Laman Utama   Bantuan  
- ISO 9001:2008 QMS -    
     

PROSEDUR KUALITI

WPKL-BKP(G)-PK SG1(P) - Perkhidmatan Makmal Pergigian (Putrajaya)

   
Pindaan : 2
Tarikh Kuatkuasa : 15-09-2016
Objektif Prosedur :

Prosedur ini menggariskan langkah-langkah yang diambil oleh Juruteknologi Pergigian semasa penyediaan dan pembaikan dentur/aplians.

Skop :

Prosedur ini digunapakai di makmal Klinik Pergigian Putrajaya bagi penyediaan dan pembaikan prostetik/aplians.

SINGKATAN / DEFINISI

 1  

Aplians

Murujuk kepada dentur, aplians ortodontik dan lain-lain prostesis.

 2  

Dentur

Aplians buatan bagi menggantikan bahagian rahang yang tidak bergigi untuk tujuan fungsi dan estetik.

 3  

Hasil Kerja Makmal

Kerja-kerja yang dilakukan oleh Juruteknologi Pergigian untuk memproses dentur/aplians di setiap peringkat.

 4  

Pembaikan Aplians

Merujuk kepada pembaikan aplians yang rosak termasuk kes relining dan rebasing dentur.

 5  

Impresi

Acuan yang diambil menggunakan bahan pergigian bagi merekod butir-butir dalam mulut pesakit.

 6 PP  Pegawai Pergigian
 7 JT Juruteknologi Pergigian 
 8 PPK Pembantu Perawatan Kesihatan
 9 PPP  Pembantu Pembedahan Pergigian 
     
 

SASARAN

PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI)

1. Peratus Klinik Pergigian dengan senarai menunggu dentur yang melebihi 3bulan

2. Peratus pesakit mendapat dentur dalam tempoh 3bulan

3. Peratus pesakit berumur 60tahun ke atas mendapat dentur dalam tempoh 8minggu

Sasaran terkini yang ditetapkan oleh pihak pengurusan

 

CARTA ALIRAN KERJA

 

 

TANGGUNGJAWAB

TINDAKAN

JT

1.0

Terima impresi (kes dentur/ aplians) dan aplians yang rosak dari PPP/ PPK bersama salinan cetak LP-6 Kad Makmal. Rujuk WPKL-BKP(G)-AK3 - Pembuatan dan Pembaikan Dentur/Aplians. Pastikan impresi/dentur/aplians tersebut telah disinfeksi. Rujuk WPKL-BKP(G)-AK4 - Kawal Jangkitan Silang.

 

JT

2.0

 Buka skrin JT dari sistem Oral Health Clinical Information System (FiSiCiEN)

  • Klik 'Confirm' untuk mengesahkan JT yang mengendalikan kes tersebut.
  • Lengkapkanruangan yang berkaitan - 'Performed By', 'Performed Date/Time', 'Working Model', 'Articulation Model', 'Study Model'.
  • Klik 'selesai' pada sistem FiSiCiEN bagi tugasan yang diarahkan.
 

 

JT

 

3.0

 Pembaikan

Lakukan proses kawalan jangkitan silang. Rujuk WPKL-BKP(G)-AK4- Kawalan Jangkitan Silang.

3.1 Lalukan aplians/gigi palsu dibawah air paip yang mengalir. Pastikan aplians/ gigi palsu telah disinfeksi.

3.2 Sediakan untuk kerja-kerja pembaikan ke atas dentur/aplians.

3.3 Jalankan pembaikan dentur/aplians yang patah.

3.4 Labelkan dengan empat nombor akhir kad pengenalan pesakit pada  dentur/aplians atau model pembaikan dengan pensel/'indelible pencil'. Rujuk WPKL-BKP(G)-AK3 - Pembuatan dan Pembaikan Dentur/Aplians.

PPP

4.0

 Kes Baru

Kes Dentur - semua model kerja, impresi, blok gigitan, model percubaan perlu dilakukan proses kawalan jangkitan silang. Rujuk WPKL-BKP(G)-AK4- Kawalan Jangkitan Silang.

Laksanakan peringkat kes mengikut arahan.

Klik 'selesai' pada sistem FiSiCiEN setelah selesai. 

JT

 

 

 4.1

Sediakan model kerja dari impresi. Rujuk WPKL-BKP(G)-AK-3 - Pembuatan dan Pembaikan Dentur/Aplians.

  • Klik 'selesai' pada sistem FiSiCiEN setelah selesai.

