Laman Utama   Bantuan  
- ISO 9001:2008 QMS -    
     

PROSEDUR KUALITI

WPKL-BKP(G)-PK AG1 - Pengendalian Pesakit Luar dan Temujanji

   
Pindaan : 0
Tarikh Kuatkuasa : 19-03-2024
Objektif Prosedur :

Prosedur ini menggariskan langkah-langkah untuk pemeriksaan dan memberi rawatan pergigian kepada pesakit luar dan kes temujanji yang hadir di Klinik Pergigian, Jabatan Kesihatan WPKL & Putrajaya.

Skop :

Prosedur ini digunapakai di Klinik Pergigian, Jabatan Kesihatan WPKL & Putrajaya bagi semua pesakit yang datang ke klinik untuk mendapatkan rawatan.

SINGKATAN / DEFINISI

1 PPYM Pegawai Pergigian Yang Menjaga
2 PP Pegawai Pergigian
3 JP Juruterapi Pergigian
4 PPP Pembantu Pembedahan Pergigian
5 PPK Pembantu Perawatan Kesihatan
6 Kad rawatan Merujuk kepada LP8-1, LP8-2
7 Petugas Kaunter Petugas yang diberi surat kuasa membuat pungutan hasil. Biasanya terdiri daripada PPP dan Pembantu Tadbir
8 HRMIS Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia
     
     
 

SASARAN

Key Performance Indicator (KPI)

1. Kadar penggunaan kemudahan kesihatan pergigian kerajaan oleh penduduk. (Sasaran ≥22 penggunaan perkhidmatan bagi setiap 100 orang penduduk)

2. Peratus klinik kesihatan (KK) yang mempunyai komponen fasiliti pergigian. (Sasaran ≥60)

3. Peratus pesakit berumur 60 tahun keatas yang mendapat dentur dalam tempoh 8 minggu. (Sasaran ≥75)

4. Peratus Klinik Pergigian yang menyediakan perkhidmatan sistem janji temu klinik pergigian dalam talian di sistem MyVAS (Malaysia’s Virtual-Health Assistant System) kepada pelanggan KKM. (Sasaran ≥85)

5. Peratus pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan/rawatan yang diterima. (Sasaran ≥95%)

Rujuk KPI dan sasaran tahun semasa yang ditetapkan oleh pihak Program Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

 

CARTA ALIRAN KERJA

 

TANGGUNGJAWAB

TINDAKAN

 Petugas kaunter  1.0 Kemaskan kaunter. Dapatkan kupon dan buku resit daripada PPYM/Pegawai yang diturunkan kuasa membuka peti besi. Pengeluaran kupon dan buku resit perlu direkod dan disahkan oleh PPYM/pegawai yang diturunkan kuasa membuka peti besi sebelum memulakan perkhidmatan. Rekod pengeluaran kupon pada KEW 67.
Rujuk WPKL-BKP(G)-PKS7 - Pengurusan Kutipan Hasil.
   2.0 Terima pelanggan mengikut masa yang tertera pada jadual perkhidmatan.
 
    Pastikan pelanggan mengambil nombor giliran dan tunggu sehingga nombor giliran dipaparkan di kotak digital/nama dipanggil untuk didaftar.
 
 

 

 

 

Pastikan pelanggan memberi dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran samada Kad Pengenalan/Sijil Kelahiran/Passport/Kad Temujanji (LP1) dan lain-lain dokumen berkaitan (Surat Akuan Majikan, Surat Sekolah, Kad Pesara dan lain-lain). 

Sahkan butiran pelanggan dengan sistem HRMIS bagi kakitangan kerajaan (jika berkaitan).

Tentukan status pelanggan samada pelanggan baru atau ulangan.

 

 3.0

Bagi Kes Baru                                            

 

   3.1   

Semak dokumen. 

Jika tidak lengkap atau pesakit bawah 18 tahun hadir bersendirian, kes tidak didaftar kecuali kes-kes kecemasan sahaja.

Pelanggan di bawah 18 tahun perlu hadir bersama ibu/bapa/penjaga yang sah untuk  mendapat kebenaran rawatan.

 
   3.2 Jika dokumen lengkap, sediakan kad rawatan pelanggan/daftar dalam Sistem OHCIS/Fisicien dan Sistem Gi-RET 2.0. Semak dan pastikan alamat dan nombor telefon rumah pelanggan betul dan terkini.
 
    Catatan:
 
   
  • Kad rawatan LP8-1 pin 8/2019 (hijau) untuk semua murid sekolah dan kanak-kanak berusia 0-17 tahun termasuk kanak-kanak yang tidak bersekolah.
  • Kad rawatan LP8-2 pin 8/2019 (merah) untuk semua pesakit dewasa berumur 18 tahun dan ke atas.
 
