Laman Utama   Bantuan  
   
     

PROSEDUR KUALITI

KKMOH-PK-AG12 - Prosedur Pengambilan dan Pelantikan Semula Peg. Perg. Kontrak

   
Pindaan : 3
Tarikh Kuatkuasa : 30-12-2013
Tujuan Prosedur :

Prosedur ini menggariskan langkah-langkah untuk pengambilan pegawai pergigian secara kontrak di Kementerian Kesihatan Malaysia bagi tujuan khidmat wajib dan keperluan perkhidmatan

Skop :

Prosedur ini digunapakai di Bahagian Kesihatan Pergigian untuk pengambilan pegawai pergigian kontrak warganegara iaitu  Pesara dan pegawai pergigian kontrak Warganegara Asing termasuk suami/isteri kepada Warganegara Malaysia

PERKARA

 

SASARAN

CARTA ALIRAN KERJA

 

TUGAS / TANGGUNGJAWAB

 
 TANGGUNGJAWAB
 
TINDAKAN
    Terdapat empat prosedur iaitu Prosedur A, B, C dan D bagi pengambilan Pegawai Pergigian Kontrak (PPK) Warganegara Malaysia (WNM) dan Warganegara Asing (WNA) di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), iaitu:
     
    PROSEDUR A: PELANTIKAN BARU BAGI PESARA (WNM)
     
    PROSEDUR B: 
    (i)     PELANTIKAN BARU BAGI BUKAN PESARA (WNM)
    (ii)    PELANTIKAN BARU BAGI SUAMI/ISTERI (WNA) KEPADA WARGANEGARA MALAYSIA
    (iii)   PELANTIKAN BARU BAGI INDIVIDU WARGANEGARA ASING
     
    PROSEDUR C: PELANTIKAN BARU WARGANEGARA ASING  (KERAJAAN DENGAN KERAJAAN ATAU G to G)
     
    PROSEDUR D: PELANTIKAN SEMULA PEGAWAI PERGIGIAN KONTRAK
     
 
 
PROSEDUR A: PELANTIKAN BARU BAGI PESARA (WNM)
PKKP
1.0

Terima permohonan dan dokumen sokongan dari Bahagian Sumber Manusia (BSM), KKM.

KPPK/KPP 2.0 Rekod tarikh penerimaan permohonan di Jadual Pemantauan Objektif Kualiti Pegawai Pergigian Kontrak (KKMOH-AG12-BK2).
KPPK/KPP 3.0 Semak dokumen-dokumen berikut untuk pertimbangan:
    • Laporan nilaian prestasi tahunan yang terakhir
    • Sokongan ketua jabatan
    • Laporan kesihatan daripada pegawai perubatan berdaftar 
KPPK/KPP 4.0

Sediakan Lampiran A dengan butiran seperti berikut:

    (i)   Butiran peribadi dan pengalaman kerja
    (ii)  Laporan nilaian prestasi tahunan terakhir
    (iii) Gred dan tanggagaji terakhir semasa permohonan
    (iv) Cadangan perakuan gred dan tanggagaji
    (v)  Cadangan tempoh kontrak
   

(vi) Ulasan sokong/tidak menyokong permohonan

KPPK/KPP 5.0 Sedia surat ulasan rasmi dengan cadangan penempatan peringkat negeri bagi yang diberi pertimbangan.
PKKP 6.0 Tandatangan perakuan sokong/tidak menyokong di Lampiran A dan surat ulasan rasmi.

KPPK/KPP 7.0 Tandakan (1) bagi setiap pemohon yang memenuhi atau tidak memenuhi syarat di jadual pemantauan KKMOH-AG-BK2
PT 8.0 Hantar surat ulasan berserta Lampiran A dan dokumen asal pemohon ke BSM. 
KPPK/KPP 9.0 Catat tarikh surat ulasan dihantar ke BSM di jadual pemantauan KKMOH-AG12-BK2.  
KPPK/KPP 10.0 Catat jumlahhari urusan selesai di jadual pemantauan KKMOH-AG12-BK2.
KPPK/KPP 11.0 Jika melebih tempoh yang ditetapkan, catatkan sebab di jadual pemantauan KKMOH-AG12-BK2
KPPK/KPP 12.0  Analisis pencapaian objektif kualiti setiap 6 bulan dan tahunan
     
