Laman Utama   Bantuan  
- ISO 9001:2008 QMS -    
     

PROSEDUR KUALITI

WPKL-BKP(G)-PK AG6 - Perkhidmatan Periodontik

   
Pindaan : 1
Tarikh Kuatkuasa : 08-04-2021
Objektif Prosedur :

Prosedur ini menerangkan langkah-langkah pengendalian pesakit periodontik bagi tujuan perawatan dan pencegahan penyakit periodontium serta pengekalan kesihatan periodontium yang telah dirawat.

Skop :

Prosedur ini digunapakai di Unit Pakar Periodontik, Bahagian Kesihatan Pergigian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan merangkumi semua pesakit yang dirujuk ke Unit Pakar Periodontik.

SINGKATAN / DEFINISI

 

1 Periodontologi Disiplin Pergigian yang melibatkan tisu-tisu penyokong gigi, gingiva, ligamen periodontium, tulang alveolus & simentum
2 PPerio Pakar Periodontik
3 JPP JururterapiPergigian Pos-Basik Periodontik
4 PPP Pembantu Pembedahan Pergigian
5 PPK Pembantu Perawatan Kesihatan
6 PG 305 Laporan Harian Pakar Periodontik
7 PG 212 Laporan Bulanan Pakar Periodontik
8 PG 101 Daftar Pesakit
9 PG 102 Daftar Kedatangan Rawatan Berterusan - Klinik Ortodontik/Periodontik/Paedodontik
10 LP 12/12c Kad Rawatan Periodontik
11 LP8, LP 2 Kad Rawatan
12 LP1 Kad Temujanji
13 Keratan Resit Keratan Resit Unit Pakar Periodontik
14 Perubatan 9  Buku Sijil Cuti Sakit
15 Lampiran C Surat Pengakuan Pengecualian Bayaran
16 PER/CONSENT/2016 Borang Keizinan Pembedahan
17 OHCIS Oral Health Care Information System
18 SOP Standard Operating Procedure
19 * Rujuk Manual SOP OHCIS/Ficisien
 

SASARAN

KEY PERFORMANCE INDICATORS (KPI)

a. Bilangan pesakit yang menunggu untuk mendapat rawatan dalam masa <30 minit :85%

b. Kes rujukan baru diberi untuk temujanji pertama dalam masa 4 minggu : 65%

c. Memastikan sekurang-kurangnya 20% kes rujukan baru tamat rawatan dalam masa 2 tahun

 

NATIONAL INDICATOR APPROACH (NIA) 

Reduction of Probeable Pocket Depth  (PPD) in periodontitis  patients with pocket depth > 6mm at baseline by 50% after 6 months, in 70% of patients

 

OBJEKTIF KUALITI UNIT PAKAR PERIODONTIK  

Memastikan sekurang-kurangnya 60% pesakit yang dirujuk mendapat temujanji pertama dalam tempoh satu bulan selepas rujuk : >60%

Sasaran terkini yang ditetapkan oleh pihak pengurusan 

 

CARTA ALIRAN KERJA

 

 

TANGGUNGJAWAB

TINDAKAN

   1.0 PENERIMAAN KES RUJUKAN BARU
 
PP/PPP/PPK

 

1.0 Pastikan terima pesakit yang dirujuk mempunya surat rujukan
1.1 Pastikan temujanji pesakit baru ditetapkan dalam tempoh 1 bulan selepas menerima surat rujukan/panggilan telefon
  2.0 PENGENDALIAN KES RUJUKAN DI KAUNTER PENDAFTARAN
 
PP/PPP/PPK

 

2.1 Pastikan pesakit mempunyai dokumen yang mencukupi untuk pendaftaran:

  • Surat rujukan
  • Dokumen pengenalan diri
  • Surat pengesahan majikan/sekolah/kad pesara (jika ada)
  • Perlu pengesahan HRMIS bagi pegawai kerajaan.

2.2 Pastikan status pesakit samada temujanji pertama,ulangan

2.3 Pastikan pesakit di daftar dalam PG101/102 untuk pendaftaran

2.4 Pastikan LP12/12c disediakan untuk temujanji awal/ulangan

2.5 Pastikan pesakit didaftarkan dalam data sistem OHCIS mengikut manual pengguna (untuk sistem atas talian)

2.6 Kesan nombor pada kad pengenalan/nama pesakit didalam sistem

2.7 Semak dan kenalpasti GL (penjawat awam/tanggungan).

2.8 Catat dalam kad rawatan status GL dan pengecualian pembayaran(sistem manual)

2.9 Bayaran dikutip untuk pendaftaran, rekod dalam kad rawatan LP12 dan PG101

 
PPP  3.0 PENGENDALIAN PESAKIT 
 

PPP/PPK

PPP/PPK

PPERIO/PP/JPK/JP/PPP/PPK

 

3.1 Bilik rawatan disediakan

3.2 Pastikan peralatan berfungsi. Lengkapkan borang sebelum rawatan

3.3 Jangkitan silang diamalkan mengikut garis panduan

3.4 Simpan rekod dalam fail

 
   4.0 MELAKSANAKAN RAWATAN DAN DIAGNOSIS
 
PPERIO/PP

 

