Laman Utama   Bantuan  
   
     

PROSEDUR KUALITI

KKMOH-PK-3 - Prosedur Penyediaan Laporan Perjanjian Program

   
Pindaan : 1
Tarikh Kuatkuasa : 24-03-2008
Tujuan Prosedur : Prosedur ini menggariskan langkah-langkah untuk penyediaan Laporan Perjanjian Program untuk Aktiviti Kesihatan Pergigian, KKM. Ianya menetapkan tahap prestasi dan mengukur tahap pencapaian dengan peruntukan yang telah diluluskan. Perjanjian Program merujuk kepada satu perjanjian yang menetapkan tahap prestasi yang perlu dicapai bagi tahun belanjawan berkenaan dengan sesuatu peruntukan kewangan yang telah diluluskan. Pengurus Program perlu menentukan input-input yang akan digunakan, output serta impak yang perlu dicapai bagi setiap aktiviti yang telah dikenalpasti.
Skop : Prosedur ini digunapakai di Bahagian Kesihatan Pergigian, KKM dan meliputi semua aktiviti perkhidmatan penjagaan kesihatan pergigian asas, penggalakan dan kepakaran kesihatan pergigian.

PERKARA


RUJUKAN
  
RUJUKAN

RUJUKAN

Manual Kualiti Bahagian Kesihatan Pergigian, KKM

Garis Panduan Bagi Penyediaan Cadangan Perbelanjaan Tahun 2007-2008 (Pekeliling Perbendaharaan Bil 2 Tahun 2007

Laporan Sistem Maklumat Kesihatan Pergigian Sub Sistem Pergigian Tahun lalu

Laporan Perjanjaian Program Bahagian Kesihatan Pergigian, KKM Tahun semasa dan tiga tahun sebelumnya.

Status perjawatan perkhidmatan pergigian yang terkini


TERMINOLOGI / DEFINISI
  
TERMINOLOGI / DEFINISI
 

SASARAN


SASARAN PROSES
  
SASARAN PROSES AM

SASARAN PROSES AM

1.Untuk menentukan arah dan hala tuju tahap pencapaian kesihatan pergigian dengan peruntukan yang diluluskan.

  
SASARAN SUB-PROSES

SASARAN SUB PROSES

1.Surat arahan dikeluarkan ke negeri-negeri setiap tahun

2.Laporan terakhir perjanjian program disediakan sebelum 31 Mac tahun semasa.

CARTA ALIRAN KERJA

 

TUGAS / TANGGUNGJAWAB

 
TANGGUNGJAWAB
 
 
 
TINDAKAN
 
Pengarah  Kanan Kesihatan Pergigian (PKKP)
1.0
Terima surat arahan dari Bahagian Kewangan, KKM untuk menyediakan Laporan Perjanjian Program bagi tahun berikutnya.
 
PKKP
2.0
2.1  Keluarkan arahan ke negeri/institusi untuk dapatkan maklumat berikut :
a       Peruntukan dan Perbelanjaan Tahun lalu
b       Peruntukan tahun semasa
2.2  Dapatkan maklumat pencapaian prestasi tahun lalu dari Pusat Infomatik Kesihatan (PIK) KKM
 
KPPK/KPP/PPK
Ketua Penolong Pengarah Kanan (KPPK)
Ketua Penolong Pengarah (KPP)
Penolong Pengarah Kanan (PPK)
Penolong Pegawai Tadbir(PPT)

 
 
3.0
Terima maklumat di atas.
 
KPPK/KPP/PPK/PPT
4.0
Semak dan kemaskini maklumat di atas :
4.1   Jika salah, dapatkan maklumat yang betul dan buat pembetulan/pindaan
4.2  Jika betul, terus sediakan deraf laporan
 
KPPK/KPP/PPK/PPT
5.0
Sediakan Deraf Laporan Perjanjian Program dengan merujuk format dari Garispanduan Penyediaan Cadangan Perbelanjaan dan mengambilkira perkara-perkara berikut :
5.1    Anggaran pencapaian sasaran prestasi untuk tahun semasa dan unjuran pencapaian bagi tahun akan datang adalah berdasarkan pencapaian prestasi tahun terdahulu
5.2   Sediakan Laporan Pengecualian bagi aktiviti dimana pencapaian tahun lalu terkeluar dari batas varian yang dipersetujui.
 
( Sila rujuk KKMOH-S1-AK1 )
 
 

TANGGUNGJAWAB
 
TINDAKAN
PKKP/PCPKP/PCDKP

KPPK/KPP/PPK/PPT 

 
6.0
 
Bincang deraf laporan dengan Pengarah Kanan Kesihatan Pergigian atau Pengarah Cawangan Kesihatan Pergigian KKM
6.1 Buat pindaan dimana perlu
 
 
 

KPPK/KPP/PPK/PPT 

7.0
7.1   Sediakan  Laporan Perjanjian Program dan hantar laporan berserta soft copy kepada Bahagian Kewangan, KKM
ii      Simpan satu salinan
 
KPPK/KPP/PPK/PPT 
8.0
Bincang Laporan Perjanjian Program semasa urusan Pemeriksaan Anggaran Belanja Mengurus.
Buat pindaan sekiranya perlu berdasarkan keputusan perbincangan.
KPPK/KPP/PPK/PPT 
9.0
Sediakan laporan Perjanjian Program terakhir.
 
KPPK/KPP/PPK/PPT 
10.0
 Hantar laporan berserta  soft copy kepada  Bahagian Kewangan, KKM. Simpan satu salinan.
 

Arahan Kerja / Borang Kualiti / Senarai Semak / laporan Risiko

  Arahan Kerja   
  Tiada
  Borang Kualiti   
  Tiada
  Senarai Semak   
  Tiada
  Laporan Risiko   
  Tiada
  Pemilik Dokumen
 
 

Rekod Pindaan

No. Tarikh Pindaan No. Pindaan Rujukan Pindaan/Para
1. 01/08/2007 0 versi Interactive ISO (baru) 
2. 24/03/2008 1 Rujukan, Langkah 7 ke10, Tanggungjawab dan singkatan 
 
Laman Utama Manual Kualiti Prosedur Kualiti Rujukan Untuk Cetak