 

JT

4.2

Sediakan ceper khas (jika perlu). Rujuk WPKL-BKP(G)-AK-3 - Pembuatan dan Pembaikan Dentur/Aplians.

  • Klik 'selesai' pada sistem FiSiCiEN setelah selesai.
 

JT

4.3

Penyediaan Model sekunder. (Jika perlu)

  • Terima impresi sekunder dari bilik rawatan dan lakukan prosedur kawalan jangkitan silang. Rujuk WPKL-BKP(G)-AK 4 - Kawalan Jangkitan Silang.
  • Rujuk WPKL-BKP(G)-AK-3 - Pembuatan dan Pembaikan Dentur/Aplians.
  • Klik 'selesai' pada sistem FiSiCiEN setelah selesai.
 
JT 4.4

Penyediaan Blok Gigitan

  • Sediakan Blok Gigitan jika perlu. Rujuk WPKL-BKP(G)-AK-3 - Pembuatan dan Pembaikan Dentur/Aplians.
  • Setelah siap, labelkan dan letak atas rak sebelum temujanji.
  • Klik 'selesai' pada sistem FiSiCiEN setelah selesai.
 
JT 4.5

Penyediaan untuk peringkat percubaan (try-in). Rujuk WPKL-BKP(G)-AK-3 - Pembuatan dan Pembaikan Dentur/Aplians.

  • Setelah selesai, letak 'trial set up' di atas rak di dalam makmal sebelum temujanji.
  • Klik 'selesai' pada sistem FiSiCiEN setelah selesai.
Lakukan penyusunan semula jika perlu sekiranya percubaan pertama tidak memuaskan dan ulangi peringkat ini sehingga memuaskan.(Ulangi langkah 4.5) 
 
JT 4.6.1

Teknik pempolimeran haba.

  •  Lakukan kerja-kerja pemangkasan, pelabelan dentur (dentur labelling) dan penggilapan pada dentur sehingga sempurna. Rujuk WPKL-BKP(G)-AK-3 - Pembuatan dan Pembaikan Dentur/Aplians.
 
JT 4.6.2

Teknik Swapolimeran

  • Sekiranya dentur atau prostesis mengalami sebarang kecacatan seperti 'porosity',
  • Lakukan pembaikan semula pada dentur tersebut.
  • Klik 'selesai' pada sistem FiSiCiEN setelah selesai.
 
JT 4.7

Sekiranya pesakit tidak bersetuju 'Dentur Labelling', nyatakan catatan dalam sistem FiSiCiEN.

  • Setelah siap, letak di atas rak dentur untuk tindakan PPP/PP seterusnya.
  • Klik 'selesai' pada sistem FiSiCiEN setelah selesai.
 
PP/ PPP 4.8

Pastikan proses pembayaran dilaksanakan.

  •  Klik 'checkout' pada sistem FiSiCiEN, pembayaran dilaksanakan di kaunter. Jumlah bayaran yang perlu dibayar akan dicatatkan pada scan card pesakit.
 
PPP

4.9

 

 

4.10

Pastikan borang WPKL-BKP(G) - BK 10 - Laporan Persiapan Kerja-kerja Makmal direkod di setiap peringkat serta lengkapkan keperluan data KPI dentur. 

Buat reten bulanan dalam borang PG 205 - Laporan Bulanan Klinik/Daerah/Negeri Bagi Hasil Kerja Juruteknologi Pergigian. Rujuk Sistem Maklumat Pengurusan Kesihatan Pergigian (HMIS). Failkan salinan cetak LP 6 yang telah selesai.

 

No.

NAMA REKOD

TEMPOH SIMPANAN

 1

Salinan cetak PG 205 - Laporan Bulanan Individu/Klinik/Daerah/Negeri Bagi Hasil Kerja Juruteknologi Pergigian

 5 Tahun

 2

WPKL-BKP(G)-BK 10 - Laporan Persiapan Kerja-Kerja Makmal Pada Temujanji Pesakit 

 2 Tahun

     
 

RUJUKAN

  Arahan Kerja   
  AK 03 - Pembuatan Dan Pembaikan Dentur/ Aplians
  AK 04 - Kawalan Jangkitan Silang
  Borang Kualiti   
  WPKL-BKP(G)-BK 10 - Laporan Persiapan Kes-kes Dentur
  Senarai Semak   
  Tiada
  Dokumen Luaran   
  Tiada
  Pemilik Dokumen
  drfarha
 

REKOD PINDAAN

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para Diluluskan Oleh
 
Home Manual Kualiti Prosedur Kualiti