TANGGUNGJAWAB
|
TINDAKAN
|
Petugas Kaunter |
1.0 |
Kemaskan kaunter. Dapatkan kupon dan buku resit daripada PPYM. Pengeluaran kupon dan buku resit baru perlu direkod dan disahkan oleh PPYM. Rujuk WPKL-BKP(G)-PKS7 - Pengurusan Kutipan Hasil. |
|
Petugas Kaunter |
2.0 |
Terima pelanggan mengikut masa yang tertera pada jadual perkhidmatan.
Pastikan pelanggan mengambil nombor giliran mengikut kategori pesakit luar atau temujanji dan tunggu sehingga nombor giliran dipanggil.
Pastikan pelanggan memberi dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran (Rujuk WPKL BKP(G)-AK2). Sahkan butiran pelanggan dengan sistem HRMIS bagi kakitangan kerajaan (jika berkaitan).
|
|
|
3.0 |
Daftarkan pelanggan. Tentukan status pelanggan samada pelanggan baru atau ulangan. Kutip bayaran perundingan bagi bukan kakitangan kerajaan. Keluarkan scan card. Pastikan Arrival Acknowledgement dilakukan. |
Jika Sistem Fisicien tergendala, pendaftaran dijalankan secara manual. Data dimasukkan ke dalam sistem setelah ianya berfungsi.
Tunggu sehingga nombor giliran dipaparkan di kotak digital untuk dipanggil masuk ke dalam bilik rawatan.
|
PPP |
4.0 |
Sediakan bilik rawatan. |
|
|
4.1 |
Pastikan peralatan berfungsi. Lengkap borang WPKL-BKP(G)-BK8 - Rekod Penyelenggaraan Harian/Mingguan Peralatan Pergigian sebelum memulakan rawatan. Simpankan rekod tersebut di dalam fail yang telah disediakan pada akhir bulan. |
|
|
4.2 |
Pastikan bahan pergigian mencukupi dan tidak melampaui tarikh luput. Rujuk:
WPKL-BKP(G)-AK8 - Menginden Keperluan Klinik.
WPKL-BKP(G)-PKS5 - Pengurusan Stor.
WPKL-BKP(G)-PKS6 - Pengurusan Aset.
|
|
|
4.3 |
Amalkan langkah-langkah Kawalan Jangkitan Silang setiap kali merawat pesakit. Rujuk:
WPKL-BKP(G)-AK4 - Kawalan Jangkitan Silang.
Lengkapkan borang WPKL-BKP(G)-SS 12 - Rekod Pengendalian Harian Kawalan Jangkitan Silang. Simpankan rekod tersebut di dalam fail yang telah disediakan pada akhir bulan.
|
|
PPP |
5.0 |
Paparkan nombor giliran pelanggan pada kotak digital. Terima pelanggan dan sahkan maklumat peribadi adalah sama seperti yang tertera dalam Sistem Fisicien. Pastikan pelanggan dipanggil dalam tempoh 30minit dari waktu didaftarkan. |
|
PP/JP |
6.0 |
Semak status pelanggan samada pelanggan baru, ulangan atau kes temujanji. |
|
PP/JP
|
7.0
|
Pelanggan Baru / Ulangan:
Tanya aduan dan rekod sejarah perubatan dan pergigian. Jalankan pemeriksaan dan diagnosa. Rekod carta pergigian pergigian sepenuhnya dalam Sistem Fisicien.
Rujuk: WPKL-BKP(G)-AK2 - Pemeriksaan, Diagnosa dan Rawatan.
