembali face mask sebelum keluar dari bilik rawatan.

PKD 14.0 Kutipan Bayaran Rawatan
    Setelah rawatan dilaksanakan, terima kad rawatan di kaunter untuk kemaskini maklumat berkaitan

1. Kutip bayaran (jika perlu).

2. Serah kupon atau resit kepada pesakit.

3. Minta pesakit lengkapkan Lampiran C - Borang Permohonan Pengecualian bayaran jika pesakit tidak mampu.

4. Rekodkan butiran bayaran ke dalam kad rawatan dan PG101B (Pind. 1/2022)/ sistem TPC-OHCIS.
Pesakit dibenarkan pulang.
Rujuk:
- BKPS-DL22 Perintah Fi (Perubatan)(Pindaan) 2017, Lampiran E- Caj Rawatan Pergigian
- BKPS-DL 120 - Terimaan Hasil Kerajaan Secara Elektronik di Terminal Point Of Sale

PPP/ PPK 15.0 Disinfeksi Bilik Rawatan
PPP/ PPK   Selepas selesai rawatan dijalankan, hendaklah disinfeksi unit dan alat pergigian yang telah digunakan. Kemas bilik rawatan.
Rujuk: BKPS-DL38 - Guidelines On Infection Control In Dental Practice 2017
Sediakan peralatan untuk pesakit seterusnya.
PPP/PPK 15.0 Kemaskini Rekod
PPP/PPK   Setelah selesai rawatan pada hari tersebut, hendaklah lengkapkan borang senarai semak BKPS-SS08 Senarai Semak Penyelenggaraan Harian Peralatan Pergigian (di akhir sesi rawatan setiap hari).
PR/PP/PPP   Rekod hasil kerja dalam dokumen yang berkaitan.
PG RES 201 (Pind. 1/2021)/ sistem TPC-OHCIS.
PKD   Failkan kad rawatan setelah PG101B (Pind. 1/2022) dan PG RES 201 (Pind. 1/2021) dikemaskini.
 
 

REKOD KUALITI

No.

NAMA REKOD

TEMPOH SIMPANAN

 1. Kad Rawatan L.P.8-1 - PIN.8/2019 (KANAK-KANAK/ PRASEKOLAH/ SEKOLAH/ AM)  7 Tahun
 2. Kad Rawatan L.P.8-2 - PIN.8/2019 (DEWASA/ AM)   
 3. Kad Makmal L.P.6 - Pin.1/86  7 Tahun
 4. Borang Permohonan Pengecualian, Lampiran C  7 Tahun
 5. PG 101B (Pind. 1/2022) - Daftar Kehadiran Harian Pesakit Warganegara/ Bukan Warganegara Bagi Perkhimatan Pergigian Kepakaran  7 Tahun
 6. PG RES 201 (Pind. 1/2021) - Laporan Harian Bagi Perkhidmatan Kepakaran Pergigian Restoratif  7 Tahun
 7. PG 211B (Pind. 1/2022)- Rekod Kehadiran Bulanan Pesakit Warganegara/ Bukan Warganegara  2 Tahun
 8. BKPS-BK-04 - Borang Maklumbalas Pelanggan  1 Tahun
 9. BKPS-BK-06 - Borang Log Maklumbalas Pelanggan  2 Tahun
 10. BKPS-BK-20 - Borang Ketakakuran  2 Tahun
 11. BKPS-BP-22 - Borang Log  Ketakakuran/ TMK  2 Tahun
 12. BKPS-BK-24 - Borang Rujukan  5 Tahun
 13. BKPS-BK-29 - Borang Pemonitoran Biological Autoklaf  1 Tahun
 14. BKPS-BK-30 - Borang Temujanji untuk Rawatan  1 Tahun
 15. BKPS-BK-33 - Borang Rujukan Pergigian Restoratif   5 Tahun
 16. BKPS-BK-35 - Borang Penilaian Prestasi Pembekal  1 tahun
 17. BKPS-SS-05 - Senarai Semak Penyelenggaraan Peralatan Unit Light Cure  1 Tahun
 18. BKPS-SS-06 - Senarai Semak Penyelenggaraan Unit Pergigian Tetap  1 Tahun
 19. BKPS-SS-08 - Senarai Semak Penyelenggaraan Harian Peralatan Pergigian  1 Tahun
 20. Surat pengesahan jabatan  3 Bulan
 21. Buku temujanji                                                1 Tahun
 22. Filem x-ray  7 Tahun
 23. Model kajian  1 Tahun
 24.   Borang Keizinan Pembedahan/ Prosedur PER/ CONSENT/2016 (Lampiran 2)  7 Tahun
 25. Borang Keizinan Fotografi/ Multimedia PER/PHOTO/2016 (Lampiran 3)  7 Tahun
 26. Borang PGKebenaran/TPC-OHCIS-1/2016  7 Tahun
 27. Borang PGKebenaran/TPC-OHCIS-2/2016  7 Tahun
 

