Laman Utama   Bantuan  
- ISO 9001:2008 QMS -    
     

PROSEDUR KUALITI

WPKL-BKP(G)-PK S07 - Pengurusan Kutipan Hasil

   
Pindaan : 0
Tarikh Kuatkuasa : 08-04-2021
Objektif Prosedur : Prosedur ini menggariskan langkah-langkah untuk pengendalian kutipan hasil mengikut Arahan Perbendaharaan yang terkini.
Skop : Prosedur ini digunapakai untuk semua kutipan hasil yang diuruskan oleh semua pemungut di Klinik Pergigian, JKWPKL dan Putrajaya

SINGKATAN / DEFINISI

 1 TPKN(G)  Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri(Pergigian) JKWPKL dan Putrajaya 
 2 PPD  Pegawai Pergigian Daerah 
 3 PPYM  Pegawai Pergigian Yang Menjaga 
 4 PP  Pegawai Pergigian 
 5 Pegawai Penyedia  Pembantu Tadbir W19 (Kewangan) di Pejabat TPKN(G)
 6 Pegawai Perakuan 1  Pembantu Tadbir N22 
 7 Pegawai Perakuan 2  Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (G) 
 8 Pemungut Hasil  Seorang PPP / JP / PT yang ada kebenaran bertulis di bawah AP 69 untuk memungut wang dari pesakit 
 9 PT N19 Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi) N19 
 10 PT W19  Pembantu Tadbir (Kewangan) W19 
 11 PPP  Pembantu Pembedahan Pergigian 
 

SASARAN

 

CARTA ALIRAN KERJA

 

TANGGUNGJAWAB

TINDAKAN

     Inden Buku Hasil
 
 Pemungut Hasil  1.0 Semak baki stok - buku kupon, buku kewangan dan buku sijil sakit. Inden buku kupon, buku kewangan dan buku sijil cuti sakit dari stor integrasi jabatan menggunakan borang Kew PS-7 dan kemukakan kepada PT N19 (Stor) setiap penggal.
 
   2.0

Terima buku kupon dan Buku Kew yang berkaitan dari PT N19 (Stor) seperti:

  • Perub. 316 Pin 2/94
  • Perub. 400, Perub. J 315 Pin 3/94, CIP 404
  • Kew 38 Pin 2/86
  • Kew 249 Pin 3/94
  • Kew 67 Pin 1/84
  • Kew 68 Pin 2/87
 
 Pemungut Hasil  3.0 Periksa nombor siri bagi memastikan turutan yang betul dan tiada kesilapan percetakan semasa terima. Jika terdapat kesilapan, kembalikan semula kepada PT N19 (Stor)
 
 PT N19 (Stor)  4.0 Cop dengan perkataan 'diperiksa oleh saya pada hari ini dan didapati mengandungi ........... borang resit berpendua / berpeniga yang bernombor dengan betul'
 
 Pemungut Hasil  5.0 Tulis nama dan tandatangan dibelakang helaian pertama salinan pejabat mengikut AP 66(a) .
 
 Pemungut Hasil  6.0 Rekod penerimaan kupon dan buku resit baru dalam buku Kew 67 Pin 1/84.Buku kutipan hasil disimpan dalam peti besi / kabinet berkunci.
 
    Kutipan Hasil Harian
 
    Sebelum kaunter dibuka
 
 Pemungut Hasil

 7.0

Dapatkan kupon dan buku resit daripada PPYM atau pegawai yang diturunkan kuasa membuka peti besi setiap hari.

Bagi pengeluaran buku kupon, resit baru yang akan digunakan dan buku sijil cuti sakit, semak dan rekod serta tandatangan dalam buku rekod pengeluaran kupon, resit dan sijil cuti sakit.

 
 Pemungut Hasil  8.0

Bagi pembayaran gunakan:

  • Perub. 316 Pin 2/94
  • Perub. 400, Perub. J 315 pin 3/94, CIP 404
  • Kew 38 Pin 2/86

Tulis Kew 38 pin 2/86 (resit karbon dua belah dengan menggunakan. Pastikan maklumat lengkap pada resit

  1. Negeri
  2. Tempat
  3. Jabatan
  4. Nama pesakit
  5. Tarikh bayaran
  6. No. Pendaftaran pesakit
  7. Perkataan TUNAI
  8. Kod bayaran dan jenis rawatan
  9. Jumlah kutipan
  10. Tandatangan dan nama pegawai
  
 Pemungut Hasil  9.0 Batalkan resit jika terdapat kesilapan dan hantar resit dan salinan audit kepada Pembantu Tadbir W19 di pejabat TPKN(G) pada akhir bulan.
 
