Laman Utama   Bantuan  
- ISO 9001:2008 QMS -    
     

PROSEDUR KUALITI

WPKL-BKP(G)-PK AG7 - Perkhidmatan Pergigian Restoratif

   
Pindaan : 0
Tarikh Kuatkuasa : 15-12-2021
Objektif Prosedur :

Prosedur ini menerangkan langkah-langkah pengendalian pesakit pergigian restoratif bagi tujuan memberi rawatan.

Skop :

Prosedur ini diguna pakai di semua Unit Pakar Pergigian Restoratif WP Kuala Lumpur dan Putrajaya

SINGKATAN / DEFINISI

 1 Pergigian Restoratif Disiplin Pergigian yang melibatkan pencegahan, promosi, pemulihan dan rawatan; bertujuan untuk mengembalikan semula fungsi oral dan estetik dengan cara penggantian dan rehabilitasi strukur gigi, oral dan maksilofasial.  
 2 PPR Pakar Pergigian Restoratif
 3 PP Pegawai Pergigian
 4 PPP Pembantu Pembedahan Pergigian
 5 PPK Pembantu Perawatan Kesihatan
 6 PK Petugas Kaunter 
 

SASARAN

1. Objektif Kualiti - Proses Perkhidmatan

a) Memastikan sekurang-kurangnya 70% pesakit yang dirujuk mendapat temujanji untuk perundingan dalam tempoh 2 bulan (60 hari) dari tarikh klinik menerima rujukan.

2. Key Performance Indicator (KPI)

a) 75% of referred patients given restorative treatment within 2 months after consultation. 75% pesakit menerima rawatan dalam tempoh 2 bulan selepas perundingan.

b) 92%of cases with satisfactory function and comfort at 6-9 months recall visit after restorative treatment. 92% kes mencapai kepuasan dari segi fungsi dan keselesaan apabila diperiksa semula dalam tempoh 6 – 9 bulan setelah siap. 

3. National Indicator Assurance (NIA)

a) 96% of vital abutment teeth remain free of endodontic complication within 2 years after crown or bridge cementation. 96% gigi tupang vital bebas dari tanda dan gejala komplikasi endodontik dalam tempoh 2 tahun selepas penyimenan.

4. Patient Safety Indicator

a) Not more than 3% of soft tissue trauma or laceration caused by sharp rotating high-speed burs during procedures. Tidak melebihi 3% trauma tisu lembut / laserasi disebabkan oleh putaran bur pada kelajuan tinggi semasa rawatan.

5. Kajian Masa Menunggu Untuk Mendapat Rawatan

a) Sekurang-kurangnya 80% daripada pesakit yang hadir diberi rawatan dalam masa 30 minit.

 

CARTA ALIRAN KERJA

 

 

TANGGUNGJAWAB

TINDAKAN

 PPP

 

1.0

 

1.1

PENETAPAN TEMUJANJI

Terima pesakit yang dirujuk melalui surat rujukan/ panggilan telefon dari klinik pergigian untuk temujanji pertama. Tarikh perundingan akan cuba diberi dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh menerima rujukan.

Rekodkan temujanji ke dalam buku kedatangan/diari serta borang objektif kualiti (manual) ATAU ke dalam sistem komputer (atas talian). Catat butiran temujanji dalam kad LP1 unit pakar dan serahkan kepada pesakit yang hadir.

PK

2.0

 

 

 

 

 

 

 

 

 

2.1

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

HARI TEMUJANJI

Pastikan status temujanji sama ada kali pertama (kedatangan baru) atau kedatangan ulangan dan berikan nombor giliran kepada pesakit.

Atas talian:

Pesakit didaftarkan ke dalam sistem komputer untuk kedatangan kali pertama ATAU dikesan dari data sistem untuk kedatangan ulangan.

Manual:

Pesakit didaftarkan ke dalam daftar harian:

  • PG 101 - Pin 1/13
  • PG 102 - Pin 2/92 

Pesakit Baru

Pastikan pesakit membawa bersama dokumen berikut.

