Laman Utama   Bantuan  
- ISO 9001:2008 QMS -    
     

PROSEDUR KUALITI

WPKL-BKP(G)-PK AG3 (OHCIS) - Perkhidmatan Pergigian Sekolah (OHCIS)

   
Pindaan : 1
Tarikh Kuatkuasa : 17-07-2017
Objektif Prosedur :

Prosedur ini menggariskan langkah-langkah yang harus diambil untuk mengendalikan Perkhidmatan Pergigian Incremental kepada murid sekolah rendah dan menengah melalui Pasukan Pergigian Bergerak, Klinik Pergigian Bergerak dan Klinik Pergigian Sekolah. Perkhidmatan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan tahap kesihatan pergigian murid-murid sekolah kearah mencapai status kesihatan orally-fit.

Skop :

Prosedur ini digunapakai oleh Klinik Pergigian di Jabatan Kesihatan WPKL & Putrajaya yang menggunakan sistem OHCIS bagi memberi perkhidmatan pergigian melalui Pasukan Pergigian Bergerak, Klinik Pergigian Bergerak atau Klinik Pergigian Sekolah.

SINGKATAN / DEFINISI

No.

SINGKATAN

DEFINISI

1 PPD Pegawai pergigian Daerah
  PPYM Pegawai Pergigian Yang Menjaga
  KU Ketua Unit
  PP Pegawai Pergigian
  JT Juruteknologi Pergigian 
  JP Juruteknologi Pergigian
  PPP Pembantu Pembedahan Pergigian
  PPK Pembantu Perawatan Kesihatan
  LMG Latihan memberus gigi
  KPS Klinik Pergigian Sekolah
  KPB Klinik Pergigian Bergerak
  PPB Pasukan Pergigian Bergerak
  HEM Hal Ehwal Murid
  PKP Pendidikan Kesihatan Pergigian
  SMPK Sistem Pengurusan Maklumat Perkhidmatan Kesihatan Pergigian
  Orally-fit Keadaan mulut seseorang yang tidak memerlukan rawatan asas pergigian sewaktu pemeriksaan mulut dijalankan.
     
     
     
     
 

SASARAN

Ojektif Kualiti

1. Peratus murid sekolah rendah berpuas hati terhadap perkhidmatan yang diberi.

2. Peratus murid sekolah menengah berpuas hati terhadap perkhidmatan yang diberi.

3. Peratus pihak sekolah berpuas hati terhadap perkhidmatan yang diberi. 

National Indicator Approach (NIA)

1. Percentage of primary school children maintaining orally fit status.

2. Percentage of secondary school children maintaining orally fit status.

3. Percentage of 16 year-old children free from gingivitis.

District Specific Approach (DSA)

1. Kadar kehilangan gigi setiap 100 murid 12 tahun X+M/100 </= 2.0 (</= 1.5 - WPKL)

2. Kadar kehilangan gigi setiap 100 murid 16 tahun X+M/100 </= 6.0 

3. Mean DMFX murid 12 tahun </= 0.40 (</= 0.35 - WPKL)

4. Mean DMFX murid 16 tahun </= 0.70 

5. Peratus murid 16 tahun dengan X+M = 0

Key Performance Indicator

1. Peratus sekolah rendah yang mendapat liputan perkhidmatan pergigian.

2. Peratus murid sekolah rendah yang mendapat liputan perkhidmatan pergigian. 

3. Peratus sekolah menengah yang mendapat liputan perkhidmatan pergigian.

4. Peratus murid sekolah menengah yang mendapat liputan perkhidmatan pergigian.

5. Peratus murid sekolah rendah mencapai status orally-fit.

6. Peratus murid sekolah menengah mencapai status orally-fit.

Sasaran terkini yang ditetapkan oleh pihak pengurusan.

 

CARTA ALIRAN KERJA

 

TANGGUNGJAWAB

TINDAKAN

    Persediaan Sebelum Jalankan Program
 

PPYM/PP/JP

1.0

Kemaskini senaraikan nama sekolah rendah/menengah (termasuk sekolah baru) serta jumlah enrolmen murid pada hujung tahun sebelumnya.