|
|
PP/JP |
8.0 |
Maklumkan dan bincang dengan pelanggan pelan rawatan dan keperluan rawatan/rujukan. |
Dapatkan kebenaran rawatan pergigian dan pastikan ia ditandatangani oleh setiap pelanggan baru; atau apabila terdapat perubahan/pindaan pada pelan rawatan bagi pelanggan ulangan untuk mengelakkan isu medikolegal. Lakukan rawatan secara berhati-hati bagi mengelakkan berlakunya kecederaan akibat peralatan tajam. Jika berlaku kecederaan hentikan rawatan serta-merta. Rujuk AK4 - Kawalan Jangkitan Silang bagi langkah selanjutnya. |
PP/JP |
9.0 |
Kebenaran rawatan disimpan secara hard copy/soft copy. |
|
PP/JP |
10.0 |
Jika tiada rawatan diperlukan (TPR), masuk maklumat dalam Sistem Fisicien dan discaj pelanggan. |
|
PP/JP |
11.0 |
Buat rujukan jika perlu dan pelanggan didiscaj (Guna rujukan yang telah disediakan dalam Sistem Fisicien). |
|
PPP
|
12.0
|
Jika pelanggan memerlukan rawatan susulan, tetapkan temujanji seterusnya dan discaj pelanggan. Tarikh dan masa temujanji dicatatkan pada kad temujanji - LP1 pelanggan.
Rujuk: WPKL-BKP(G)-AK2- Seksyen Temujanji.
Rekod ke dalam appointment booking Sistem Fisicien.
|
|
PP/JP
|
13.0
|
Beri rawatan kepada pelanggan mengikut keperluan. Rujuk: WPKL-BKP(G)-AK2 - Rawatan yang berkaitan dan Seksyen Temujanji.
|
|
PP/JP
|
14.0
|
Pelanggan Temujanji:
Buat rawatan seperti dirancang sehingga selesai kes atau di beri temujanji selanjutnya.
|
|
PP/JP
|
15.0
|
Setelah selesai rawatan, rekod maklumat dalam Sistem Fisicien.
-
Jenis rawatan/preskripsi ubat/rujukan/nota klinikal/temujanji.
-
Pemberian sijil cuti sakit / time slip (jika perlu).
|
|
Petugas Kaunter
|
16.0
|
Semak caj bayaran. Rujuk:
-
Akta Fee 1951 (Jadual F) Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2017.
-
Caj Rawatan Warga Asing. Rujuk Surat Pekeliling Ketua Setiausaha KKM Bil 8 Tahun 2015.
-
Fail Pekeliling berkenaan dengan kutipan hasil.
-
WPKL-BKP(G)-PKS7 - Pengurusan Kutipan Hasil.
|
|
Petugas Kaunter
|
17.0
|
Kutip bayaran menggunakan kupon bayaran atau resit Kew 38. Serah kupon atau resit kepada pelanggan.
Minta pelanggan lengkapkan Lampiran C - Borang Permohonan Pengecualian Bayaran jika pelanggan tidak mampu.
Kalau tiada bayaran discaj pelanggan.
|
|
PP/JP |
18.0 |
Nama pelanggan yang tertera di Sistem Fisicien didaftar keluar (send home) atau hantar ke farmasi jika preskripsi ubat diperlukan. |
|
PPP
|
19.0
|
Kemas dan disinfeksi unit dan alat pergigian yang telah digunakan. Sediakan peralatan untuk pelanggan seterusnya.
Rujuk: WPKL-BKP(G)-AK4 - Kawalan Jangkitan Silang.
|
|
PPP |
20.0 |
Harian |
|
|
20.1 |
Rekod hasil kerja dalam PG 302 Pin 1/13. |
|
Petugas Kaunter |
20.2 |
Tutup kira-kira kutipan hasil harian dan rekod dalam buku Kew.249-Pin.3/94.
Rujuk: WPKL-BKP(G)-PKS7 - Pengurusan Kutipan Hasil.
|
|
|
21.0 |
Bulanan |
|
KJP/PPP/JP
|
21.1
|
Di akhir bulan, hasil kerja bulanan individu dicantumkan untuk hasil penyata bulanan peringkat klinik (PG 206 Pin.2/2007 , PG 214 Pin 1/13, PKP 201 Pin.2/2007, PG 207 Pin.2/2007). , , , , , , p)))
|
|
KJP
|
21.2
|
Diserahkan ke Pejabat Pegawai Pergigian Daerah sebelum 29 haribulan setiap bulan. Rujuk: WPKL-BKP(G)-AK16 - Pengurusan Sistem Maklumat Kesihatan Pergigian.
|
|
Petugas Kaunter
|
21.3
|
Tutup kira-kira hasil pungutan bulanan. Rujuk WPKL-BKP(G)-PKS7 - Pengurusan Kutipan Hasil.
|
|
|
|
|
|