    PROSEDUR B:
    (i) PELANTIKAN BARU BAGI BUKAN PESARA (WNM)
    (ii) PELANTIKAN BARU BAGI SUAMI/ISTERI (WNA) KEPADA WARGANEGARA MALAYSIA
    (iii) PELANTIKAN BARU BAGI INDIVIDU WARGANEGARA ASING
     
PKKP 1.0 Terima borang permohonan DC/CP/2-03 (KKMOH-AG12–BK1) dan dokumen sokongan dari BSM.
KPPK/KPP 2.0 Rekod tarikh penerimaan permohonan di jadual pemantauan KKMOH-AG12-BK2.
SMPM 3.0 Semak dokumen berikut mengikut senarai semak DC/CP/CL/3-05 (KKMOH-AG12-SS1) untuk pertimbangan:
    • Borang permohonan lengkap
    • Salinan kad pengenalan/paspot dan nombor
    • Salinan ijazah pergigian asas sama ada diiktiraf atau tidak
    • Salina Sijil Pendaftaran dengan Majlis Pergigian Malaysia (bagi WNM atau suami/isteri bagi WNM)
    • Salinan sijil pendaftaran dari negara lain
    • Letter of good standing yang terkini dari Negara asal
    • Jumlah tahun pengalaman sebagai pengamal pergigian (lminimum tidak kurang 3 tahun) 
    • Umur semasa memohon (tidak melebihi 45 tahun)
SMPM 4.0 Tandatangan, cop rasmi dan catat tarikh penyemakan dan beri ulasan ringkas, jika perlu, di KKMOH-AG12-SS1.
KPPK/KPP 5.0 Sahkan maklumat yang telah disemak dan beri ulasan ringkas, jika perlu, di KKMOH-AG12-SS1.
KPPK/KPP 6.0 Sediakan lampiran A dengan butiran seperti berikut:
  (i)   Butiran peribadi
  (ii)  Pengalaman kerja
    (iii) Cadangan perakuan gred dan tanggagaji
    (iv) Cadangan tempoh kontrak
    (v)  Ulasan sokong/tidak menyokong permohonan
KPPK/KPP 7.0 Seterusnya, ikuti langkah 5.0 hingga 12.0 di Prosedur A.
     
     
    PROSEDUR C: PELANTIKAN BARU WARGANEGARA ASING (KERAJAAN DENGAN KERAJAAN ATAU G TO G)

     
PKKP 1.0 Terima borang permohonan wargenagara asing secara kelompok beserta dokumen-dokumen sokongan dari BSM.
  2.0 Rekod tarikh penerimaan permohonan di jadual pemantauan KKMOH-AG12-BK1.
SMPM 3.0 Semak dokumen mengikut senarai semak DC/CP/CL/3-05 (KKMOH-AG12-SS1) untuk pertimbangan.
SMPM 4.0 Tandatangan, cop rasmi dan catat tarikh penyemakan dan beri ulasan ringkas, jika perlu, di KKMOH-AG12-SS1.
SMPM 5.0 Sahkan maklumat yang telah disemak dan beri ulasan ringkas, jika perlu, di KKMOH-AG12-SS1.
KPPK/KPP 6.0 Bagi yang memenuhi syarat, sediakan lampiran A berkelompok dengan butiran seperti berikut:
    (i)   Butiran peribadi
    (ii)  Pengalaman kerja
    (iii) Cadangan perakuan gred dan tanggagaji
    (iv) Cadangan tempoh kontrak
    (v)  Ulasan sokong/tidak menyokong permohonan
KPPK/KPP 7.0 Bagi yang tidak memenuhi syarat, sediakan Lampiran B secara berkelompok dengan butiran peribadi, pengalaman kerja dan ulasan mengapa permohonan tidak dapat dipertimbangkan.
KPPK/KPP 8.0 Sedia surat ulasan dengan cadangan penempatan peringkat negeri bagi mereka yang diberi pertimbangan.
KPPK/KPP 9.0

Tandatangan perakuan sokong/tidak menyokong secara kelompok bagi Lampiran A dan Lampiran B serta surat ulasan.