Dapatkan takwim sekolah untuk tahun berikutnya.

Bagi sekolah sedia ada dalam sistem OHCIS, kemaskini data maklumat pelajar dalam sistem.

Bagi sekolah baru, pastikan pihak sekolah memberi maklumat data pelajar dalam bentuk softcopy kepada pihak klinik untuk dimuat naik (upload) dalam sistem OHCIS.

 
JP/PPP 2.0 Edarkan borang kebenaran rawatan PGKebenaran/Sekolah/2016 kepada guru HEM pada hujung tahun atau masa yang ditentukan dengan persetujuan pihak sekolah untuk dilengkapkan bagi murid baru pada tahun semasa.
 
PP/JP 3.0  Sediakan jadual lawatan (tentative) ke sekolah rendah/menengah untuk tahun semasa dan edarkan ke pihak sekolah.
 
JP/PPP 4.0 Dapatkan semula borang kebenaran rawatan PGKebenaran/Sekolah/2016 serta senarai nama murid mengikut kelas dari pihak sekolah sebelum lawatan.
 

PP/JP/PPP

5.0

Susun (sorting) nama pelajar di dalam sistem OHCIS berpandukan senarai nama yang diperolehi dari pihak sekolah.

Semak borang kebenaran rawatan PGKebenaran/Sekolah/2016. Rawatan dijalankan sekiranya ada kebenaran. Jika tiada kebenaran, surat makluman rawatan diberi kepada ibubapa/penjaga.

Simpan kebenaran rawatan secara hard copy/soft copy.

 
JP/PPP/PPK 6.0 Maklumkan kepada pihak sekolah tarikh lawatan ke sekolah dan pindaan jadual sekiranya terdapat perubahan jika perlu.
 
    Persiapan Sebelum Lawatan
 

JP/PPP/PPK

7.0

Kenalpasti keperluan seperti berikut:

  • Kelengkapan berat
  • Kelengkapan ringan
  • Keperluan domestik
  • Keperluan bahan-bahan pergigian
Rujuk WPKL-BKP(G) - SS2- Senarai Semak Peralatan/ Bahan Pergigian semasa lawatan ke sekolah rendah/ menengah.
 

JP/PPP

8.0

Upload senarai nama pelajar dari sistem OHCIS ke offline mode (sistem OHCIS tanpa talian internet)

 
PP/JP/PPP/PPK/Pemandu 9.0 Uruskan penggunaan kenderaan untuk menghantar kelengkapan bagi menjalankan program yang telah dirancang.
 
    Semasa Lawatan
 

PP/JP Yang Menjaga Sekolah

10.0

Pastikan perkara berikut dilaksanakan:

  • Bilik untuk merawat bersih dan kemas
  • Peralatan dan bahan pergigian mencukupi dan disusun dengan baik.
 
JP/PPP/PPK 11.0 Pastikan peralatan yang hendak digunakan sentiasa diselenggara dengan baik. Rujuk WPKL-BKP(G)-BK8 - Rekod Penyelenggaraan harian, Mingguan Peralatan Pergigian.
 

PPP/JP

12.0

Jalankan pemeriksaan dan laksanakan rawatan selepas pemberian ceramah/ LMG.

Rujuk WPKL-BKP(G)-AK14 - Pengendalian Sealan Fisur

Rujuk WPKL-BKP(G)-AK2 - Pemeriksaan, Diagnosa dan Rawatan

Rujuk WPKL-BKP(G)-AK4 - Kawalan Jangkitan Silang

Amalkan kawalan jangkitan silang. Gunakan borang WPKL-BKP(G)-SS12 - Rekod Pengendalian Harian Kawalan Jangkitan Silang.

 
PP/JP 13.0 Kemaskini dan lengkapkan setiap section sehingga check out (charting, clinical notes, HIMS)
 
PP/JP 14.0

Kenalpasti status pelajar mengikut kategori berikut dan catatkan di ruang catatan (letakkan di langkah 13)

  • Perlu rawatan
  • TPR
  • Murid yang berisiko (medical problem)
  • Kad yang tiada kebenaran untuk rawatan.