 Pemungut Hasil

 10.0

Catatkan no. kupon / resit dan amaun bayaran pada kad rawatan pesakit dan kad makmal. Untuk kes ortodontik no. kupon / resit hanya dicatat pada kad rawatan sahaja.

Pengecualian

  • Jika pesakit tidak mampu bayar atau hanya mampu bayar sebahagian sahaja, lengkapkan Borang Permohonan Pengecualian (Lampiran C) beserta dengan dokumen sokongan (jika perlu). Rekod pengecualian dalam Laporan Kutipan Hasil bulanan yang dikemukakan kepada PT W19 di pejabat TPKN(G)
  • Dapatkan tandatangan PPYM / pegawai pergigian yang diberi kuasa melulus pengecualian.
  • Catatkan no. resit (jika ada) dalam kad rawatan pesakit dan failkan borang pengecualian.
 
 Pemungut Hasil  11.0 Serah ceraian kupon / salinan asal resit kepada pesakit.
 
 Pemungut Hasil  12.0 Kemaskini Buku Pendaftaran PG 101 dengan mencatatkan no. kupon / resit dan amaun wang yang dibayar oleh pesakit. Pastikan jumlah kutipan dengan keratan kupon / resit adalah sama. 
 
    Serahan Kutipan Hasil di Klinik
 
 PPYM / PP / Pemungut Hasil  13.0 Catat semua kutipan mengikut kod dalam buku Kew 249 Pin 3/94.
 
 PPYM / PP / Pemungut Hasil  14.0 Semak setiap helaian buku kupon, resit dan buku sijil cuti sakit yang telah dan belum digunakan. Rekod dan tandatangan dalam buku rekod pengeluaran kupon, resit dan sijil cuti sakit.
 
 Pemungut Hasil  15.0 Serahkan kutipan wang kepada PPYM/PP bersama buku kutipan hasil Kew 249 Pin 3/94 dan buku rekod penggunaan sijil cuti sakit di akhir hari.
 
 PPYM / PP  16.0 Semak dan tandatangan perakuan penerimaan serahan wang tunai ke dalam buku kutipan hasil Kew 249 Pin 3/94 serta buku rekod penggunaan sijil cuti sakit.
 
PPYM / Pegawai yang diturunkan kuasa membuka peti besi.  17.0 Simpan dalam peti besi hingga diserahkan ke PT W19 di pejabat TPKN(G).
 
    Serahan Kutipan Hasil Harian ke Pejabat TPKN(G)
 
 PPYM / Pemungut Hasil

 18.0

Keluarkan Buku Kew 249 Pin 3/94 dan hasil kutipan dari peti besi dan semak.

Catat dalam buku nota, nama Pemungut Hasil yang akan membuat serahan kutipan hasil ke Pejabat TPKN(G).

Bagi pemungut hasil, serahan hasil kutipan dibuat mengikut AP78.

Buat serahan kutipan hasil ke Pejabat TPKN(G) kepada PT W19 pada sebelah pagi hari bekerja.

 
 PT W17  19.0 Rekod nombor resit Kew 38 Pin 2/86, tarikh dan tandatangan di ruang nombor resit perbendaharaan di buku Kew 249 Pin 2/88.
 
 PT W17  20.0 Rekod kutipan ke dalam Kew 248 Pin 2/88.
 
 PT W17  21.0 Sediakan Kew 305E pin 1/2007. Hantar dokumen kepada Pegawai Perakuan 1 (Rujuk WPKL-BKP(G)-AK10 - Urusan Kewangan)
 
 Pegawai Perakuan 1

 22.0

Semak ketepatan data dan buat perakuan. Jika tidak, maklumkan dan hantar dokumen kepada Pegawai Penyedia.

Cetak 3 salinan Kew 305E Pin 1/2007.