4.1 Catat masa pesakit dipanggil ke bilik rawatan

4.2 Sahkan maklumat peribadi dalam LP12 (kes baru)

4.3 Maklumat perubatan direkodkan

4.4 Aduan,pemeriksaan klinikal direkodkan 

4.5 Tekanan darah tinggi pesakit dicatat (jika perlu)

4.6 Siasatan (radiograf/EPT)dilakukan (jika perlu)

4.7 Pelan rawatan disediakan dan direkodkan.Pastikan semua maklumat  tentang rawatan dan risiko disampaikan kepada pesakit

4.8 Sediakan borang berkaitan (BK4, jabatan radiologi) sekiranya memerlukan rujukan ke kepakaran lain. Sila pastikan pesakit mematuhi arahan yang ditetapkan

4.9 Kebenaran rawatan yang dipersetujui ditulis/ditandatangani di dalam kad LP 12 (manual), mengikut manual pengguna (sistem atas talian)

4.10 Untuk rawatan pembedahan, Borang Keizinan Pembedahan didandatangani oleh pesakit

 
  5.0 PENGENDALIAN PESAKIT MENGIKUT RAWATAN
 

PPERIO/PP/JPK/JP/PPP/PPK

 

5.1 Bahan/alat pergigian untuk rawatan seperti impresi,tampalan sewarna/amalgam, penskaleran, dentur, cabutan disediakan

5.2 Rawatan periodontik (Non-surgikal/surgikal) dilaksanakan mengikut pelan rawatan yang dipersetujui

5.3 Nasihat selepas rawatan diberikan

5.4 Preskripsi ubat/slip kehadiran/sijil cuti sakit diberikan (jika perlu), perlu dicatat didalam LP 12*Bagi kes dentur, lengkapkan kad makmal LP6.

5.5 Temujanji susulan ditetapkan. Kad temujanji (LP1 Pin.1/86) diberi kepada pesakit

5.6 Alatan dan kerusi pergigian dikemaskan dan disinfeksi setelah selesai rawatan.

 
   6.0 PENGENDALIAN CAJ RAWATAN
 

PPERIO / PP / JPP/JP/PPP

 

6.1 Caj rawatan ditentukan mengikut Akta Fi terkini, catat di dalam kad rawatan

6.2 Lampiran C diisi untuk pengurangan bayaran (dalam kes tertentu)

6.3 Discaj pesakit jika tidak perlukan bayaran

6.4 Bayaran diterima, resit.kupon dikeluarkan, diserah kepada pesakit

6.5 Nombor resit/kupon dicatat dalam LP12, PG101 

6.6 Discaj pesakit selepas bayaran selesai, kad difail semula

 
   7.0 PENYIMPANAN REKOD
 
PPERIO/PP/PJK/JP/PPP

 

7.1 Dokumen dan surat berkaitan disimpan bersama LP12. Rekod simpanan selama 7 tahun dari tarikh akhir menerima rawatan

7.2 Kerja harian pegawai direkod secara HARIAN d dalam dokumen berkaitan

7.3 Peralatan dan bahan pergigian diperiksa dan direkodkan secara MINGGUAN. Baki stok dan keperluan dikenalpasti

7.4 Rekod hasil kerja BULANAN individu direkodkan, dan dicantumkan untuk penyata BULANAN klinik dalam PG212.

7.5 Muat naik dalam e-reporting dan cetak penyata BULANAN individu dan klinik

7.6 PG212 diserah kepada JPU32/36 untuk dicantumkan di peringkat zon, dan JP U38/40, Pej TPKN(G)di peringkat negeri

 
     
 
     
 

No.

NAMA REKOD

TEMPOH SIMPANAN

 1 Kad Rawatan: LP12 / LP12c  7 tahun
 2 PG 101- Buku Daftar Pesakit  7 tahun
 3 PG 102 - Buku Daftar Kedatangan Rawatan Berterusan - Klinik Ortodontik/Periodontik/Peadodontik  7 tahun
 4 PG 305 - Laporan Harian Pakar Periodontik  1 tahun
 5 PG 212 - Laporan Bulanan Pakar Periodontik  5 tahun
 6 LP1- Kad Temujanji  Tiada had
 7 Lampiran C - Surat Pengakuan Pengecualian Bayaran  7 tahun
 8 PER/CONSENT/2016 - Borang Keizinan Pembedahan  7 tahun
 9 WPKL-BKP(G)-BK 4 - Rujukan  Tiada had
10 WPKL-BKP(G)-BK 57 - Borang Kes Rujukan Temujanji Pertama Unit Periodontik  2 tahun
 

RUJUKAN

  Arahan Kerja   
  AK 12 - Sistem Pemfailan Unit Periodontik
  AK 01 - Kawalan Kad Rawatan
  AK 04 - Kawalan Jangkitan Silang
  Borang Kualiti   
  WPKL-BKP(G)-BK 04 - Rujukan
  WPKL-BKP(G)-BK 57 - Borang Kes Rujukan Temujanji Pertama Unit Periodontik
  WPKL-BKP(G)-BK 18 - Laporan Kerosakan Peralatan / Infrastruktur
  Senarai Semak   
  WPKL-BKP(G)-SS 12 - Rekod Pengendalian Harian Kawalan Jangkitan Silang
  Dokumen Luaran   
  WPKL-BKP(G)-DL-01 - ANTIBIOTIC PROPHYLAXIS IN ORAL SURGERY FOR PREVENTION OF SURGICAL SITE INFECTION
  Pemilik Dokumen
  Dr Izrawatie Mardiana binti Shapeen
 

REKOD PINDAAN

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para Diluluskan Oleh
 
Home Manual Kualiti Prosedur Kualiti