Jika pelajar memerlukan cabutan di sekolah, berikan borang kebenaran bagi rawatan cabutan gigi kekal / gigi susu yang tidak longgar; PGKebenaran/Sekolah-Tambahan/2016 kepada ibubapa/penjaga. Rawatan dijalankan sekiranya ada kebenaran.

 

PP/JP 15.0 Kenalpasti pelajar yang memerlukan rujukan PP. Cetak borang rujukan daripada sistem OHCIS. Simpan 1 salinan di peringkat klinik.
 
PP/JP 16.0 Pastikan borang WPKL-BKP(G)-BK2 - Laporan Lawatan Pemantauan Pegawai Pergigian Di Sekolah Rendah dilengkapkan oleh pegawai yang menyelia semasa lawatan.
 
    Aktiviti Pendidikan Kesihatan Pergigian
 

PP/JP/PPP

17.0

Rancang ceramah/ LMG/ pameran selepas pemeriksaan dijalankan dan maklumkan kepada guru kelas/ guru HEM

Rujuk Oral Health Care For School Children MOH/K/GIG/5.2007(BK)

 

PP/JP/PPP

18.0

Buat persiapan bahan alat pandang dengar

Rujuk WPKL-BKP(G)-SS1 - Senarai Semak Peralatan dan Bahan Untuk Aktiviti Pendidikan Kesihatan Pergigian.

 

PP/JP/PPP/PPK

19.0

Laksanakan aktiviti PKP seperti yang dirancang

Rujuk WPKL-BKP(G)-AK6 - Aktiviti Pendidikan kesihatan Pergigian.

 
PP/JP 20.0 Lengkapkan borang SMPK yang berkaitan melalui sistem OHCIS. Rujuk Buku Panduan Sistem Pengurusan Maklumat Perkhidmatan Kesihatan Pergigian. Keluaran 2013 - MOH/S/RAN/70.13 (HB)
 
    Tamat Rawatan
 
PP/JP 21.0 Semak dan kemaskini WPKL-BKP(G)-BK 5A - Fissure Sealant Treatment Need and Treatment Rendered by Year of School Children & WPKL-BKP(G)-BK 5B - Trend Data of Decayed Teeth with Occlusal Caries in Year 6 Children Over 5 Years
 
KU/PP/JP 22.0 Uruskan kenderaan (termasuk KPB) untuk pemindahan pasukan. 
 
PP/JP 23.0 Sediakan Laporan Status Kesihatan Mulut WPKL-BKP(G)-BK6 - Laporan Status Kesihatan Pergigian Murid Sekolah dalam tempoh 3 minggu.
 
PPD/PPYM/KU 24.0 Cetak dari sistem OHCIS PG206, 207, 201, 203, 204, PKP 201 dan lain-lain borang SMPK yang berkaitan kepada peringkat zon/negeri.
 
     
 
     
 
     
 
     
 
     
 
     
 
     
 
 

No.