   3.3 Bagi kes yang dikecualikan bayaran (contoh kakitangan kerajaan, pesara, pelajar sekolah kerajaan dan lain-lain) catat kategori/status dengan maklumat berkenaan pada kad rawatan/rekod pesakit pada tarikh pelanggan datang.
 
   4.0 Kes Ulangan/Temujanji

Catat kategori/status dengan maklumat yang berkenaan pada kad rawatan pelanggan.

Rujuk WPKL-BKP(G)-AK1 - Kawalan Kad Rawatan.

Kesan kad rawatan pelanggan dengan merujuk kad temujanji LP1 atau lain-lain dokumen pengenalan diri pesakit.

   5.0 Kepilkan satu salinan nombor giliran di kad rawatan. Catat masa tiba dan masa daftar di ruang yang berkaitan. Kemaskini bahagian Maklumat Am dalam kad rawatan bagi kes ulangan.
 
   6.0 Daftar maklumat pelanggan dalam Sistem Gi-RET 2.0. Bagi klinik dengan Sistem OHCIS/Fisicien pesakit juga perlu didaftarkan di dalam sistem berkenaan.
 
   7.0 Kutip bayaran untuk pendaftaran jika berkenaan atau bayaran dibuat selepas rawatan. Rujuk WPKL-BKP(G)-PKS7 - Pengurusan Kutipan Hasil. Catatkan nombor kupon/nombor resit bayaran/pengecualian bayaran dalam Sistem Gi-RET 2.0 dan kad rawatan/Sistem OHCIS/Fisicien pesakit.
 
   8.0 Serahkan kembali dokumen/kad temujanji LP1 berserta nombor giliran (jika perlu) kepada pelanggan dan minta pelanggan tunggu sehingga dipanggil ke bilik rawatan.
 
   9.0 Buat saringan tekanan darah bagi pesakit berumur 18 tahun dan ke atas. Sekiranya bacaan tekanan darah tinggi, ulang semula dan catatkan bacaan kedua. Catatkan bacaan tekanan darah pada LP8/rekod rawatan. Rujuk SOP Pengambilan Tekanan Darah Pesakit di Klinik Pergigian, 2017. Semua pesakit berumur 18 tahun dan ke atas diwajibkan untuk mengambil tekanan darah di Klinik Pergigian sebelum memulakan rawatan.
 
 PPP/PPK  10.0 Serah kad rawatan kepada petugas di bilik rawatan berkaitan.
 
   11.0 Terima kad rawatan dan pastikan bilik rawatan telah disediakan sebelumnya.  
 
   12.0    Pastikan peralatan berfungsi sebelum memulakan rawatan. Lengkap borang WPKL-BKP(G)-BK8 - Rekod penyelenggaraan harian/mingguan Peralatan Pergigian.

Pastikan bahan pergigian mencukupi dan tidak melampaui tarikh luput. Rujuk:

WPKL-BKP(G)-AK8 - Menginden Keperluan Klinik.

WPKL-BKP(G)-PKS5 - Perolehan dan Pengurusan Stor.

WPKL-BKP(G)-PKS6 - Pengurusan Aset.

 

12.2

 

Amalkan langkah-langkah kawalan jangkitan silang setiap kali merawat pelanggan. Rujuk: WPKL-BKP(G)-AK4 - Kawalan Jangkitan Silang.

Lengkap borang WPKL-BKP(G)-SS12 - Rekod Pengendalian Harian Kawalan Jangkitan Silang. Simpan rekod tersebut di dalam fail yang telah disediakan pada akhir bulan.

 
   12.3 Paparkan nombor giliran pelanggan pada kotak digital atau panggil pelanggan. Terima pelanggan dan sahkan maklumat peribadinya. Catat masa pelanggan dipanggil dalam kad rawatan LP8 sebelum rawatan diberi. 
 
 PP/JP

 13.0

Semak status pelanggan samada pelanggan baru/ulangan atau kes temujanji.

Rekod aduan dan rekod sejarah perubatan dan pergigian pelanggan. Jalankan pemeriksaan dan diagnosa. Rekod carta pergigian sepenuhnya (full mouth charting) dalam kad rawatan LP8. Rujuk: Lampiran 1 Prosedur Operasi Piawai Rawatan Asas Pergigian 2020.

Bagi kes yang memerlukan siasatan x-ray 

Rujuk WPKL-BKP(G)-AK 2 – Pemeriksaan, Rawatan dan Diagnosa – Pengambilan X-ray.

