Laman Utama   Bantuan  
   
     

PROSEDUR KUALITI

KKMOH-PK-AG11 - Prosedur Permohonan Pendaftaran Graduan Dengan Kelayakan Yang Tidak diiktiraf

   
Pindaan : 3
Tarikh Kuatkuasa : 14-11-2017
Tujuan Prosedur :

Prosedur ini menggariskan langkah-langkah bagi permohonan untuk mendaftar bagi graduan warganegara Malaysia (WNM) atau penduduk tetap atau suami/isteri kepada warganegara Malaysia (BWN) dengan kelulusan yang tidak tersenarai dalam Jadual Kedua Akta Pergigian 1971  supaya amalan pergigian menepati Akta Pergigian 1971.

Skop :

Prosedur ini digunapakai di Majlis Pergigian Malaysia (MPM) untuk meliputi semua graduan dengan kelayakan yang tidak diiktiraf yang merupakan warganegara Malaysia (WNM) atau penduduk tetap atau pengamal pergigian warganegara asing yang merupakan suami/isteri kepada warganegara Malaysia (BWN) yang mempunyai kelulusan yang tidak tersenarai dalam Jadual Kedua Akta Pergigian 1971.

PERKARA

 

SASARAN

CARTA ALIRAN KERJA

 

TUGAS / TANGGUNGJAWAB

TANGGUNGJAWAB TINDAKAN
Pengarah Kanan Kesihatan Pergigian(PKKP) 1.0 Prosedur A
Bagi calon Warganegara Malaysia (WNM)

Terima sampul kecil dari Bahagian Sumber Manusia,Kementerian Kesiharan Malaysia (BSM, KKM). Buka sampul kecil Majlis Pergigian Malaysia(MPM).
Setiausaha Majlis Pergigian Malaysia(SMPM)/Ketua Penolong Pengarah Unit Majlis( KPP UM) 2.0  Hubungi pemohon dan buat temu janji untuk semak permohonan serta mengesahkan salinan dokumen berikut mengikut senarai semak (KKMOH-AG11-SS1)  (dalam sampul surat BSM, KKM)

  • Surat Permohonan Calon
  • Kad Pengenalan
  • Ijazah Pergigian Asas
  • Sijil Kelahiran 
  • Kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia
(Sekiranya tidak lengkap, kembalikan ke BSM.
Sekiranya lengkap terus ke 3.0

SMPM/KKP UM 3.0 Buat catatan dalam kertas minit dan hantar bersama sampul kecil dari BSM ,KKM kepada Ketua Pengarah Kesihatan (KPK) untuk kelulusan  menyertai program serta penempatan sebagai Pegawai Pergigian Pelatih (PPP).
SMPM/KPP UM 4.0 Terima keputusan daripada KPK. Simpan  keputusan asal dan salinan dalam sampul kecil MPM dan BSM,KKM masing masing.
Sekiranya tidak lulus, kembalikan sampul kecil BSM, KKM berserta  ulasan.
Sekiranya lulus, terus ke  5.0
Pembantu Tadbir(Am) PT(A) 5.0 Rekodkan butiran ringkas pelatih ke dalam sistem berkomputer.
KPP UM 6.0 Hantar Garis panduan Program Penempatan dan Penilaian Pegawai Pergigian Pelatih di Bawah Seksyen 12(3) Akta Pergigian 1971 (KKMOH-AG11-Lampiran 1) serta buku log kepada calon.
KPP UM 7.0 Sediakan memo /surat kepada BSM,KKM.  Maklumkan keputusan KPK serta beri syor tarikh mula dan penempatan PPP. Kembalikan sampul kecil berserta salinan keputusan KPK.
PT (A) 8.0 Terima salinan surat pelantikan dan penempatan dari BSM., KKM  Rekod dalam komputer dan failkan.
PT (A) 9.0 Terima salinan surat daripada Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian ) (TPKN(G) dengan tarikh lapor diri calon. Rekod dalam komputer dan failkan.
KPP UM 10.0 (Sebelum tamat setahun penempatan)
Terima  salinan surat permohonan calon untuk lanjutan ke tahun kedua dari BSM.
KPP UM 11.0 Sediakan ulasan kepada BSM, KKM. Failkan salinan.
KPP UM 12.0 (Sebelum tamat tempoh penempatan)      

Bincang dengan PKKP mengenai tarikh dan tempat (jadual) penilaian pada panel penilai. (Penilaian Klinikal bagi PPP mestilah diadakan sekurang -kurangnya sepuloh(10) hari sebelum tamat tempoh perempatan).
KPP UM 13.0 Terima surat daripada calon melalui saluran tertentu untuk mohon jadual penilaian klinikal
KPP UM 14.0 Hantar surat kepada:
  (a) Panel penilai mengandungi jadual dan borang penilaian (KKMOH-AG11-BK1)
  (b) Maklumkan TPKN(G) / Dekan Fakulti Pergigian mengenai tarikh, tempat penilaian & nama ahli panel. Minta laporan naratif pentadbiran dari Pegawai Pentadbir Daerah
(PPD) Dekan dan laporan naratif klinikal dari Pakar klinikal Yang Menyelia / Pensyarah Y/M
  (c) Calon beserta jadual penilaian
  (d) Pensyarah Yang Menyelia (Y/M)
  (e)
 PPD dengan jadual penilaian.
KPP UM 15.0 WNM: Terima laporan naratif pentadbiran daripada PPD dan laporan naratif klinikal daripada Pakar Klinikal (Y/M)
Warga Negara Asing (WNA): Terima laporan naratif pentadbiran daripada Dekan Fakulti Pergigian dan laporan klinikal dari Pakar Klinikal Y/M