NAMA REKOD

TEMPOH SIMPANAN

1 Jadual lawatan sekolah rendah/ menengah 1 Tahun
2 Borang keizinan rawatan pergigian LP8-1 7 Tahun
3 WPKL-BKP(G)-SS1 - Senarai Semak Peralatan dan Bahan Untuk Aktiviti Pendidikan Kesihatan Pergigian 1 Tahun
4 WPKL-BKP(G)-SS2 - Senarai Semak Peralatan/ Bahan pergigian Semasa Lawatan ke Sekolah Rendah/ Menengah 1 Tahun
5 WPKL-BKP(G)-SS12 - Rekod Pengendalian Harian Kawalan Jangkitan Silang 1 Tahun
6 WPKL-BKP(G)-BK2 - Borang Lawatan Pemantauan Pegawai Pergigian di Sekolah Rendah 2 Tahun
7 WPKL-BKP(G)-BK6 - Laporan Status kesihatan Pergigian Murid Sekolah 2 Tahun
8 WPKL-BKP(G)-BK8 - Rekod Penyelenggaraan Harian dan MIngguan Peralatan Pergigian 1 Tahun
9 WPKL-BKP(G)-BK 5A - Fissure Sealant Treatment Need and Treatment Rendered by Year of School Children 5 Tahun
10 WPKL-BKP(G)-BK 5B - Trend data of decayed teeth with Occlusal Caries in Year 6 Children Over 5 Years 5 Tahun
11 Salinan cetak PG 206 - Laporan Bulanan Individu/ Klinik/ Daerah/ Negeri bagi Hasil Kerja Jururawat Pergigian 5 Tahun
12 Salinan cetak PG 207 - Laporan Bulanan Individu/ Klinik/ Daerah/ Negeri bagi Hasil Kerja Pegawai Pergigian 5 Tahun
13 Salinan cetak PG 307 - Pendaftaran, Kenyataan Permulaan Dan Akhir Rawatan Pergigian Incremental Kanak-kanak Pra Sekolah/ Murid Sekolah Rendah/ Menengah/ Kanak-kanak Istimewa 2 Tahun
14 Saliana cetak PG 201 - Kenyataan Permulaan Dan Akhir Rawatan Pergigian Incremental Murid Pra Sekolah/ Sekolah Rendah/ Menengah/ Kanak-kanak Istimewa 5 Tahun
15 Salinan cetak PG 203 - Laporan Bulanan Daerah/ Negeri bagi Rawatan Pergigian Incremental Pra Sekolah/ Murid Sekolah Rendah/ Kanak-kanak Istimewa 5 Tahun
16 Salinan cetak PG 204 - Laporan Bulanan Daerah/ Negeri bagi Rawatan Pergigian Incremental Sekolah Menengah/ Kanak-kanak Istimewa 5 Tahun
17 Salinan cetak PKP 101 - Rekod Harian Pendidikan Kesihatan Pergigian 1 Tahun
18 Salinan cetak PKP 201 - Laporan Bulanan Pendidikan Kesihatan Pergigian Bagi Individu/ Klinik/ Daerah/ Negeri 5 Tahun
 

RUJUKAN

  Arahan Kerja   
  AK 01 - Kawalan Kad Rawatan
  AK 02 - Pemeriksaan, Diagnosa dan Rawatan
  AK 04 - Kawalan Jangkitan Silang
  AK 05 - Cara Mengguna Dan Menyelenggara Alat Alat Pergigian
  AK 06 - Aktiviti Pendidikan Kesihatan Pergigian
  AK 08 - Menginden Keperluan Klinik
  AK 14 - Pengendalian Sealan Fisur
  AK 11 - Urusan Pentadbiran/Pengurusan Pejabat
  Borang Kualiti   
  WPKL-BKP(G)-BK 02 - Laporan Lawatan Pemantauan Pegawai Pergigian / Ketua Unit di Sekolah Rendah
  WPKL-BKP(G)-BK 06 - Laporan Status Kesihatan Pergigian Murid Sekolah
  WPKL-BKP(G)-BK 08 - Penyelenggaraan Harian Peralatan Pergigian
  WPKL-BKP(G)-BK 05A - Fissure Sealant Treatment Need and Treatment Rendered by Year of School Children
  WPKL-BKP(G)-BK 05B - Trend Data of Decayed Teeth with Occlusal Caries in Year 6 Children Over 5 Years
  Senarai Semak   
  WPKL-BKP(G)-SS 14 - Rekod Verifikasi Alat Penimbang Berat
  WPKL-BKP(G)-SS 02 - Rujukan Senarai Peralatan Pergigian / Bahan Pergigian Semasa Lawatan ke Sekolah Rendah/Menengah/Prasekolah/Tadika
  WPKL-BKP(G)-SS 12 - Rekod Pengendalian Harian Kawalan Jangkitan Silang
  Dokumen Luaran   
  Tiada
  Pemilik Dokumen
  drfarha
 

REKOD PINDAAN

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para Diluluskan Oleh
 
Home Manual Kualiti Prosedur Kualiti