 
   14.0 Maklumkan dan bincang dengan pesakit pelan rawatan dan keperluan rawatan/rujukan/temujanji.

Dapatkan kebenaran rawatan pergigian daripada pelanggan sebelum memulakan sebarang rawatan. Pastikan kebenaran rawatan ditandatangani oleh setiap pelanggan yang pertama kali datang dan apabila terdapat perubahan/pindaan pada pelan rawatan yang sedia ada bagi pelanggan ulangan. 

Kebenaran rawatan hendaklah disimpan secara hard copy/soft copy mengikut tempoh yang ditetapkan.

Rujuk Pengurusan Kebenaran Rawatan Pergigian Program Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia 2019 bagi kebenaran secara manual.

Rujuk pelanggan untuk siasatan tambahan – Random Sugar blood (RBS) atau ujian darah dan lain-lain jika perlu sebelum memulakan prosedur. Pastikan keputusan ujian dikepilkan/dan direkod dalam LP8/nota pesakit.

Beri rawatan yang telah dipersetujui oleh pesakit luar dan pesakit temujanji mengikut keperluan. Rujukan: Prosedur Operasi Piawai Rawatan Asas Pergigian 2020.

  1. Rawatan Tampalan: Rujuk Prosedur Operasi Piawai Tampalan
  2. Rawatan Penskaleran: Prosedur Operasi Piawai Penskaleran 
  3. Rawatan Cabutan: Prosedur Operasi Piawai Cabutan   
  4. Rawatan Pembuatan Dentur: Prosedur Operasi Piawai Pembuatan Dentur                                                                      
  5. Rawatan Pembedahan Kecil Mulut: Prosedur Operasi Piawai Pembedahan Kecil Mulut (Minor Oral Surgery)
  6. Rawatan Endodontik: Rujuk Guidelines: Perkhidmatan Pergigian Endodontik Di Klinik Pergigian Primer
  7. WPKL-BKP(G)-AK 2 – Pemeriksaan, Rawatan dan Diagnosa – Pembaikan Dentur
  8. WPKL-BKP(G)-AK 14 – Pengendalian Sealan Fisur

Patuhi Garis Panduan Perkhidmatan Kesihatan Pergigian lain terkini yang dikeluarkan oleh Program Kesihatan Pergigian semasa berurusan dengan pesakit. 

PP/JP/PPP

 15.0

Buat rujukan jika perlu dan discaj pesakit.  Rujuk WPKL-BKP(G)-AK2 - Pemeriksaan, Diagnosa dan Rawatan - Rujukan.

Failkan satu salinan surat rujukan. Gunakan kad rawatan pesakit untuk rujukan di klinik oleh JP kepada PP

 

PP/JP/PPP

 16.0 Beri temujanji jika perlu dan discaj pesakit. Rujuk WPKL-BKP(G)-AK2 - Pemeriksaan, Diagnosa dan Rawatan - Temujanji. Catat dalam buku/rekod temujanji .
 

PP/JP/PPP

 17.0 Rekod jenis rawatan/preskripsi ubat/x-ray/rujukan/temujanji yang telah diberi dengan lengkap dalam LP8/nota pesakit. Rujuk WPKL-BKP(G)-AK 2 – Pemeriksaan, Rawatan dan Diagnosa – Pemberian Ubat
Pemberian sijil cuti sakit/time slip (jika perlu). Catatkan nombor sijil cuti sakit dalam LP8/rekod pesakit. 

PP/JP

 18.0 Tandatangan kad rawatan (LP 8 sahaja) dan rekod nama Pegawai Pergigian/Juruterapi Pergigian berkenaan.
 
   19.0 Beri temujanji baru jika perlu. Rujuk Langkah 16.0.
 

Petugas Kaunter

 20.0

Semak caj bayaran seperti tercatat pada kad rawatan. Rujuk:

  • Fail Pekeliling berkenaan dengan kutipan hasil
  • WPKL-BKP(G)-PKS7 - Pengurusan Kutipan Hasil.
  • Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2017, jika berkaitan
Jika tiada bayaran, discaj pelanggan
 
   21.0 Kutip bayaran menggunakan kupon bayaran atau resit Kew 38. Serah kupon atau resit kepada pelanggan.

Catatan: Minta pelanggan lengkapkan Lampiran C - Borang Permohonan Pengecualian Bayaran jika pesakit tidak mampu berserta dokumen sokongan berkaitan.

Petugas Kaunter  22.0 Catat nombor kupon bayaran atau nombor resit di kad rawatan dan Sistem Gi-RET 2.0.Discaj pelanggan. Kembalikan kad rawatan kepada PPP.
 