KPP UM 16.0 Terima laporan penilaian klinikal daripada panel penilai
KPP UM 17.0  Hantar surat dan maklumkan keputusan kepada calon dengan salinan kepada TPKN(G) / Dekan
Sekiranya lulus, terus ke 19.0
Sekiranya tidak lulus, tertakluk kepada syor Panel Penilai:
• bagi WNM, terus ke langkah 18.0                                                                  

• Bagi WNA, nasihatkan calon supaya memohon lanjutan latihan dari  Dekan Fakulti Pergigian tempatan, terus ke langkah 14.0 (Prosedur A)
KPP UM 18.0 Terima permohonan untuk lanjutkan tempoh penempatan dari BSM, KKM. Terus ke langkah 11.0 dan ikuti langkah selanjutnya.
PT(A) 19.0 Sediakan Borang 5 dari Akta Pergigian 1971.
KPP UM 20.0 Buat catatan dalam kertas minit dan hantar sampul kecil berisi dokumen berikut kepada KPK:
  (a) Lapuran naratif Pakar Y/M atau Pensyarah Y/M
  (b) Lapuran naratif
PPD / Dekan Fakulti Pergigian
  (c) Lapuran penilaian klinikal  
  (d) Borang 5 untuk ditandatangani oleh KPK
KPP UM/PT 21.0 Terima kembali sampul kecil berserta Borang 5 yang telah ditandatangani oleh KPK.
PT(A) 22.0 Hantar surat kepada calon dengan salinan kepada TPKN(G) bagi WNM / Dekan bagi WNA  memberitahu keputusan disertai dengan borang pendaftaran MPM (Borang 4 dan senarai semak (KKMOH-AG11-SS1) ).
PKKP 1.0  Prosedur B
Bagi calon Warganegara Asing (WNA) yang merupakan isteri/suami kepada warganegara Malaysia

Terima permohonan dari WNA. Buka fail MPM
SMPM/KPP UM /PT6 2.0 Hubungi pemohon dan buat temu janji untuk semak permohonan serta mengesahkan salinan dokumen berikut mengikut senarai semak (KKMOH-AG11-SS1)(dalam fail MPM):
  • Surat Permohonan  daripada calon atau suami/isteri yang berkenaan
  • Kad pengenalan suami / isteri calon
  • Ijazah pergigian asas.
  • Pasport calon
  • Sijil perkahwinan dari Pejabat Pendaftaran Malaysia.
       
SMPM/ KPP UM 3.0 Buat catatan dalam kertas minit dan hantar bersama sampul kecil berisi kandungan fail MPM calon kepada KPK untuk mendapat pertimbangan menyertai program serta penempatan sebagai PPP.
 SMPM/KPP UM 4.0 Terima keputusan daripada KPK. Simpan  keputusan dalam fail MPM calon.
Sekiranya tidak lulus, maklumkan kepada calon
Sekiranya lulus, terus ke 5.0.
 PT(A) 5.0 Rekodkan butiran ringkas pelatih ke dalam sistem berkomputer.
SMPM/KPP UM 6.0 Hantar Garispanduan Program Penempatan dan Penilaian Pegawai Pergigian Pelatih di Bawah Seksyen 12(3) Akta Pergigian 1971 (KKMOH-AG11-Lampiran 2)serta buku log kepada calon.
SMPM/KPP UM 7.0 Hantar surat kepada Dekan, Fakulti Pergigian, Universiti
tempatan untuk mendapat penentuan tarikh dan penempatan calon.
SMPM/KPP UM 8.0 Hantar surat kepada calon untuk memaklumkan keputusan KPK dan beri nasihat supaya berjumpa dengan Dekan, Fakulti Pergigian.
SMPM/KPP UM 9.0 Terima salinan surat daripada Dekan, Fakulti Pergigian dengan tarikh lapor diri calon. Rekod dalam komputer dan failkan dalam fail berkenaan.  Terus ke 12.0 (Prosedur A)
 
 

Arahan Kerja / Borang Kualiti / Senarai Semak / laporan Risiko

  Arahan Kerja   
  Tiada
  Borang Kualiti   
  KKMOH-AG11-BK1 - Log Pemantauan Permohonan Pendaftaran Graduan dengan Kelayakan Yang Tidak Diiktiraf
  KKMOH-AG11-Form 5 - Form 5- (Regulation 20) Dental Act 1971
  KKMOH-AG11-Form 6 - FORM 6 (Regulation 20) Dental Act 1971
  KKMOH-AG06- - Borang 4 - Permohonan Untuk Pendaftaran
  Senarai Semak   
  Tiada
  Laporan Risiko   
  KKMOH-PK-AG11-Q04-LR1 - Permohonan Pendaftaran Graduan Dengan Kelayakan yang Tidak diiktiraf
  KKMOH-PK-AG11-Q04-LR2 - Permohonan Pendaftaran Graduan Dengan Kelayakan yang Tidak diiktiraf
  KKMOH-PK-AG11-Q04-LR3 - Permohonan Pendaftaran Graduan Dengan Kelayakan yang Tidak diiktiraf
  Pemilik Dokumen
  drhazwani
 

Rekod Pindaan

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para
1. 01/08/2007 0
2. 14/04/2009 1
3. 07/07/2014 2 Pindaan prosedur dari permohonan latihan dan penilaian klinikal pegawai pergigian pelatih di bawah seksyen 12(3) Akta Pergigian 1971 kepada prosedur permohonan pendaftaran graduan dengan kelayakan yang tidak diiktiraf; penggunaan Form 5, Form 6 dan Log Pemantauan Permohonan Pendaftaran Graduan Dengan Kelayakan Yang Tidak Diiktiraf 
4. 14/11/2017 3  
 
Laman Utama Manual Kualiti Prosedur Kualiti Rujukan Untuk Cetak