Laman Utama   Bantuan  
- ISO 9001:2008 QMS -    
     

PROSEDUR KUALITI

WPKL-BKP(G)-PK SG1 (OHCIS) - Perkhidmatan Makmal Pergigian (OHCIS)

   
Pindaan : 1
Tarikh Kuatkuasa : 15-09-2016
Objektif Prosedur :

Prosedur ini menggariskan langkah-langkah yang diambil oleh Juruteknologi Pergigian semasa penyediaan dan pembaikan dentur/ aplians.

Skop :

Prosedur ini digunapakai di makmal Klinik Pergigian, Jabatan Kesihatan WPKL dan Putrajaya yang menggunakan sistem OHCIS bagi penyediaan dan pembaikan dentur/ aplians.

SINGKATAN / DEFINISI

No.

SINGKATAN

DEFINISI

1 Aplians Merujuk kepada aplians, ortodontik dan lain-lain prostesis.
2 Dentur Aplians buatan bagi menggantikan gigi yang tiada untuk tujuan fungsi dan estetik.
3 Hasil Kerja Makmal Kerja-kerja yang dilakukan oleh Juruteknologi Pergigian untuk memproses dentur/ aplians di setiap peringkat.
4 Pembaikan Aplians Merujuk kepada pembaikan aplians yang rosak termasuk kes relining dan rebasing dentur.
5 Impresi Acuan yang diambil menggunakan bahan pergigian bagi merekod butir-butir dalam mulut pesakit.
6 PP Pegawai pergigian
7 JT Juruteknologi Pergigian
8 PPK Pembantu Perawatan Kesihatan
9 PPP Pembantu Pembedahan Pergigian
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
 

SASARAN

PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI)

1. Peratus Klinik Pergigian dengan senarai menunggu dentur yang melebihi 3 bulan.

2. Peratus pesakit mendapat dentur dalam tempoh 3 bulan.

3. Peratus pesakit berumur 60 tahun ke atas mendapat dentur dalam tempoh 8 minggu.

Sasaran terkini yang ditetapkan oleh pihak pengurusan.

 

CARTA ALIRAN KERJA

 

TANGGUNGJAWAB

TINDAKAN

JT 1.0 Terima impresi (kes dentur/ aplians) dan aplians yang rosak dari PPP/ PPK bersama salinan cetak LP-6 Kad Makmal; rujuk WPKL-BKP(G)-AK3 - Pembuatan dan Pembaikan Dentur/Aplians. Pastikan impresi/ dentur/ aplians tersebut telah didisinfeksi. Rujuk WPKL-BKP(G)-AK4 - Kawalan Jangkitan Silang.
 
JT 2.0

Buka skrin Juruteknologi dari sistem OHCIS

  • Klik 'confirm' untuk mengesahkan Juruteknolgi yang akan mengendalikan kes tersebut.
  • Lengkapkan ruangan yang berkaitan.

('Performed By,'Performed date/time', 'Working Model', 'Articulation Model', 'Study Model') jika berkaitan.

Klik selesai pada sistem OHCIS bagi tugasan yang diarahkan.

 
JT 3.0 Pembaikan

Lalukan aplians/ gigi palsu di bawah air paip yang mengalir. Pastikan aplians/ gigi palsu telah didisinfeksi.

Sediakan untuk kerja-kerja pembaikan ke atas dentur/ aplians.

Jalankan pembaikan dentur/ aplians yang patah.

Labelkan dengan empat nombor akhir kad pengenalan pesakit pada dentur/ aplians atau model pembaikan dengan pensel/ 'indelible pencil'. Rujuk WPKL-BKP(G)-AK3 - Pembuatan dan Pembaikan Dentur/Aplians.

JT

 

 

4.0

Kes Baru

Kes Dentur - semua model kerja, impresi, blok gigitan, model percubaan perlu dilakukan proses kawalan jangkitan silang.

Laksanakan peringkat kes mengikut arahan.

Klik selesai pada sistem OHCIS setelah selesai.

  4.1 Sediakan model kerja dari impresi. Rujuk WPKL-BKP(G)-AK3 - Pembuatan dan Pembaikan Dentur/Aplians.
  • Klik selesai pada sistem OHCIS setelah selesai.
 