  • Surat Rujukan BK48 (rujukan dari Perkhidmatan Primer dan Perkhidmatan Kepakaran) ATAU BK4 (rujukan dari Perkhidmatan Kepakaran).
  • Kad pengenalan
  • Kad temujanji (jika ada)
  • Surat pengesahan majikan/sekolah atau salinan kad pesara (jika ada)
  • Radiograf (jika berkaitan)
  • Sediakan kad rawatan pesakit
  • Pastikan maklumat pelanggan betul dan terkini serta lengkapkan Maklumat Am pada kad rawatan pesakit:
    • Kad rawatan LP8-2 Pin 8/2019 (merah) untuk semua kategori pesakit 

Pesakit baru diberikan nombor pendaftaran mengikut kesesuaian/ arahan terkini klinik.

Sistem Atas Talian- Daftar pesakit baru mengikut keperluan sistem Atas Talian klinik.

Pesakit baru yang gagal mengemukakan surat rujukan akan didaftarkan terlebih dahulu ke unit primer sebelum dirujuk ke unit pakar, sekiranya perlu.

 PK

2.2

Pesakit Ulangan

Rujuk kepada nombor kad pengenalan/ dokumen pengenalan lain yang sah (sijil kelahiran/ kad polis/ dll) dan tarikh temujanji yang tercatat pada Kad LP1 (jika ada) untuk mengesan kad pesakit LP8 (manual) ATAU mengesan rekod dalam sistem komputer (atas talian).

Pastikan pesakit mempunyai kebenaran untuk rawatan di kad rawatan (LP8) serta semak dan kenalpasti status Guarantee Letter (GL) (atas talian) pelanggan baru/ ulangan/ temujanji (sama ada penjawat awam / tanggungan).

Catat dalam kad rawatan status GL dan kategori/ status untuk kes yang dikecualikan bayaran (contoh, ibu mengandung, pesara dll) dengan maklumat berkenaan pada kad rawatan.

 

 

PPP/PPK

3.0

 

3.1

RAWATAN

Sediakan bilik rawatan dan pastikan peralatan berfungsi. Lengkapkan borang:

  • WPKL-BKP(G)-BK8 (Rekod Penyelenggaraan Peralatan Pergigian Harian) dan
  • WPKL-BKP(G)-SS10 (Rekod Penyelenggaraan Peralatan Pergigian Mingguan)

sebelum memulakan rawatan.

Simpan rekod tersebut di dalam fail yang disediakan pada akhir bulan. Pastikan bahan pergigian mencukupi dan tidak melampaui tarikh luput (KEW PS 6;direkod pada setiap bulan).

Pastikan langkah-langkah kawalan jangkitan silang dipatuhi dalam setiap prosedur rawatan pesakit, (rujuk Guideline On Infection Control in Dental Practice yang terkini)

Lengkapkan borang WPKL-BKP(G)-SS12 (Rekod Pengendalian Harian Kawalan Jangkitan Silang). Simpan rekod tersebut di dalam fail yang disediakan pada akhir bulan.

PR/PP/PPP

3.2

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

3.3

Pesakit baru:

  1. Terima kad rawatan ATAU rujuk paparan sistem komputer.
  2. Panggil pelanggan.
  3. Catatkan masa rawatan dalam kad rawatan/borang  pengumpulan data masa menunggu (manual).
  4. Terima dan buat pengesahan pelanggan. Semak butiran pelanggan selaras dengan butiran pada kad rawatan/ surat rujukan / dalam sistem.
  5. Rekod sejarah perubatan dan pergigian.
  6. Serahkan surat rujukan kepada PPR/PP untuk menjalani pemeriksaan dan diagnosa.
  7. Rekod aduan pelanggan.
  8. Periksa dan rekod/kemaskini penemuan pemeriksaan klinikal pelanggan dan carta gigi
  9. Lakukan siasatan klinikal berkenaan jika perlu, bagi mendapatkan diagnosa. Rekodkan pengambilan radiograf.
  10. Buat perancangan rawatan dan rekodkan dalam LP8 / sistem selepas berbincang dengan pelanggan. Maklumkan juga anggaran kos rawatan jika berkaitan.
  11. Dapatkan kebenaran rawatan bertulis daripada pelanggan beserta saksi pada kad rawatan LP8 (manual) atau yang dijana dari sistem komputer dan failkan.
  12. Laksanakan rawatan yang dipersetujui.
  13. Rekod rawatan yang telah dijalankan dengan lengkap di dalam kad rawatan LP8 / dalam sistem.
  14. Beri pelanggan temujanji untuk rawatan selanjutnya.
  15. Isi butiran pesakit dalam kad makmal LP 6 / dalam sistem untuk menyampaikan arahan ke makmal  (jika perlu).

Kedatangan ulangan:

  1. Ulang proses pengesanan kad rawatan / rekod dalam sistem.
  2. Dapatkan kebenaran rawatan semula pelanggan/ penjaga jika terdapat perubahan/ pindaan pada perancangan rawatan sebelum ini.
  3. Beri rawatan mengikut persetujuan terkini
  4. Rawatan susulan diberi sehingga kes selesai.
  5. Jika melibatkan hasil kerja makmal luar, isi borang WPKL-BKP(G)-SS4B (Senarai Semak Penerimaan Kerja Makmal Swasta ), jika tidak memenuhi kriteria.
  6. Rujuk pelanggan yang memerlukan rawatan selanjutnya kepada unit sebelumnya atau unit lain yang berkenaan (jika perlu).
  7. Rekod maklumat rawatan dalam kad rawatan LP8 / dalam sistem.
  8. Tentukan bayaran, rujuk:
  • Akta Fi 1951 (Jadual F) Perintah Fee (Perubatan) 1982  (Pindaan) 2017
  • Caj Rawatan Pesakit Warganegara Asing
  • Fail Pekeliling berkenaan dengan kutipan hasil
  • Manual pengguna sistem atas talian yang di gunakan.

Lampiran C perlu diisi jika ada pengecualian bayaran.

  1. Tandatangan cuti sakit atau time slip yang diisi ATAU dijana dari sistem (jika perlu)
  2.  Isikan LP1 (untuk temujanji berikutnya)
  3.  Pastikan jenis rawatan dan jumlah bayaran direkod
PK 4.0 BAYARAN

Sahkan butiran pelanggan dengan sistem HRMIS bagi kakitangan kerajaan (jika berkaitan).

Kutip bayaran daripada pelanggan berdasarkan rekod LP8 / dalam sistem dan semak caj bayaran. Rujuk akta fi, pekeliling, arahan dan lampiran pentadbiran kewangan terkini.

Manual

  • Kutip bayaran menggunakan kupon bayaran atau resit Kew 38. Serah kupon atau resit kepada pelanggan.
  • Isi nombor resit bayaran dalam kad rawatan LP8 dan minta PPR/PP menandatangani resit.
  • Catat nombor kupon/resit dan rekodkan pengurangan bayaran dalam kad rawatan dan PG 101.

Atas Talian

  • Pastikan rekod HIMS dan butiran bayaran berkaitan dimasuk dan dilengkapkan dalam sistem sebelum check-out untuk pembayaran di kaunter pendaftaran/ pembayaran.

Pelanggan membuat pembayaran sendiri kepada pihak ketiga (makmal luar/ pembekal) jika perlu, dan menjadi tanggungjawab pelanggan untuk menyimpan invois/ resit berkenaan.

PPP/PPK 5.0 PENGUMPULAN REKOD HASIL KERJA
 
PPP

 

 

Manual:Harian dan Bulanan.

  • Rekodkan kedatangan dan hasil kerja harian di dalam borang PG 309 dan pindahkan ke dalam borang PG 216 pada akhir bulan.