PPP  23.0 Kemaskini rekod pengeluaran ubat dan pengambilan x-ray jika berkaitan.
Serah kembali kad rawatan ke kaunter untuk mengemaskini Sistem Gi-RET 2.0 sebelum difailkan
PPP/PPK  24.0 Kemas dan disinfeksi unit dan alat pergigian yang telah digunakan. Sediakan peralatan untuk pelanggan seterusnya. Rujuk WPKL-BKP(G)-AK4 - Kawalan Jangkitan Silang.
 
PPP/JP  25.0 Harian
 
PP/JP  25.1 Rekod hasil kerja harian dalam Sistem Gi-RET 2.0. 
 
PPYM/Petugas Kaunter  25.2 Tutup kira-kira kutipan hasil harian dan sahkan jumlah hasil kutipan. Rujuk WPKL-BKP(G)-PKS7 - Pengurusan Kutipan Hasil.
 
   25.2 Jana rekod reten dari Sistem Gi-RET 2.0 mengikut keperluan
 
    Bulanan
 
   26.0 Jana rekod reten dari Sistem Gi-RET 2.0 mengikut keperluan
 
 Petugas Kaunter  26.1 Tutup hasil pungutan bulanan. Rujuk: WPKL-BKP(G)-PKS7 - Pengurusan Kutipan Hasil.
 
   26.2 Diakhir bulan, pastikan semua rekod pesakit masing-masing telah dikemas kini didalam Sistem Gi-RET 2.0
Semua rekod bagi pengumpulan data juga disediakan mengikut arahan dari masa ke semasa.
     
 
   

 

 

 
     
 

No.

NAMA REKOD

TEMPOH SIMPANAN

 1. LP8-1 Kad rawatan (hijau)  7 tahun
 2. LP8-2 Kad rawatan (merah)  7 tahun
 3. Kad LP 6 - Kad Makmal  7 tahun
 4. Borang Permohonan Pengecualian, Lampiran C  7 tahun
 5. PG 101 - Buku Daftar Pesakit  7 tahun
 6. PG 105 - Daftar Harian Pesakit Baru Warga Tua  7 tahun
 7. PG 206 - Laporan Bulanan Individu/Klinik/Daerah/Negeri bagi Hasil Kerja Juruterapi Pergigian  5 tahun
 8. PG 207 - Laporan Bulanan Individu/Klinik/Daerah/Negeri bagi Hasil Kerja Pegawai Pergigian  5 tahun
 9. PG 301 - Rekod Harian Juruterapi Pergigian bagi Rawatan Incremental Kepada Kanak-Kanak Prasekolah/Murid Sekolah Rendah/Menengah/Kanak-Kanak Istimewa/Ibu Mengandung/Warga Tua/Orang Dewasa   1 tahun
10. PG 302 - Rekod Harian Pegawai Pergigian bagi Rawatan Incremental Murid Sekolah/Rawatan Am   1 tahun
11. PG 214 - Laporan Bulanan Pesakit Baru Program Warga Tua    5 tahun
12. WPKL-BKP(G)-BK4 - Borang Rujukan  2 tahun
13. WPKL-BKP(G)-BK8 - Rekod Penyelenggaraan Harian Peralatan Pergigian  1 tahun
14. WPKL-BKP(G)-SS12 - Rekod Pengendalian Harian Kawalan Jangkitan Silang    1 tahun
15. Rekod Pengeluaran Ubat  Tiada had
16.        Rekod Pengambilan X-ray  Tiada had
 

RUJUKAN

  Arahan Kerja   
  AK 08 - Menginden Keperluan Klinik
  AK 04 - Kawalan Jangkitan Silang
  AK 02 - Pemeriksaan, Diagnosa dan Rawatan
  AK 01 - Kawalan Kad Rawatan
  Borang Kualiti   
  WPKL-BKP(G)-BK 04 - Rujukan
  WPKL-BKP(G)-BK 08 - Penyelenggaraan Harian Peralatan Pergigian
  Senarai Semak   
  WPKL-BKP(G)-SS 12 - Rekod Pengendalian Harian Kawalan Jangkitan Silang
  Dokumen Luaran   
  WPKL-BKP(G)-DL-01 - ANTIBIOTIC PROPHYLAXIS IN ORAL SURGERY FOR PREVENTION OF SURGICAL SITE INFECTION
  WPKL-BKP(G)-DL-02 - MANAGEMENT OF AVULSED PERMANENT ANTERIOR TEETH IN CHILDREN
  WPKL-BKP(G)-DL-03 - MANAGEMENT OF ANTERIOR CROSSBITE IN THE MIXED DENTITION
  Pemilik Dokumen
  Dr Sakura binti Hashim
 

REKOD PINDAAN

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para Diluluskan Oleh
 
Home Manual Kualiti Prosedur Kualiti