Laman Utama   Bantuan  
   
     

PROSEDUR KUALITI

KKMOH-PK-AG15 - Prosedur Penilaian Akreditasi Program Pergigian Institusi Pergajian Tinggi

   
Pindaan : 2
Tarikh Kuatkuasa : 14-11-2012
Tujuan Prosedur : Prosedur ini menggariskan langkah-langkah bagi menilai keupayaan IPT meneruskan pelaksanaan program pengajian pergigian.
Skop : Prosedur ini digunapakai di Bahagian Kesihatan Pergigian bagi penilaian semua IPT yang telah diberi kelulusan untuk menjalankan program pengajian pergigian.

PERKARA

 

SASARAN

CARTA ALIRAN KERJA

 

TUGAS / TANGGUNGJAWAB

TANGGUNGJAWAB TINDAKAN
Setiausaha Jawatan Kuasa Teknikal Akreditasi Pergigian (SJKTAP) 1.0
Dapatkan tarikh IPT membuat pengambilan pelajar kohort pertama (kohort I) daripada MQA
 
SJKTAP 2.0 Terima maklumat tarikh pengambilan pelajar kohort I.  
SJKTAP 3.0 Sediakan jadual lawatan pemantauan bagi setiap IPT berdasarkan tempoh pengajian dari Tahun 1 hingga 5 ( Semester 1 hingga 10) bagi pelajar kohort I.  Cadangan lawatan adalah seperti berikut: 
(a)
Lawatan pemantauan pertama:
 
Semasa kohort I berada di Tahun 2, Semester 3
 
Terdapat 2 kumpulan pelajar masa ini –
  • Kohort I di Tahun 2 - operative technique  
  • Kohort II di Tahun 1 - teori
 
 
(b)
Lawatan pemantauan kedua:
 
Semasa kohort I berada di Tahun 3, Semester 5
 
Terdapat 3 kumpulan pelajar pada masa ini –
  • Kohort I di Tahun 3 - latihan klinikal
  • Kohort II di Tahun 2 - operative technique 
  • Kohort III di Tahun 1 - teori
 
 
(c)
Lawatan pemantauan ketiga:
 
Semasa kohort I berada di Tahun 4, Semester 7
 
Terdapat 4 kumpulan pelajar pada masa ini –
  • Kohort I di Tahun 4 - latihan klinikal
  • Kohort II di Tahun 3 - latihan klinikal  
  • Kohort III di Tahun 2 - operative technique 
  • Kohort IV di Tahun 1 - teori
 
 
(d)
Lawatan akreditasi
 
Pada tahun 5, Semester 9
 
Terdapat 5 kumpulan pelajar pada masa ini -
  • Kohort I di Tahun 5 - latihan klinikal.
  • Kohort II di Tahun 4 - latihan klinkal
  • Kohort III di Tahun 3 - latihan  
  • Kohort IV di Tahun 2 - operative technique 
  • Kohort V di Tahun 1 - teori
 
 SJKTAP 4.0 Rujuk jadual dan cadangkan tarikh lawatan pertama kepada MQA.
 Jawatan Kuasa Teknikal Akreditasi Pergigian (JKTAP) 5.0 Kenalpasti dan namakan 3 orang PPA untuk lawatan tapak.  
 SJKTAP 6.0 Keluarkan surat lantikan rasmi yang ditanda tangani oleh PJKTAP kepada setiap ahli PPA dan sesalinan kepada MQA.
 Panel Penilai Akreditasi (PPA) 7.0  Terima surat perakuan penerimaan lantikan daripada PPA. 
Urusetia MQA 8.0 Aturkan lawatan  tapak serta urusan perjalanan dan penginapan PPA untuk lawatan tapak.
SJKTAP/Urusetia MQA 9.0 Hantar secara rasmi salinan laporan penilaian terdahulu untuk semakan PPA sebelum lawatan tapak.
PPA 10.0 Pengerusi PPA panggil mesyuarat dan lantik Setiausaha.
PPA 11.0 Semak salinan laporan penilaian terdahulu dan senaraikan maklumat yang diperlukan dari IPTS  berkaitan kemajuan pelaksanaan program dan penambahbaikan yang telah dilaksanakan sejak lawatan terakhir dibuat dan serahkan senarai berkenaan kepada MQA.
PPA 12.0 Terima maklumat IPTS dari MQA.
 
PPA 13.0 Sediakan laporan awal dalam bentuk laporan naratif dan ringkasan laporan mengikut garispanduan / templat seperti berikut:
Dalam penyediaan laporan awal, rujuk:
(a) checklist for accreditation of a dental degree programme dan
(b) guidelines on criteria and standards for a dental degree programme
(c) Guide to Writing an Accreditation Report, dan
(d) Format Ringkasan Laporan
 PPA 14.0 Buat lawatan tapak (Rujuk Guidelines for Conduct of an Accrditation Survey Visit)
 PPA  15.0 Sedia laporan penilaian akhir (naratif dan ringkasan ulasan) menggunakan draf laporan penilaian awal setelah mengambil kira penemuan atau maklumat tambahan semasa lawatan tapak.
 PPA 16.0 Hantar laporan penilaian akhir kepada SJKTAP.
SJKTAP 17.0 Mesyuarat JKTAP
Pengerusi PPA/Wakil 18.0 Bentang laporan
JKTAP 19.0 Bincang laporan penilaian akhir yang dibentangkan
JKTAP 20.0 Buat syor / keputusan samada untuk:
(a) memberi kelulusan kepada IPTS meneruskan pelaksanaan program ijazah pergigian mengikut jadual dan menyatakan jangka tarikh lawatan berikutnya, atau
(b) Melanjutkan tempoh pengajian atas sebab tidak memenuhi standard minimum dan mencadangkan lawatan lebih kerap untuk melihat kemajuan berikutnya
SJKTAP 21.0 Bawa syor JKTAP kepada MPM berserta ringkasan eksekutif untuk makluman/persetujuan.
SJKTAP 22.0 Maklumkan secara rasmi kepada MQA akan keputusan JKTAP/MPM berserta laporan penilaian panel penilai.
SJKTAP 23.0 Ulang proses bagi lawatan-lawatan berikutnya sehingga lawatan akreditasi untuk pengiktirafan.
     
 

Arahan Kerja / Borang Kualiti / Senarai Semak / laporan Risiko

  Arahan Kerja   
  Tiada
  Borang Kualiti   
  Tiada
  Senarai Semak   
  Tiada
  Laporan Risiko   
  Tiada
  Pemilik Dokumen
  drsavithri
drshikin
 

Rekod Pindaan

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para
1. 29/05/2009 1 PK baru diwujudkan  
2. 14/11/2012 2 Mohon pindaan pada tajuk prosedur iaitu ke Prosedur Penilaian Akreditasi Program Pergigian Institusi Pengajian Tinggi Tambahan perkataan program pengajian pergigian pada skop dan objektif Tambahan pada rujukan/terminologi dengan memasukkan tahun kriteria dikemaskini

Flow chart digantikan dengan flow chart yang dikemaskini

Prosedur disemak dan diedit 
 
Laman Utama Manual Kualiti Prosedur Kualiti Rujukan Untuk Cetak