 

Atas Talian:

Harian

  • Rekod HIMS diisi untuk setiap pesakit selepas selesai rawatan sebelum tamat waktu berkerja pada setiap hari.

Bulanan

  • Laporan hasil kerja bulanan individu serta kumulatif dicantumkan untuk hasil penyata bulanan peringkat klinik (PG 309, PG 216) melalui sistem atas talian.
Rekod dan kemaskini semua data Indikator Kualiti yang terkini.
 PPP/PPK 6.0 PENYIMPANAN REKOD
 
   
  1. Pemfailan Kad LP 8 (Manual)

 Kad LP8-2 Pin 8/2019 difailkan mengikut nombor pendaftaran yang diberi atau mengikut abjad apabila selesai rawatan pada hariberkenaan.

  1. Pemfailan Radiograf Pesakit

Radiograf pesakit dilabel dengan nama pesakit, tarikh pengambilan dan nombor gigi, dan disimpan ke dalam kotak khas. Radiograf digital pula di rekodkan dalam komputer. Pastikan radiograf di backup secara berkala.

  1. Pemfailan dokumen dan surat lain yang berkaitan:
  • dokumen dan surat rujukan,
  • surat pengesahan jabatan
  • borang pengesahan bayaran
  • salinan kad pesara dilekatkan ke kad LP8-2 Pin 8/2019.
  • borang pengecualian bayaran
  • surat kebenaran pembedahan (jika ada).

 

     
 

 

No.

NAMA REKOD

TEMPOH SIMPANAN

1 Kad Rawatan: LP 8 7 tahun
2 PG 101 - Daftar Pesakit 7 tahun
3 PG 102 - Daftar Kedatangan Rawatan Berterusan - Klinik Ortodontik / Periodontik / Pedodontik 7 tahun
4 PG 309 - Laporan Harian Pakar Pergigian Restoratif 1 tahun
5 PG 216 - Laporan Bulanan Pakar Pergigian Restoratif 5 tahun
6 WPKL-BKP (G) - BK 48 - Borang Rujukan RDITN 1 tahun
7 WPKL-BKP (G) - BK 4 - Rujukan 1 tahun
8 WKPL-BKP(G) - SS4B - Senarai Semak Penerimaan Kerja Makmal Swasta 1 tahun
9 LP6 - Kad Makmal 7 tahun 
10 Surat Pengesahan Jabatan (Guarantee Letter (GL)) 3 bulan
 

RUJUKAN

  Arahan Kerja   
  AK 13A - Sistem Pemfailan Unit Restoratif
  AK 04 - Kawalan Jangkitan Silang
  Borang Kualiti   
  WPKL-BKP(G)-BK 16 - Perancangan/Pelaksanaan Penyelenggaran Pencegahan Peralatan Pergigian/Pejabat (Tidak diselenggara oleh pihak konsesi)
  WPKL-BKP(G)-BK 18 - Laporan Kerosakan Peralatan / Infrastruktur
  WPKL-BKP(G)-BK 12 & WPKL-BKP(G)-BK 12A - Rekod Pemonitoran Autoklaf & Log Penggunaan Autoklaf
  WPKL-BKP(G)-BK 48 - Borang Rujukan RDITN
  Senarai Semak   
  WPKL-BKP(G)-SS 13 - Rekod Verifikasi Termometer
  WPKL-BKP(G)-SS 12 - Rekod Pengendalian Harian Kawalan Jangkitan Silang
  WPKL-BKP(G)-SS 10 - Senarai Semak Penyelenggaraan Dental Chair Cum Unit
  WPKL-BKP(G)-SS 07 - Senarai Semak Penyelenggaraan Autoklaf
  WPKL-BKP(G)-SS 06 - Senarai Semak Penyelenggaraan Light Cure Unit
  Dokumen Luaran   
  Tiada
  Pemilik Dokumen
  Dr Ithnaniah binti Abdul Wahab
 

REKOD PINDAAN

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para Diluluskan Oleh
 
Home Manual Kualiti Prosedur Kualiti