KPPK/KPP 10.0 Tanda (1) bagi setiap pemohon yang memenuhi atau tidak memenuhi syarat di jadual pemantauan KKMOH-AG-BK2
KPPK/KPP 11.0 Hantar surat ulasan berserta Lampiran A dan dokumen asal pemohon ke BSM. 
KPPK/KPP 12.0 Catat tarikh surat ulasan dihantar ke BSM di jadual pemantauan KKMOH-AG12-BK2.
KPPK/KPP 13.0 Catatkan jumlah hari urusan selesai di jadual pemantauan KKMOH-AG12-BK2.
KPPK/KPP 14.0 Jika melebih tempoh hari yang ditetapkan, catatkan sebab jdi jadual pemantauan KKMOH-AG12-BK2
KPPK/KPP 15.0  Analisis pencapaian objektif kualiti setiap 6 bulan dan tahunan
     
    PROSEDUR D: PELANTIKAN SEMULA PEGAWAI PERGIGIAN KONTRAK
  (Prosedur ini boleh digunasama utama semua kategori)
     
PKKP 1.0 Terima salinan permohonan untuk memperbaharui kontrak dari BSM.
KPPK/KPP 2.0 Rekod tarikh permohonan diterima di Jadual Pemantauan Objektif Kualiti Pegawai Pergigian Kontrak (KKMOH-AG12-BK1)
KPPK/KPP 3.0 Semak dokumen mengikut Senarai Semak KKMOH-AG12-SS2 berdasarkan 'Senarai Dokumen Yang Diperlukan untuk Untuk Pembaharuan Kontrak- Lampiran B' yang dikeluarkan oleh BSM.  Dokumen yang disemak ialah:
    • Borang Perakuan seperti di Lampiran H (Pekeliling Perkhidmatan Bil 2 Tahun 2008)
    • Borang Permohonan Pembaharuan Kontrak Lampiran B1 (keluaran BSM)
    • Salinan Ijazah
    • Laporan Penilaian Prestasi Terbaru (LNPT)(markah minimum untuk perakuan permohonan kontrak adalah 80%) 
    • Laporan Pemeriksaan Kesihatan (Bagi pemohon yang berumur 56 tahun ke atas)
    • Kenyataan Perkhidmatan Terkini
    • Surat Permohonan Pegawai
    • Surat Justifikasi Ketua Jabatan
    • Salinan Paspot (Bagi pemohon bukan warganegara)
KPPK/KPP 4.0 Sedia Lampiran A untuk perakuan PKKP. Buat cadangan perakuan sokong/tidak sokong berdasarkan berikut: 
    (i)   LNPT
  (ii)  Laporan Pemeriksaan Kesihatan (bagi pemohon yang berumur 56 tahun ke atas)
    (iii) Sokongan Ketua Jabatan
KPPK/KPP 5.0 Sedia surat ulasan untuk ditandatangani oleh PKKP
KPPK/KPP 6.0 Tandatangan perakuan sokong/tak sokong di Lampiran A dan di surat ulasan.
KPPK/KPP 7.0 Hantar surat ulasan dan perakuan di Lampiran A serta dokumen sokongan ke BSM
KPPK/KPP 8.0 Catat tarikh surat ulasan dihantar di Jadual Pemantauan KKMOH-AG12-BK2.
KPPK/KPP 9.0 Catat jumlah hari urusan selesai di jadual pemantauan KKMOH-AG12-BK2.
KPPK/KPP 10.0 Jika melebihi tempoh hari yang ditetapkan, catatkan sebab di jadual pemantauan KKMOH-AG12-BK2
KPPK/KPP 11.0  Analisis pencapaian objektif kualiti setiap 6 bulan dan tahunan
 
 

Arahan Kerja / Borang Kualiti / Senarai Semak / laporan Risiko

  Arahan Kerja   
  Tiada
  Borang Kualiti   
  Tiada
  Senarai Semak   
  Tiada
  Laporan Risiko   
  Tiada
  Pemilik Dokumen
  drcno
drrohayati
 

Rekod Pindaan

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para
1. 01/08/2007 0
2. 06/01/2010 1
3. 17/11/2012 2
4. 30/12/2013 3 1. Kemaskini Prosedur Kerja dan Borang KKMOH-AG12BK1 2. KKMOH-AG12-SS1 - Senarai Semak Bagi Permohonan Jawatan Pegawai Pergigian Kontrak di Kementerian Kesihatan Malaysia KKMOH-AG12-SS2 - Senarai Semak Bagi Permohonan Pembaharuan Kontrak Pegawai Pergigian di Kementerian Kesihatan Malaysia * Senarai semak SS1 dan SS2 dimansuhkan  
 
Laman Utama Manual Kualiti Prosedur Kualiti Rujukan Untuk Cetak