Arahan Kerja / Borang Kualiti / Senarai Semak / Pelan Risiko

  Arahan Kerja   
  BKPS-AK01 - KAWALAN KAD RAWATAN
  BKPS-AK02 - PEMERIKSAAN, DIAGNOSA DAN RAWATAN
  BKPS-AK03 - PEMPROSESAN FILEM RADIOGRAFI
  BKPS-AK04 - PERALATAN PERGIGIAN - AUTOKLAF
  BKPS-AK06 - PERALATAN PERGIGIAN - HANPIS
  BKPS-AK08 - PERALATAN PERGIGIAN - UNIT PENSKALERAN
  BKPS-AK09 - PERALATAN PERGIGIAN - VACULYSER
  BKPS-AK10 - PERALATAN PERGIGIAN - ULTRASONIC CLEANER
  BKPS-AK11 - PERALATAN PERGIGIAN - UNIT LIGHT CURE
  BKPS-AK12 - PERALATAN PERGIGIAN - UNIT PERGIGIAN
  BKPS-AK18 - TEMUJANJI
  BKPS-AK19 - PENGENDALIAN SISA KLINIKAL
  BKPS-AK20 - PENGENDALIAN KECEDERAAN AKIBAT PERALATAN TAJAM
  BKPS-AK26 - RAWATAN RESTORATIF
  Borang Kualiti   
  BKPS-BK04 - BORANG MAKLUMBALAS PELANGGAN
  BKPS-BK06 - BORANG LOG MAKLUMBALAS/ADUAN PELANGGAN
  BKPS-BK20 - BORANG KETAKAKURAN
  BKPS-BK22 - BORANG LOG LAPORAN KETAKAKURAN/PENAMBAHBAIKAN/TMK
  BKPS-BK24 - BORANG RUJUKAN
  BKPS-BK30 - BORANG TEMUJANJI UNTUK RAWATAN
  BKPS-BK33 - BORANG RUJUKAN PERGIGIAN RESTORATIF
  BKPS-BK35 - BORANG PENILAIAN PRESTASI PEMBEKAL
  Senarai Semak   
  BKPS-SS06 - SENARAI SEMAK PENYELENGGARAAN UNIT PERGIGIAN TETAP
  BKPS-SS08 - SENARAI SEMAK PENYELENGGARAAN HARIAN PERALATAN DI BILIK RAWATAN PERGIGIAN
  BKPS-SS05 - SENARAI SEMAK PENYELENGGARAAN UNIT LIGHT CURE
  Dokumen Luaran  
  BKPS-DL22 - Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2017
  BKPS-DL38 - Guidelines On Infection Control In Dental Practice 2017
  BKPS-DL54 - Edisi Ketiga Dokumen Pengurusan Kebenaran Rawatan Pergigian bagi Perkhidmatan Pergigian KKM
  BKPS-DL56 - Standard Operating Procedure (SOP) Pemeriksaan & Diagnosis dan Pengambilan Tekanan Darah 2016
  BKPS-DL59 - Panduan Mengisi Kad Rawatan Pergigian LP8 2019 Secara Manual
  BKPS-DL67 - Garis Panduan Perkhidmatan Pergigian Pasca Perintah Kawalan Pergerakan Pendemik Covid-19 No.1/20
  BKPS-DL100 - Edaran Borang Rujukan Pesakit Ke Perkhidmatan Kepakaran Pergigian Di Hospital-Hospital Dibawah Jabatan Kesihtan Negeri Selangor
  BKPS-DL-120 - Terimaan Hasil Kerajaan Secara Elektronik Di Terminal Point Of Sale
  BKPS-DL-125 - Panduan Dan Arahan Pengisian Kad Rawatan Pergigian L.P.8 2019 Edisi 2022
  BKPS-DL 129 - Garis Panduan Pengurusan Kecemasan Perubatan Di Klinik Pergigian Primer Dan Kepakaran Pergigian Non -Hospital Based
  BKPS-DL-134 - Borang Keizinan Pembedahan -Prosedur- KKM PER CONSENT
  BKPS-DL-135 - Garis Panduan Hidup Bersama COVID-19
  BKPS-DL-139 - Guidelines Dental Recod Keeping and Charting MDC
  Pelan Risiko  
  Tiada
  Pemilik Dokumen
  Dr Nurul Afiqah bt Baharin
 

Rekod Pindaan

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para
1. 10/09/2017 1

Pindaan dibuat selaras dengan pertukaran versi MS ISO 9001:2015

 
2. 15/11/2017 1  
3. 01/09/2017 5.0  
4. 01/03/2019 5.0

7.2.19 Membuang Objektif Kualiti Subproses dari Prosedur Kualiti

 
5. 01/01/2020 5.0  
6. 01/02/2020 5.0  
7. 01/09/2020 5.0

Pindaan pada prosedur kerja dengan mengambil kira Garis Panduan Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Pasca Perintah Kawalan Pergerakan Pandemik COVID-19 (Kemaskini 18 Mei 2020).

 
8. 03/09/2020 5.0  
9. 05/09/2020 5.0  
10. 21/10/2022 5.0  
11. 02/06/2023 5.0  
12. 30/09/2024 5.0
  1. Kemaskini tempoh sahlaku surat rujukan ke pakar restoratif yang belum dikemaskini sebelum ini. (Tempoh sahlaku selama 6 bulan sebelum ini tertakluk semasa waktu PKP dijalankan)
  2. Kemaskini prosedur terkini yang berkaitan dengan sistem TPC-OHCIS yang digunakan di Unit Kepakaran Restoratif KP Puchong Batu 14.
  3. Kemaskini Rekod Kualiti yang terlibat dengan sistem TPC-OHCIS.
  4. Penambahan Dokumen Luaran yang terkini yang berkaitan dengan Prosedur Kualiti Perkhidmatan Pergigian Restoratif.
 
 
Home Manual Qualiti Prosedur Kualiti