 

Pegawai Penyedia,

Pegawai Perakuan 1

 23.0  Tandatangan Kew 305E Pin 1/2007 secara manual.
 
     
 Penutupan Kutipan Hasil Bulanan
 PPYM /PP/ Pemungut Hasil

 24.0

Semak kutipan untuk bulan semasa dari resit dan kupon.

Catit bilangan nombor buku kupon yang diguna dan belum diguna dalam Buku Kew 68 Pin 2/87.Koyak salinan asal selepas ditandatangani oleh PPYM

Buat catitan kutipan bulanan dalm Buku Kew 249 Pin 2/86 dan koyak salinan asal selepas ditandatangani oleh PPYM

Serah hasil kutipan,buku Kew 68 Pin 2/87, Kew 38 Pin 2/86 dan Kew 249 Pin 2/86 kepada PT W19 pada hari pertama  bekerja bulan berikutnya setiap bulan.

 
 PT W19  25.0 Semak semua dokumen yang diterima. Jika berlaku kesilapan, serahkan kembali kepada pemungut hasil untuk pembetulan.
 
 PT W19  26.0 Sediakan Kew 253, Lampiran F, Kew 249 Pin 2/86, Kew 248 Pin 3/94, Kew 38 Pin 2/86, Kew 305E Pin 1/2007 serta Kew 68 Pin 2/87. Kemukakan semua dokumen ini kepada Unit Hasil Bahagian Akuan, Kementerian Kesihatan Malaysia
 
 PT W19  27.0 Terima resit rasmi dari Unit Hasil Bahagian Akaun, KKM dan catitkan nombor resit serta tarikh di ruang resit perbendaharaan Kew 248
 
 PT W19  28.0 Simpan dan failkan resit serta Kew 305E Pin 1/2007
 
     Pemeriksaan Mengejut
 
 TPKN(G)/PPD / PPYM 

 29.0

Jalankan pemeriksaan mengejut setiap enam bulan ke atas hasil kutipan, buku kupon dan buku resit yang sedang diguna dan belum diguna

  • Rekod hasil kutipan, buku kupon dan resit yang sedang diguna dan tandatangan dalam Daftar Pemeriksaan Mengejut Am 28.
  • Semak senarai buku kupon dan resit yang belum diguna dan tandatangan dalam Kew 67 Pin 1/84.
 
 

 30.0

Sekiranya TPKN(G)/PPD melaksanakan pemeriksaan mengejut, PPYM perlu melaksanakan pemeriksaan seterusnya 6 bulan selepas tarikh terakhir pemeriksaan oleh TPKN(G)/PPD. 

 
 

No.

NAMA REKOD

TEMPOH SIMPANAN

 1 Kew PS 7 - Borang Pesanan Dan Pengeluaran Stok   Tiada Had
 2 Perub. 316 Pin 2/94   3 tahun
 3 Perub. 400   3 tahun
 4 CIP 404   3 tahun 
 5 Kew 38 Pin 2/86   3 tahun
 6 Kew 249 pin 3/94 - Buku Tunai terimaan / serahan   7 tahun 
 7 Kew 248 Pin 3/94 - Buku Tunai Cerakinan   7 tahun 
 8 Kew 67 Pin 1/84 - Borang Terimaan dan Keluaran Borang-borang Hasil  7 tahun
 9 Kew 68 Pin 2/87 - Penyata Mengenai Borang-borang Hasil Yang Dikawal   7 tahun
 10 Lampiran C - Borang Permohonan Pengecualian   7 tahun 
 11 PG 101 - Buku Pendaftaran   7 tahun 
 12  Am 28 - Daftar Pemeriksaan Mengejut  7 tahun
 13 Kew 305E Pin 1/2007 - Penyata Pemungut   3 tahun
 14 Lampiran F - Daftar Borang Hasil Yang Telah Diguna dan yang Belum Diguna   7 tahun 
 15 Kew 253 - Kira-kira Untuk Diserahkan Kepada Audit   7 tahun 
 

RUJUKAN

  Arahan Kerja   
  AK 10 - Urusan Kewangan
  Borang Kualiti   
  Tiada
  Senarai Semak   
  Tiada
  Dokumen Luaran   
  Tiada
  Pemilik Dokumen
  Nor Fazlina binti Abdul Hamid
 

REKOD PINDAAN

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para Diluluskan Oleh
 
Home Manual Kualiti Prosedur Kualiti