  4.2 Sediakan ceper khas (jika perlu). Rujuk WPKL-BKP(G)-AK3 - Pembuatan dan Pembaikan Dentur/Aplians.
  • Klik selesai pada sistem OHCIS setelah selesai.
 
  4.3 Penyediaan model sekunder. (jika perlu)
  • Terima impresi sekunder dari bilik rawatan dan lakukan prosedur kawalan jangkitan silang. Rujuk WPKL-BKP(G) AK4 - Kawalan Jangkitan Silang 
  • Rujuk WPKL-BKP(G)-AK3 - Pembuatan dan Pembaikan Dentur/Aplians.
  • Klik selesai pada sistem OHCIS setelah selesai.
 
  4.4 Penyediaan Blok Gigitan
  • Sediakan blok gigitan jika perlu.Rujuk WPKL-BKP(G)-AK3 - Pembuatan dan Pembaikan Dentur/Aplians.
  • Setelah siap, labelkan dan letak atas rak sebelum temujanji. 
  • Klik selesai pada sistem OHCIS setelah selesai.
 
  4.5 Penyediaan untuk peringkat percubaab (try-in). Rujuk WPKL-BKP(G)-AK3 - Pembuatan dan Pembaikan Dentur/Aplians.
  • Letak trial set up di atas rak sebelum temujanji.
  • Klik selesai pada sistem OHCIS setelah selesai. Lakukan penyusunan semula jika perlu sekiranya percubaan pertama tidak memuaskan dan ulangi peringkat ini sehingga memuaskan. (Ulangi langkah 4.5)
 
  4.6 Teknik pempolimeran haba
  • Lakukan kerja-kerja pemangkasan, pelabelan dentur (denture labelling) dan penggilapan, pada dentur sehingga sempurna. Rujuk WPKL-BKP(G)-AK3 - Pembuatan dan Pembaikan Dentur/Aplians.
 
  4.7 Teknik Swapolimeran
  • Sekiranya dentur atau prostesis mengalami sebarang kecacatan seperti 'porosity'.
  • Lakukan pembaikan semula pada dentur tersebut.
  • Klik selesai pada sistem OHCIS setelah selesai.
 
  4.8 Sekiranya pesakit tidak bersetuju 'Denture Labelling', klik pada kolum denture labelling pada sistem OHCIS.
  • Setelah siap, letak di atas rak dentur untuk tindakan PPP/ PP seterusnya.
  • Klik selesai pada sistem OHCIS setelah selesai.
 
  4.9 Pastikan proses pembayaran dilaksanakan.
  • Klik pada sistem OHCIS jumlah bayaran dan nombor resit. Klik 'check out' pada sistem.
 
  5.0 Pastikan borang WPKL-BKP(G) BK 10 - Laporan Persiapan Kerja-kerja Makmal direkod di setiap peringkat serta lengkapkan keperluan data KPI dentur.
 
  5.1 Cetak dari sistem OHCIS PG 205 - Laporan Bulanan Klinik/ Daerah/ Negeri bagi hasil kerja Juruteknologi Pergigian. Rujuk Sistem Maklumat Pengurusan Kesihatan Pergigian (HMIS)
 
  5.2 Failkan salinan cetak LP6 yang telah selesai. 
 
     
 
     
 
     
 
     
 
     
 
     
 
     
 
     
 
     
 
     
 
     
 
     
 
     
 
     
 
     
 
     
 
     
 
     
 
     
 
     
 
 

No.

NAMA REKOD

TEMPOH SIMPANAN

1 Salinan cetak PG 205 - Laporan Bulanan Individu / Klinik/ Daerah/ Negeri bagi hasil kerja Juruteknologi Pergigian.  5 tahun
2 WPKL-BKP(G) - BK 10 - Laporan Persiapan Kerja-kerja Makmal pada Temujanji Pesakit.  2 tahun
     
     
     
     
     
     
     
     
 

RUJUKAN

  Arahan Kerja   
  AK 03 - Pembuatan Dan Pembaikan Dentur/ Aplians
  AK 04 - Kawalan Jangkitan Silang
  Borang Kualiti   
  WPKL-BKP(G)-BK 10 - Laporan Persiapan Kes-kes Dentur
  Senarai Semak   
  Tiada
  Dokumen Luaran   
  Tiada
  Pemilik Dokumen
  drfarha
 

REKOD PINDAAN

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para Diluluskan Oleh
 
Home Manual Kualiti Prosedur Kualiti